Followers

Friday, December 4, 2009

Kubur

Artikel ni aku copy dari email yg aku dapat hari ni.. aku harap artikel ni dapat kita kongsi bersama dan ingatan kita di masa depan...
yelah kekadang kita lupa nak membezakan apa yg perlu dengan kehendak... dan juga sikap bermegah diri...

Kubur yang dilarang dalam agama Islam




Hakikat yang tak dapat ditolak, pusara ni semua memang sangat cantik. Malah teramat-amat cantik. Tentu ada antara korang yang terniat nak ada kubur macam ni bila dah KO nanti. Tapi mengapa kubur-kubur sebegini dikatakan haram? Baca artikel di bawah.

Larangan dari Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam:

Dari Jabir radhiyallahu ‘anhu, dia berkata,

“Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan diatasnya.”

(Hadith Riwayat Imam Muslim)
Dan membawa bunga-bungaan / jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama jenazah adalah diharamkan yang telah menular dikalangan orang-orang Islam kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kuno dalam upacara-upacara jenazah mereka. Juga kerana perbuatan tersebut boleh mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan berbangga..

Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar (marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam, juga kerana terdapat pembaziran harta yang ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amat dimurkai Allah subhanahuwata’ ala.

Ali bin Abi Talib radhiyallahu ‘anhu berkata kepada Abi Hayyaj Al-Asadi.

wALLAHua’lam. .

Thursday, December 3, 2009

Ayam


Kak Midah & Penjual Ayam........

Ada satu cerita yang berlaku di pasar ayam di Selayang. Peniaga ayam ini nama dia Sudin. Dia jual ayam yang di beli dari beberapa tempat. Ada pulak seorang pelanggan nama dia Hamidah. Dia ni pelanggan tetap ayam Sudin.
Kak Midah ni dok meniaga nasi dekat kedai berhampiran. Jadi hari hari lah dia beli ayam dari Sudin. Disebabkan dah setiap hari dok main dengan ayam, sampai Kak Midah dah kenal jenis jenis ayam sebelum di sembelih.
Antara ayam yang selalu dipilih oleh Kak Midah ialah ayam dari Bangi dan ayam dari Perlis. Selalunya ayam dari Bangi lah yang menjadi pilihan Kak Midah. Kalau tidak dia akan beli ayam dari Perlis sahaja. Kalau tak ada lansung dia tak akan beli ayam lain.

Kelebihan yang ada pada Kak Midah ialah dia boleh kenal samada ayam tu dari Bangi atau Perlis ialah dengan membelek punggung ayam tu. Selalunya Sudin akan campur semua ayam yang sampai dalam satu tempat. Jadi jenuhlah Kak Midah dok belek sekor sekor nak cari ayam Bangi atau ayam Perlis.

Mula-mula Sudin tak kisah sangat dengan Kak Midah. Tapi lama-lama Sudin dah mula boring. Sebab Kak Midah ni customer tetap Sudin pendam je bengang dia. Satu hari Kak Midah datang macam biasa dan terus belek punggung ayam nak cari ayam Bangi. Habis semua ayam dibeleknya. tak ada satu pun ayam Bangi atau ayam Perlis.

Jadi Kak Midah pun panggil Sudin dan tanya,

Kak Midah : Din ! ayam Bangi tak ada ke?.

Sudin : Tu ada dalam tu. (Yang sebenarnya tak ada sebab lori ayam Bangi terbalik dekat Tanjung Malim)
Kak Midah : Hang toksah dok bohong. Kak Midah dah tengok dah, semua ayam dari tempat lain.

Sudin : Ayam Perlis ada. (Yang sebenarnya pun tak ada sebab lori rosak dekat Nibong Tebal).

Kak Midah : Hang ni, Kak Midah kata tak dak, tak dak la. Hang ingat Kak Midah tak kenai ke ayam-ayam tu. Bukan sehari dua Kak Midah dok main dengan ayam.

Sudin : Kak Midah ni memang teror lah, punggong ayam pun dia boleh kenal.

Kak Midah : Baru hang tau siapa Kak Midah. Pakar tengok punggong ayam. (lalu blah sambil tersenyum walau pun tak dapat ayam hari itu)

Kemudian sampailah nak dekat Hari Raya.

Kak Midah macam biasalah nak belek punggong ayam. Sudin tengok Kak Midah, bengang je rasa macam nak bertempik dekat Kak Midah sebab orang terlalu ramai dan sesak pada masa tu. Kak Midah perasan yang Sudin memang bengang kat dia. Sambil Sudin dok bersihkan ayam Kak Midah, Kak Midah cuba ambil hati Sudin.

Kak Midah : Din ! Tak balik raya ke tahun ni.

Sudin : Tak!!! (Bengang)

Kak Midah : Famili ada kat sini ke?.

Sudin : Tak dak!!

Kak Midah : Habih tu raya dengan siapa? .

Sudin : Raya sorang-sorang.

Kak Midah : Kalau Din tak balik kampung mai lah rumah Kak Midah.

Sudin : Tak pa lah, terima kasih je lah.

Kak Midah : Dah lama kita kenal, kak tak tau pun kampung Din. Kampung Din kat mana?

Sudin : (Diam)(Buat tak dengar)

Kak Midah : Kak tanya ni, kampung Din kat mana .

Sudin : (Masih diam)(Tiba-tiba Sudin naik atas meja lalu membuka seluar dan menonggeng ke arah Kak Midah sambil berkata..... .) Kalau Kak Midah teror cuba Kak midah belek punggong saya dan teka saya berasal dari mana? .

Kak Midah : (Ambil ayam dia dan terus blah)

Sedih



Ada tiga orang sahabat si A, si B dan si C, yang tinggal serumah di sebuah apartment setinggi 60 tingkat. Pada suatu petang setelah tamat bertugas, mereka pulang ke rumah. Dilihatnya ramai orang sedang berkerumun di depan lif. Rupanya elektrik padam dan lif tidak berfungsi.

Si A: Macam mana ni... rumah kita atas sekali pulak tu?

Si B: Aduhhhh... bikin bingung kepala, nak panjat tangga larat ke?

Si C: Aku rasa, baik kita panjat tangga aje... kita pun tak tahu bila agaknya elektrik ada balik.

Si A: Aku ada satu idea, kita panjat tangga sambil bercerita, tapi kita kena bercerita yang sedih saja, sebab kalau kita buat cerita lawak, kita akan terasa sesak nafas sebab kita ketawa. Biar kita serius dengar cerita.

Mereka pun bersetuju, jadi mereka mulalah melangkah kaki memanjat tangga untuk ke tingkat 60. Si A mula bercerita.

Si A: Aku masa kecil punyalah sedih dalam sejarah hidupku. Aku membesar tanpa bapa, bapaku meninggal semasa aku dalam kandungan, dari kecil aku... bla bla bla bla bla...

Punyalah sedih mereka mendengar cerita si A hingga meleleh-leleh air mata, sedar tak sedar mereka dah sampai kat tingkat 20. Mereka berhenti sekejap bukannya kerana penat tapi berhenti untuk lap air mata, kemudian mereka kembali memanjat sambil si B pula bercerita.

Si B: Sejarah hidup aku lagi sedih, semasa umur aku 5 tahun kedua ibu bapaku meninggal dalam kemalangan jalan raya. Aku dibesarkan oleh abang sulung ku saja yang pada masa tu berumur 15 tahun. Abang sulung ku tak bersekolah dan dia bekerja untuk menyara aku adik beradik seramai 4 orang... bla bla bla bla...

Sekali lagi mereka bertiga meleleh sedih... punyalah lama si B bercerita, sedar tak sedar mereka dah sampai ke tingkat 55. Hanya 5 tingkat saja lagi. Sambil melangkah memanjat tangga ke tingkat 56, si C mula menyampuk.

Si C: Alaaaaaa... korang punya cerita tak sedih lagi. Cerita aku lagi sedihhhh punya.

Si A: Kau ada sejarah hidup sedih juga ke?

Si C: Emmmm... mungkin hari ini dalam sejarah...

Si B: Cerita aje le... kita dah tinggal 4 tingkat je lagi.

Si C: Aku sedih kerana... KUNCI RUMAH KITA, AKU TERTINGGAL DALAM KERETA.... UWAAAAAA....

Alza


Korang dah tenggok alza ni..
aku ada cerita di sebalik Perodua Alza ni..
last week aku balik dari tanjong karang aku singgah kat Kedai perodua ni..
yelah kan Perodua baru lancarkan MPV terbaru dia sekarang ni...
so ramailah yg berpusu2 nak g tenggok Alza ni..
termasuklah aku sekali..
oklah masa aku tenggok  tu takder apa yg menarik sangat pun kat Alza ni..
sbb mcm aku tgk macam Viva/Myvi yang hanya tambah sikit body kat belakang dia..
tu bagi pendapat aku je lah.. aku lebih minat pada MPV Exora yg lebih selesa..
aku rasa klu aku masuk kat seat belakang Alza aku boleh lemas plus sesak nafas..
ops... dah merapu ke lain pulak aku ni...
sebenarnya citer asalnye begini...
balik dari tenggok Alza tu aku pun terus menghala ke port klang..
sbb nak antar kakak aku balik rumah dia...
lepas dah selamat menghantar kakak aku tu.. tanpa singgah rumah dia..
kitorang pun mulalah nak balik rumah kat pulau indah...
tapi tak sempat  keluar pun dari simpang rumah kakak aku..
tetiba suami aku benti kat tempat orang jual durian...
aku ingatkan dia nak beli durian... beriya aku tanya dia...

aku - nape benti kat sini nak beli durian ke?
dia - nak beli durian ape... kete ni tiba2 benti sendiri...
aku - aduh kete rosak ke? mcm mana ni...
dia -  kol akak lah suruh dia amik kita...  
aku - ok...


adakah kete Waja aku telah merajuk selepas kitorang tgk Perodua Alza
kete pun pandai majuk ke?
herm ntahlah.. atau sekadar mitos je...
yang sebenarnya kete aku tu memang nak rosak... kebetulannye rosak selepas tgk Cik Alza.. huhuhu...

kesudahannyer kerete waja dan  aku sekeluarga  tersadai kat rumah kakak aku selama 2 hari sbb nak tunggu pomen datang umah..
yelah dahlah rosak time cuti mana ada workshop buka hari minggu.. klu ada nun jauh nak keluar...
takkan nak tarik guna tow trak pulak.. kang kene charge lebih dari kerosakkan pulak... dorang gembira aku yg bersedih.. huhuhu


tapi alhamdulillah sekarang Waja dah ok dah... punca kerosakan adalah oilpulm yg dah longgar...
bila start minyak tak boleh naik.. tu je... sib baik kan..


p/s : Agak2 korang betul ke kete boleh majuk klu kita citer nak tukar atau jual?
herm... ada tak yg pernah ada pengalam macam aku ni?
mehlah kita kongsi..


Wednesday, December 2, 2009

Mengantuk


Salah satu perkara yang sering mengganggu kerjaya kita adalah “MENGANTUK”.. Menguap merupakan ciri2 orang yang mengantuk. Sebenarnya ia merupakan gangguan syaitan yang menginginkan kita lalai dengan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita. Maka di sini ingin saya kongsikan tips dari Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam untuk menangani gangguan syaitan ketika “MENGANTUK” yang menyerang melalui senjatanya “MENGUAP”.

HADIS TENTANG MENGUAP :

الْعُطَاسُ مِنَ اللّهِ , وَالتَّثَاؤُبُ مِنَ الشَّيْطَانِ , فَإِذَا تَثَاءَبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَضَعْ يَدَهُ عَلَى فُيْهِ , وَإِذَا قَالَ : آهْ , آهْ , فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَضْحَكُ مِنْ جَوْقِهِ . وَإِنَّ اللّهَ عز جل يُحِبُّ الْعُطَاسَ , وَيَكْرَهُ التَّثَاؤُبَ .

"Bersin itu dari Allah dan menguap itu dari syaitan. Jika salah seorang kalian menguap, maka tutuplah mulutnya dengan tangannya dan jika ia mengatakan `aaah..' , maka syaitan tertawa di dalam perutnya. Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan membenci menguap." (Hadis riwayat. At-Tirmidzi )


FAEDAH DARI HADIS:

1. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memberitahu kita bahawa menguap berasal dari syaitan gangguan Syaitan.

2. Oleh itu, apabila kita menguap atau terasa hendak menguap :

a. Berusaha menahannya sedaya upaya.

Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam :

"Apabila salah seorang dari kalian menguap dalam solatnya, hendaklah ia berusaha menahan menguapnya sedaya mampu kerana ia boleh menyebabkan syaitan masuk." (Hadis riwayat. Muslim)

b. hendaklah kita menutup mulut (samada dengan tangan kiri atau kanan, depan atau belakang, kerana Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam tidak menetapkan mana2 bahagian),

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya),

“Jika seseorang dari kalian menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya kerana sesungguhnya syaitan masuk (ke dalam mulut yang terbuka) .” (Hadis Riwayat Muslim)

c. Elak dari mengeluarkan bunyi ketika menguap. Seperti “Haaaaaah” Kerana apabila seseorang itu menguap sambil mengeluarkan bunyi, maka Syaitan akan ketawa. (mungkin sebab tulah ada orang terdengar hantu2 ketawa di banggunan baru ijn :-).

d. Elakkan juga mengangkat suara ketika menguap.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya),

“Menguap adalah dari Syaitan. Maka apabila seseorang dari kalian menguap, tahanlah (dari menguap) dengan sedaya upaya mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang itu menguap sambil berbunyi “Haaa” maka Syaitan akan mentertawakannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Maka, apabila anda bebas dari gangguan syaitan, anda pasti dapat melaksanakan tanggungjawab anda dengan cemerlang….InsyaAlla h.

Allahu a'lam.


" Wahai Tuhanku, aku tak layak ke SyurgaMu, namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu, ampunkan dosaku, terimalah taubatku, sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa² ku. Amin Ya Rabbal'alamin "
Kata ustaz : "kita ini semuanya sama,tiada beza muda ataupun tua,jangan menyombong atau takbur sesama manusia,sekalipun kita berpangkat atau berilmu-kerana di sisi ALLAH SWT kita semuanya sama –

cuma yang membezakan kita hanyalah AMAL dan TAQWA"

Tiga Pinggan



Andaikan 3 individu berbeza meminjam sebiji pinggan daripada Kita.. Selang beberapa tempoh masa, individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan.. Lalu Kita pun terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya..

Individu kedua pula memulangkan pinggan tersebut dlm keadaannya yang masih kotor; tidak berbasuh.. Pinggan tersebut akan Kita basuh sehingga bersih, kemudian barulah ianya diletakkan di tempat yg sepatutnya..

Individu ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah bersepai.. Tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca.. Tiada nilainya lagi.. Kita tiada pilihan lain selain menghumbankannya ke dlm tong sampah yg hina..

Begitulah jua halnya dgn Allah Taala.. Jika Kita kembali kepadaNya dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan Kita di tempat yang baik Dan tempat yg selayaknya bagi Kita.. Iaitu syurga..

Namun jika Kita kembali ke hadratNya dlm keadaan kotor dgn dosa, Allah akan ‘basuh’ Kita sebersih-bersihnya di dlm api neraka sebelum memasukkan Kita ke dlm syurga..
Tetapi jika Kita kembali kepadaNya dlm keadaan yg rosak imannya, sehingga tidak dpt dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan teragak2 utk menghumbankan Kita ke dlm neraka jahannam yang hina, ibarat pinggan yg pecah; tiada nilai lagi.....

wallahualam. .

Sakit mata

Salam.. aim bek.. dari cuti sakit yg panjang...

Dah lima hari aku tak buka blog... sebab apa? sebab aku MC sakit mata.. satu family kene sakit mata.. Hari raya korban di sambut dengan sakit mata.. huhuhuhu... berpinar mata bila keluar rumah... bila tunduk je rasa mata tu nak tercabut atau terjatuh..
kalau baring pulak rasa mata tu nak terbenam... mata rasa mcm ada pasir je.. kejap2 nak basuh.. yang paling aku kesian anak kecik akulah... dahlah baru 5 bulan dah kene sakit mata... sian betullah.. bila dia tido penuh je taik mata pehtu bila dia nak buka mata dah tak boleh.. sbb macam kene gam.. so aku pun basahkan kain dan lap perlahan2 kat mata dia...herm.. nasib kan maybe ni musim sakit mata kot.. sbb klu g clinic berderet2 org g clinic sebab sakit mata.. fuh sian betullah..

si uzrei yg silau kene flash kamera aku.. tgk mata dia yg bengkak n merah tu...


tenggok mata dia tu berair je.. sebelah cermin mata hitam dia..
pakai stokin kat tangan tu aku tak tahu apa motif dia.. sejuk kot.. hehehe

Petua hindar sakit mata. (kata org tua2lah)
1) klu nampak org sakit mata kita jangan sebut sakit mata tapi sebut sakit bontot
2) klu nampak org sakit mata kita maki dia tau.. tapi jgnlan maki depan dia.. maki dalam hati jelah...
p/s : aku tak taulah petua ni menjadi atau tidak... tapi kakak aku dah ikut petua ni.. dia tak kene pun... huhuhu..

Petua untuk kurangkan sakit mata
1) Pagi2 masa matahari nak naik tu.. kita pandang matahari tu buka mata besar2..
2) Selalu basahkan kepala maybe kita panas kat dalam kat dalam badan..
3) Pergi clinik  hahahahaha... jgn marah

Note : Aku harap petua ni berguna untuk korang ye..

Thursday, November 26, 2009

Salam Aidil Adha

Salam..



Dikesempatan ini aku ingin ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha.
Kepada sesiapa yg pulang kekampung berhati2 semasa memandu..
klu letih memandu harap berhenti berehat di perhentian ye.
ingatlah org yg tersayang..
pada yg tak balik kampung n tak kene bekerja di masa raya AidilAdha ni..
harap korang kejelah rajin2 ye... nanti untung2 hujung tahun dapat BONUS 5-6 bulan..


Monday, November 23, 2009

Lawak

Aku tepek citer lawak ni kat n3 kali ni bagi korang relaks utk mengurangkan tension setelah seharian bekerja.. Korang ketawalah ye...



NENEK TUA

Seorang wanita tua berdiri di tepi pantai dengan memegang kemas topinya
agar tidak terbang ditiup angin.

Tiba-tiba Seorang lelaki menghampirinya dan berkata:

"Maaf Nenek, adakah nenek sedar yang baju nenek tersingkap ditiup angin kencang ni ?"

"Ya, nenek tahu," jawab wanita tua itu,
"tapi nenek memerlukan kedua belah tangan untuk memegang topi ini".

"Tapi nenek... semua orang memandang nenek.. tidakkah nenek merasa malu tubuh nenek terdedah macam ni!" tegur lelaki itu

Akhirnya wanita tua itu melihat kebawah, kemudian kembali melihat kepada lelaki itu
dan menjawab,
"Nak, apapun yang anak lihat dibawah itu sudah berumur 85 tahun, tapi topi ini
baru nenek beli kemarin."

DOCTOR

Fahmi adalah seorang pemilik sebuah bengkel kereta sedang sibuk memperbaiki sebuah kereta
yang rosak... tiba2 didatangi oleh seorang doktor bedah terkenal yang juga ingin memperbaiki
keretanya yang mengalami sekidit kerosakan..

"Assalamualaikum doktor..." tegur Fahmi...
"Saya sangat mengenali doktor kerana wajah doktor sering keluar majalah, suratkhabar dan TV..

Setelah doktor menerangkan masalah keretanya...
Fahmi cuba bertanya...

"Cuba Doktor lihat, pekerjaan kita hampir sama. Mengambil sesuatu yang
rosak, menggantinya dengan yang baru dan "sembuhlah" ia."
"Yang saya hairan, kenapa saya tidak boleh sekaya Doktor?" tanya Fahmi.

Doktor itu menatap wajah Fahmi dan bertanya balik..
"Pernahkan awak mengerjakannya dalam keadaan mesinnya masih hidup?"

VIBRATOR

Seorang perempuan tua dengan tubuh menggigil datang ke sebuah kedai menjual alat bantu seksual.
Dengan suara bergetar nenek tersebut bertanya, "Naakk, di di di siniiii ada da da ju aa all di di dildoo do do?"
Lelaki penjual itu menjawab.. "ada."

"Adaa taaakk yaangg uukuurran paanjaangnyaa 20 sentiiii me me terrr?"
"Ada."
"Ada taaakk yaangg se be besar iniii?" tanya nenek yang gaya menunjukkan saiz yang dikehendakinya

"Ada Nek," jawab pemuda itu.

"Adaaa taakk ya yanggg pakaiii vibbbrrratorr?"

"Ada, semua lengkap di sini. Nenek nak beli yang seperti itu?"

"Ti ti tidakkk.... Sayaaaa mauu ta tanyaaa, baagaaimanaaa caa caaraanya me me mematikannyaaaa?"

Friday, November 20, 2009

Mahkamah



Aku mungkin akan ditimbangtara..
wallawei...
redho kesilapanku..


Maaf

Aku yg bersalah!!! :(


Emosi Ku

Salam Jumaat kengkawan...

Hari ni aku cuma nak beritahu kat korang sume..
Bahawasanya....... adalah aku mengalami!!!



HARI YG PENUH EMOSI..
sbb aku terasa mcm airmata nak tumpah je dari kelopak mataku ini..
tapi sebab apakah, kenapakah.. aku pun tak tahu..
mungkin ada sesuatu kot.. 
maybe perasaan aku dah dapat rasa.. aku je belum tahu lagi...
huhuhu jgnlah sesuatu tu yg menyedihkan....

Korang tolonglah daku... kenapakah emosi ku hari ini?


Thursday, November 19, 2009

Isteri...

Salam.....

Hari ni aku takder citer menarik sgtlah...
cuma hari ni aku amik cerpen dari email yg aku dapat...
dan cerpen ni aku nak berkongsi dengan korang sumelah..
masa aku dok baca cerpen ni tanpa aku sedar merembes airmata aku keluar... huhuhu... citer ni sungguh menyentuh perasaanlah... (bagi akulah, Klu korang aku tak taulah.. sbb aku adalah seorang isteri bagi seorang lekaki yg ku sayang... wah ayat tak boleh blah) bagi kawan2 yg membaca cerpen ni, lebih2 lagi bagi lelaki yg bergelar suami @ bakal bergelar suami (klu ada yg baca kat blog akulah.. huhuhu) harap korang amik iktibar dari cerpen ni...

Penghasilan cerpen ini sekadar ingin dijadikan sebagai ikhtibar untuk kita semua.

harap korang baca cerpen ni sampai habis... mana yg dah terbaca kat email yg korang dapat...
bacalah jelah utk kali 2,3,4,6 ikut sukalah... mana tau dah lupa jalan citer ke...

Zubir, seorang lelaki. Pesan ibunya, insan bernama lelaki pantang menangis. Insan bergelar lelaki tidak boleh menitiskan air mata. Pesan ibunya terbuku - terpaku di ruyung minda.

Hampir 40 tahun bertapa di kepala, pesan ibunya hari ini Zubir ingkar lupa. Pesan dari seorang insan yang berkerudung di bawah nama wanita. Zubir sudah lama tidak ke temu dia. Kali terakhir mereka berutusan berita 20 tahun lalu. Dia rafiq terakrab Zubir. Sahabat yang Zubir anggap terunggul. Taulan yang tidak keterlaluan Zubir katakan, di antara bebintang yang bergentayangan di langit hitam pekat, dialah satu-satunya purnama yang bersinar. Zubir sibuk menyiapkan disertasi ketika monitor komputernya disinggahi ikon kecil berupa surat. Tetikus pantas digerakkan ke ikon inbox message yang jarang-jarang diterima itu. Sekali tekan, e-mail yang hadir dari pengutus yang tidak Zubir ketahui asal-usulnya terpampang menjamu diagonar mata.

Zubir,

Salam buat rafiqku yang aku kira kala ini sibuk dengan tuntutan hidup yang sentiasa menggigit. Maaf, aku muncul tiba-tiba setelah lama menyepi diri. Aku sebenarnya ketandusan kata-kata. Aku sesungguhnya tidak tahu bagaimana harus aku lakarkan agar engkau tahu duka-lara hatiku. Maruah wanita sentiasa berkapuh di kaki lelaki; kata orang. Aku pernah bersumpah akan sentiasa berpegang dengan kata-kata itu tapi entah, sumpah aku terlerai akhirnya. Aku persis bulan yang merayu pungguk. Cuma, pencarian aku ini tidak akan ada hentinya kerana aku tahu, aku hanya mengejar bayang-bayang semalam. Aku terlalu merindui dia, Zubir!

Mukadimah warkah yang tidak diundang itu menjemput tanda tanya bertamu di sanggar hati. Kenapa dia jadi begitu? Mengapa dia jadi pengemis rindu? Benteng hati Zubir turut merusuh bersama-sama dengan bait-bait perutusan yang dijelajah-jamah seterusnya.

Zubir,

Natasya Aminah Abdullah, gadis berdarah English-Scottish. Aku mula mengenalinya di kampus University of Leeds, London. Natasya pelajar fakultiku. Natasya tidak mudah didekati. Tidak ada ruang untuk aku menghampirinya buat sekian lama hinggalah ke suatu tarikh keramat. Satu petang aku melihat dia diburu oleh seorang lelaki. Untuk mengelak diganggu tiba-tiba dia sepantas kilat masuk ke rumah sewaku dengan selamba. Aku jadi kaget kerana dia bukan muhrim yang tiba-tiba menceroboh masuk semata-mata untuk mendapat perlindungan dari diganggu oleh lelaki tersebut. Akhirnya dia menceritakan kepada aku bahawa lelaki tersebut adalah bekas kekasihnya yang ingin mengganggu hidup Natasya dengan merebut kembali cintanya namun Natasya cuba menolak kerana sudah tidak tahan dengan sikap bekas kekasihnya yang kaki perempuan.

Detik itulah aku berjaya menghadirkan diri dalam hidupnya. Kami kahwin selepas itu walaupun ibuku menghalang. Cinta aku pada Natasya teguh - utuh biarpun ibu sering menimbulkan onar. Kata ibu, Natasya bukan anak bangsawan Melayu seperti kami justeru itu dia tidak layak menjadi sebahagian dari kaum keluargaku. Ibu tidak rela keturunannya berumbut-berumbi asing. Malah bangsa Natasya juga berasalnya dari kolonial yang banyak mencetuskan semangat nasionalisme Malaysia walaupun kita sudah merdeka hampir 40 tahun.

Persoalan yang singgah diendokrap minda Zubir kian terjawab. Zubir mula mengerti gejolak hati dia. Zubir mula faham susur-galur kisah dia. Namun debar Zubir kian berganda bila Zubir terus meluncuri batas-batas warkah dia selanjutnya.

Zubir,

Lima tahun usia perkahwinan kami, kami masih berdua. Kasihku pada Natasya mula tergugat. Aku kepingin anak yang biasa panggil aku ayah! Mungkin ini balasan kerana mengingkari titah ibu. Aku jadi keliru. Natasya tenang. Tika mendapat perkhabaran buruk tentang keluarganya di Kosovo dulu pun, dia tetap tenang. Aku jadi kalut. Aku jadi tidak sabar. Aku jadi bingung dengan kesabarannya. Ibu pula kian mendesak mengasak. Bara mula berasap. Ibu pula menyiram minyak. Tahap kesabaran aku mula teruji. Api kemarahan aku marak menjulang. Termakan dengan kata-kata ibu yang Natasya mandul, cinta aku mula beralih arah. Farah pilihan ibu, tanpa banyak soal, aku terima. Namun, Natasya tetap setia dengan aku. Sungguh aku tidak mengerti wanita itu, Zubir. Sabarnya tidak ada penghujung!

Zubir,

Aku mula abaikan Natasya. Tambahan pula, setelah dua bulan berkongsi kasih dengan Farah. Dia mengandung. Natasya jarang sekali aku jenguk. Mual rasanya aku apabila memandang wajahnya. Aku jadi begitu tidak sabar dengannya. Semua yang dilakukan serba tidak kena di mataku. Aku pernah menjirus tangannya dengan air teh yang panas berasap hanya kerana dia terlewat membawakan air itu padaku! Ranting tubuhnya, aku kira sudah lali dengan sepak terajangku. Pernah dia tersungkur ke lantai terkena penanganku suatu hari itu, Zubir. Darah merah pekat berhamburan dari kepalanya yang terhantuk di bucu meja tapi aku bangga melangkah keluar meninggalkan dia menanggung kesakitan sendirian. Sembilan bulan Farah mengandung, sembilan bulan jugalah Natasya tidak kupedulikan. Nafkah zahir batinnya aku tidak pernah ambil peduli. Aku kira lara dia makin bertambah selepas kelahiran Azhad Ahlami, putera aku dan Farah. Natasya sudah tidak ada dalam kamus hidupku! Entah kenapa? Rasa kesal tiba-tiba sahaja datang bertamu. Aku semakin resah, resah yang makin mencengkam di jiwa.

Zubir jadi bingung. Mengapa begitu mudah kasih terhenti? Kenapa begitu senang cinta mati? Dia bukan lagi rafiq yang pernah suatu ketika dulu Zubir kagumi.

Zubir,

Hati Natasya turut kurebus dengan kata nista tapi sungguh, dia tidak pernah melawan. Dia tidak jadi seperti ayam yang berketak bila dimarahi manusia. Dia umpama rumput di laman yang boleh aku pijak sesuka hatiku. Allah itu Maha Kaya. Itu ketentuan yang tidak dapat aku sangkalkan. Farah berubah selepas melahirkan anak kami. Dia abaikan aku. Dia abaikan Azhad Ahlami. Kata Farah, dia tidak betah menjadi ibu. Potongan badan dia yang menggiurkan dulu telah rosak kerana mengandungkan Azhad Ahlami, katanya. Dia kesal kerana hamil. Dan yang sungguh menghancurkan hatiku, katanya dia kesal kerana berkahwin denganku! Anak kami terbiar Zubir. Farah tinggalkan aku bersama-sama Azhad Ahlami yang masih lagi menyusu. Ibuku pula tidak mahu ambil tahu. Tahukah engkau betapa rusuh hatiku tika itu, Zubir?

Zubir sebak. Sebak mengenangkan betapa agungnya kuasa Tuhan. Allah tidak pernah mungkir janji pada umat ciptaan-Nya. Yang baik dibalas baik.Yang buruk mendapat pembalasan setimpal. Dalam memelihara ego seorang lelaki, Iskandar terpaksa akur, dia wajar menerima pembalasan seperti itu dari Allah.

Zubir, Aku terpaksa menjilat nanah yang aku cipta sendiri selepas peninggalan Farah. Aku ketemu Natasya. Azhad Ahlami perlukan perhatian dan kasih sayang seorang ibu. Aku rela sembah Natasya tika itu Zubir, kalau-kalau dia tidak mahu mengambil Azhad Ahlami. Dia tidak menolak. Aku bertambah terpukul dengan keadaan.

Mengapa semurni itu hati dia, Zubir? Azhad Ahlami lena dalam dakapan dia. Dan engkau tahu Zubir, sememangnya Allah itu sungguh Pengasih. Azhad Ahlami kehilangan ibu. Paling mengharukan aku, Azhad Ahlami biasa membesar dari sumur Natasya! Natasya tidak pernah hamil. Dia tidak pernah mengandung. Mana mungkin ada susu tapi itulah kebesaran Ilahi. Aku langgar sumpah kita, Zubir. Lelaki tidak seharusnya menangis. Tatkala melihat detik itu, permata jernih ini turun tidak berhenti-henti. Jendela mataku berlangsir hujan! Kami hidup bahagia selepas itu, Zubir. Farah telah kulepaskan secara baik. Ibu akur dengan keputusan aku. Dia lebih banyak diam sejak Farah tinggalkan aku. Mungkin malu dengan Natasya. Hari-hari yang kami lalui selepas itu cukup manis. Azhad Ahlami membesar dengan kasih sayang Natasya.

Zubir seakan tidak percaya membaca zarah-zarah tulisannya itu. Besar kuasa-Nya. Dada Zubir berombak menahan sebak.

Zubir,

Waktu yang berlalu terasa begitu pantas. Usia perkahwinan kami masuk ke tahun yang ke-20. Azhad Ahlami sudah jauh besar. Dia ke Amerika menyambung pelajarannya. Aku sibuk dengan perniagaanku. Natasya tidak pernah merungut. Dia isteri setia, Zubir. Setiap hari, pulang dari kerja, makanan akan sentiasa siap terhidang. Aku jadi selesa dengan keadaan itu. Dan mungkin kerana itulah aku take things for granted! Hanya bila ada keperluan kami bercakap. Bukan aku tidak menyayanginya, Zubir. Cuma aku kira dia cukup tahu kasih sayangku padanya walaupun tidak kuucapkan.

Satu hari, Natasya mengadu padaku. Kepalanya sentiasa pening dan selalu pitam. Aku terlalu sibuk dengan urusan perniagaanku hinggakan permintaannya untuk menjalani pemeriksaan terbiar begitu sahaja. Aku terlupa tanggungjawabku padanya dalam kesibukan aku mengejar keuntungan. Dedaun masa yang telah gugur tidak akan dapat dilekatkan semula pada pohon kehidupan. Itulah yang aku pelajari beberapa bulan selepas itu, Zubir. Natasya pengsan. Menangis hingga kering mengalir air mata darah sekalipun tidak mampu mengubah ketentuan Ilahi, Zubir. Natasya menghidap barah otak. Mengapa tidak aku terfikir apa yang diberitahunya itu adalah simptom penyakit maut itu?

Menurut doktor, barah otak yang dilaluinya itu adalah kesan daripada hentakan dan pendarahan di bahagian kepala Natasya satu ketika dulu yang pernah aku lakukan. Penyakit barah otak ini selalunya sukar untuk diselamatkan. Lebih malangnya Natasya sudah di peringkat kritikal. Natasya perlu dibedah segera. Aku rasa sungguh bersalah pada Natasya. Kalaulah aku tidak terlalu menurut sibukku, sudah tentu barah Natasya tidak separah ini. Aku ini terlalu kejam pada Natasya. Aku sungguh kejam.

Tika itu, baru aku sedar betapa susahnya menjadi seorang isteri. Aku ambil alih tugas di rumah kala Natasya terlantar di hospital. Aku terpaksa belajar membahagikan masa menjenguk Natasya dan mengemas rumah. Hanya Tuhan sahaja yang mengerti hatiku tika itu, Zubir. Baru aku sedar, betapa selama ini, insan yang bergelar isteri itu memikul tanggungjawab yang sungguh berat. Aku ikhlas mengaku Zubir, jika aku diberi pilihan, aku lebih rela mengambil tempat Natasya menanggung sakitnya dari menanggung tanggungjawabnya sebagai seorang isteri! Kesihatan Natasya semakin menyusut. Aku diburu rasa menyesal yang tidak berkesudahan. Kata doktor, barah Natasya sudah mengakar ke sistem saraf. Barah penyakit perjalanan sehala. Tidak ada perjalanan pulang. Tiketnya menuju ke satu destinasi sahaja. Maut! Satu hari, Natasya memanggilku. Suaranya lemah sekali. Tidak seperti hari-hari sebelumnya. Aku jadi kaget Zubir.

Tiba-tiba sahaja aku begitu takut kehilangannya. Walaupun aku telah ketahui saat seperti ini akan tiba, aku seakan tidak mahu menerima kenyataan itu. Wajah Natasya tenang. Dia cuba menguntum senyuman yang aku kira terukir dalam kesakitan yang teramat sangat. Kepalanya aku riba, Zubir. Tuhanku, tikaku elus rambutnya yang sudah kehilangan seri itu, satu-persatu rambutnya gugur. Lebih mengguris hatiku Haziq, ada parut panjang di kulit kepalanya. Parut luka Natasya yang terhantuk di bucu meja satu ketika dahulu masih bersisa! Dan parut itu jugalah yang menjadi punca barah ini. Aku tidak dapat menahan sebakku. Betapa berdosanya aku! Natasya semakin lemah.

Ada air mata tergenang di bibir matanya. Kelopak mataku sudah tidak mampu kubendung lagi. Natasya pohon agar aku halalkan segala makan minumnya. Juga, dia pohon padaku, halalkan air susunya membesarkan Azhad Ahlami walaupun dia bukan ibu kandung Azhad Ahlami. Dia pohon ampun dariku kerana tidak mampu mengurniakan anak yang dikandung dalam rahimnya sendiri.

Zubir,

Tangannya kupegang erat. Aku tidak rela melepaskannya pergi. Bersama-sama hari yang baru mendaki dhuha serta diiringi kalimah syahadah, Natasya akhirnya terlena dalam dakapanku. Lena yang sungguh panjang! Aku masih lagi tidak dapat menerima kenyataan yang dia telah tiada. Azhad Ahlami tiba dari Amerika petang itu juga. Sempat dia mengucup dahi ibunya itu. Aku masih lagi terbau harum puspa kemboja. Sungguh, aku amat merinduinya. Sungguh juga, Aku terlalu menyayanginya. Zubir!

Megat Iskandar,

23 Januari 2002, Malaysia.

Bait-bait terakhir warkah Iskandar cukup meruntun hati Zubir. Air mata Zubir seakan tidak mahu berhenti ini terpaksa diseka. Besarnya pengorbanan seorang isteri. Zubir juga seperti Iskandar, tidak pernah menyedari betapa agungnya seorang insan bernama wanita ini. Pawan musim gugur yang bertiup menggigit saya. Iskandar menyedarkan Zubir.

Zubir tidak pernah mengucapkan sayang pada isterinya setelah lebih 20 tahun hidup bersama. Zubir bangun. Najwani sudah tertidur di sofa, mungkin kerana terlalu penat menanti Zubir menyiapkan tugasannya. Dia Zubir kejutkan dari tidur. “Najwani, abang sayangkan Najwani!” Terpisat-pisat bangun dari tidur, Najwani terpinga-pinga. Zubir tidak peduli. Iskandar terlewat. Zubir tidak mahu dia juga terlewat.

P/S : Cerpen ini diadaptasi dari sebuah kisah benar yang diceritakan dari e-mel. Nama, watak serta plot dalam cerpen ini telah diubah supaya cerpen ini tidak menimbulkan unsur sensitiviti bagi sesetengah pihak. kepada penulis asal klu terbaca cerpen ni.. aku cuma nak panjangkan cerpen ni bagi semua org baca...

Related Posts with Thumbnails