Showing posts with label uzrei uzair usyair dan ulfah. Show all posts
Showing posts with label uzrei uzair usyair dan ulfah. Show all posts

ULYA DAYANA

Assalamualaikum..

Ya Allah..... lama sungguh tak tengok blog yang sepi ni. 
Bila tengok balik tahun 2020 last update pasal anak dara yang sorang. 
Tapi sekarang dah tak sorang dah.. 
Dah ada 2 orang anak dara penyeri keluarga. 
Alhamdulillah.. tercapai si kakak nak ada adik perempuan.
sunyi katanya takder geng gegirl.
abang-abang kurang nak melayan dia.. hehehe 
rezeki selepas lapan tahun pada tarikh 17 August 2022 lahirlah dia.

Ulya dayana binti Mohd azhari

Seronoklah lah si kakak Ulfah delisha bila adik dah balik rumah.
ada je alasan dia tak nak kesekolah. sebab nak mengadap adik dia je.






Kakak sepupu pun eksaited dengan adik ulya.





oklah.. lama sangat tak menulis dalam blog ni.. idea pun takder sangat..
Insha Allah.. kalau rajin aku akan terus update blog ni.. dari biarkan sepi.






Untuk Arwah mak & abah  الفاتح ~ Kohar bin Jumbang & Sariah binti Lanu~

Eyeliner....

Salam....

Ni bukan nak bagi tutorial eyeliner ke apa.. Ni nak citer si anak dara aku Ulfah delisha ni.. dah setahun 6 bulan memacam ragam dah.. ater baru ada anak dara sorang.. selama ni ada tiga orang hero.. takderlah nak berdandan ke apa kan...

Si ulfah ni masa aku nak bersiap pepagi sebelum ke opis tu.. selalulah memerhati aku membedak muka... rupanya satu hari tu kat rumah ibu (pengasuh) dia.. dia buat hal.. Habis sebatang eyeliner ditonyoh kemata dia.. pandai pulak tu.. yang eyeliner tu letak kat mata...

Bila si ibu (pengasuh) dia nampak.. ditambah sikit lagi kat hujung mata.. pehtu tunggu sampai aku balik amik dia.. sekali apa lagi.. aku tengok kemain cantik je kat mata.. hehehe...

Nasiblah eyeliner tu tak yah berganti.. memang aku yang bagi eyeliner tu dulu kat ibu (pengasuh) dia.

Tengoklah gambar-gambar kat bawah ni... gewam je aku ngan dia tau.








Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

Kuih Lapis

Salam....

Kesukaan anak-anak... Kuih lapis ni bukan saja kesukaan anak-anak.. tapi mamanya anak-anak pun suka.. bila aku makan aku suka kopek selai-selai kuih ni... ntahlah rasa macam nikmat bila buat macam tu.. korang ada tak yang berperangai macam aku ni... tapi tulah aku....

masa ni sebenarnya baru lepas masak... tak sempat nak sejuk bebudak dah minta nak makan...
hasilnya dapatlah separuh je gambar kat sini... 

Resepi kuih lapis.

Bahan-Bahan
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan  tepung jagung
3/4 cawan gula pasir
4 cawan santan (1 cwn santan pekat campurkan bersama 3 cwn air)
1/4 sudu teh garam
sedikit pewarna merah dan perisa ros

Cara membuatnya:
Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 8 inci. Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api.
Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan santan. Gaul rata hingga tidak berbintil.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. (adunan ini menghasilkan lebih kurang 1200ml bater) bahagi kepada 600 ml +/- setiap satu. Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa ros.
Masukkan loyang yg telah di sapu sedikit minyak ke dalam kukusan. Tuang 200 ml adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus selama 5 minit dengan api kuat. setelah lapisan pertama masak, tuang 200ml adunan merah. Kukus lagi. Ulang proses hingga habis 6 lapisan dengan diakhiri dengan lapisan merah. K.An tambah sedikit lagi pewarna merah untuk lapisan akhir agar warnanya lebih menyerlah.
 Setelah siap, sejukkan kuih lapis sebelum dipotong. Kuih lapis yang elok, boleh dimakan selapis demi selapis.




bila anak-anak happy...
aku dan en. suami pun happy...



Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

Jadi ulat

Salam..

Dialog aku dengan Usyair Darwisy...

Dulu
mama - adik jom gosok gigi..
awis - tak nak....
mama - habis tu kalau adik taknak gosok gigi adik nak jadi ulat ke?
awish - diam - tak faham apa-apa.

Sekarang 
mama - adik jom gosok gigi..
awis - tak nak
mama - habis tu adik tak nak gosok gigi nak jadi apa...
awish - adik nak jadi ulat lah..
mama - erk... tak terkata apa2

Boleh dia ingat ayat aku yang dah lama dulu tu.. kenelah guna kuasa veto masa nak gosok gigi dia.. huhuhu... gewam je.. tapi sayang.... 






Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

Graduasi Uzair Danish

Salam...

14/11/2015 yang lepas majlis graduasi prasekolah Uzair Danish di Sekolah kebangsaan Pulau Indah II. Sebelum majlis penyampaian bermula ada beberapa persembahan yang Uzair danish serta. Salah satunya buat persembahan untuk tarian dengan lagu temanya Kun Anta. Aku tak sangka yang danish ada serta persembahan ni.. Sebab dari rumah dia berjubah putih untuk buat persembahan nasyid.. Bila kat stage aku pun tak amik tahu sangatlah persembahan Kun anta ni.. Sekali anak sulong aku kata ada Danish kat stage.. barulah aku terhegeh-hegeh nak rakam video.. tapi tu pun dah separuh jalan.. huhuhu.. kesian dia... bila ulang balik tengok video dia.. pendek je...

sikit je aku dapat rakam..

Ni pun gambar selepas habis persembahan... memang aku tak cam langsung muka dia kat stage.. lain sangat.. dengan cikgu dah sapu bedak kat muka dia.. hailah anak...  Gambar pun gegar2 masa ni.

Yang ni pula persembahan nasyid.. aku tak ingat pula lagi apa masa ni.

 masa ni untuk amik sijil tamat graduasi dan pinggat cemerlang dalam subjek Pendidikan Islam...
Alhamdulillah..

Tersenyum simpul je dia waktu ni...




Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

Update...

Salam...

Adoi... last entry 15/9/2015.. lamanya tak menaip.. skill menaip pun dah pudar.. nak memulakan celoteh panjang pun.. kene fikir dekat setengah jam.. sebab lama sangat aku tak publish kisah hidup keluarga aku (diari maya) ni.. kekadang ada gak niat nak tutup je blog ni.. tapi sayang pulak.. segala kisah suka, duka, pahit, manis.. kenangan bersama keluarga semuanya tercatat dalam ni... pergh... tak boleh jadi.. dari private tak sampai 2 minggu.. mohlah aku update segala kenangan harian ku...tak kisahlah... kisah-kisah kecik pun aku nak update jugak.. yang penting ada kenangan untuk keluarga aku nanti...

last week balik tanjong karang.. dah lama tak balik umah abah.. selalu abah je yang datang rumah kakak aku.. jadinya kitorang berkumpul jelah kat rumah kakak aku tu.. dah semua adik beradik duduk kat area klang ni kan... kalau nak harap berkumpul semua kat tanjong karang tu.. payah nau.. hehehe.. hari raya je dapat berkumpul semua.. maklumlah memasing ada keluarga sendiri dan urusan kan.. sedangkan adik beradik dekat ni pun.. nak terjah ke rumah dorang pun payah.. kikikiki... ater nak pergi ada je halnyer... tapi walau macam mana pun kalau ada betul-betul masa free memang harus menziarah doranglah.... kakak-kakak ku tu dah ibarat penganti emak aku.. kat dorang lah tempat bermanja.. chewah.... Nasib baik adik beradik dekat.... tak pernah terfikir nak dok jauh dari dorang... 

oklah.. tujuan balik kampung tu selain nak menjenguk abah yang pentingnya nak mengemas rumah tu apa yang patutlah... 

Bila kitorang balik.. abah pun happylah kan.. lelagi ada cucu-cucunya.. seronoklah abah melayan cucu dia..

 Breakfast sambil melayan anak dara aku dan adik aku...



bebudak dua orang ni mengacau je lebih.. gewam je aku... atan (atuk) dia nak makan pun tak senang.. kikiki..

sebenarnya masa ni dah selesai sarapan pun... kene pantas mengemas.. tak terbendung nak melayan beudak ni....




Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

mengacau

Salam...

Bukan dia peduli.. abang tido ke apa
yang penting dia dapat kacau abang dia tido.


Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

sampai hati tau...

Salam....

Semalam upload pic bebudak ni kat fb tengah menyepah rumah.. macamkan kapal pecah.. berteraburan semua permainan... sebakul dikeluarnya....

tengok ni.. seronoknya je dorang ni menyepah kan mainan... aku masukkan balik dalam bakul.. dorang keluarkan balik... 

Bila aku dah upkan kat fb gambar ni.. adalah komen-komen dari sepupu-sepupu bebudak ni.. sampai hati tau dorang... korang tengoklah kat komen sepupu bebudak ni...

boleh tak bebudak ni komen si ulfah tu chucky yang doll menyeramkan tu.. huhuhu...

pehtu si kakak sepupu lak menyokong huhuhu...
bukan kakak je.. mama dia pun menyokong gak.. kikiki

Dah dekat nak sama ke ngan si chucky ni..
aku rasa tang rambut dan dahi jendul tu kot.. hahahaha

Chucky tengah bergumbira.. 

hahaha

oklah..

babai..




Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...