Air Panas


Hari ahad lepas perkara yang selalu kita elakkan dan berhati2 daripada terjadi.
dah terjadi kat anak aku. Masa tu dalam jam 3 petang aku nak buat air utk minum petang n kebetulan pulak anak buah aku datang kerumah aku.
jadi masa aku nak buat air tu kebetulan pulak anak lelaki aku ni nak suruh buat susu pulak.
masa aku tenggah tuang air panas yg baru tutup api ke dalam jug tiba2 dia datang bawa botol susu kat aku...
tak sempat aku nak letak cerek kat dapur dia dah masukkan botol susu dia kedalam jug aku yg berisi air panas.
masa dia nak tarik tangan dia dari jug tu.. dia tertarik sekali tangan aku terus air panas tertumpah kat perut dia n kaki kanan..
dalam keadaan panic aku terus buka baju n seluar dia.. anak buah aku pulak terus amik colgate utk sapu kat badan dia..
fuh.. kesian betul anak aku.. mengelejat dia menangis bila dah kene air panas tu..
masa tu jugak aku bawa g HTAR untuk rawatan...

masa kat HTAR perh lagi kesian anak aku.. dah lah menahan sakit kene air panas..
kene pulak cucuk dgn jarum utk masuk ubat tu... aku rasa lebih 20 kali cubaan mencari urat kat tangan n kaki anak aku... tapi tetap tak jumpa jugak... aku dah naik bengang jugak masa tu... aku ingat ubat tahan sakit tu cuma ada tablet n suntikan je... rupanya ada ubat tahan sakit yang masuk bontot... dah naik lebam tangan anak aku.. tak jadi masuk ubat suntikan.. terus doctor hantar anak aku naik ward barulah nurse masukkan ubat tahan sakit melalui bontot... barulah dia boleh berhenti nangis klu tak.. satu ward tu suara dia... klu dari awal dia buat mcm tu kan dah lama anak aku diam... huhuhu sedih aku tgk keadaan anak aku masa tu..

kat ward pulak satu kali lagi anak aku tahan sakit.. masa nak buang kulit mati tu..
aduh... nurse buang kulit mati tu sambil siram air... menangis2 anak aku masa tu..
siap dia g pukul tangan nurse yg tenggah buang kulit mati tu... nak buat mcm manakan
takkan nak marah pulak... sedang kita yg tua ni pun tak tahan sakit tu.. inikan pulak budak usia 2 thn setengah.

lepas buang kulit mati tu semua barulah nurse letak cream sejuk n balut luka anak aku tu untuk elakkan jangkitan kuman..
dah lepas segala proses barulah anak aku boleh tido... tapi tu pun dia tak tido nyenyak sbb kejap2 sakit tu datang...


nilah no katil anak aku

 
1st day selepas buang kulit n disapu dengan cream sejuk.

 
2nd day selepas cuci luka
(makan pun tak lalu dah.. mungkin sakit sangat)

 
Balutan di bahagian perut

 
Balutan di bahagian peha dan kaki

Note : gambar kulit melecur tu aku tak sampai hati nak amik... sbb aku tgk kulit dia merah n nampak merah2
(rabu 30/12/2009 nak bawa g HTAR utk cuci luka pulak... harap dia tak menangis sgtlah)

Lintah


N3 aku kali ni pasal lintah
kisahnya mcm ni..
kawan suami aku ni ada bisul kat tepi telingga dia.
jadi dia taknak g hospital untuk operate bisul tu..
mungkin dia takut kene operate kot..
kebetulan lak suami aku ni ada lintah yg nak dijual...
dia pun mintak 6 ekor lintah ni utk diletakkan kat bawah telingga dia
masa letak je lintah kat bawah telingga tu lintah tu cepat je melekat kat bisul tu..
mungkin byk sgt kot darah kotor kat situ... yelah benda dah bernanahkan..
mula2 aku tengok lintah tu kecik je... bila tak sampai dalam 5 minit lintah tu dah mula gemuk..
cepat sungguh dia sedut darah kotor tu...
kawan suami aku cakap masa lintah tu tengah menyedut darah tu terasa gatal kat sekitar
tempat lintah tu melekat... klu akulah belum lintah tu melekat kat aku pun aku dah mengeliat menahan geli..
ni kan pulak dah melekat... tapi kawan suami aku ni relax je siap boleh sms lagi

korang tgk gambar lintah sebelum menyedut darah dan selepas menyedut darah..
takderlah selepas sgt.. gambar selepas tu aku geli nak amik..
sbb dah bercampur darah n nanah dari bisul tu...

nilah bakal doctor lintah yg tersohor satu hari nanti... hehehehe


Lintah yg sedang bersuka ria berenang didalam balang... sbb sebentar lagi akan menikmati darah segar.. Nikmat..
 

Lintah yg kecik tgh menyedut darah segar... tgk tu siap pakai ear plug lagi.
takut lintah menyelinap masuk kedalam telingga..


korang tengok lintah ni... kenyang betul aku rasa sbb dapat makan darah segar..


Hoyei... keje aku sudah beres


Note : aku tak sangguplah... geli


Salam Maal Hijrah

dibawah aku sertakan Doa Awal & Akhir Tahun untuk panduan kita bersama


Dibaca selepas Solat Asar

Dibaca selepas Solat Maghrib






Rambo vs Rainbow



korang tgk tajuk aku mesti korang pelikkan. takkanlah RAMBO nak berlawan dengan RAINBOW pulak kan.
takderlah sebenarnya ada kisah disebalik RAMBO vs Rainbow ni.
yelah sekarang kan musim hujan dan panas tak menentu. kejap hujan kejap panas.
mestilah ada sesuatu yang indah akan keluar dari cuaca yg tak menentu ni.
yg keluar mestilah pelangikan..
dalam bulan ni aku ada dengar 2 cerita pasal Rainbow ni..
satu citer aku dengar dari member satu ofis aku..
n lagi satu citer aku dengar dari anak buah aku...

Kisah 1

situasinya kat dalam kerete..
antara dialog nye ye..

member 1- (dari dalam kerete tgk keindahan alam... tetiba...) eh...Rainbow...
member 2 - ha... Rambo datang malaysia ke?
member 1 - bukan rambo datang malaysia la... tu ada Rainbow kat sana...
member 2 - ooo... Rainbow...

Kisah 2

situasinya juga kat dalam kerete..
antara dialog nye ye..

Suami - eh... ada Rainbowlah...
Isteri - mana2 bila lak Rambo datang..
Suami - Apelah awok ni bukan Rambo tapi pelangilah...
Isteri - La.... cakaplah pelangi sayakan ingat Rambo yg pelakon tu...
Suami - hahahaha.. apelah awok ni sesekali nak cakap omputih pun tak boleh..

tulah diantara citer Rainbow yang aku dengar dalam bulan ni...
kekadang kita ni klu nak cakap tu takderlah nak ikut sgt bunyi omputeh tu...
tapi org yg mendengar tu salah tafsirkan pulak apa yg kita nak sampaikan...


Botol

Salam sume..
hari ni aku nak tepek pic uzair pegang botol susu..
sebenarnya uzair ni baru pandai pegan botol..
tu yg aku teruja nak snap gambar dia untuk buat kenang kenangan..
almaklumlah masa zaman abang dia (uzrei danial) aku tak pandai lagi nak berbloging ni..
so masa tu takderlah aku nak snap gambar segala bagai..
jadi kali ni aku pun tak lepaskan peluang untuk masukkan pic uzair kat blog ni..
bila dia dah besar ada jugak kenangan yg boleh dia tgkkan...
maklumlah klu dalam album ni kekadang ada yg hilang atau tercicir..

korang tgk anak aku ni dah pandai pegang botol susu sendiri..


ni tengah feel je minum susu..


ni pulak dia dah perasan aku nak snap gambar dia.

Nakal

kali ni n3 aku bertajuk nakal.
bukan apa aku nak citer kisah anak sulung aku..
biasalah bila aku bangun pagi je..
aku akan turun dari bilik nak kemas rumah n masak serapan..
kebetulan hari minggu tadi suami aku ada keje sikit kat luar...
jadi seawal jam 6 pagi lagi suami aku dah keluar g site..
anak sulung aku ni tak boleh takder papa dia klu bangun tido...
klu dia tgk takder mulalah menangis...
jadi pagi tu masa dia bangun dari tido dia tgk papa dia takder..
apa lagi dia pun berlagu baladalah menangislah . penat aku suruh dia turun tapi dia tak layan..
last2 aku pun malas nak pujuk.. yelah aku nak ngemas rumah bagai.. dia g buat lagu pulak...
jadi dalam aku tengah mengemas rumah tu aku dengar lagu tu dah berenti.. aku pun g tgk
sekali aku tgk dia dah jadi macam ni pulak... huhuhu

aku tengok dari bawah ada nampak kepala je kat tangga.. aku ingatkan dia menung je kat situ


rupanya tengah terbaring kat tangga


cantik je cara dia baring
 

last sekali rupanya dia tengah tido.. kat tangga pun jadi tido
 

kata orang tua2 klu budak macam ni namanya nakal...
dah banyak kali sebenarnya anak aku ni tido mcm ni..
pernah sekali tu tgh main mini car tu boleh dia tertido sambil pengang stearing..
macam2 lagi karenah kenakalan dia ni....
ni diantara bermacam2 kenakalan dia..
nakal mcm ni takper lagi.. jgn sampai nakal nak belasah anak orang sudah...
minta dijauhkan...




Diet

Kuruskan badan Seorang mamat yg mmg gemuk masuk kesebuah fitness center dgn niat utk menguruskan badan.

Seorang lelaki di kaunter bertanya kepada mamat tadi, "Kami menawarkan 2program di sini... RM50 utk versi 'Biasa' dan RM100 utk versi 'Cepat'.

"Saya ingat nak ambil yg biasa punya sebab saya baru je nak try kuruskanbadan", kata mamat tadi.

"OK. Encik sila masuk ke bilik NO. 5 di penjuru bilik sana", jawaplelaki penjaga kaunter.

Mamat tadi pun masuk laa ke bilik yg di suruh lalu menutup pintunya.Selang 2minit kemudian, datang laa seorang perempuan yg mmg lawa, cantik, body best,mantap
dan segalanya. Dia kemudian menanggalkan kesemua pakaian sehinggakan mamat tadidah x senang duduk dan berpeluh2.

Perempuan tadi berkata, "Kalau tuan dapat kejar saya, tuan bole buataaaaapa saja
dgn saya... hik hik hik" dan dia terus berlari di dalam bilik itu.

Mamat tadi pun kejar punya kejar, sampai 10 minit, pun x dapat2 jugak. Dia trylagi sampai akhirnya, dia jatuh terjelepuk ke lantai.. pengsan. Apabila diasedar, dia terus ke penimbang dan mendapati beran badannya telah turun 3kg.

"Wow! Mmg berbaloi aku bayar RM50... mmg senang rupanya nak kuruskanbadan", katanya sendirian.

Esoknya, dia datang lagi ke situ dan terus ditegur oleh lelaki di kaunter.Setelah diberitahu program2 seperti semalam jugak, dia bersetuju untuk tryversi 'Cepat'.

"OK. Encik sila masuk ke bilik NO. 6 di penjuru bilik sana", jawaplelaki penjaga kaunter.

Setelah beberapa minit didalam bilik itu, datanglaa seorang body-builder yangtaff dan terus melondehkan pakaiannya.

Body-builder itu berkata, "Saya akan kejar kamu dlm bilik ini dan kalausaya dapat ....saya akan kerjakan kamu.. hehehe..."


p/s : Sekadar hiburan...

Kubur

Artikel ni aku copy dari email yg aku dapat hari ni.. aku harap artikel ni dapat kita kongsi bersama dan ingatan kita di masa depan...
yelah kekadang kita lupa nak membezakan apa yg perlu dengan kehendak... dan juga sikap bermegah diri...

Kubur yang dilarang dalam agama Islam




Hakikat yang tak dapat ditolak, pusara ni semua memang sangat cantik. Malah teramat-amat cantik. Tentu ada antara korang yang terniat nak ada kubur macam ni bila dah KO nanti. Tapi mengapa kubur-kubur sebegini dikatakan haram? Baca artikel di bawah.

Larangan dari Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam:

Dari Jabir radhiyallahu ‘anhu, dia berkata,

“Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan diatasnya.”

(Hadith Riwayat Imam Muslim)
Dan membawa bunga-bungaan / jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama jenazah adalah diharamkan yang telah menular dikalangan orang-orang Islam kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kuno dalam upacara-upacara jenazah mereka. Juga kerana perbuatan tersebut boleh mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan berbangga..

Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar (marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam, juga kerana terdapat pembaziran harta yang ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amat dimurkai Allah subhanahuwata’ ala.

Ali bin Abi Talib radhiyallahu ‘anhu berkata kepada Abi Hayyaj Al-Asadi.

wALLAHua’lam. .

Ayam


Kak Midah & Penjual Ayam........

Ada satu cerita yang berlaku di pasar ayam di Selayang. Peniaga ayam ini nama dia Sudin. Dia jual ayam yang di beli dari beberapa tempat. Ada pulak seorang pelanggan nama dia Hamidah. Dia ni pelanggan tetap ayam Sudin.
Kak Midah ni dok meniaga nasi dekat kedai berhampiran. Jadi hari hari lah dia beli ayam dari Sudin. Disebabkan dah setiap hari dok main dengan ayam, sampai Kak Midah dah kenal jenis jenis ayam sebelum di sembelih.
Antara ayam yang selalu dipilih oleh Kak Midah ialah ayam dari Bangi dan ayam dari Perlis. Selalunya ayam dari Bangi lah yang menjadi pilihan Kak Midah. Kalau tidak dia akan beli ayam dari Perlis sahaja. Kalau tak ada lansung dia tak akan beli ayam lain.

Kelebihan yang ada pada Kak Midah ialah dia boleh kenal samada ayam tu dari Bangi atau Perlis ialah dengan membelek punggung ayam tu. Selalunya Sudin akan campur semua ayam yang sampai dalam satu tempat. Jadi jenuhlah Kak Midah dok belek sekor sekor nak cari ayam Bangi atau ayam Perlis.

Mula-mula Sudin tak kisah sangat dengan Kak Midah. Tapi lama-lama Sudin dah mula boring. Sebab Kak Midah ni customer tetap Sudin pendam je bengang dia. Satu hari Kak Midah datang macam biasa dan terus belek punggung ayam nak cari ayam Bangi. Habis semua ayam dibeleknya. tak ada satu pun ayam Bangi atau ayam Perlis.

Jadi Kak Midah pun panggil Sudin dan tanya,

Kak Midah : Din ! ayam Bangi tak ada ke?.

Sudin : Tu ada dalam tu. (Yang sebenarnya tak ada sebab lori ayam Bangi terbalik dekat Tanjung Malim)
Kak Midah : Hang toksah dok bohong. Kak Midah dah tengok dah, semua ayam dari tempat lain.

Sudin : Ayam Perlis ada. (Yang sebenarnya pun tak ada sebab lori rosak dekat Nibong Tebal).

Kak Midah : Hang ni, Kak Midah kata tak dak, tak dak la. Hang ingat Kak Midah tak kenai ke ayam-ayam tu. Bukan sehari dua Kak Midah dok main dengan ayam.

Sudin : Kak Midah ni memang teror lah, punggong ayam pun dia boleh kenal.

Kak Midah : Baru hang tau siapa Kak Midah. Pakar tengok punggong ayam. (lalu blah sambil tersenyum walau pun tak dapat ayam hari itu)

Kemudian sampailah nak dekat Hari Raya.

Kak Midah macam biasalah nak belek punggong ayam. Sudin tengok Kak Midah, bengang je rasa macam nak bertempik dekat Kak Midah sebab orang terlalu ramai dan sesak pada masa tu. Kak Midah perasan yang Sudin memang bengang kat dia. Sambil Sudin dok bersihkan ayam Kak Midah, Kak Midah cuba ambil hati Sudin.

Kak Midah : Din ! Tak balik raya ke tahun ni.

Sudin : Tak!!! (Bengang)

Kak Midah : Famili ada kat sini ke?.

Sudin : Tak dak!!

Kak Midah : Habih tu raya dengan siapa? .

Sudin : Raya sorang-sorang.

Kak Midah : Kalau Din tak balik kampung mai lah rumah Kak Midah.

Sudin : Tak pa lah, terima kasih je lah.

Kak Midah : Dah lama kita kenal, kak tak tau pun kampung Din. Kampung Din kat mana?

Sudin : (Diam)(Buat tak dengar)

Kak Midah : Kak tanya ni, kampung Din kat mana .

Sudin : (Masih diam)(Tiba-tiba Sudin naik atas meja lalu membuka seluar dan menonggeng ke arah Kak Midah sambil berkata..... .) Kalau Kak Midah teror cuba Kak midah belek punggong saya dan teka saya berasal dari mana? .

Kak Midah : (Ambil ayam dia dan terus blah)

Sedih



Ada tiga orang sahabat si A, si B dan si C, yang tinggal serumah di sebuah apartment setinggi 60 tingkat. Pada suatu petang setelah tamat bertugas, mereka pulang ke rumah. Dilihatnya ramai orang sedang berkerumun di depan lif. Rupanya elektrik padam dan lif tidak berfungsi.

Si A: Macam mana ni... rumah kita atas sekali pulak tu?

Si B: Aduhhhh... bikin bingung kepala, nak panjat tangga larat ke?

Si C: Aku rasa, baik kita panjat tangga aje... kita pun tak tahu bila agaknya elektrik ada balik.

Si A: Aku ada satu idea, kita panjat tangga sambil bercerita, tapi kita kena bercerita yang sedih saja, sebab kalau kita buat cerita lawak, kita akan terasa sesak nafas sebab kita ketawa. Biar kita serius dengar cerita.

Mereka pun bersetuju, jadi mereka mulalah melangkah kaki memanjat tangga untuk ke tingkat 60. Si A mula bercerita.

Si A: Aku masa kecil punyalah sedih dalam sejarah hidupku. Aku membesar tanpa bapa, bapaku meninggal semasa aku dalam kandungan, dari kecil aku... bla bla bla bla bla...

Punyalah sedih mereka mendengar cerita si A hingga meleleh-leleh air mata, sedar tak sedar mereka dah sampai kat tingkat 20. Mereka berhenti sekejap bukannya kerana penat tapi berhenti untuk lap air mata, kemudian mereka kembali memanjat sambil si B pula bercerita.

Si B: Sejarah hidup aku lagi sedih, semasa umur aku 5 tahun kedua ibu bapaku meninggal dalam kemalangan jalan raya. Aku dibesarkan oleh abang sulung ku saja yang pada masa tu berumur 15 tahun. Abang sulung ku tak bersekolah dan dia bekerja untuk menyara aku adik beradik seramai 4 orang... bla bla bla bla...

Sekali lagi mereka bertiga meleleh sedih... punyalah lama si B bercerita, sedar tak sedar mereka dah sampai ke tingkat 55. Hanya 5 tingkat saja lagi. Sambil melangkah memanjat tangga ke tingkat 56, si C mula menyampuk.

Si C: Alaaaaaa... korang punya cerita tak sedih lagi. Cerita aku lagi sedihhhh punya.

Si A: Kau ada sejarah hidup sedih juga ke?

Si C: Emmmm... mungkin hari ini dalam sejarah...

Si B: Cerita aje le... kita dah tinggal 4 tingkat je lagi.

Si C: Aku sedih kerana... KUNCI RUMAH KITA, AKU TERTINGGAL DALAM KERETA.... UWAAAAAA....

Alza


Korang dah tenggok alza ni..
aku ada cerita di sebalik Perodua Alza ni..
last week aku balik dari tanjong karang aku singgah kat Kedai perodua ni..
yelah kan Perodua baru lancarkan MPV terbaru dia sekarang ni...
so ramailah yg berpusu2 nak g tenggok Alza ni..
termasuklah aku sekali..
oklah masa aku tenggok  tu takder apa yg menarik sangat pun kat Alza ni..
sbb mcm aku tgk macam Viva/Myvi yang hanya tambah sikit body kat belakang dia..
tu bagi pendapat aku je lah.. aku lebih minat pada MPV Exora yg lebih selesa..
aku rasa klu aku masuk kat seat belakang Alza aku boleh lemas plus sesak nafas..
ops... dah merapu ke lain pulak aku ni...
sebenarnya citer asalnye begini...
balik dari tenggok Alza tu aku pun terus menghala ke port klang..
sbb nak antar kakak aku balik rumah dia...
lepas dah selamat menghantar kakak aku tu.. tanpa singgah rumah dia..
kitorang pun mulalah nak balik rumah kat pulau indah...
tapi tak sempat  keluar pun dari simpang rumah kakak aku..
tetiba suami aku benti kat tempat orang jual durian...
aku ingatkan dia nak beli durian... beriya aku tanya dia...

aku - nape benti kat sini nak beli durian ke?
dia - nak beli durian ape... kete ni tiba2 benti sendiri...
aku - aduh kete rosak ke? mcm mana ni...
dia -  kol akak lah suruh dia amik kita...  
aku - ok...


adakah kete Waja aku telah merajuk selepas kitorang tgk Perodua Alza
kete pun pandai majuk ke?
herm ntahlah.. atau sekadar mitos je...
yang sebenarnya kete aku tu memang nak rosak... kebetulannye rosak selepas tgk Cik Alza.. huhuhu...

kesudahannyer kerete waja dan  aku sekeluarga  tersadai kat rumah kakak aku selama 2 hari sbb nak tunggu pomen datang umah..
yelah dahlah rosak time cuti mana ada workshop buka hari minggu.. klu ada nun jauh nak keluar...
takkan nak tarik guna tow trak pulak.. kang kene charge lebih dari kerosakkan pulak... dorang gembira aku yg bersedih.. huhuhu


tapi alhamdulillah sekarang Waja dah ok dah... punca kerosakan adalah oilpulm yg dah longgar...
bila start minyak tak boleh naik.. tu je... sib baik kan..


p/s : Agak2 korang betul ke kete boleh majuk klu kita citer nak tukar atau jual?
herm... ada tak yg pernah ada pengalam macam aku ni?
mehlah kita kongsi..


Mengantuk


Salah satu perkara yang sering mengganggu kerjaya kita adalah “MENGANTUK”.. Menguap merupakan ciri2 orang yang mengantuk. Sebenarnya ia merupakan gangguan syaitan yang menginginkan kita lalai dengan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita. Maka di sini ingin saya kongsikan tips dari Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam untuk menangani gangguan syaitan ketika “MENGANTUK” yang menyerang melalui senjatanya “MENGUAP”.

HADIS TENTANG MENGUAP :

الْعُطَاسُ مِنَ اللّهِ , وَالتَّثَاؤُبُ مِنَ الشَّيْطَانِ , فَإِذَا تَثَاءَبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَضَعْ يَدَهُ عَلَى فُيْهِ , وَإِذَا قَالَ : آهْ , آهْ , فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَضْحَكُ مِنْ جَوْقِهِ . وَإِنَّ اللّهَ عز جل يُحِبُّ الْعُطَاسَ , وَيَكْرَهُ التَّثَاؤُبَ .

"Bersin itu dari Allah dan menguap itu dari syaitan. Jika salah seorang kalian menguap, maka tutuplah mulutnya dengan tangannya dan jika ia mengatakan `aaah..' , maka syaitan tertawa di dalam perutnya. Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan membenci menguap." (Hadis riwayat. At-Tirmidzi )


FAEDAH DARI HADIS:

1. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memberitahu kita bahawa menguap berasal dari syaitan gangguan Syaitan.

2. Oleh itu, apabila kita menguap atau terasa hendak menguap :

a. Berusaha menahannya sedaya upaya.

Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam :

"Apabila salah seorang dari kalian menguap dalam solatnya, hendaklah ia berusaha menahan menguapnya sedaya mampu kerana ia boleh menyebabkan syaitan masuk." (Hadis riwayat. Muslim)

b. hendaklah kita menutup mulut (samada dengan tangan kiri atau kanan, depan atau belakang, kerana Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam tidak menetapkan mana2 bahagian),

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya),

“Jika seseorang dari kalian menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya kerana sesungguhnya syaitan masuk (ke dalam mulut yang terbuka) .” (Hadis Riwayat Muslim)

c. Elak dari mengeluarkan bunyi ketika menguap. Seperti “Haaaaaah” Kerana apabila seseorang itu menguap sambil mengeluarkan bunyi, maka Syaitan akan ketawa. (mungkin sebab tulah ada orang terdengar hantu2 ketawa di banggunan baru ijn :-).

d. Elakkan juga mengangkat suara ketika menguap.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya),

“Menguap adalah dari Syaitan. Maka apabila seseorang dari kalian menguap, tahanlah (dari menguap) dengan sedaya upaya mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang itu menguap sambil berbunyi “Haaa” maka Syaitan akan mentertawakannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Maka, apabila anda bebas dari gangguan syaitan, anda pasti dapat melaksanakan tanggungjawab anda dengan cemerlang….InsyaAlla h.

Allahu a'lam.


" Wahai Tuhanku, aku tak layak ke SyurgaMu, namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu, ampunkan dosaku, terimalah taubatku, sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa² ku. Amin Ya Rabbal'alamin "
Kata ustaz : "kita ini semuanya sama,tiada beza muda ataupun tua,jangan menyombong atau takbur sesama manusia,sekalipun kita berpangkat atau berilmu-kerana di sisi ALLAH SWT kita semuanya sama –

cuma yang membezakan kita hanyalah AMAL dan TAQWA"

Tiga Pinggan



Andaikan 3 individu berbeza meminjam sebiji pinggan daripada Kita.. Selang beberapa tempoh masa, individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan.. Lalu Kita pun terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya..

Individu kedua pula memulangkan pinggan tersebut dlm keadaannya yang masih kotor; tidak berbasuh.. Pinggan tersebut akan Kita basuh sehingga bersih, kemudian barulah ianya diletakkan di tempat yg sepatutnya..

Individu ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah bersepai.. Tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca.. Tiada nilainya lagi.. Kita tiada pilihan lain selain menghumbankannya ke dlm tong sampah yg hina..

Begitulah jua halnya dgn Allah Taala.. Jika Kita kembali kepadaNya dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan Kita di tempat yang baik Dan tempat yg selayaknya bagi Kita.. Iaitu syurga..

Namun jika Kita kembali ke hadratNya dlm keadaan kotor dgn dosa, Allah akan ‘basuh’ Kita sebersih-bersihnya di dlm api neraka sebelum memasukkan Kita ke dlm syurga..
Tetapi jika Kita kembali kepadaNya dlm keadaan yg rosak imannya, sehingga tidak dpt dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan teragak2 utk menghumbankan Kita ke dlm neraka jahannam yang hina, ibarat pinggan yg pecah; tiada nilai lagi.....

wallahualam. .

Sakit mata

Salam.. aim bek.. dari cuti sakit yg panjang...

Dah lima hari aku tak buka blog... sebab apa? sebab aku MC sakit mata.. satu family kene sakit mata.. Hari raya korban di sambut dengan sakit mata.. huhuhuhu... berpinar mata bila keluar rumah... bila tunduk je rasa mata tu nak tercabut atau terjatuh..
kalau baring pulak rasa mata tu nak terbenam... mata rasa mcm ada pasir je.. kejap2 nak basuh.. yang paling aku kesian anak kecik akulah... dahlah baru 5 bulan dah kene sakit mata... sian betullah.. bila dia tido penuh je taik mata pehtu bila dia nak buka mata dah tak boleh.. sbb macam kene gam.. so aku pun basahkan kain dan lap perlahan2 kat mata dia...herm.. nasib kan maybe ni musim sakit mata kot.. sbb klu g clinic berderet2 org g clinic sebab sakit mata.. fuh sian betullah..

si uzrei yg silau kene flash kamera aku.. tgk mata dia yg bengkak n merah tu...


tenggok mata dia tu berair je.. sebelah cermin mata hitam dia..
pakai stokin kat tangan tu aku tak tahu apa motif dia.. sejuk kot.. hehehe

Petua hindar sakit mata. (kata org tua2lah)
1) klu nampak org sakit mata kita jangan sebut sakit mata tapi sebut sakit bontot
2) klu nampak org sakit mata kita maki dia tau.. tapi jgnlan maki depan dia.. maki dalam hati jelah...
p/s : aku tak taulah petua ni menjadi atau tidak... tapi kakak aku dah ikut petua ni.. dia tak kene pun... huhuhu..

Petua untuk kurangkan sakit mata
1) Pagi2 masa matahari nak naik tu.. kita pandang matahari tu buka mata besar2..
2) Selalu basahkan kepala maybe kita panas kat dalam kat dalam badan..
3) Pergi clinik  hahahahaha... jgn marah

Note : Aku harap petua ni berguna untuk korang ye..

Salam Aidil Adha

Salam..



Dikesempatan ini aku ingin ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha.
Kepada sesiapa yg pulang kekampung berhati2 semasa memandu..
klu letih memandu harap berhenti berehat di perhentian ye.
ingatlah org yg tersayang..
pada yg tak balik kampung n tak kene bekerja di masa raya AidilAdha ni..
harap korang kejelah rajin2 ye... nanti untung2 hujung tahun dapat BONUS 5-6 bulan..


Lawak

Aku tepek citer lawak ni kat n3 kali ni bagi korang relaks utk mengurangkan tension setelah seharian bekerja.. Korang ketawalah ye...



NENEK TUA

Seorang wanita tua berdiri di tepi pantai dengan memegang kemas topinya
agar tidak terbang ditiup angin.

Tiba-tiba Seorang lelaki menghampirinya dan berkata:

"Maaf Nenek, adakah nenek sedar yang baju nenek tersingkap ditiup angin kencang ni ?"

"Ya, nenek tahu," jawab wanita tua itu,
"tapi nenek memerlukan kedua belah tangan untuk memegang topi ini".

"Tapi nenek... semua orang memandang nenek.. tidakkah nenek merasa malu tubuh nenek terdedah macam ni!" tegur lelaki itu

Akhirnya wanita tua itu melihat kebawah, kemudian kembali melihat kepada lelaki itu
dan menjawab,
"Nak, apapun yang anak lihat dibawah itu sudah berumur 85 tahun, tapi topi ini
baru nenek beli kemarin."

DOCTOR

Fahmi adalah seorang pemilik sebuah bengkel kereta sedang sibuk memperbaiki sebuah kereta
yang rosak... tiba2 didatangi oleh seorang doktor bedah terkenal yang juga ingin memperbaiki
keretanya yang mengalami sekidit kerosakan..

"Assalamualaikum doktor..." tegur Fahmi...
"Saya sangat mengenali doktor kerana wajah doktor sering keluar majalah, suratkhabar dan TV..

Setelah doktor menerangkan masalah keretanya...
Fahmi cuba bertanya...

"Cuba Doktor lihat, pekerjaan kita hampir sama. Mengambil sesuatu yang
rosak, menggantinya dengan yang baru dan "sembuhlah" ia."
"Yang saya hairan, kenapa saya tidak boleh sekaya Doktor?" tanya Fahmi.

Doktor itu menatap wajah Fahmi dan bertanya balik..
"Pernahkan awak mengerjakannya dalam keadaan mesinnya masih hidup?"

VIBRATOR

Seorang perempuan tua dengan tubuh menggigil datang ke sebuah kedai menjual alat bantu seksual.
Dengan suara bergetar nenek tersebut bertanya, "Naakk, di di di siniiii ada da da ju aa all di di dildoo do do?"
Lelaki penjual itu menjawab.. "ada."

"Adaa taaakk yaangg uukuurran paanjaangnyaa 20 sentiiii me me terrr?"
"Ada."
"Ada taaakk yaangg se be besar iniii?" tanya nenek yang gaya menunjukkan saiz yang dikehendakinya

"Ada Nek," jawab pemuda itu.

"Adaaa taakk ya yanggg pakaiii vibbbrrratorr?"

"Ada, semua lengkap di sini. Nenek nak beli yang seperti itu?"

"Ti ti tidakkk.... Sayaaaa mauu ta tanyaaa, baagaaimanaaa caa caaraanya me me mematikannyaaaa?"

Mahkamah



Aku mungkin akan ditimbangtara..
wallawei...
redho kesilapanku..


Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...