Air Panas


Hari ahad lepas perkara yang selalu kita elakkan dan berhati2 daripada terjadi.
dah terjadi kat anak aku. Masa tu dalam jam 3 petang aku nak buat air utk minum petang n kebetulan pulak anak buah aku datang kerumah aku.
jadi masa aku nak buat air tu kebetulan pulak anak lelaki aku ni nak suruh buat susu pulak.
masa aku tenggah tuang air panas yg baru tutup api ke dalam jug tiba2 dia datang bawa botol susu kat aku...
tak sempat aku nak letak cerek kat dapur dia dah masukkan botol susu dia kedalam jug aku yg berisi air panas.
masa dia nak tarik tangan dia dari jug tu.. dia tertarik sekali tangan aku terus air panas tertumpah kat perut dia n kaki kanan..
dalam keadaan panic aku terus buka baju n seluar dia.. anak buah aku pulak terus amik colgate utk sapu kat badan dia..
fuh.. kesian betul anak aku.. mengelejat dia menangis bila dah kene air panas tu..
masa tu jugak aku bawa g HTAR untuk rawatan...

masa kat HTAR perh lagi kesian anak aku.. dah lah menahan sakit kene air panas..
kene pulak cucuk dgn jarum utk masuk ubat tu... aku rasa lebih 20 kali cubaan mencari urat kat tangan n kaki anak aku... tapi tetap tak jumpa jugak... aku dah naik bengang jugak masa tu... aku ingat ubat tahan sakit tu cuma ada tablet n suntikan je... rupanya ada ubat tahan sakit yang masuk bontot... dah naik lebam tangan anak aku.. tak jadi masuk ubat suntikan.. terus doctor hantar anak aku naik ward barulah nurse masukkan ubat tahan sakit melalui bontot... barulah dia boleh berhenti nangis klu tak.. satu ward tu suara dia... klu dari awal dia buat mcm tu kan dah lama anak aku diam... huhuhu sedih aku tgk keadaan anak aku masa tu..

kat ward pulak satu kali lagi anak aku tahan sakit.. masa nak buang kulit mati tu..
aduh... nurse buang kulit mati tu sambil siram air... menangis2 anak aku masa tu..
siap dia g pukul tangan nurse yg tenggah buang kulit mati tu... nak buat mcm manakan
takkan nak marah pulak... sedang kita yg tua ni pun tak tahan sakit tu.. inikan pulak budak usia 2 thn setengah.

lepas buang kulit mati tu semua barulah nurse letak cream sejuk n balut luka anak aku tu untuk elakkan jangkitan kuman..
dah lepas segala proses barulah anak aku boleh tido... tapi tu pun dia tak tido nyenyak sbb kejap2 sakit tu datang...


nilah no katil anak aku

 
1st day selepas buang kulit n disapu dengan cream sejuk.

 
2nd day selepas cuci luka
(makan pun tak lalu dah.. mungkin sakit sangat)

 
Balutan di bahagian perut

 
Balutan di bahagian peha dan kaki

Note : gambar kulit melecur tu aku tak sampai hati nak amik... sbb aku tgk kulit dia merah n nampak merah2
(rabu 30/12/2009 nak bawa g HTAR utk cuci luka pulak... harap dia tak menangis sgtlah)

12 comments:

  1. sian nye dia. harap cpt sembuh la ye...

    ReplyDelete
  2. nasz- harap mcm tulah... takleh miss cuci kat HTAR ni... takut lain pulak jadinyer

    ReplyDelete
  3. keciannya...dengar stori pun dah seram sejuk nikan pulak sikecik yg mengalaminya...semoga cepat sembuh....akak tak ingatla, jiran akak anaknya penah kena air panas, tp dia letakkan cream aloe vera, try cari kat farmasi

    ReplyDelete
  4. tulah kawan pun ada beritahu guna cream aloevera brand NR.. nanti nak cari kat farmasi... tapi buat masa sekarang doc tak bagi pakai ubat sapu.. klu ubat makan doc tak kesah...

    ReplyDelete
  5. ya allah kesiannya... adik akak pun baru lepas kena air panas (umur 21tahun) abes satu lengan.. besar cam tu pun tak tahan sakit asyik nangis jerk...

    isk isk isk... tak tahu nak cakap cemana, tp kesilapan pertama, jangan letak colgate.. tu yang silap.. colgate tu laa yang akan buat kulit tu gelembung air...

    akak pakai mesin air kat umah.. selamat.. bukan nak promote, akak tak jual pun... (kalau rekemen, dapat ler komisen skit dr agen) tapi ini sebagai altenatif supaya kejadian macam ni tak berulang...

    cuba rujuk link ni http://sweetdarling79.com/2009/02/coway-filter/

    ReplyDelete
  6. ya ALLAH!

    kesiannya acik wa tengok danial.
    sekecil ni dah kena air panas. sakitnyalah rasanya.

    semoga danial kuat semangat dan cepat sembuh ye. danial anak yang kuat dan sabar...

    ReplyDelete
  7. la..kesiannye.... x sanggup saya nak lihat semua ini.... kesian kat anak awak tu....

    ReplyDelete
  8. alahai.. ciannya..... kita yg dewasa pun sakit inikan pula budak ekk.....

    ReplyDelete
  9. adui mak siannyeee..huhuhuhu..hope cepat dia sembuh..terasa rasa kesakitan tuh huhuhuhu..dulu penah la melecur kena ekzos moto..sgt menyakitkan..smp skang ada parut lagi huhu

    ReplyDelete
  10. lama sy xjenguk blog ni.ciannyer c kecik tu...sbr la.mmg sedih tgk anak jd camtu.

    ReplyDelete
  11. kesiannya..rasa kecut perut lady D dgr entry nie....

    ReplyDelete

Terima kasih kepada Blogger yang komen di blog RK. Tunggukan kunjungan balas dan comment dari RK di blog korang ye. Nak Reply comment disini RK takut tak sempat je.

@}------LOL to all comentar------{@

Nota Penting!
Pada yang nak letak Iklan. Tolong letak d ShoutboX atau bayar RK RM o.5o per comment boleh? boleh jugak beli cekedis ~ ahaks~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...