Kuih Lapis

Salam....

Kesukaan anak-anak... Kuih lapis ni bukan saja kesukaan anak-anak.. tapi mamanya anak-anak pun suka.. bila aku makan aku suka kopek selai-selai kuih ni... ntahlah rasa macam nikmat bila buat macam tu.. korang ada tak yang berperangai macam aku ni... tapi tulah aku....

masa ni sebenarnya baru lepas masak... tak sempat nak sejuk bebudak dah minta nak makan...
hasilnya dapatlah separuh je gambar kat sini... 

Resepi kuih lapis.

Bahan-Bahan
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan  tepung jagung
3/4 cawan gula pasir
4 cawan santan (1 cwn santan pekat campurkan bersama 3 cwn air)
1/4 sudu teh garam
sedikit pewarna merah dan perisa ros

Cara membuatnya:
Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 8 inci. Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api.
Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan santan. Gaul rata hingga tidak berbintil.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. (adunan ini menghasilkan lebih kurang 1200ml bater) bahagi kepada 600 ml +/- setiap satu. Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa ros.
Masukkan loyang yg telah di sapu sedikit minyak ke dalam kukusan. Tuang 200 ml adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus selama 5 minit dengan api kuat. setelah lapisan pertama masak, tuang 200ml adunan merah. Kukus lagi. Ulang proses hingga habis 6 lapisan dengan diakhiri dengan lapisan merah. K.An tambah sedikit lagi pewarna merah untuk lapisan akhir agar warnanya lebih menyerlah.
 Setelah siap, sejukkan kuih lapis sebelum dipotong. Kuih lapis yang elok, boleh dimakan selapis demi selapis.




bila anak-anak happy...
aku dan en. suami pun happy...



Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

3 comments:

  1. yang.. akak dah berjaya buat patty sendiri gara2 entry ko hari tu..
    puas hati betul. Tqvm

    ReplyDelete

Terima kasih kepada Blogger yang komen di blog RK. Tunggukan kunjungan balas dan comment dari RK di blog korang ye. Nak Reply comment disini RK takut tak sempat je.

@}------LOL to all comentar------{@

Nota Penting!
Pada yang nak letak Iklan. Tolong letak d ShoutboX atau bayar RK RM o.5o per comment boleh? boleh jugak beli cekedis ~ ahaks~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...