Puting


Ni lak si uzair hisap puting.. masa si uzrei baby mcm2 puting aku belikan sbb suka tgk budak hisap puting... tapi satu pun tak lekat kat si uzrei.. pehtu ntah mana pegi puting yg aku beli tu.. aku dah buang kot.. lagipun dah lama pun puting tu.. dah lebih 2 tahun..
jadi bila ngandungkan si uzair ni aku taklah belikan puting sbb takut dia pun tak suka .. tapi si uzair ni bila nyusu badan je mcm tak puas.. jadi bila dia asik merungut je masa nyusu badan aku pun suruh kakak aku belikan puting ni.. erm... rupanya dia nak hisap puting tiruan ni... jadilah nilah rupanya uzair yg tengah hisap puting.. barulah dia lena tido... mcm dalam gambar nilah lena dia tido.. aku tido malam pun lena jugaklah.. tapi taklah lena sangat...

tido


Ni anak aku yg tertido masa otw nak pergi amik adik aku balik keje..
disebabkan seharian tak tido.. masa otw nak g amik adik aku dia pun tertido kat dlm kete..
laki aku sempatlah snap gambar uzrei siap pakai spek hitam lagi..
tapi kejap je tido dia ni.. konon nak hilangkan rasa mengantuk je tu..
lepas je sampai kat rumah terus ajak laki aku g main kat taman..
tapi tidak dilayan.. dapat g tgk kolam ikan keli je..

Doa elak mengantuk dan kemalangan ketika memandu

Semua orang, apabila memandu kereta terutama untuk perjalanan jauh spt balik kampung berhariraya, travelling kerana tugas rasmi dsbnya, akan merasa mengantuk yg teramat sangat ketika memandu.

Hal ini boleh mengundang padah kerana hanya sedetik shj anda terlelap ketika memandu, kemungkinan untuk anda ditimpa kemalangan adalah 99% kerana ketika terlelap itu, otak anda tidak lagi berfungsi dan sedar, mata tertutup dan anggota tangan dan kaki tidak lagi dpt mengawal kenderaan yg dipandu.

Berdasarkan pengalaman saya, sepotong ayat Al Quran di dalam Ayat Qursi boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan rasa mengantuk ini. Potongan ayat tersebut berbunyi...

"LA TAKKHUDZUHU SINATUW WALA NAUM..."

(maknanya: [DIA - ALLAH] TIDAK MENGANTUK DAN TIDAK TIDUR")

Selain itu, amalan mustajab untuk mengelak berlakunya kemalangan adalah dengan membaca Ayat Qursi 3x sebelum memasukkan gear pertama mahu memulakan perjalanan anda ditambah dengan ayat"

"BISMILLAHIL LADZI LA YADHURUHU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDHI WALA FISSAMAA' WAHUWASSAMIUN 'ALIIMM" 3X.

semoga bermanfaat kepada anda kita cuma berikhtiar tapi Allah yg menentukannya..(tapi aku rasa klu mengantuk kat opis pun boleh guna juga doa ni...)

Dua matahatiku Uzrei Danial & Uzair Danish


Uzrei Danial & Uzair Danish

Sama tak muka dua beradik ni?
yg si Uzair ni muka dah kene tapung gomak.. hehehe.. aku suka letak bedak byk2 kat muka baby..

erm... aku rasa dah lebih seminggu aku tak update blog ni.. maklumlah dalam pantang banyak benda kene buat.. lagipun kali ni aku nak berpantang betul2 sebab masa anak pertama aku tak berpantang sangat sbb asik berulang alik ke hospital je... sbb tak beberapa sihat.. tapi alhamdulillah takder penyakit yg serius sgtlah.. cuma disyaki pembawa talasemia.. doctor pesan kalau nak menerima menantu nanti aku kene lah interview bakal menantu aku kot2 dia pun pembawa talasemia ke.. tapi tu semua ketentuan yg maha esakan..
alhamdulillah walaupun peknen anak yang kedua ni aku terima macam2 dugaan yg pertama sekali kene kencing manis masa peknen, pehtu pulak kene suntik insulin pulak sbb aku ni bukan apa nampak makanan yg sedap je suma aku nak bedal.. alih2 tak leh nak control gula dalam badan tu yg kene suntik insulin... letih oo.. tapi anak kedua aku ni takder masalah lah pulak.. doctor check suma ok... jadi takderlah aku kene berulang alik ke hospital dapatlah aku berpantang dengan tenangnyer dirumah...

sebenarnya aku nak citer tentang karenah anak sulong aku ni.. dia ni pantang aku lepa sikit je.. asik dia nak cium si adik ni.. aku bukan apa takut tertekan perut je... huish.. jauhkanlah.. aku ni dah jadi 24 jam asik dok tgk anak aku je takut yg sulung tu ganggu dia.. kejap nak cium, kejap nak pegang.. diri sendiri pun berdiri tak betul lagi.. lagi nak pegang adik dia... tak bagi nanti mulalah merajuk... masa 1st day aku balik dari spital lagilah... dia boleh tak cium n salam aku langsung.. sbb dia pelik nape aku susukan baby lain selain dari dia.. dia tak tau yg baby tu adik dia.. maklumlah umur pun baru 2 thn lebih tak faham lagikan... tapi ni dah hari ke 12 lebih bila kakak aku datang pehtu pura2 nak bawa balik baby boleh dia tarik kakak aku suruh duduk balik.. dia tak bagi org amik adik dia... aku rasa dia dah redho kot yg dia dah jadi abang... mcm iklan ada satu iklan tu.. aku pun dah lupa iklan apa yg cakap AKU KAN ABANG... (sapa2 ingat beritahulah ye)


p/s : kak noor saya update blog ni bukan nak jadi mcm YAY tau... tapi sebab dah takder idea nak update.. jadi nilah entry yg saya buat hehehe... tak kesahlah yg penting berupdate.. untuk tatapan kak noor pulak jugak.. hehehe.. Moga Terhibur..


Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...