Salam
Kali ni nak sambung citer pizza semalam yang tak sempat disambung... tapi aku tak nak karang banyak2 lah.. cukuplah kali ni gambar yang bercerita.. kalau pasal makanan mesti korang nak tengok makanan tu kan.. walaupun makanan tu tak meriah tapi sebagai bukti memang wajib kena masukkan gambar makanan..
ok layan....
belum tiba gambar makanan lagi.. masa ni sesi pemilihan pizza apa yang aku nak ambik
ni adik aku tengah jawab kuiz kat kertas pizza tu.. ntah dapat jawapan ke tidak..
beria mencari jawapan.. aku ingat yg kat tangan dia tu pen tapi bukan yang sebenarnya pisau..
gigih je ...
ni budak perempuan yang aku rasa leader tu... dok melipat kertas je.. ntah apa yg dibuatnya....
terus dah sampai ke kerata pulak... ada dua plastic... setiap plastic ada dua kotak regular je... kalau beli large nanti tak habis pulak.. regular pun berbalance... satu plastic untuk kakak aku dan lagi satu untuk aku pulak..
Pizza cheese melimpah ruah... dah hilang sepotong baru aku nak snap pic...
tangan yang mengorek tu tangan si Uzair... sibuk nak mengorek cheese..
jugak dah hilang sepotong... orang yang menghilangkan tu aku dan adik aku... sebab dah lapar sangat.. takk leh nak tunggu dah.. buka je kotak terus capai..
Deli wing... pun dah hilang seketul.. tu keje adik aku je.. aku belum sempat lagi nak rembat.. sibuk mengsnap pic..
ha... ni je pic mushroom soup yang sempat aku snap..
si Uzrei sedang menyuapkan Uzair.. masa tu terpegun aku tengok Uzrei nak sudukan soup untuk Uzair.. aku takut nanti lebih ke lantai dari ke mulut.. rupanya sangkaan aku jauh sekali dari yang dijangkankan... soup semua selamat masuk ke dalam mulut.. bagus anak mama..
Muka budak kecik yang dah kenyang makan pizza dan soup.. pasu mama pulak dia nak golekkan...
ok.. ini sahaja cerita Pizza aku.....
Psst - Petang ni nak balik kampung.. ingat nak belanja mak & abah makan pulak.. Orang kata rezeki yang kita dapat tu bukan sepenuhnya untuk kita... mungkin rezeki tu untuk orang lain jugak... betul tak..











