Blogku umpama kedai nasi lemak..

Salam...

Apa yang umpama kedai. Meh dengar aku bercerita. Wah.. macam nak buat kisah dongeng kanak-kanank pulakkan. siap nak suruh korang dengar cerita aku. Sebenarnya aku nak cerita masa zaman aku muda remaja dulu. 

Bukan kedai kakak aku... pinjam kat besan google.. 

Dulu masa sekolah aku selalu kena paksa tolong kakak aku meniaga kat kedai nasi lemak dia. Awal pagi lepas subuh je mesti dah sampai kat kedai nasi lemak dia. Walaupun masa tu hari persekolahan. Pakai2 baju sekolah pun kena jugak tolong kakak aku. Bersememehlah baju kekadang kena sambal nasi lemak kekadang pulak kena habuk yang ada kat meja makan. Mana taknya kene susun meja dan kerusi nanti takderlah customer bising dan marah² sebab semua tak siap lagi. Walaupun customer tak bising dengan mulut tapi dari memek muka dia kita dah tau yang dia macam bengang je bila kita lambat siap. Yelah customer mesti nak cepat sebab nak pergi kerja mana nak antar anak pergi sekolahkan. Kita faham......

Tapi sekarang ni aku tengok banyak kedai² nasi lemak buka lewat kadang² jam 7.30 pagi barulah nak buka meja susun barang atas meja. Sebab perubahan waktu bekerja sekarang ni ke yang menyebabkan peniaga buka lewat daripada zaman aku sekolah dulu. Yelahkan sekarang banyak company yang waktu bekerjanya dah ditukar dari jam 8 ke jam 8.30 hingga jam 9.00 pagi. Nanti kalau buka kedai awal sangat mungkin lama pulak menanti customer kan.

Ni pun salah satu kajian aku mengenai peniaga dulu dan peniaga sekarang. ke aku sorang je yang rasa macam ni. Sebab mak aku kata apa2 hal kita mesti dahulukan jangan dilewat2kan nanti rezeki lambat masuk. Herm... dah dua hari aku asyik buat kajian je kan. Mintak maaflah pada peniaga² nasi lemak atau sewaktu dengannya. ni aku buat kajian je, takder kaitan dengan korang pun ye... kalau ada mungkin kebetulan je..

Lagi satu kajian aku pasal blog aku ni. Blog ni kalau lewat update pun umpama kedai jugakkan.. Lagi lewat kita update lagi kuranglah pelawat kat blog kita. Begitulah jugaklah dengan kedai, lagi lewat kita buka kuranglah customer pada hari tu.

Psst ~ dah dua hari asik buat pasal kajian je kan.. boleh jadi professor tak?


Jangan semat dalam hati..... tak elok

Salam..

Lambat sikit update cerita -ceriti aku hari. Ada benda yang harus diselesaikan dahulu baru boleh hadap blog yang dikasihi.

Sebenarnya memang tak tau nak update citer apa. Tapi terfikir pulak istilah SIAPA CEPAT DIA DAPAT. Istilah ni boleh guna pada dua jenis orang rasanya. Tu pun pada kajian yang aku dah buatlah. Satu kebaikan dan lagi satu keburukannya.Kalau korang ada kajian lain sila isi diruangan KOMEN ye.. Manalah tau korang pernah kaji ada jugak kajian tambahan untuk dikongsi bersama.

Yang pertama (kebaikan)
Bagi orang yang suka bersukan atau yang nak berjuang dalam apa segi bidang. Mesti kena tanam sikap SIAPA CEPAT DIA DAPAT sebab mestilah nak menangkan. Kalau tak menang tak derlah dapat pingat, gelaran Juara @ gelaran Datuk. Kalau tak menang sape nak bagi hadiahkan takkan aku pulak... hehehe.. 

Tapi aku bukan nak cerita lebih pada kebaikan. Tujuannya lebih kepada keburukan sebabnya ntahlah aku rasa istilah ni orang dah banyak salah gunakan agaknya.

Yang kedua pula (keburukan)
Pada orang yang tak pernah nak fikir tentang orang lain. 
Contohnya ~ Dulu masa aku sekolah lagi bila mak aku suruh makan mesti dia pesan "Simpankan sikit untuk orang lain ye." tu maksudnya jangan kau yang nak melantak sensorang je. Ingatlah orang lain jugakkan. Nanti orang tu balik dari kerja atau mana² dah teruja nak makan bila buka tudung saji takder. Tak ker hampa. Tak kiralah dengan family ke atau dengan kawan² kalau boleh janganlah disematkan dalam hati Istilah SIAPA CEPAT DIA DAPAT. 

Kalau nak terapkan jugak tengoklah keadaan. Kesian orang lain bila kena macam tu. Cuba kalau diri kita sendiri yang kena macam tu. Mesti 24/7 asyik merungut dan membebelkan. macam tu jugak orang lain. 

Psst ~ bila aku makan sedap² dengan member opis mesti teringat mak, abah, anak² dan en. suami.... Herm.... tu yang balik kerja nak masak yang best² untuk diorang. Korang macam mana ada perasaan macam aku jugak tak?

40 kali search rATu kEBaYa

Salam...

Sejak dua menjak ni ramai pulak orang search ratu kebaya.. biasa sehari adalah 2/3 kali je orang search. Salah satu aku sendiri yang search sebab bila aku dah refresh kotak address tu semua blog dah hilang. Tapi tadi aku saje je buka nuffnang sekali 40 kali orang search ratu kebaya. Terasa macam dah femes pulak bila tgk yang search blog aku sampai 40 kali. 

Eleh baru 40 orang aku dah perasan femeskan. blog orang lain tu lagi femes tak de pulak nak kuar n3 macam nikan..

Cubalah yang 40 orang search tu comment kat blog aku. Mesti syokkan... meriah je suasana hari raya.. rayalah sangatkan.

Psst ~ n3 petang hari saje nak up... hehehe

Masih lagi resepi rahsia...

Salam..

Semalam aku citer pasal sakit gigi gerahamkan.. kalau belum baca sila pergi kat Link ni ye. Walaupun sakit gigi tapi aku tetap jugak teringin makan kat kedai resepi rahsia ni. selagi tak pergi selagi tu terasa macam kena panggil je. 

Bila fikir balik tak boleh jadi ni. Harus terjah jugak pergi kedai resepi rahsia. Walaupun tak cukup korum sebab cik ina dodo cheng cuti pulak. Tapi sebab teringin harus jugak terjah.

Aku rasa sepanjang bulan ni aku asyiklah cerita pasal makankan. Takder pulak nak citer pasal benda lain. Kalau ada pun adalah dalam 2/3 entry je. Yang lain mesti pasal makankan. Dah makan je yang selalu kita buatkan. hehehe..

Meh tengok menu resepi rahsia yang aku amik semalam.

Menu artis yang berentap dalam rancangan Dapur Salebriti di tv3. tak terfikir pulak nak try menu ni.

Air sampai dulu... Choc blend dan mocha blend.

Menu kak noor.. macaroni cheese.. 

Dan menu aku.. chicken apa ntah.. dah lupa nama dia.. tapi sedap.. 

dah habis dah citer.. tu je.. tata.............

Psst : korang perasan tak.. bulan ni jugak aku banyak melantak cheese.. aku tak timbang lagi ni.. agak2 berapa berat yang dah aku pikul ni ye.

Geraham bongsu

Salam..

 Keadaan gigi geraham aku macam dalam gambar nilah.. tapi dia dah melepasi kulit.

Dah dekat seminggu aku mengalami kesakitan gigi yang melampau. Sebelum ni pun pernah sakit jugak tapi bila pergi klinik gigi untuk cabut doctor cakap kena bedah. Aduhai... Bila aku tanya kos untuk bedah dia kata kena dalam RM 500 - RM 600. Ada tak sape-sape yang pernah bedah gigi geraham bongsu. Betul ke kos bedahnya sampai tahap macam tu sekali. nak cabut sebatang gigi je kena bayar banyak tu.. Adoi.. lagi bertambah kuat sakit gigi aku bila dengar banyak tu.
Sekarang ni aku bergantung harap dengan ubat ni jelah.. tu pun selang satu jam kena titiskan lagi ubat ni kat gigi tu.

Aku ingat nak pergi klinik kerajaan hari ni tapi bila aku ajak en. Suami dia ada janji dengan member nak g mancing pulak. Bukan tak leh nak pergi sendiri tapi tetap jugak nak ajak dia pergi sekali. Sebenarnya aku malas nak drive kete dalam keadaan sakit gigi macam ni. Akhirnya aku pergi jugaklah kerja dengan menahan sakit gigi ni.

Psst ~ kalau korang pernah operate citerlah kat aku. sakit ke tidak masa operate tu.


nak kena blasah ke?

Salam..

Ayat bunyi macam nak gaduh jekan.. hehehe.. baca story kat bawah ye.

Rutin selain berjalan mestilah makankan. Tapi hari minggu tak kemana² pun dok jelah melepak kat rumah. lagipun en. Suami kerja pulak. Kena mengukur tanah kat gombak. kalau tak mengukur boleh jugak ajak pergi makan dorian ke atau pergi test kek mr. Curly kat tasik titiwangsa. Tapi tak dapek nak pergi en. suami sampai rumah pun dah petang. Jadinya tenung jelah telivisyen tu sampai lebamkan.

Cuaca semalam pulak kejap mendung kejap panas. Tapi lebih banyak ke mendung dari panas. Sidai kain pun tak kering sangat. Cuaca tu menyebabkan letak je kepala kat bantal mesti nak lelap ke. Bila bangun dari lelap mesti perut pulak terasa lapar.

Tiba-tiba dalam jam 6 petang semalam adik aku pulak call. Dia kata jangan kemana² sebab dia ada belikan makanan nanti sejuk tak sedap pulak. Menunggulah aku kat rumah dalam jam 7.30 petang macam tu baru dia sampai. sekali adik aku bawak balik domino's dan ciskek fruity. Alhamdulillah rezeki aku dengan anak².

Nilah hasil tangkapan adik aku.

Kotak Domino's

Pizza 1. Nama dia aku tak tahu. sebab bukan aku yang beli. aku tau makan je. yang penting rasa dia memang sedap.

Pizza 2. Pun aku tak tau nama dia.. rasa dia ada masam² sikit.. tapi sedap.. adik aku cakap ni menu yang terbaru.. aku pun tak tau sebab tak pernah makan Domino's ni 1st time aku makan.

Air sirap dengan pelbagai bentuk cawan. aku kalau adik badik malas nak keluarkan cawan berpiring tu.. kang aku jugak penat nak menyental cawan berpiring tu. diorang dah biasa.. hehehe.. dasar pemalaskan.
Kek dari fruity.. flavour choc.. 

dan Lemon ciskek.. tak sempat nak rasa.. sebab kenyang sangat makan domino's sudahnya simpan saja dalam peti ais balik..

Watak-watak yang melakonkan sesi makan Domino's. Dan yang paling tekun pastilah si uzrei danial. 
Yang bertudung purple dan beraksi peace tulah tukang belanja bersama en. boipren tapi tak nampak pulak gambar en. boipren dia. hehehe.. sorrylah ye.. tapi yang penting next time jangan serik belanja lagi ye.. banyak lagikan coupon Domino's tu.

psst - hari yang mendung terasa segar bila rezeki datang didepan mata.

Terpengaruh jugak.........

Salam...

Gara-gara tengok beberapa blog asyiklah bercerita pasal satu ciskek ni. Dan menyebabkan aku pun  terasa teruja juga hendak merasa apakah kehebatannya ciskek tu. Bila aku dah test seketul masuk kat mulut aduhai begitu lembut sampai rasa sayang nak menelannya, Cair je masuk ke mulut begitu nikmat. Tak sia-sia dugaan yang aku alami semata-mata nak memiliki ciskek ni. wah.. ayat tak boleh blah.. drama betul.

Tapi memang ada dugaan pun, Sebabnya tetiba kurier serbis company kata tak boleh nak amik ciskek tu. Alasan kurier serbis tu sebab dia tak bawa consigement note ke situ. Pelik tak korang dah nama pun reverse charge mestilah pihak kurier kena bawa consignement tu sekali masa nak amik barang kan. tak logik betullah alasan. Kesian wife Mr. Curly terpaksa menanti dan terus menanti tapi kurier tu tak sampai² jugak. Dan akhirnya aku kena amik sendiri ciskek tu kat tangan Mr. Curly. Mungkin dah ditakdirkan memang harus ketemu Mr. Curly kot.

Tapi alasan yang paling logik kurier serbis tu taknak amik ciskek tu mungkin disebabkan jem kot. Maklumlah dah dekat waktu kemuncakkan. Lagi-lagi area KL. Tapi yang aku tak puas hati tu cakaplah awal². Sebab aku dah confirm dengan diri dari hari selasa, Tapi dia cancelkan pada hari khamis tak ke aku bengang. Tensi dibuatnyer. Nasib boleh settle.

Dah macam sesi luahan pulak panjang berjela dah mukadimah ciskek ni. aku berhenti kat sini jelah. Jom layan ciskek sedap cair dimulut tu.

Mr. Curly dengan sweeti ciskek.
(lokasi kejadian di Jusco MidValley) 

Sesi penyampaian ciskek dari mr. Curly.. Tocei2 mr. Curly.

Cantik dah packing ni.. siap berbagai2 pesanan sebab ingatkan curier yang amik.. sekali hermm.. nan ado.. amiklah aku sendiri.. 

Dah sampai rumah.. korang kalau nak selamat barang korang haruslah dibungkus dengan paper jawi ni.. akan dapat keberkatan gitu.. hehe.. betul tak lily (kalau lily bacalah)

See... betul² mendapat keberkatankan.. agak² khatam tak ciskek tu baca paper jawi tu.. 

Masuk dalam peti ais kejap.. bagi cantik sikit masa nak potong nanti... 

dan inilah hasilnya selepas dipotong.. sekejap je licin.. erk... Alhamdulillah rezeki..

Thanks Mr. Curly.. next time insya Allah akan order lagi.

Korang kalau nak beli ciskek ni bolehlah email kepada zcurlie@gmail.com
Cubalah pasti nak lagi

Terpanjang pulak....

Salam...

Hari ni aku tak tau nak olah cerita pulak, tapi rasanya hari-hari aku tak tau nak olah cerita. main belasah jekan.. yang penting korang faham apa yang aku nak sampaikan. Motif sebenarnya malas nak buat ceritakan.

Aku hidangkan jelah korang dengan gambar-gambar makanan sebelum menjelang bulana ramadhan. Lagipun tak lama lagi dah nak masuk ramadhan dalam seploh hari jekan. Sudah bersediakah korang? Almaklumlah kata orang bulan ramadhan lagi banyak keluar duit. Sebabnya perut satu hari kosong dan bila ke bazar macam-macam jenis makanan nampak, dan macam-macam pulak kita nak rasa. Bila tak boleh nak kawal tu yang berlaku pembaziran. 

Adoi... dah tersampai ke cerita bulan pose pulak. tadi kata malas nak citer tapi panjang jugak ni.. 

Dah lama terperap dalam draft. Sesi makan malam bila malas nak masak. Jadinya ajak en. Suami makan kat luarlah. Lokasi Restoran Tomyam Duandee, Port Klang.

Setakat ni makanan Restoran ni boleh tahan. Harap tak tukar tukang masak. aku kalau rasa malas nak makan air tanggan sendiri memang lari kat restoran nilah.

Daging masak merah yang bersinar bak rembulan.

Sup ayam untuk anak aku yang bersinar bak fajar pagi...

Tomyam yang penuh dengan rumpun serai.. tapi yang penting sedap 

Kerabu sotong.. Sesuai pada yang suka pedas kekabo... memang pedas. cili ada dimana²☻ saje..

Akhir sekali ayam goreng kunyit yang paling terbaik setakat ni aku jumpa. Asal untuk anak aku. tapi yang menghabiskan aku sebab aku rasa macam tak boleh nak stop makan☻... Ranggup dan lembut.

Psst☻ bila keletihan mulalah rasa nak baring je.. tak sabau nak tunggu petang.. balik keje ni rasa nak baring je.. harap janganlah itu tanda-tanda demam nak datang.☺

Dimanakah senyumanku.

Salam..

WW di tengah hari rabu.

Senyum yang nampak dimata.

Santap.. jangan sampai ko tersentap

Salam.

Kalau tiba hari minggu dalam hati mulalah nak makan yang lebih sikit dari hari bekerja. Dalam kepala macam-macam resepi kelur berkejar-kejaran. Nak masak itulah, inilah sehingga sampai ke destinasi lain , resepi lain yang keluar kat kepala.

Hari ahad tadi dalam kepala cadang nak buat nasi ayam. Keluarlah pergi ke kedai nak beli barang-barang nasi ayam. Dalam on the way ke kedai dalam kepala masih mencongak-congak laig apa yang bakal nak dimasak. Sambil tu terfikir nak bagi anak bujang makan apa kalau asyik fikir selera mama dia jekan. 

Siap beli barang dan dah sampai rumah teruslah berketuntang sediakan bahan untuk masak. Jadi timbullah idea bercampur aduk. Masak nasi ayam, Sup sayur dan ayam bakar. Complete mama, papa dan anak2 bujang sekali boleh makan. cuma tambah sambal cili je untuk tambahkan rasa pedas kat makanan tu.

Proses pembakaran ayam berlangsung. perap tak sampai satu jam pun. terus bakar...lagi lama perap lagi sedap.. tapi masih kategori sedap lagi tau.. hehehe.. sendiri puji..

Masih gambar ayam sedang dibakar... 

Dan juga masih gambar ayam dibakar.. tapi kategori garing dan hitam sikit. lagi hitam lagi sedap rasanya...MAAFlah aku sengaja masukkan gambar ayam ni banyak.. sebab gambar ni banyak dalam henpon aku.. 

Nasi ayam.. masih dalam periuk.. sesi makan kali takder nak hidang-hidang2 makan ambik sendiri dalam periuk. 

Sup sayur... untuk anak bujang aku.. nama je sup sayur tapi banyak ayam dengan fishball je.

tadi nasi ni masa dalam periuk warna putih pucat je.. bila dalam pinggan nampak kuning pulak.. adakah factor pencahayaan.

Last sekali gambar anak bujang aku tengah meratah ayam bakar. dah makan seketul tapi tambah lagi seketul kena kot dengan tekak dia.

Psst : betullah kata kak ina. Masak makanan kegemaran orang tersayang dan melihat diorang makan dengan begitu selera dah membuatkan kita tersenyum bahagia.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...