pesen apa ni?

dari email..

korang bagitau ai ni pesen apa..

marathon semi final

kan aku ada kuarkan n3 marathon. alhamdulillah dengan berkat bulan yang mulia marathon yang dilakukan dengan gigih sekali memberi impak yang begitu berkesan sekali.. kali ni marahon semi final aku buat kuih raya.. final belum lagi tau.. sebab final nak sambung esok pulak..
kalaulah esok yang final.. mana tau ada lagi nak tambah2 lagi kuih raya.. tak jadilah esok finalkan.. hehehe..

walaupun namanya marathon tapi kuih yang sempat buat empat jenis je kuih.. sebab kuih raya ni kitorang share lima orang adek beradik..
jadi satu jenis kuih tu dah kene buat empat atau lima kali adun.. letih ooo orang yang mengadun kuih tu.. aku tak letih sangatlah sebab aku dok depan oven je.. sebab apa aku dok depan oven sebab sambil aku perpanas-panasan aku boleh tambah tenaga tau.. almaklumlah penyakit perempuan..   kalau orang yang pose dok depan oven kang maunye hancur pose diorang hari tu..

korang tengoklah kuih aku yang tak berapa lawa ni ye.. tapi yang penting hasil tangan kitorang adek beradik.. 
 tart yang belum dibakar.. herot-herot rupa tart tu kan..

tart yang dah siap dibakar.. huhuhu.. ada sedikit kehitaman pulak.... akulah tu leka..

kuih makmur yang sedang dibakar.. aman makmur je kuih tu dok kat dalam oven..

kuih yang dah siap disalut gula.. sedap sekali...

bahulu 1st trial.. ingat nak bakar guna oven je.. tapi tak jadi pulak
kene masak guna arang jugaklah diatasnya...

 ni bahulu yang dimasak mengunakan arang diatasnya.. nak masak atas bawah guna arang tak sangup pulak.. panas leting..
kang terbabor pose masing2.. pulak..

ada lagi satu jenis kuih aku lupa nak snap.. nama kuih tu pun tak ingat sebab 1st time buat..
nanti kalau aku nak buat n3 marathon final aku masukkanla kuih tu..

ok setakat tu saje marathon semi final ni keudara..
selamat berpuasa..




marathon

sekejap je aku bersiaran ni..
ni pun dok godek2 kejap..
sebab apa sekejap je aku bersiaran
sebab kejap lagi aku nak marathon buat bikut raya..
sebab apa marathon mungkin hari ni nak buat kuih raya berjenis2
berapa jenis aku tak taulah.. korang tunggu jelah ye
uiks.. macam ada yang nak tgk kuih buruk aku tu
nanti dah siap aku pamerkan ye..

korang.. korang dan korang.. doakan kuih raya aku sedap ye.. hahaha.. melampau minta doakan..

Selamat Ulangtahun perkahwinan ku dan en.suami

hari ini genaplah usia perkahwinan ku bersama en. suami (azhari) selama 5 tahun..
aku bermohon kepada Allah S.W.T semoga panjangkanlah usia kami bagi mendidik anak kami menjadi anak yang soleh...
amin..
pa, semoga ikatan perkahwinan kita akan kekal hingga ke hujung nyawa.
 
kalau baca blog mama, puisi ni untuk papa.. walaupun bukan mama yang karang tapi setiap bait ayat didalam puisi ini penuh bermakna didalam hubungan kita suami isteri.. dan mama harap kita dapat mendidik anak2 kita menjadi anak yang soleh diduni dan akhirat..

Senyummu adalah bahagiaku..
Ceriamu adalah dambaku..
Gelisahmu adalah kebimbanganku..
Air matamu adalah kesedihanku..
Kau pelipur lara dukaku..
Kau pengiring suka citaku..
Bersama kita dalam hari-hari keberkahan..
Ikatan ini berawal dari hati atas nama cinta..
Jalinan ini bermula dari rasa atas nama sayang..
Pertautan ini berasal dari angan atas nama rindu..
Sungguh ini adalah cinta, sayang, dan rindu..
Cinta, sayang, dan rindu atas nama pengabdian kepada Rabbul Izzati..
Malam ini bintang bersinar cinta, bulan tersenyum sayang, angin mendesir rindu..
Wahai bintang, bulan dan angin..
Sampaikanlah salam cinta, sayang, dan rinduku kepadanya..
“Sungguh Aku Sangat mencintaimu karena Allah”

kepada rakan2 blogger diharap dapat mendoakan kebahagian kami ini..

nuzul quran

Hari ini 27 August bersamaan dengan 17 Ramadhan adalah salah satu hari yang berlaku peristiwa penting dalam Islam. Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini.

al-QuranPeristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke 41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran.

Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).
(Al-An’am:38)

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi Muhammad SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
(Al-‘Alaq:1-5)

Ditulis oleh Dr Samsu Adabi Mamat, Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

mai mai...

semalam aku dari pagi lagi dah feeling2 nak makan ketam
jadinya berbuka semalam aku masak ketam pedas.. fuh.. puas betul berbuka semalam..
relaks je sampil kopek ketam.. walaupun leceh yang penting perasaan teringin nak makan ketam tu kesampaian..
lagi2 ketam ni paberet aku dan en. suami.. apalagi bersilalah kat kerusi menghayati ketam tu..
asyik makan gulai je kan.. berbuka semalam aku masak jenis yang kering sikit..
memang berselera bila makan dengan nasi panas..

korang layan pic makanan kat bawah ni..
 nilah ketam pedas aku.. memang pedas tau.. tapi tak lawan pedas kak ina mail lah..
bagi aku ngan en. suami memang pedas dan sedap.. huhuhu sape nak puji lagikan..

ikan bawal.. aku goreng je.. malas nak masak lain..
kang macam2 masak tak tau nak makan apa lak..
lagipun nak simpan untuk sahurkan..

tempe goreng.. ada bau sedikit busuk.. tapi orang kata lagi busuk lagi sedap
ntahlah.. tapi aku suka yg baru lagi.. huhuhu.. nasib terdapat yang busuk..

ulam pada hari tu... hehehe tapi salad ni aku makan dengan mayonis..
bagi mengembalikan proses pengembangan aku.. hahahaha

anta kuih pada hari itu.. tepung bungkus (paberet aku), kuih kaswi (paberet adik aku) dan juga popia goreng bersambal (paberet en. suami)
aku senaraikan macam ni macam korang nak tau pulak ye.. tapi takperlah.. mana tau ada rakan2 blogger yang bermurah hati nak hantar barang sedikit kuih kat rumah aku.. hahaha.. giler perasankan..

ok... kalau dah layan.. korang rasa korang dapat idea tak nak masak apa petang nanti..


Sponge Bob

tadi masa aku tengah2 belek pic kat facebook
aku jumpa real punya sponge bob..
kalau korang tak caye korang tengok kat bawah ni..

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

alamak terpanjang pulak V ni..
see...
 real betul sponge bob ni

lawak je..... apalah kene dengan orang ni ye..


makanan lagi

hari ni pepagi aku nak tepek pic makanan..
jom tgk pic ni.. alah biasa2 je.. 
lagipun aku takder modal nak cerita panjang2 ni..
layang jelah pic ni ye..

gulai lemak ikan kembung + terung
gulai  ni kakak aku yang bagi..
aku cuma masak ikan goreng kat bawah ni je
sebab hari isnin aku tak berapa sihat..

ikan senangin goreng...

sambal kicap.. sedap cicah dengan ikan goreng tu..
tak yah kuah pun takper yang penting nasi tu panas..

dan kueh lopis.. beli kat bazar..

tu je menu simple bulan puasa dikala hari bekerja ye kawan..
yang ni sebenarnya menu hari isnin.. hehehe.
hari ni baru ada hati nak tepek kat sini..

akhir sekali gambar candid uzrei..
tengah sibuk nak pakai tudung aku.. alih2 dipakaikan kat kete mainan dia pulak..
macam2 hal si uzrei ni..

Peritnya Mencari Sesuap Nasi

seperti biasa copy paste dari email.. 

 pic from google

Mop di tangan kanan. Timba merah terisi air sabun di tangan kiri. Bau Fabuloso menyucuk hidung. Peluh terpercik pada wajah perempuan tua berbaju kurung saga.

Sudah dua hari aku lihat dia tekun mencuci dan mengemop lantai. Sejak Ketua Jabatan baru menghuni kerusi panas di bangunan yang aku tumpang ini, sudah dua tiga muka baru yang aku lihat.

Pekerja Am baru agaknya. Bisik aku pada diri. Sedikit pun tidak terluah pada bibir.

Pagi ini, aku jeling dari pintu pejabat yang terbuka sedikit.

Aku lihat dia tekun membongkok mengemop lantai. Seperti kekok dan perlu ditunjuk ajar. Mungkin sebelum ini dia tidak pernah bekerja seperti ini. Sekejap-sekejap dia berhenti.

Memegang pinggang. Mengetuk-ngetuk pinggangnya sambil mengaduh kecil.

2.15 petang. Ketika aku mahu ke surau membayar tunai suruhan Tuhan, aku terperasan kelibatnya dari jauh. Masih tekun dengan kerjanya mengemop lantai. Ketika itu, seorang lelaki lalu tanpa sedikit pun permisi. Lantai yang dimopnya kembali kotor dengan tanah merah. Dia tetap diam meneruskan kerja. Entah bagaimana kehendak Tuhan, lelaki itu tersandung timba terisi Fabuloso di tepi lorong. Basah kasut kilatnya. Marahnya tak bertepi. Maki hamun sesuka hati. Sedikitpun tidak ada hormat kepadanya.

Perempuan tua itu tetap tunduk sambil mulutnya tidak kering ucap maaf tanda akur itu mungkin kesalahannya. Masakan perempuan itu bersalah, mata ini menjadi saksi. Timba itu elok terletak di tepi. Bukan mengganggu jalannya.
Di tengah lorong aku berselisih dengan lelaki itu.

Assalamualaikum aku hulurkan. Biar amarahnya sejuk. Oh!

Mukanya tetap bernyala api marah. Sedikitpun dia tak menjawab salam. Aku ke hujung lorong. Melihat perempuan tua itu terkocoh-kocoh mengelap lantai. Yang basah seboleh-bolehnya dikeringkan. Aku sapa ramah. Soalan mudah, sudah makan ke belum. Berbahasa basi, sambil mataku menyulam matanya. Ada air jernih tergenang.

"Minta maaf, saya tumpang lalu, mak cik"

Sambil senyumku meleret tanda simpati. Aku harap hatinya berbunga-bunga.

"Lalulah nak. mak cik izinkan"

Bibirnya mula menguntum senyum. Hilang mendung wajah tuanya.

Aku juga manusia. Tahu peritnya mencari sesuap nasi.

Sedikitpun aku tidak pandang rendah kerjanya. Kerja itu halal. Tapi aku terkilan. Bilamana hormat sesama manusia (lebih-lebih lagi kepada warga tua daripada yang muda) seperti sudah hilang.

Macam2 berlaku di bulan ramadhan..

 gambar sekadar hiasan.

bulan ramadhan macam ni.. macam2 kisah kat berita kita dengar
kisah pergi pub dan minum minuman keraslah.. kisah si anak dara, mak dara, suami orang dan teruna
di tangkap khalwat lah... macam2 kan..

bila dengar, tengok dan baca citer macam ni
aku mula teringat kisah realiti yang benar2 terjadi kat depan mata aku..
dan juga berlaku masa bulan ramadhan
masa ni aku belum berkahwin lagi dan menetap di hostel yang pihak syarikat berikan

pada satu hari kitorang baru balik keje lepas tu ada jiran sebelah bagitau
ada seorang member serumah ada bawak budak lelaki balik rumah masa kitorang pergi kerja
yelah budak ni keje shift malam.. yang lain sume keje normal.. dalam rumah ni dia sorang je keje shift..
mulanya kitorang taknaklah percayakan.. sebab kat rumah dia ok je..
disebabkan kitorang tak percaya.. kitorang suruh kakak tu call kalau budak tu bawak lagi budak
lelaki balik rumah masa kitorang dah pergi keje.

nak menjadikan citer ni..
kebetulan masa tu hari jumaat bulan puasa kakak tu pun call lah kitorang
yang mengatakan budak tu bawak lelaki tu balik rumah..
dan masa tu jugak aku dan beberapa member aku tak pose
jadi kitorang pun baliklah rumah tu...

bila aku sampai rumah je aku terus buka grill dan pintu..
aku masuk je aku terus nampak kasut lelaki..
aku pun buat terus masuk rumah.. tapi hati tak tenteram..
aku dgn member aku berdiskusilah... nak buat macam mana ni...
tgk dalam rumah takder lelaki.. munkin dalam bilik kot..
bilik tu bukan bilik kitorang... nasib baik ada member lagi sorang yang dok
bilik tu ada kunci.. kitorang pun suruh dia masuk bilik tu pura2 nak g amik barang..
dia pun masuklah tengok sekeliling bilik tak der lelaki jugak
budak pempuan tu tgh baring kat katil pura2 tido kot..

kitorang pun tak puas hati kitorang call budak2 lelaki yang dok hostel lelaki lak..
untuk siasat apa yang berlaku kat dalam bilik tu..
kitorang takder kekuatan nak siasat sebenarnya.. kang siasat tak pasal kene tumbuk lak
dengan dak lelaki tu...

jadi datanglah segerombolan dak2 lelaki yang kitorang call tadi..
datang, tanya kitorang.. kitorang suruh masuk bilik tengok..
sekali tetiba dak pompuan tu bangun macam tak bagilah masuk bilik tu...
aku dah kecut perut.. aku ni scary sikit benda2 macam ni...
tapi dalam scary tu sebenarnya aku tengah melantak maggi... malu aku tgh makan dak2 lelaki tgh selongkar bilik..
seb baik aku pompuan ada alasan..
lepas diorang selongkar rupanya dak lelaki tu dok nyorok dalam almari baju
alah almari baju yang kain tu yang ada zip tu..
patutlah member aku masuk mula2 tak nampak rupanya menyorok dalam almari tu..
lepas dah jumpa budak lelaki tu.. dak lelaki tu terus kene pukul dengna dak2 lelaki tadi
aku tengok kesian pun ada, marah pun ada kat budak tu..
tapi nak buat macam mana dia buat benda tak elokkan...
aku tgk lembik jugaklah budak tu..
last2 budak2 tu kene tazkirah dengan ada sorang abang..
ntah apa benda ntah diorang diskus.. akhirnya dia kata nak kawen dengan dak pompuan tu..

tak sampai seminggu lepas tu budak pompuan tu pun benti keje.. katanya balik kampung
tapi kahwin ke tidak dgn dak lelaki tu aku tak taulah... sampai sekarang tak tau berita diorang..
harap2lah diorang berkahwin..

note : aku bukan nak mengaibkan orang.. tapi ni nak jadikan iktibar kat diri aku sendirilah..
dan jadikan pengajaran dan ingatan kepada diri kita sendiri.. 





menu berbuka sabtu dan ahad

dah petang ye.. lagi beberapa jam je lagi nak berbuka
jadi bolehlah aku tepek gambar makanan pulak
gambar2 ni sume untuk berbuka sabtu dan ahad lepas..
aku tepekkan sekali jelah ye.. 

ni antara lauk pauk untuk yang ada untuk sabtu ahad tu..
(sila click untuk imaje besar)
ayam masak kurma, ayam goreng, sotong goreng kunyit dan ayam goreng
 

 (sila click untuk imaje besar)
udang lipan goreng (udang gertak), kepak ayam madu, sambal belacan
ikan mayong masak asam pedas dan cekodok pisang

dan kuih muih yang ada pulak...
(sila click untuk imaje besar) donut, keria, pulut panggang dan murtabak..

ok itu saje menu sabtu dan ahad...

p/s : ampunkanlah gambar kecik cinonet ni ye...aku saje je nak tri collage kat photovisi ni
sekali tengok kecik pulak gambarnyer.. aku malas nak ejas.. aku masukkan je terus kat dalam n3 ni..


Pemberian Raya..

Mungkin kat sesetengah company ada bagi duit raya kat staff2 kan
tapi aku bukan nak citer pasal aku dapat duit raya tau..
memandangkan aku keje kat kilang tepung 
setiap kali hari raya mesti company bagi tepung, minyak dan gula
kepada staff yang beragama islam.. 
jadi barang2 yang company bagi tu bolehlah buat tambahan 
untuk membuat kuih raya...
tapi yang sedihnya tahun ni dan tahun akan datang dah tak dapat gula..
mungkin ada perkara yang tak dapat dielakkan.. 
ni aku nak tunjuk antara barang  yang aku dapat..

tengok ni bungkus dalam plastic merah je... takdernye nak bungkus cantik2 macam hamper tu..
nak bungkus cantik2 macam nak masuk tv pulak ye.. hehehe

nilah antara barang yang diisi dalam plastic merah tu
1 kotak tepung naik sendiri dan 2 kotak tepung superfine
dan juga minyak sri murni 5kg... 

memandangkan company ni jugak ada buat nugget..
kebetulan hari jumaat lepas diorang ada bagi tester nugget
tapi nikan bulan pose jadi tak dapatlah nak merasa
jadi diorang dah siap2 bungkuskan sepeket bagi kat kitorang
jadi lepas berbuka bolehlah rasa nugget tu nanti...

ni bungkusan nugget tu.. hehehe bukan bungkusan sebenar..
kitorang bungkus dalam plastic courier hehehe... 

sebenarnya dia dalam bungkusan plastic biasa je..
maklumlah untuk tester... ni lah nugget dia..
ada dua jenis nugget..
chicken fries dan marina hawaian nugget.. 
kalau korang nak tau nugget ni brand apa...

korang tengok pic kat bawah ni
(pic ambik kat blog Hijau ye) nilah dia brand nugget tu MARINA
bukan marina anak cik bob tau.. hehehe
dek jgn marah ye.. glamour tau nama tu..

akhir sekali aku nak ucapkan terima kasih kat company aku cari rezki ni..
harap tahun depan tambah lagi tepung sekotak.. hehehe...


Airmata keinsafan..

copy paste dari email lagik.... 

Kenapakah begitu susah untuk aku mengubah diri ini agar menjadi insan berguna pada mata Ilahi?

Kenapa begitu sukar diri ini untuk menerima segala kebenaran yang diajarkan padaku?

Begitu hitamkah hati ku ini?

Begitu menggunungkah dosa diri ini?

Layakkah aku untuk meminta ampunanMu ya Allah?

Masih adakah ruang untuk hidayahMu bertapak dalam ruangan hati hitam ini ya Allah?

Kenapa begitu susah diri ini untuk mengalirkan air mata apabila disebut nama yang Maha Esa…?

Kenapa begitu berat air mata ini untuk mengalir mendengar nama Rasulullah s.a.w?

kenapa begitu jauh diri ini jika dibanding dengan para pejuang Islam yg lain?

Aku jua muslim yang sama-sama ingin melihat kebangkitan Islam….

Aku jua muslim yang bersama-sama melawan arus jahiliyah..

Tapi diri ini tetap ku rasakan masih sungguh jauh untuk menghampiri gerbang syurga-Mu ya Allah……

Tapi aku tidak sanggup dengan siksaan api neraka-Mu...

Ya Allah……

Hinanya diri ku ini ya Allah…

Kotornya diri ku ini ya Allah…

Jijiknya diri ku ini ya Allah…

Berilah hidayah padaku ya Allah…

Janganlah Kau tinggalkan aku walau sesaat…

Pimpinlah aku dalam setiap detik perbuatanku…

Aku tidak sanggup jika Kau berpaling dari memandang diri ini…

Tidak sanggup ya Allah….

Segala-galanya aku berserah pada Mu…

Aku tidak apat membayangkan diriku tanpa pimpinan-Mu ya Allah…

Aku tidak sanggup menjadi sehina-hina manusia pada pandangan-Mu…

Astaghfirullahalazim…

Ampunilah aku dalam setiap kejahilan dan kelekaanku….

Hanya pada Engkau aku bergantung dan mengharap segala-galanya….

Air mata membasahi pipi….

Adakah ini air mata keinsafan???

Ini adalah air mata kehinaan yang melanda diri ini…

Diri ini sedih dengan apa yg telah hambaMu ini lakukan….

Aku ingin meminta sesuatu dari Mu..

Tapi aku sungguh malu padaMu ya Allah..

Aku teringat perjuangan Hassan Al-Banna..

Aku sangat mengagumi perjuangan beliau…

Aku mengagumi perjuangan Syed Qutub…

Tapi ya Allah…aku malu ya Allah untuk menyatakannya…

Masih layakkah diri ini menyebut nama Hassan Al-Banna?

Nama syed Qutub?

Masih tersisakah pejuang sepertinya untuk diri ini….

Malunya aku ya Allah dengan permintaan ini...

Aku tidak layak memikirkan tentangnya..

Wanita seperti manakah yang Kau pilihkan untuk mereka…?

Wanita yang bagaimanakah yang telah Kau pilih untuk melahirkan mereka?

Semestinya seperti Zainab Al-Ghazali dan mereka yang seangkatan dengan beliau…

Aku ingin sekiranya boleh mendampingi orang-orang sekaliber mereka.

Seorang yang hidupnya semata-mata untuk Allah.

Mereka tak tergoda rayuan harta dan benda apalagi wanita.

Aku ingin sekiranya boleh menjadi seorang ibu bagi mujahid-mujahid seperti Hassan Al-Banna.

Masih tersisakah mujahid seperti Al-Banna untukku ya Allah…?

Layakkah diri ini untuk menjadi peniup semangatnya?

Aku sungguh malu menyatakannya ya Allah…

Sungguh hina diri ini…sungguh kotor diri ini…

Sungguh lemah diri ini untuk mujahid seperti mereka…

Air mata ini jika dialirkan hingga titisan terakhir,
namun ia masih tidak mencukupi untuk menyatakan rasa bersalah dengan dosa-dosa diri ini yang menggunung tinggi...

Ya Allah…..

Pimpinlah daku…

Janganlah Kau tinggalkan aku walau sesaat cuma
Aku tidak sanggup dibiarkan dlm lumpur dosa2 hina….

Ampunilah aku ya Allah….

Astaghfirullahalazim…

Astaghfirullahalazim…

Astaghfirullahalazim…

Dah dapat dah

kan sebelum ni aku ada join dini's 4th giveaway
tu pun cikpah yang tag aku... kalau tak, tak dapatlah aku nak join sebab tak tahu pun contest tu...
bila aku join tak sangka pulak aku dapat menang saguhati... alhamdulillah
dan terima kasih pada cik pah dan tak lupa juga pada dini.. ayat macam amik award kat stage lak...

berbalik pada tajuk asal kat atas tu...
aku pun dah terima hadiah tu hari ni..
hadiah yang memang menepati citarasa akulah.. aku tak sangka tau...
macam cik dini ni tau je paberet akukan... wahahaha... macam dok umah sebelah je kan..
kebetulan hadiah yang dia bagi tu memang hari2 aku pakai tau...
tak sia2 aku join giveaway ni... aku  sungguh suka tau..

ok ni aku nak tunjukkan kat korang apa yang aku dapat ye..

ni dia envelopenya...

ala.... tak nampak sangat pulak... tu nama dia Ardini Humaira :)

ucapan tahniah dari dini... tq dini... ada lagi nanti akak join lagi ye..

inilah hadiah dia.. siap dalam sampul duit raya lagi..

korang nak tau sebab apa hadiah ni memenuhi citarasa aku..
korang tengok pic yang last ni ye..

tadaaa..... sebab aku memang pakai perfume Haiku ni..
korang tengok botol yang besar tu memang aku punya.. tapi jenis spraylah
yang dini bagi jenis roll on... tak kesah yang penting boleh masuk handbag kan...
memang paberet aku lah... dah lama aku pakai ni sejak pengeluaran 1st Haiku kat avon lagi..
ohhh......................... hati sungguh gembira ...
dia bunya wangi memang kene dengan akulah...

last sekali ucapan terima kasih untuk adek dini dan cikpah




Lemau

korang ada kisah lemau tak masa bulan puasa.. aku dulu masa zaman sekolah adalah sedikit kisah lemau masa bulan puasa..
lemau ni bukan kisah malas ke apa tau.. kalau korang nak tau apa yang membuatkan aku kata kisah ni kisah lemau
meh baca kisah ni..

kesah ni terjadi masa tu umur aku 16 tahun.. 
walaupun aku ni sibuk nak sekolah balik rumah tetap kene tolong kakak aku meniaga untuk bazar ramadhan.
lepas sahur je terus dah tak tido kopek bawang, gunting cili, kupas kentang dan macam2 lagilah...
dah siap semua tu baru boleh bersiap untuk pergi sekolah...
balik sekolah pulak kene tolong kakak aku kat gerai pulak..

ada satu hari tu aku nak tolong kakak aku kat gerai dia..
aku pun dengan bangganya merempit naik motor untuk pergi kat gerai tu..
sampai je kat gerai dengan confidentnye aku nak melangkah ke gerai kakak aku..
tetiba baru aku nak turun motor je.. aku dengan motor tu sekali tumbang..
korang tau kenapa... rupanya aku lupa nak tongkat motor tu..
tak memasal aku kene gelakkan dek orang yang ada kat sekeliling masa tu
dahlah orang ramai tengah beli juada untuk berbuka puasa...

korang tau apa aku buat masa tu.. tak pasal motor tu kene sepak dengan aku
padahal apalah salah motor tu.. yang salah aku sebab terlalu lemau sampai terlupa nak tongkat motor..
lepas dari tu.. setiap kali aku nak turun motor aku mesti check yang aku dah turunkan tongkat motor tu..
sampailah sekarang.. 

tulah kesah lemau aku... 
korang ada tak yang pernah kene mcm aku ni.. mamarempit pernak tak?

otak dah buntu wei...

tajuk kat atas kemain lagi otak dah buntu....ape yang ko buntu esah oiii...
sebenarnya aku buntu dah tak tau nak masak apa dah..
aku rasa nak rotate jelah menu sebelum ni.. senang citer
tapi bila puasa ni macam nak makan sesuatu yang berbeza je.
okaylah off topic buntu ni..

meh aku kasi korang tengok menu berbuka semalam
sebelum tunjuk menu berbuka semalam
meh layan pic uzrei dan uzair..
saje nak tunjuk gambar uzrei dan uzair..
dah lama tak citer pasal anak.. last citer pun masa diorang kene chicken pox
alhamdulillah sekarang dah sihat.. bila dah sihat pening kepala pulak
rumah macam tongkang pecah pulak.. segala mainan di keluarkan..
pening kepala... bila diorang tido baru kemas.. kalau tak penat je..

tgklah aksi dua beradik ni.

tgk tengah aku snap boleh dia halakan pemukol golf tu kat aku..
nasib baik tak kene mata aku... siap selit pistol lagi kat stering tu..
konon dia polislah masa ni..
masa tu ada dialog yg aku tak boleh tahan nak gelak..
masa kebetulan en.suami tegur uzrei coz tarik tgn adik dia...
lepas tu uzrei capai h'phone mainan terus cakap
" hello polis, ni papa marah ujei..."
terus aku gelak tak hengat.. besar ni dah pandai nak mengadu kat polis
babab kang...

yang ni pulak uzair.. tak pandang kiri kanan dah..
korang tengoklah berterabur pampers sana sini..
habis di pungahnyer almari.. lepas tu campak je mana dia suka..
satu rumah pampers.. huhuhu
si uzair ni kalau dapat main tido pun lupa tau..
yang penting sihat...

ok.. baru gambar menu berbuka semalam
yang simple je.. dah pening dah nak masak apa
baru hari ke 7 dah tak tau nak masak apakan
hari ni pun tengah mengoogle resepi apa yang menarik hati

korang tgk jelah menu ni..
sambal ikan bilis..(request from en.suami)
ikan masak kicap. (3 ekor je tu pun tak habis)
sayur kobis
dan donut (ni paberet aku mesti nak kene ada.. yg jadi mangsa uli tepung adek aku.. hehehe)

itu saja n3 kali ni

p/s : ape korang nak masak hari ni ye?

10 Sikap 'Terlalu' Yg Harus Dihindari Dalam Perhubungan

Sikap 'terlalu' ini sangat berbahaya dalam perhubungan sekiranya tidak dikawal.

Ia mungkin dapat menjejaskan hubungan yang harmonis  atau menjadi penyebab pertengkaran yang berulang pada sesebuah hubungan.

Oleh itu lebih baik kita menyelidik diri sekiranya kita menghadapi gejala 'terlalu' dalam diri kita.

10 'terlalu' yang membahayakan ini ialah:

1. Terlalu Manja

Sifat manja wanita sering dikaitkan sebagai suatu daya tarikan tersendiri. Banyak lelaki yang menyukai kemanjaan kekasihnya, kerana ia dapat membangkitkan sifat melindunginya.

Namun jangan kemanjaan tersebut berlebihan. Wanita yang terlalu manja seumpama anak kecil yang mengada-ngada. Paling teruk karenah wanita yang terlalu manja kelihatan buruk di depan umum. Pasti akan memalukan teman lelakinya.

2. Terlalu Tertutup

Demikian pula dengan sikap terlalu tertutup, hal ini akan menghambat komunikasi.

Padahal komunikasi sangat penting bagi menjaga keharmonisan setiap hubungan.

Baik lelaki mahupun wanita  ingin mengetahui pengalaman, perasaan dan keinginan pasangannya.

3. Terlalu Terbuka

Orang yang bersikap umumnya menyenangkan dan mesra. Namun sikap yang terlalu terbuka juga kadangkala menjadi tidak menyenangkan.

Orang yang terlalu terbuka biasanya mengungkap isi hatinya tanpa melihat situasi dan keadaan, sulit menyimpan rahsia, dan yang lebih buruk adalah kebiasaan bicara dulu , berfikir kemudian serta melampau had sempadan.

4. Terlalu Cerewet

Ada sebahagian wanita yang kurang menyedari, betapa buruknya wanita yang terlalu cerewet. Jika seorang ibu cerewet kepada anaknya yang masih kecil mungkin masih dapat dimaafkan.

Namun cerewet kepada kekasih amat menyesakkan, meskipun dengan alasan “Kerana aku sayang padamu”.

5. Terlalu Sensitif

Wanita yang terlalu perasa atau sensitif akan membuat kekasihnya merasa tidak bebas untuk mengungkapkan perasaanya, kerana takut melukai hatinya.

Padahal dalam hubungan cinta yang sihat kedua belah pihak seharusnya  saling mengungkapkan perasaannya dengan bebas.

Kadangkala gurauan juga dapat mengguris perasaan wanita yang terlalu sensitif sehingga pasangannya tiada mood untuk berlawak jenaka bagi menceriakan suasana.

6. Terlalu Mengongkong

Lelaki memerlukan kebebasan atau ruang untuk melakukan aktiviti yang disukainya, untuk menekuni apa yang dipelajarinya, untuk bergaul dengan teman-temannya dan untuk menjadi dirinya sendiri.

Jika wanita terlalu mengongkong, mungkin untuk sementara pasangannya dapat  bertahan atau memahaminya, namun tidak untuk jangka panjang. Dia akhirnya akan bosan dan berontak sehingga boleh menjejaskan hubungan.

7. Terlalu Memperlekeh

Lelaki  tidak menyukai wanita yang tidak menghargainya, apalagi memperlekehkannya.  Wanita perlu bersikap lebih bijak untuk tidak membuat lelaki merasa direndahkan baik oleh sikap mahupun ucapan yang dihamburkan.

Bila kamu hendak memperbaiki kekasih kamu yang terlalu banyak kelemahannya, kamu perlulah mendorongnya untuk berubah sedikit demi sedikit dgn cara yang sewajarnya iaitu tidak memperlekehkannya.

8. Terlalu Memiliki

Tidak ada seorang pun yang betul-betul ingin dimiliki oleh orang lain. Tentu saja dia kekasih kamu, namun bukan milik peribadi kamu.

Jadi biarkan dia juga dimiliki oleh dirinya sendiri, oleh teman-temannya, oleh keluarganya dan oleh orang lain.

9. Terlalu Menyanjung

Kebiasaan memuji dan saling menghargai memang perlu. Selain untuk merapatkan hubungan, ia juga penting untuk meningkatkan rasa percaya diri kekasih kamu.

Tetapi kalau kamu terlalu sering menyogoknya dengan pujian dan sanjungan, kamu tidak saja merosak erti sebenar pujian, tetapi juga  membuat si dia merasa bosan. Dia juga menganggap kamu tidak ikhlas.

10. Terlalu Menuntut

Meskipun lelaki perlu dipacu semangatnya, namun terlalu menuntut bukanlah cara yang baik. Lelaki juga ada had kesabarannya  dalam melayan karenah pasangannya yang terlalu menuntut itu dan ini. Lama-kelamaan dia akan jadi bosan dan tidak lagi mahu menurut kehendak pasangannya.

Kasih Ramadhan

kasih ramadhan tajuk aku kali ni..
bukan kasih ramadhan macam citer dalam tv ye..
kasih ramadhan versi aku ni adalah acara berbuka puasa bersama ahli keluarga
berbuka beramai-ramai maksud sebenarnya..
yang boleh memupuk kasih sayang bukan saja di bulan ramadhan
tapi kasih sayang tu akan bersemi sepanjang hayat.. 

beralih kepada citer asal.. hari isnin kakak aku call aku kat opis
dia ajak aku berbuka bersama tapi kat rumah dialah..
ok aku on je.. lepas tu dia suruh aku call kak long n kak lang aku
untuk ajak diorang sekalilah.. 
ok semua setuju nak berbuka bersamalah
lagipun inilah xtvt kitorang bulan puasa
memang ada giliran untuk berbuka kat rumah adik beradik

bila aku balik dari keje je aku terus tuju kat rumah kakak aku
(rumah aku ngan kakak aku selang 6 buah rumah je)
aku tengok sume masakan dah siap.. 
tinggal nak hidang je..
jadi keje2 menghidang dah tentulah keje aku

kali ni aku nak keluarkan n3 makanan berbuka kat rumah kakak aku ye..

antaranya ialah.. (macam nak umum nama pemenang lak..
dari kiri kuih onde2, terung goreng, ikan masin dan goreng pisang
dari kanan ayam masak cuka (mcm masak lemakkan), sayur kobis goreng, pisang goreng lagik.. hehehe

satay yang disponsor oleh adik dan abang aku..
sedap tol satay ni.. bulan pose je ada tau.. special ni..

sup campur yang di masak kak long aku..
(sebenarnya sup untuk nasi ayam.. tapi gambar nasi dan ayam gorengnya aku terlupa snap)

pecal yang juga dibuat oleh kak long
pecal resepi turun temurun ni.. 

inilah keadaan masa nak menunggu berbuka..
siap dah isi nasi dalam pinggan dan dah bagi setiap orang..
macam2 ragam dalam keadaan macam ni..

sunguh happening.. 

masa ni terdetik di hati.. jika salah seorang dah takder mesti terasa amat rindu sekali..

Ya Allah kukuhkanlah kasih sayang didalam keluarga ku ini.. amin..


Walaupun seteguk air, sahur pelihara kesihatan

 
Dulu masa aku bujang sahur minum air masak je dan makan roti... tapi sekarang aku kene makan nasi sikitlah.. risau gastrik..
nanti jadikan gastrik pulak alasan untuk berbuka puasa padahal diri sendiri yang tak nak bangun sahurkan.. tu tujukan untuk diri aku sendiri dan peringatan diri sendiri je.. korang macam mana dengan sahur...
 
 
 
BERSAHUR adalah amalan penting pada Ramadan. Bagi mereka yang hanya mengkaji ilmu fikah akan berkata: Oh, bersahur hukumnya adalah sunat saja.? Andai kata hukum ini dikaitkan dengan hadis sahih, kita akan menyedari betapa pentingnya sahur ini walaupun hukumnya adalah sunat.

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat. (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah).
 
Melalui hadis ini, amalan bersahur dikaitkan dengan keberkatan dan keberkatan pula membawa makna rahmat, kebaikan serta restu Ilahi.

Amalan bangun sahur ini membezakan antara puasa orang Islam dengan puasa orang Yahudi dan Nasrani (ahli kitab).
 
Hal ini disebut dalam sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, yang bermaksud : Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur.

Sahur adalah satu rahmat dan berkat yang dikurniakan Allah ke atas umat Islam. Anjuran bersahur itu dapat dilihat lagi dalam hadis Nabi bermaksud: Makanlah sahur, sekalipun dengan seteguk air. (Hadis riwayat Ibnu Hibban)

Hadis tadi menunjukkan kepentingan bersahur kepada orang yang berpuasa walaupun makan atau minum dengan sedikit saja sekalipun dengan hanya seteguk air.

Dalam hadis lain, kelebihan ke atas orang yang bersahur itu ialah seperti sabda Rasulullah bermaksud: Sesungguhnya Allah dan malaikatnya mengucapkan selawat (berdoa dan memohon daripada Allah akan keampunan dan keredhaan) ke atas orang yang bersahur. (Hadis riwayat At-Tabrani).

Selain disunatkan bersahur kita juga disunatkan untuk melambatkan waktu bersahur itu kerana amalan itu dilakukan oleh utusan Allah dan sahabat. Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: Sentiasa umatku dalam kebaikan selama mereka mahu bersegera berbuka puasanya dan mengakhirkan makan sahurnya.

Melewatkan sahur bermaksud bersahur ketika menghampiri waktu Subuh. Berkaitan perkara ini, Zaid bin Thabit pernah berkata: Kami pernah bersahur bersama nabi, kemudian kami bangun untuk melakukan solat (Subuh).

Zaid ditanya : Berapa lama masa antara kedua-duanya (yakni antara makan sahur dan solat Subuh) Berkata Zaid: Sekadar membaca 50 ayat al-Quran. (Hadis riwayat Bukhari)

Dalam kitab Nailul Authar, disebutkan Imam Ibn Abdil Bar berkata bahawa hadis yang menerangkan kepentingan menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan sahur semuanya bertaraf sahih dan mutawatir.

Penekanan Nabi agar sahur dilewatkan dan tidak diabaikan amat signifikan lagi saintifik kerana ia menepati waktu bersarapan pagi. Kajian menunjukkan makanan paling utama dalam masa 24 jam ialah sarapan pagi.

BBC News pada 7 Mac 2003 melaporkan, bersarapan pagi penting untuk memelihara kesihatan seseorang berbanding mengambil makanan pada waktu lain. Kajian oleh Dr Mark Pereira dan rakannya dari Pusat Perubatan Harvard, mendapati mereka yang tidak bersarapan pagi berisiko tinggi menjadi gemuk, sakit jantung dan menghidap kencing manis.

Kajian sama juga menunjukkan, mereka yang sentiasa bersarapan pagi menanggung risiko 50 peratus lebih rendah diserang masalah kesihatan berkaitan lebihan kadar gula dalam darah berbanding yang jarang bersarapan pagi. Hal ini menjadi lebih penting kepada kanak-kanak yang berpuasa. Ini kerana kesan kanak-kanak meninggalkan sarapan pagi adalah lebih negatif disebabkan tubuh mereka yang kecil.

Kajian terkini menunjukkan apabila glukosa dalam darah menurun selepas bangun tidur dan keadaan ini berterusan kerana tidak bersarapan pagi, kanak-kanak akan menghadapi masalah memberi tumpuan kepada pelajaran.

Tambahan daripada itu, satu kajian oleh Dr Theresa Nicklas dari Kolej Perubatan Baylor dan rakannya ke atas 700 pelajar di Louisiana, menunjukkan mereka yang tidak bersarapan pagi menanggung risiko dua kali ganda mengalami kekurangan zat besi dalam darah.
 
Keadaan ini akan menyebabkan penyakit anemia (penyakit berkaitan kekurangan hemoglobin dalam darah). Hal ini dilaporkan oleh Kerry Neville dari Chicago Tribune pada 24 September 2001.

Justeru, secara umumnya, mereka yang berpuasa tanpa mengabaikan sahur, tidak akan mendapat kemudaratan daripada puasa mereka berdasarkan kajian itu. Lebih daripada itu, bersahur adalah ibadah kerana ia adalah sunnah dan waktu sahur juga masa yang dipenuhi keberkatan.

Allah berfirman bermaksud: Katakanlah, Mahukah aku khabarkan kepadamu apa yang lebih baik daripada yang demikian itu. Bagi mereka yang bertakwa, ada syurga di sisi Tuhan mereka yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal dalamnya. Mereka juga dikurniakan isteri-isteri yang suci serta mendapat keredaan Allah. Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya. (Iaitu) orang yang berdoa, Ya Tuhan kami sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah dosa kami dan peliharalah kami daripada seksa neraka. (Merekalah) orang yang sabar, yang benar, yang taat, yang menafkahkan hartanya di jalan Allah dan yang memohon ampun pada waktu sahur.
(Surah Ali Imran, ayat 15 hingga 17)

Juadah Ahad

lamakan juadah ahad nak bersiaran..
hari selasa baru nak bersiaran untuk juadah ahad..
hehehe... bulan puasa ni banyak pulak kejenyer..
pastu banyak pulak email2 menarik yang nak dikongsi bersama..
sudahnya.. xtvt memasak diperapkan didalam draft..
sampailah hangit leting dah baru nak angkat keluar..
wah.. macamlah n3 ni dimasak dalam oven pulak ye...

oklah berbalik cerita hari ahad
antara juadah berbuka yang aku masak adalah 
seperti gambar dibawah..

 kobis masak lemak putih ..
memang terangkat..

dimakan pula bersama
ikan cencaru bakar.. ikan cencaru aku sumbat dengan kelapa yang dah siap digaul 
bersama cili kering, serai, kunyit, air limau kasturi, gula dan garam..
memang secukup rasa

lepas tu dicicah pula...
dengan air asam
memang terangkat beb.. 

adakah ini n3 syok sendiri... ahh.. pedulik.. hehehe

dan akhir sekali aku buat kueh ni pula..

donut yang nampak burok.. tapi tang rasa memang memuaskan
satu jenis kueh je cukup.. takleh berjenis-jenis nanti jadi rambang mata..
bila dah berjenis2 nanti tak tau nak pilih mana satu.. tol tak..?

semuanya hasil masakan adalah dimasak sendiri takder pun yang beli di bazar ramadhan ye..
lagipun malas nak g bazar ramadhan..
tapi juadah yand dimasak tu simple je..
tak nak buat yang berat2lah nanti tak bersentuh sangat pun
membazir...

ni saje Juadah berbuka puasa pada hari ahad...
nantikan next juadah ye..


Apabila suami ketagih chatting di internet


Dah beberapa hari ni asyik citer copy paste dari email je kan.. tak per copy paste tu pun info yang berguna untuk kita.. sebenarnya nak buat n3 makanan pagi ni.. tapi tak maulah.. petang2 sikit nanti baru aku keluarkan ye...
kesian kat kawan2 yang berpuasa.. 

korang bacalah artikel ni ye... 

Keluhan seorang isteri kepada rakan-rakannya dalam sebuah forum maya, “Saya dah tak tahu nak luahkan kepada siapa. Sudah terbuku dalam hati saya ini, saya terlalu tertekan sekarang, tambahan pula saya sedang hamil hampir tujuh bulan. Nak bercerita dengan rakan-rakan, saya malu. Mata saya dah puas menangis.
Hari ini pergi keja dengan mata naik sembab. Nak buat keja sudah tak larat. TENSION!
Masalah saya ini mulanya pada cuti 1 Mei yang lepas. kami tak dapat balik ke kampung, sebab belanja bulan ni ‘tak lepas’. Jadi, kononnya hendak kurangkan kebosanannya, suami saya pun pinjam laptop dan broadband kawan dia. Disebabkan dia baru nak berjinak dengan komputer, dia minta saya buatkan emel dia dan saya pun buatlah untuknya. Lepas itu dia ternampak Yahoo Messenger (YM) pada desktop, dia pun ingin mencuba dan saya pun ajarlah dia menggunakannya. Malam itu juga dia berchatting.
Memang saya kira saya ni bodohlah mengajar dia bab ini. Saya tak tahu dia tidur pukul berapa pada malam itu. Esoknya dia online, malamnya dia online. Saya onlinelah juga, tapi tidaklah sampai setengah jam. Pengenalan diri saya ialah wanita yang sudah berkahwin. Tetapi yang menaikkan darah marah saya ialah dia mengaku masih bujang. Semasa saya belek-belek “history” chattersnya, saya terbaca jawapan bila ditanya statusnya, dia menipu sebagai belum berkahwin. Malam kedua pun dia online sampai ke pagi, saya tak tahu dia tidur jam berapa sebab dia tidur di luar ruang tamu lagi. Hari ketiga saya memang bermasam muka dengan dia, kurang bercakap dengan dia.
Bila emosi sudah tak terkawal saya meninggikan suara, “Buat apa chat sampai ke pagi?” Saya ni tunggul ke? Betapa kecewanya saya, dia tetap juga online. Bermula malam itu, kami selalu bertengkar. Kesimpulan yang dia buat ialah saya tak percayakan dia. Memang saya tak percayakan dia. Apa yang dia buat chatting sampai ke pagi. Saya tahu sangatlah orang kat YM tu, semuanya tak boleh dipercayai. Saya dah berterus terang yang saya tak suka dia ber-YM. Dia masih berdegil juga. Saya sudah tak tahan begini. Berilah nasihat untuk saya.”

Dijawab oleh teman mayanya, “Pertama sekali saya minta awak beristighfar banyak-banyak, tenangkan hati dan jangan salahkan diri sendiri sebab ajar suami YM tu. Kalau awak tidak ajar pun, dia tetap akan belajar juga dengan orang lain. Nampaknya suami awak tu dah terkena 'renjatan budaya'. Ibarat budak yang baru pandai naik basikal, dia akan terus kayuh puas-puas sampailah dia jemu dan tak hairan dah dengan basikal tu. Bezanya, basikal ni hanya melibatkan dirinya seorang, manakala YM ni melibatkan ramai orang. Saya mengharapkan awak dapat duduk semeja dan berbincang elok-elok dengan suami tu. Ingatkan dia tentang tanggungjawab dan baby yang bakal dilahirkan nanti. Jangan sesekali mencabarnya sebab lelaki pantang dicabar. Saya harapkan awak bertawakal dan banyakkan berdoa, solat sunat dan mengaji. Ia menyejukkan rumahtangga dan hati yg 'panas' itu.”

Disambut oleh teman yang lain, “Betul macam fayla cakap, orang yg baru nak kenal YM ni, akan menjadi macam cempera. Kalau nasihat pun dia akan buat juga. Sebab benda ini baru baginya. Memang dia nak explore lebih-lebih. Cuma apa yg dirisaukan, bila berchatting nak sorokkan status kahwin, akan jadi sesuatu yg tak elok satu hari nanti. Maaf bukan nak menakutkan. Banyak kes macam ni yg akhirnya rumahtangga berterabur. Akhir-akhirnya lafaz talak. Pergi cari kenalan YM tu, rupanya kenalan YM tu penipu juga sebenarnya. Nak berbalik kat bekas isteri, hati dah hancur. Tak mahu terima dia lagi. Siapa yg rugi? Harap-harap masih awal lagi. Mama bagi nasihat, dunia YM ni dunia PENIPU BESAR!!! Cukup PENIPU BESAR!, selama 11 tahun saya kenali YM, memang dah kenal dan tahu cara orang yg nak chat. Sama ada penipu atau pun tidak, cukup-cukup masak dgn YM ni. Hati-hatilah. Sebelum terjadi apa-apa. Cepat-cepatlah elakkan. Kalau YM dgn kawan-kawan opis yg memang kita dah kenal tu lain kira. Ini mula chatting dgn orang yg memang kita tak kenal. Macam-macam nanti akan keluar. Tambahan pula kalau sudah boleh tengok webcam..LINGKUP!! Nanti macam-macam aksi yg akan tertunjuk, nauzubilah. Banyak-banyakkan sembahyang sunat dan berdoa pada Allah. Semoga ditarik balik kelalaian yg singgah di hati suami sekarang ni.”

Itulah keluahan dan kerisauan daripada pengalaman yang dihadapi oleh isteri-isteri apabila suaminya terjebak dengan ketagihan berchatting ini. Telah menjadi satu wabak penyakit pula dewasa ini terutama sekali kepada generasi sekarang yang kehidupannya didedahkan dengan kemudahan teknologi komunikasi yang serba canggih.

Kemudahan berchatting ini adalah satu teknologi komunikasi baru yang amat mudah, murah dan jangkauannya tanpa sempadan. Batasan yang sebenar ialah ketukan jari-jemari kita di atas papan kekunci itu. Dari sudut pengurusan maklumat, teknologi ini memang banyak kebaikannya. Malah ada organisasi-organisasi perniagaan dan awam menggunakannya secara rasmi sebagai wadah komunikasi mereka. Arahan dan maklumat dua hala antara pihak pengurusan dengan warga kerjanya amat berkesan, tepat dan pantas. Pastinya organisasi ini ada menetapkan peraturan dan adab-adab penggunaannya supaya urusan mereka bersistem, lebih cekap dan menjimatkan kos pengurusan mereka.

Apabila teknologi ini dibawa ke dalam rumah, perlulah kita fikirkan juga peraturan-peraturan penggunaannya sebagaimana di pejabat. Kita boleh menerima pakai adab agama kita menerima tetamu yang bertandang dan bersembang di rumah kita atau budaya kita bertandang ke rumah orang lain. Pastinya tidak manis dan tidak wajar kita bersembang dengan anak dara atau janda atau isteri orang tanpa ditemani oleh muhrimnya di rumah itu. Biasanya kita ditemani muhrimnya. Begitu juga waktu-waktu kita bersembang. Pastinya ada waktu-waktu tertentu supaya aurat atau waktu-waktu berehat tidak terganggu, seperti tidak bertandang selepas waktu isyak melainkan dijemput oleh tuan rumah.

Oleh itu, bagi mereka yang telah menggunakan kemudahan chatting di rumah, eloklah berbincang sesama suami isteri agar membuat satu peraturan di rumah seperti mana kita menerima tetamu atau kita berkunjung ke rumah kawan-kawan untuk bersembang. Sebagai contoh, pastikan waktu berchatting ialah antara jam 9 hingga 11 malam sahaja. Pastikan mereka yang diajak chat itu orang yang dikenali secara peribadi dan kita sama-sama mengetahuinya. Tidak salah kalau bersama-sama chat dengan orang itu agar tidak timbul fitnah antara suami isteri. Kalau ada orang baru ingin berkenalan, sama ada sama jantina atau tidak, eloklah minta kebenaran pasangan untuk menerima salam perkenalan itu.

Untuk makluman pembaca, saya mengambil catatan ini daripada penulis di alam siber yang menyatakan sebab mengapa lelaki boleh ketagih berchatting hingga lupa anak dan isteri di dalam rumahnya sendiri.

1. Mudah dapat "bersembang" dengan wanita (mungkin asli atau tipuan) hingga menyebabkan mindanya bertambah aktif semula dan bermotivasi untuk dirinya.
2. Kalau "wanita" yang dia chat itu melayan dan dia pula dapat "menguasai" perbualan mereka, maka dirinya terasa puas, seakan-akan tersangat macho. Tinggilah hormon testosteronnya.
3. Kalau "wanita" yang dia chat itu "tewas" dalam "pangkuannya" secara online, dan dia pula pandai menggunakan teks ungkapan memberahikan "wanita" yang dia ayat itu, ini lebih memachokan dia dan menyebabkan dirinya terasa kembali "muda".
4. Kalau niat suami ini ber-YM untuk mencari "wanita" sunyi (memang ada) dan menjadikan "wanita" ini bahan melepaskan gian seksnya dan dia berhasil, memang dia akan menjadi ketagih dan amat berbahaya untuk dirinya dan rumahtangganya.

Bagaimana cara untuk membantu suami ini kembali berpijak di bumi yang nyata?

1. Suami tadi disibukkan atau menyibukkan dirinya dengan aktiviti luar dengan masyarakat agar mindanya dapat dipenuhi dengan memikirkan aktiviti luar itu. Otak lelaki monotrek, oleh itu jika dia fikir satu perkara, maka itulah yang dia fikirkan. Kalau dia fikir nak YM, maka YM-lah yang dia fikirkan. Kalau dia memancing di laut.. maka memancing sajalah yang dia fikirkan sampai berjam-jam. Tiada apa-apa yang lain yang dia fikirkan.
2. Selain daripada aktiviti masyarakat, fikirkan juga aktiviti di rumah bersama anak dan isteri pada waktu malam yang boleh mengalahkan tarikan chatting YM itu.
3. Tidak salah kalau isteri juga duduk bersamanya berchatting dengan chatters, pujuk dia untuk chat bersama dan letakkan ID chatters dengan nama "Suamisteri" atau "kamiberduani" atau "pasanganbahagia" atau "mamadanpapa" dan sebagainya.
4. Buatkan jadual berchatting untuk keluarga seperti contoh: Chatting keluarga jam 10 pm - 11 pm untuk malam Isnin hingga Khamis sahaja. Malam Jumaat, malam Sabtu dan malam Ahad khas untuk keluarga (isteri dan anak-anak). NO CHATTING.

note : baguskan panduan yang diberi kat atas ni...

10 perkara memeranjatkan di dalam suatu perkahwinan

 copy paste

tadi masa aku buka email dapat tetiba aku tengok tajuk.. apakah yang memeranjatkan di alam perkhawinan..
rupanya ada 10 perkara yang memeranjatkan didalam perkahwinan.. kalau korang nak tau teruskanlah membaca artikel ni ye..

1. Berkahwin tidak bermakna anda tidak akan keseorangan lagi.

"Saya dan suami baru sahaja mengikuti kaunseling. Tiada apa-apa yang drastik cuma kami dapat rasakan bahawa kami semakin berjauhan dari segi emosi dan  fizikal. Jiwa semakin terasa keseorangan. Nasib baik kami berdua cepat sedar dan sanggup mendapatkan bantuan daripada mengambil tindakan yang bertentangan. "

2. Berkahwin tidak bermakna anda akan berasa menyintai atau dicintai setiap hari.

"Kebahagiaan dalam perkahwinan tidak berlaku sekelip mata kerana masalah tentu akan timbul. Ada masalah besar dan ada yang kecil. Kadangkala anda akan  merasakan diri sudah tidak dicintai." Amat penting bagi masing-masing mengucapkan perasaan cinta dan mencintai.

3. Anda masih perlu menghangatkan suasana.

"Kami suami isteri mempunyai kerjaya yang sangat sibuk dan jarang dapat meluangkan masa bersama. Untuk mengelakkan perasaan seperti teman sebilik sahaja, kami cuba terapkan kebiasaan untuk memeluk antara satu sama lain dan bercerita setiap malam sebelum melelapkan mata."

4. Perkahwinan adalah sesuatu yang menyeronokkan.

"Saya dan isteri amat menyenangi kehadiran masing-masing. Kami gemar bergelak ketawa bersama, bergurau dan mengusik. Setiap hari ada sahaja SMS yang dihantar... kadang kala lawak jenaka dan ada juga mesej berunsur seks nakal."
5. Lazimnya salah seorang akan lebih banyak berkorban.

"Mana ada yang seratus peratus adil pembahagiannya. Selalunya isteri akan lebih banyak berkorban terutamanya dari segi kerjaya. Kadang-kala ada yang terpaksa melepaskan kenaikan pangkat kerana tidak ingin rumahtangga kucar-kacir. "

6. Pasangan anda akan berubah mengikut masa.

Anda harus menerima kenyataan bahawa masing-masing akan berubah mengikut masa. Kadang-kalanya dari segi perangai, rupa paras , bentuk badan dan hobi. Tiada orang yang akan kekal sama seperti mana mula-mula berkenalan dahulu.
7. Anda tidak semestinya akan bersetuju dalam semua perkara.

Suami akan tetap mahu menggunakan wang bonus untuk membesarkan garaj manakala isteri inginkan sofa baru. Terimalah hakikat bahawa masing-masing ada keinginan yang berbeza. Yang penting tolak ansur-mungkin bonus tahun ini mengikut kehendak isteri manakala bonus tahun depan untuk suami pula.
8. Semakin lama berkahwin semakin bahagia.

Pasangan yang memahami kehendak masing-masing dan mengamalkan tolak ansur dalam kebanyakan perkara sepanjang mereka berkahwin, lazimnya akan berjaya melawan badai atau apa-apa masalah. Mereka inilah yang dapat menikmati kemanisan berumahtangga. Sememangnya pasangan ini adalah "soulmate" masing-masing.
9. Hubungan seks ada turun naiknya.

Kadang kala sangat berkesan dan ada kalanya tidak begitu memberangsangkan. Masing-masing seharusnya menerima bahawa ianya bergantung kepada "mood" dan keadaan sekeliling.

10. Perasaan Ego yang berlebihan adalah amat berbahaya.

Apabila perselisihan terjadi, masing-masing menjadi begitu sensitif dan mementingkan ego. Jika terlampau mengikut ego, anda mungkin akan memanjangkan masalah yang kecil. Elakkan daripada menyimpan perasaan marah terlalu lama kerana pasangan anda mungkin akan berubah hati.
 
Sanggupkah anda?

Kadangkala dalam sibuk kita menguruskan kerja dan rumahtangga kita terlupa yang kita harus mendahulukan pasangan kita... harap artikel ni dapat memberi manfaat kepada kita

macam-macam......

tajuk macam-macam.. tapi sebenarnya aku tak tau dah nak letak tajuk ape..
jadi timbullah tajuk macam-macam..
tak kesahlah dengan tajuk tu kan
yang penting isinye.. apa yang nak diceritakan..

menurut kisahnya dari tajuk macam-macam tu ye..
hari jumaat lepas yakni puasa ke3 aku sekeluarga telah 
pergi berbuka kat rumah kakak aku yang sulong
bila kakak aku dah tau aku nak datang berbuka kat rumah dia
dengan senyum lebarnya dia memasak paberet makanan
aku dikala bulan puasa.. fuhh... memang sedapla..
korang nak tau apa menu yang kakak aku masak

meh.. tengok pica kat bawah ni ye..
 nilah dia makanannya..
terung goreng
ikan kembung goreng
sambal bilis petai
dan paberet aku... ikan tengiri masak asam pedas letak lagii bendi
memang berseleralah aku.. walaupun aku tak pose... hehehe
orang yang pose mesti lagi berselerakan..
bak kata orang tua2 pecah selera bila makanan tu kene dengan tekak..

lepas dah puas makan paberet aku tu..
antara kuih yang dihidangkan..
nilah kuih-muihnya.. 
sebenarnnya banyak lagi kuih-muih tu 
tapi tak sempat nak snap..
sebab ketibaan kuih-muih tu lewat..
dah nak dekat berbuka sangat..
jadi inilah saja sajian pada hari tu...

renung-renungkan ye..
jangan sampai meleleh air liur pulak...


Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...