Showing posts with label Masakan. Show all posts
Showing posts with label Masakan. Show all posts

Brownies Cokedut.

Salam...

Hari minggu lepas berpenat lelah membaiki rumah yang bakal disewa anak-anak menyanyi riang dari pagi suruh aku buat kek.. Aduhai anak-anak penat mama tak habis hilang lagilah.. hehe... Sebagai emak yang mithali.. tu adik aku yang kata ye.. sebab tetiba je dia kata aku ni emak yang mithali. Bila aku tanya sebab apa dia kata aku ni emak yang mithali. Alasan dia adalah sebab aku ni suka masak.. Kalau macam tu memang ramailah ibu2 yang mithali kat luar sana... kikiki.. apa-apa jelah adik aku ni.. 

Berbalik pada kek.. aku malas nak pukul telur, menega gula bagai.. Jadinya aku buat jelah brownies kedut kan.. senang je.. tak payah nak kuarkan mixer bagai... buat pun tak sampai 20 minit... sekejap jekan....

Sebelum proses pembakaran.... 

Selepas terbakar... terbaboooo....

Tak sempat sejuk dah kene potong.
dorang kata sedap makan panas-panas dari makan bila dah sejuk.. sukatilah ye... 
memang buat untuk dorang pun.. 
makanlah selagi dapat merasa air tangan mama ni..

Resepi.
Korang boleh buka link ni

CHOCOLATE BROWNIES KEDUT
Resepi Oleh: Cik Cek
Di kongsikan oleh : Ayu
Rujukkan : Juicy Cake

400 gm coklat masakkan / coklat compound ~ Dark Chocolate
150 gm unsalted butter
100 gm gula perang
100 gm gula kastor
4 biji telur ~ gred A
1 sudu kecil esen vanilla
100 gm tepung naik sendiri
30 gm serbuk koko 

Cara-cara
Coklat masakkan atau coklat compound, di potong kecil. Untuk dapatkan bronies yang enak sebaiknya guna coklat masakkan yang baik kualiti dan mutunya. Barulah rasa coklatnya lebih umph!

Satukan coklat masakkan dan buter, dan cairkan dengan kaedah double boiler hingga coklat dan butter larut. Gaul rata.

Dalam bekas yang lain pula, satukan gula kastor, gula perang, telur dan esen vanila. Gaul rata menggunakan wisk sahaja.

Satukan juga tepung naik sendiri dan serbuk koko. Kemudian di ayak. Untuk rasa brownies yang lebih enak, pilihan serbuk koko juga amat mempengaruhi kesedapan brownies. Pilihlah serbuk koko yang bermutu tinggi untuk hasil brownies yang lebih lazat.

Tuangkan adunan telur dan gula ke dalam adunan coklat masakkan dan ratakan.

Kemudian ayakkan tepung yang bercampur koko tadi kedalam adunan. Jika dah ayak terlebih dahulu.. masukkan sedikit-sedikit dalam adunan. Kemudian gaul rata.

Tuangkan adunan ke dalam loyang 10 x 10 inc yang telah di lapik kertas kek dan di oleskan juga dengan butter.

Bakar adunan dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 160 C selama 30 minit mengikut kepanasan suhu ketuhar masing-masing.
Bila dah masak, tutup oven. Biarkan kek dalam oven dengan pintu oven di renggangkan sedikit dan biarkan selama 15 minit

Bila dah sejuk, bolehlah di potong dan sedia untuk di nikmati.

Sekian..

Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

Bun sosej..

Salam...


Semalam aura kerajinan aku untuk anak-anak bawa bekal ke sekolah membuak-buak sangat... Balik keje semalam terus sukat-sukat bahan-bahan untuk menguli dan terus masuk dalam mixer.. sambil tu aku pun masak untuk makan malam.. ha.. bolehkan buat dua keje dalam satu masa... Bila makan malam pun dah siap.. sambil tu bolehlah biarkan doh tu mengembang dalam masa 1 atau 2 jam...

dah settle makan malam dengan keluarga dalam jam 9 malam aku pun mulalah mendeko-deko doh yang dah kembang tu.. kikiki.. deko-deko ye... hasilnya macam gambar kat bawahlah... jangan pandang rupanya.. yang penting rasanya yang enak.. hahaha.. poyolah puji diri sendiri..


Ada dua jenis roti sosej bun..
satu bersos dan bermayonis...
satu jenis lagi kosong.. 
kene ikut selera bebudaklah ye.. ada yang tak suka sos.. ada yang suka kosong je.



dah siap bakar.. hehehe...
teruk betul rupa roti ni... 
takperlah nak makan anak beranak je kan.. tak jamu kat orang pun..
kalau utk jamu kat orang lain nanti buat cecantik sikit..

kat bawah aku bagi resepi roti ni ye...


Roti lembut gebu

Bahan:

500 g tepung roti @ tepung gandum @ tepung hight protien
1 biji telur
3/4 cawan gula kastor
1 sudu besar susu tepung
2 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar marjerin
1 sudu besar shortening
1 peket mauripan (11g)
Sedikit bijan / cheddar cheese / gula

~ campurkan susu pekat manis + telur + yis dan tambah air, jadikan 300 ml semua sekali - ketepikan

~ sebiji kuning telur + 1sudu fresh milk/susu cair - bancuhan ini untuk di sapu atas bun sebelum di bakar, boleh tambah susu jika bancuhan nampak pekat

Cara :

- Dalam satu mangkuk besar masukkan tepung, susu tepung, gula, masukkan adunan 300ml air tadi dan gaul hingga sebati
- Masukkan marjerin dan shortening, uli lagi hingga adunan lembut, licin serta elastik
- Perapkan doh sehingga naik sekali ganda (perap lebih kurang 1 jam hingga 1 1/2jam) 
- bila adunan sudah naik, uli dan tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin.
- Ambil sedikit dan buat doh kecil-kecil, timbang 50gm setiap satu doh kecil itu. susun dalam loyang yang telah di oles dengan sedikit marjerin (jangan susun rapat-rapat, jarakkan sikit, nanti doh kecil tadi akan membesar)
- jika nak buat roti yang ada sosej atau cheese, boleh timbang berat doh dalam 30gm hingga 40gm (kalo nak besar lagi pun boleh, nanti roti tu jadi besar kebabom lar..hihihii ..)
- setelah siap di bentuk, perap lagi 1/2 jam atau hingga doh besar sakali ganda, sapukan bancuhan kuning telur ke atas doh kecil tadi, taburkan sedikit bijan (boleh juga tabur gula atau cheddar cheese, tapi cheese tu tak yah banyak sangat, jadi pizza pulak nanti..keh keh keh..)
- Bakar dalam oven dengan suhu 180c selama 20 minit atau hingga masak, dengan api atas bawah
- setelah roti masak, keluarkan dari oven, sapu dengan sedikit marjerin/ butter untuk menggelakkan bun kita menjadi kering.
- Kaedah lain menggunakan Bread Maschine boleh set kan macam biasa untuk buat doh.
- jika mahu membuat pizza, boleh guna adunan yang sama tapi kurangkan kuantiti gula

#cubalah resepi ni.. memang terbaiklah..


Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

krabi

Salam...

Lamanyer bercuti dari dunia blog ni.. sampai kene seru dengan akak sudipVSsenduk.. hahaha..
Kak saya ada je kak.. hehehe... tapi tahap kemalasan nak mengarang blog ni dah sampai kelangit kot.. ni pun tergerak hati nak nengok dashboard blog ni.. sekali terbaca komen akak.. kikiki.. terus ada aura nak memblog. Tapi tak tahulah... sampai bila aura ni ada.. jangan sampai december 2016 pulakkan..

Ni terimalah keteringinan aku nak makan pancake krabi.. asiklah viral pasal pancake ni kat FB.. Jadinya aku ada beli roti canai frozen.. ada nutella kat rumah... datanglah idea nak mempancake kat rumah.. Apa lagi.. seronoklah anak-anak.. bila makan roti canai ngan nutella.. sampai tak cukup-cukup... Dah.. dah.. kang gemuk macam mama.. hahaha.

ada ke rupa pancake krabo.. kiki...
jadilahkan.. lepas kempunan kata orang tua... 

Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

Kuih Lapis

Salam....

Kesukaan anak-anak... Kuih lapis ni bukan saja kesukaan anak-anak.. tapi mamanya anak-anak pun suka.. bila aku makan aku suka kopek selai-selai kuih ni... ntahlah rasa macam nikmat bila buat macam tu.. korang ada tak yang berperangai macam aku ni... tapi tulah aku....

masa ni sebenarnya baru lepas masak... tak sempat nak sejuk bebudak dah minta nak makan...
hasilnya dapatlah separuh je gambar kat sini... 

Resepi kuih lapis.

Bahan-Bahan
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan  tepung jagung
3/4 cawan gula pasir
4 cawan santan (1 cwn santan pekat campurkan bersama 3 cwn air)
1/4 sudu teh garam
sedikit pewarna merah dan perisa ros

Cara membuatnya:
Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 8 inci. Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api.
Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan santan. Gaul rata hingga tidak berbintil.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. (adunan ini menghasilkan lebih kurang 1200ml bater) bahagi kepada 600 ml +/- setiap satu. Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa ros.
Masukkan loyang yg telah di sapu sedikit minyak ke dalam kukusan. Tuang 200 ml adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus selama 5 minit dengan api kuat. setelah lapisan pertama masak, tuang 200ml adunan merah. Kukus lagi. Ulang proses hingga habis 6 lapisan dengan diakhiri dengan lapisan merah. K.An tambah sedikit lagi pewarna merah untuk lapisan akhir agar warnanya lebih menyerlah.
 Setelah siap, sejukkan kuih lapis sebelum dipotong. Kuih lapis yang elok, boleh dimakan selapis demi selapis.




bila anak-anak happy...
aku dan en. suami pun happy...



Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

Homemadelah...

Salam...

Cuti hari minggu memang melepak je kat rumah.. malas nak kemana-mana.. Jadi kalau tak kemana-mana tu.. dalam kepala fikir asyik nak masak jelahkan... Lepas tu mata ni tengok pulak FB kawan-kawan. Bila tengok kawan buat homemade burger.. Terus idea tu datangkan.. nak bagi anak-anak seronok makan.. yelah asyik makan nasi je.. bagi kelainan pulakkan... Kite buat burger sendiri.. hehehe...

Gigih aku menguli tepung nak buat roti burger sendiri.. bukan aku yang ulilah.. mixer yang uli.. kalau aku yang uli nanti.. mau jadi makcik sado aku ni.. haha.. takkan lah baru sekali menguli dah jadi makcik sado lakkan.. nampak nau nak auta korangkan...

dah siap uli tepung untuk buat roti.. kite gaul-gaul lak daging cincang dengan bahan yang bersesuaian untuk buat patty dia.. lepas dah siap semua tu....


Tadaa.... inilah hasilnya... homemade burger dari aku.. rupa buruk jekan.. tapi rasa boleh tahanlah.. cuma kurang garam... tu kakak aku katalah.. kalau kat tekak aku.. dah secukup rasa dah.. yelah dengan mayo, cheese dan sos cili.. tu dah cukup perasa dah bagi aku.. tapi kakak aku kata patty tu kurang garam sikit.. 

Salad aku taknak timbunkan dalam burger... sebab nak amik gambar tak berapa cantik.. hahaha
letak tepi macam ulam makan nasi pun okkan.. :)

tu tak per lepas ni boleh aku boleh perbaiki lagi....
yang penting rasanya sama... dan bahan-bahan yang tak diraguikan...

oklah.. 
sekian..

babai...


Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

Aglio olio bebola daging

Salam...

Nak share resepi olio ni dengan korang... Dari gambar ni terperap je kat dalam draftkan.. jadinya baiklah aku publishkan..


BAHAN-BAHAN
1/2 packet spaghetti direbus dengan garam & butter
2 sudu besar minyak zaiton
3 ulas bawang putih dipotong halus
1/2 labu capsicum di potong dadu
5 biji bebola daging (Daging kisar ramly aku bulat2kan)
5 batang sosej..
Brokoli (ikut berapa banyak korang nak letak)
Bunga kobis (Pun ikut suka korang)
Sedikit lada hitam dikisar
1 sudu oregano fleks
Secubit mix herbs
1 sudu cili fleks 
garam dan lada sulah untuk perasa
1 sudu teh pati ayam
Parmesan cheese
1 biji tomato


CARA-CARA
  • panaskan minyak zaiton dan tumis bawang putih hingga kekuningan
  • masukan bebola daging dan sosej..
  •  masukkan lada hitam, brokoli dan bunga kobis
  • akhir skali masuk kan spaghetti, garam, lada sulah, cili fleks, oregano fleks, mix herbs dan kacau hingga rata
  • kalau spaghetti nampak kering bleh di gaul kan dengan mnyak zaiton jangan  risau minyak zaiton tiada kolestrol jadi bleh lah tuang kn di spaghetti supaya tak nampak kering
  • masukkan dalam pinggan dan taburkanlah parmesan cheese
  • aku suka makan tomato.. jadinya aku potong untuk letak dalam pinggan aku je.. hehehe

Aglio olio bebola daging...
sesuka hati aku je kan...
biasa mesti seafood..
dah tu je yang ada kat rumah..
nak poie kodai malas..
apa yang ada jelah ye..
kiter yang buat diakan.. 


huish...
tetiba diri sendiri yang terliur...

ok..
bai...
malam ni kat rumah aku pasar malam....
tetiba kan..
maknanya tak masaklah... hoyeee.... 
dasar pemalas...

sekian.


Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

Lemak sotong buncis

Salam...

hehehe.... makanan lagi... harap korang-korang tak jemulah ye... orang berpuasa memang macam ni.... asik fikir menu apa nak buat untuk berbuka nanti.. lelagi pulak kengkawan dan kekakak opis suka bagi idea menu untuk berbuka... mencurah-curahlah idea untuk menu berbuka puasa tukan...

Ni minggu lepasnya menu berbuka puasa... dapat idea dari kakak opis ni.. dia soh buat menu masak lemak sotong kacang buncis untuk menu buka puasa aku... Aku pun dah kering idea.. dapat je idea ni terus balik keje pergi kedai acheh beli sotong dan buncis... masak lemak senang jekan... cuma nak kene selalu kacau kuah tu supaya tak pecah minyak... kalau dah pecah minyak tak sedap dah kan.

Sampai je rumah apa lagi.. terus bersilat lah kat dapur.. padahal senang jekan...

Masak lemak sotong yang pekat likat dan sedap hingga menjilat jari... amboi.. puji diri sendiri lak...
dan puji juga kat kakak yang bagi aku cara-cara nak masak lemak sotong ni.... selalu aku masak kuah mesti cair je.... ni bila aku ikut step yang dia bagi.. memang menjadilah kuah dia.. pekat dan likat...

seperti biasa tetap juga nak bagi resepi ni kat korang.. hahaha
Bahan-bahan untuk dua orang makan.
3 ekor sotong sederhana besar
5 biji cili padi
1 batang serai
1 cawan santan pekat.

cara-caranya
1. Sotong digaul dengan serbuk kunyit dan diketepikan.
2. Tumiskan cili padi dan serai sampai wangi.
3. Selepas itu masukkan sotong dan kacau dalam 1 minit. Kemudian tuangkan santan dan kacau rata lagi. 
4. Masukkan kacang buncis, cili merah. Perasakan dengan garam dan gula. Setelah cukup rasanya,dan kuah telah mendidih, bolehlah ditutup api.
5. bolehlah dihidangkan.

korang kalau nak masak lemak sotong tu.. masa mula nak masakkan cili tu.. letak air sikit je... bila cili dah masak baru masukkan santan pekat... kacau perlahan kuah tu supaya tak pecah minyak. agak-agak dah 3 kali mendidih kuah tu.. tutup api...  ye..

selamat mencuba ye...

sekian


Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

Sambal ikan bilis bersantan.

Salam...

Sabtu lepas teringin nak makan nasi lemak.. Simpton berselera selepas berpuasa selama 4 hari dari isnin hingga khamis. Bila teringin nak makan nasi lemak tu.. teringat pula sambal ikan bilis pak mertua ku... Sambal ikan bilis bersantan... Sebenarnya 1st time aku makan sambal ikan bilis bersantan ni.. tu pun hasil airtangan pak mertua ku... pergh.. memang sedaplah sambal dia.. Sebelum ni aku memang tak pernah makan sambal bilis bersantan ni.. bila 1st time makan terus rasa suka.. hehehe..

Bila dah suke tu yang teringin sangat tu... Bila search kat internet memang dah ramai orang share resepi sambal ikan bilis ni.. Aku je yang tak pernah buat lagi... tu yang hari sabtu tu aku cuba buat.. lagi pula hari sabtu tu aku dah bangun awal.. teruslah aku masak nasi lemak untuk hari sabtu tu.. sekali jugak buat sambal ikan bilis bersantan ni... punyalah awal aku buat saraapan jam 7 pagi dah siap terhidang atas meja... 

Selalu kalau tak sambung tido lepas subuh.. jam 8.30 ke 9 pagi tak siap lagi sarapan hehehe..

SAMBAL TUMIS IKAN BILIS BERSANTAN

ni kat bawah aku sharekan resepi nya..

Bahan-bahan
5 sudu besar cili kisar
*1 labu bawang besar
*5 ulas bawang putih

2 labu bawang besar - hiris halus
Segenggam ikan bilis
1/4 cawan santan kotak
Asam jawa sebesar ibu jari/ sekeping asam keping
1 sudu besar gula 
garam secukup rasa

Cara-caranya
1. Kisarkan bahan-bahan yang bertanda *, Panaskan minyak dan tumis bawang besar yang diracik halus hingga kekuningan.
2. Masukkan bahan-bahan yang dikisar halus tadi dan tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan larutan air asam jawa/asam keping, garam dan gula serta ikan bilis. kacau rata. biarkan merenih seketika.
4. kemudian masukkan santan pekat, kacau hingga sebati. kecilkan api dan biar sambal masak hingga pecah minyak.
5. bila dah rasa semua dah ok... bolehlah dihidangkan dengan nasi lemak... yummy..

dan bolehlah makan dengan nasi lemak panas-panas...
terus terlupa diet.. hahaha

oklah...

selamat mencuba ye..

Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

Kerabu....

Salam...

Alhamdulillah... minggu ni tercapai niat nak gantikan puasa.. Harap hari ni pun aku tabah menahan diri jugaklah... wah mcm budak darjah 1 tak tahan dengan dugaan.. padahal dah 34 pun umurnya.. hehehe..

Semalam kat opis.. borak-borak dengan kakak senior ni.. ada kakak sorang ni bagi aku idea untuk menu buka puasa petang semalam... idea yang dia bagi pun simple je... semuanya main potong-potong dan hiris-hiris je...

Apa lagi balik keje semalam... letak beg terus ke dapurlah... mulalah buat menu yang diberikan tu... Senang gilerlah.. tak sampai 15 minit pun nak buat..goreng sampai garing pastu potong ini hiris itu.. tup-tup... dah hidang meja makan.. hehehe... kejap tak? kejap kan.... mudah dan senang.. bila makan untuk berbuka pun berselera je.. krup... krap... je sambil mengunyah tu.. terasa manis nya kacang panjang tu... 

Tadaa...... nilah menu simple tu...
Kerabu ikan bilis...
sedap sangat... kalau ada bunga kantan lagi sedap kot..
ni festime aku makan kerabu ikan bilis..
air tangan orang lain tak pernah lagi aku rasalah...
kiranya festime ni airtangan aku sendiri...
kalau airtangan orang lain lagi sedap kot...
yelah.. tak penat-penat memotong bagai..
tetiba terus makan je kan.. mana tak sedap...

aku tetap nak share resepi kat sini jugak.. walaupun korang dah lagi terror dari akukan... tapi aku tetap nak share jugak...

Sebab aku buat untuk diri aku sorang je.. aku tau En. suami tak makan benda-benda mentah macam ni.. jadi marilah buat untuk diri sendiri je... Kalau en. suami makan pun.. ikan bilis semata...

Bahan-bahanyer..
Segengam ikan bilis (korang agak2lahkan)
* 1 ikat kacang panjang
** 2 barang serai
** 1 biji bawang besar
** 5 biji cili padi
* 1 biji cili besar
* 1 bunga kantan (aku tak letak sebab kat kodai dah habis. :(  )
6 biji limau kasturi
garam dan gula secukup rasa.

Cara-caranya..

Goreng ikan bilis sehingga garing dan ranggup kemudian ketepikan, Tumbuk semua bahan yang bertanda bintang ** agak-agak dah lumat masukkan air sedikit dalam 2 sudu untuk dapatkan sos yang sedap. Hiris nipis bahan yang bertanda bintang * dan gaulkan. Kemudian perah limau dan gaulkan ikan bilis dan semua bahan yang sudah ditumbuk dan dihiris nipis bersama garam dan gula.. bila dah siap digaulkan bolehlah dihidang dan dimakan bersama nasi panas... makan pulak dengan telur dadar atau telur mata... memang Terbaiklah... hahaha..

Selamat mencuba.. 


Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

Berhari raya.. amboi.....

Salam...

Tekak teringing nak berhari raya awal... hahaha.. kemain lagi hari raya kan... Last week pergi pasar malam beli daging tak sampai sekilo dalam 900gram rm19.00.. Teringin punya pasal beli jelahkan.. untuk makan sendirikan apa salahnya kan.. aku tak suka sangat daging kotak (yang orang selalu panggil) kat kedai-kedai tu.. tak sama rasanya.. tu bagi akulah.. hehehe.. tekak nak yang sedap jekan..

Dah beli daging jadinya merendanglah aku hari sabtu lepas.. Sekali jugak masak nasi impit.. Tertunailah hasrat hati.. hehehe.


 Rendang daging...

 nasi yang dihimpit-himpit..

Sepasang...

ni resepi aku share dengan korang ye..

Bahan-Bahan

1kg daging dipotong nipis
Segenggam cili api 
3 sudu cili kering (sbb nakk nampak merah sikit)
5 batang serai 
1 biji bawang besar 
4 ulas bawang putih 
1 inci halia 
1 inci lengkuas 
Sedikit kunyit hidup (kalau takder kunyit serbuk pun boleh
Semua yang diatas kiter blendkan.

1 batang serai diketuk
1 cawan santan atau secukupnya
Kerisik secukupnya
Gula melaka atau kalau nak color kuning guna gula pasir
Garam
Air asam jawa (asam keping pun boleh
3 helai daun limau purut
Sedikit daun kunyit di potong halus

Cara-Cara

1) Rebuskan daging bersama sedikit air sehingga kering
2) Masukkan bahan-bahan kisar dan serai. Gaulkan dan kemudian masukkan air secukupnya. Kacau lagi sehingga daging hampir empuk
3) Masukkan santan, garam, gula, daun kunyit dan daun limau purut. Kacau lagi
4) Akhir sekali, masukkan air asam jawa dan kerisik. Kacau lagi gunakan api perlahan
5) Masak hingga kuah kering atau ikut selera masing2


Selamat mencuba...


Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

Roti lasagna..

Salam...


Hari ni citer makanan lagi ye... Ni semua makanan yang aku sendiri teringin nak makan.. Semuanya memenuhi kehendak diri sendiri.. nampak tak kat situ betapa mementingkan diri sendiri.. hehehe...

taklah.. takkanlah aku macam tu kan.. kekadang je kene macam tu.. tu pun tengok situasi jugaklah.. Ni sebab anak bujang aku suke makan lasagna roti ni... jadi moh buat kesukaan anak bujang ku... 

Sebelum tu, aku bagi korang resepi dulu ye..

Bahan.

Lapisan Roti
12 keping roti
1 cawan susu segar
2 biji telur

Inti
1 keping daging kisar ramli
1 biji bawang Besar
2 ulas bawang putih
1 botol sos prego cendawan.
Keju cedar yang dah diparut
Serbuk lada hitam
garam & gula secukup rasa


Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga naik bau.
Masukkan daging dan goreng hingga daging empuk. Masukkan sos prego dan juga serbuk lada hitam gaul sehingga rata. Tambahkan garam dan gula secukup rasa. Masak hingga kering dan daging empuk. dan biarkan inti ini sejuk seketika.



Sediakan loyang pembakar dan sapukan dengan butter/Marjerin
Campurkan telur, susu dan secubit garam dan kocok hingga telur sebati dengan susu. Ambil roti dan celupkan dalam adunan susu dan telur tadi. Susun dalam loyang satu lapisan. Kemudian ratakan inti daging di atasnya. Kiter ulang proses yang sama hingga habis roti. Balance susu dan telur tadi tuang dalam loyang. Dan yang terakhir sekali letakkan inti daging dan taburkan dengan parutan keju
Bakar dalam ketuhar dengan suhu 170 ~ 180 C selama 40 minit. Keluarkan setelah masak. Bila dah suam sikit bolehlah dipotong.


Takdo mangkuk Pyrex.. jadi guna loyang je lah ye.. untuk makan sendiri je kan... Jadinya kite churah cheese banyak-banyak.. bagi kawan-kawan baru kat lemak yang terkumpul didalam badan.. hehehe... Barulah lemak-lemak dalam badan tu gembira..

 Yeee.... dah siap... dah potong jugak bagi anak bujang makan.. dia tak sabar nak makan dah.. potong sikit untuk dia dulu... 

erm.... dapnyer... dengan cheese yang melimpah ruah.....

Selamat menjamu mata.. hehehe


Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

 



Chicken wrap..

Salam...


Minggu lepas tetiba tekak ni teringin nak makan chicken wrap yang macam KFC.. Tapi dah lama takder kot kat KFC.. Sebab terlalu sangat teringin aku pun apalagi... perap ayam dan bungkus dalam baking paper.. panggang pulak dalam periuk ajaib ku.. hehehe..

lepaslah teringin nak makan chicken wrap...

Resepi 

1/2 ekor Ayam
Lada hitam
serbuk cili
garam

Gaul semua bahan tu... dan perap dalam 1 - 2 jam.. lepas tu bolehlah panggang.

tu je resepi aku...


Nilah rupa chicken wrap aku.. 
walaupun balutannya taklah secantik macam KFC..
Tapi rasanya boleh tahan jugak.. cuma kurang pedas sikit.. hehehe


Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

Pizza air tangan...

Salam..

Cerita last year yang berbaki... hehehe.. macam mana tak berbaki.. amik je gambar tapi tak nak buat entry kemain malasnyer... ayat nak mengarang pun dah kurang powernyer.. huhu

Masa ni tekak teringin nak makan pizza buatan air tangan sendiri.. hehehe...

 Bahan-bahan yang diperlukan...

 Doh yang dah siap diuli..

 Base pizza yang menanti dihiaskan..

 dah siap hias.. menanti pula disaunakan... hehehe

Tadaaa....
Pizza hasil air tangan sendiri...
dapnyer... rasanya nak buat lagi sabtu ni...

korang trylah.. senang sangat nak buat pizza ni..

babai..


Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

 

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...