Brownies Cokedut.

Salam...

Hari minggu lepas berpenat lelah membaiki rumah yang bakal disewa anak-anak menyanyi riang dari pagi suruh aku buat kek.. Aduhai anak-anak penat mama tak habis hilang lagilah.. hehe... Sebagai emak yang mithali.. tu adik aku yang kata ye.. sebab tetiba je dia kata aku ni emak yang mithali. Bila aku tanya sebab apa dia kata aku ni emak yang mithali. Alasan dia adalah sebab aku ni suka masak.. Kalau macam tu memang ramailah ibu2 yang mithali kat luar sana... kikiki.. apa-apa jelah adik aku ni.. 

Berbalik pada kek.. aku malas nak pukul telur, menega gula bagai.. Jadinya aku buat jelah brownies kedut kan.. senang je.. tak payah nak kuarkan mixer bagai... buat pun tak sampai 20 minit... sekejap jekan....

Sebelum proses pembakaran.... 

Selepas terbakar... terbaboooo....

Tak sempat sejuk dah kene potong.
dorang kata sedap makan panas-panas dari makan bila dah sejuk.. sukatilah ye... 
memang buat untuk dorang pun.. 
makanlah selagi dapat merasa air tangan mama ni..

Resepi.
Korang boleh buka link ni

CHOCOLATE BROWNIES KEDUT
Resepi Oleh: Cik Cek
Di kongsikan oleh : Ayu
Rujukkan : Juicy Cake

400 gm coklat masakkan / coklat compound ~ Dark Chocolate
150 gm unsalted butter
100 gm gula perang
100 gm gula kastor
4 biji telur ~ gred A
1 sudu kecil esen vanilla
100 gm tepung naik sendiri
30 gm serbuk koko 

Cara-cara
Coklat masakkan atau coklat compound, di potong kecil. Untuk dapatkan bronies yang enak sebaiknya guna coklat masakkan yang baik kualiti dan mutunya. Barulah rasa coklatnya lebih umph!

Satukan coklat masakkan dan buter, dan cairkan dengan kaedah double boiler hingga coklat dan butter larut. Gaul rata.

Dalam bekas yang lain pula, satukan gula kastor, gula perang, telur dan esen vanila. Gaul rata menggunakan wisk sahaja.

Satukan juga tepung naik sendiri dan serbuk koko. Kemudian di ayak. Untuk rasa brownies yang lebih enak, pilihan serbuk koko juga amat mempengaruhi kesedapan brownies. Pilihlah serbuk koko yang bermutu tinggi untuk hasil brownies yang lebih lazat.

Tuangkan adunan telur dan gula ke dalam adunan coklat masakkan dan ratakan.

Kemudian ayakkan tepung yang bercampur koko tadi kedalam adunan. Jika dah ayak terlebih dahulu.. masukkan sedikit-sedikit dalam adunan. Kemudian gaul rata.

Tuangkan adunan ke dalam loyang 10 x 10 inc yang telah di lapik kertas kek dan di oleskan juga dengan butter.

Bakar adunan dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 160 C selama 30 minit mengikut kepanasan suhu ketuhar masing-masing.
Bila dah masak, tutup oven. Biarkan kek dalam oven dengan pintu oven di renggangkan sedikit dan biarkan selama 15 minit

Bila dah sejuk, bolehlah di potong dan sedia untuk di nikmati.

Sekian..

Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

2 comments:

  1. Siapalah agaknya yg jadi tukang potong sebaik mama keluarkan dari oven tu..
    Dpt bayangkan masing-masing dah tadah pinggan ye:)

    ReplyDelete
  2. sedapnya. rajinnya buat. kita pemalas, always hahaha

    ReplyDelete

Terima kasih kepada Blogger yang komen di blog RK. Tunggukan kunjungan balas dan comment dari RK di blog korang ye. Nak Reply comment disini RK takut tak sempat je.

@}------LOL to all comentar------{@

Nota Penting!
Pada yang nak letak Iklan. Tolong letak d ShoutboX atau bayar RK RM o.5o per comment boleh? boleh jugak beli cekedis ~ ahaks~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...