Gagah perkasa

salam..

korang pernah tak rasa diri korang gagah perkasa.. tapi bukan untuk lelakilah.. ini hanya bagi wanita je ye.. kekadang kat rumah kalau aku buat keje berat tanpa pertologan orang lain, aku akan terfikir yang aku ni boleh buat keje macam orang lelaki.. yelah kalau tetiba aku nak ubah2 susun atur perabot, tanpa boleh ditunggu2 terus aku buat masa tu jugak... walaupun masa tu aku sorang2 je kat rumah.. sebab kalau ada orang lain kat rumah yang boleh membantu, nanti kerja yang aku buat akan kurang memuaskan.. tu bagi akulah... 

lagi satu aku rasa aku gagah perkasa.. aku boleh handle kerja rumah dengan anak2 aku yang tengah melasak tu.. kalau en. suami aku dah tensi dah.. tu baru aku suruh tengok anak je... belum aku bercuti 2 bulan lagi.. mau pusing kepala en. suami aku tu.. tapi suami ni bila masa bercuti 2 bulan tu pandailah pulak dia buat keje.. cuma sedap tak sedap je mata aku memandang..

itu je citer gagah perkasa aku.. ada kaintan ke citer gagah perkasa dengan kerja2 berat yang aku buat tu... dah macam n3 merapu lak aku nikan.. hahaha... 
psst : jiwa kacau..  tgh fikir baju apa yang sesuai untuk g dinner company 12/12/10 nanti.. korang sape yang ada jual online baju yang bersaiz besar macam badan aku ni sila bagi link kat aku boleh.. aku malas nak beli kat butik2 baju.. nanti rambang mata..

breakfast dulu

hari ni breakfast beehon dan minum nescaffe.

beehon dan telur mata kerbau...
beli kat depan kedai acheh... boleh tahanlah rasanya... 

Nescaffe aku buat sendiri...

tapi semalam aku ada baca kat satu blog tu tentang keburukan nescafe ni...
kalau korang nak baca kat sini link dia.. 

Psst : aku dah sarapan, korang macam mana lak?


Luahan Suami dan Ister

Copy & paste from email

Luahan Perasaan Suami.

1.  "isteriku, Iktitraflah kelakianku"


2.  "Isteriku, Jagalah Rumahku"

3.  "Isteriku, Janganlah Leteri aku"

4.  "Isteriku, Fahamilah Perasaanku"

5.  "Isteriku, Berbincanglah dengan ku"

6.  "Isteriku, Hiasilah Dirimu"

7.  "Isteriku, Berlemah Lembutlah terhadapku"

8.  "Isteriku,Hargailah pemberianku"

9.  "Isteriku, Janganlah Pilih Kasih Terhadap Anak-anak"

10.  "Isteriku, Jagalah Makan Minumku"

11.  "Isteriku, Jagalah pakaianku"

12.  "Isteriku, Didiklah Anak-Anakku"

13.  "Isteriku, Raikan Keluargaku"

14.  "Isteriku, Sembunyikanlah Kepintaran & Kelebihanmu"

15.  "Isteriku, Janganlah Membuang Masamu"

16.  "Isteriku, Janganlah Banyak Kerenah"

17.  "Isteriku, Patuhlah Kepadaku"

18.  "Isteriku, Janganlah Cemburu Buta"

19.  "Isteriku, Tunjukanlah sifat sabarmu"

20.  "Isteriku, Iktiraflah Kepimpinanku"

21.  "Isteriku, Bantulah Kejayaan ku."

22.  "Isteriku,"Jadikan Anak2ku Insan Berakhlak mulia"

23.  "Isteriku, Permudahlan Penglibatan Sosial ku"

24.  "Isteriku, Janganlah Boros"

25.  "Isteriku, Hargailah Kejayaanku"

26.  "Isteriku, Galakkanlah Hobiku"

27.  "Isteriku, Suburkanlah Pembangunan Intelek ku"

28.  "Isteriku,Berjimat Cermatlah"

29.  "Isteriku, Berterus-terang dan Berkomunikasilah Denganku"

30.  "Isteriku, Janganlah Terlalu Mengawalku."



Luahan Isteri Terhadap Suami

1.  suamiku...bimbinglah keluargamu...

2.  suamiku...janganler rileks aje...tolonglah sikit !!!

3.  suamiku...jagalah matamu...

4.  suamiku...jangan abaikan rumahtanggamu

5.  suamiku...jangan balik kerja lambat sangat

6.  suamiku...dengarlah rintihan hatiku....

7.  suamiku...bertutur dengan lembutlah nganku...jangan main hentam kromo aje!!!

8.  suamiku...setialah pada keluargamu....JANGAN CARI YANG LAIN!!!!

9.  suamiku...bersabarlah dengan kerenah anak-anakmu !!!

10. suamiku...ciumlah pipiku @ dahiku sebelum pergi kerja

11. suamiku...makan dan minumlah hidangan dari air tanganku. Jangan jeling aje dan nak komen aje.

12. suamiku...pujilah diriku dan jangan bandingkan diriku dengan orang lain!!!!
Psst : perasan tak luahan suami lagi banyak dari isteri... so kepada si isteri kalau rasa ada penambahan silalah tambah ye... 

Hari ke2 sibuk lak...

salam..

apesal dah dua hari aku asik citer pasal sibuk je.. tapi memang sibuk pun.. selesai dah pungah barang dari rumah lama ke rumah sewa yang baru ni.. ni tengah memikirkan dari mana pulak aku nak mulakan mengemas rumah ni.. aku ingat nak mula dari ruang tamulah.. manalah tau tetiba ada jiran nak bertandang ada juak space diorang nak duduk.. kalau berselerakkan ruang tamu ni kat mana pulak diorang nak dudukkan.. kang terpaksa pulak bertenggek kat atas kotak2 baju dan pingan mangkuk.. haru...

betullah kata orang kalau kemas rumah bagi yang baru pindah ni.. bukan boleh guna 2/3 hari je.. mau makan bulan yelah.. nak susun baju, nak susun pinggan mangkuk, macam2 kejalah.. tu yang kita nampak.. mana yang remeh2 mesti kendian buatkan.. 

oklah aku nak sambung kemaskini rumah akulah.. dah hilang letih sikit ni... nak gi tambah letih balik ye..
 
 lalalalalalalala... senangnya dalam hati....

psst : korang doakan aku cepat selesai kemas rumah ye

hari sibuk ok...

Salam..


selamat pagi semua... pagi ni aku sibuk wei.. korangkan pernah baca n3 aku pasal nak pindah rumahkan... kalau tak baca lagi sila masuk sini ye.. akhirnya saat untuk pindah rumah tu dah sampai.. kejap lagi aku dah mula nak masukkan almari bagai semua ke dalam lori ye.. tapi bukan aku yang angkat semua tu.. keje angkat mengangkat, punggah memungah ni keje en. suami n the geng ye.. aku yang kecik2 dan ringan2 bolehlah.. almaklumlah badan nak pakai lama... hehehe..

selesai je aku update n3 ni.. aku nak g ke pasar nak beli ikan, sayur dan segala macamlah untuk dijamu kepada geng2 en. suami.. karang tak jamu makan nanti tenaga kuranglah... elok siap awal jadi lambat pulak... sebelum jadi apa baik kita bagi diorang kenyang dulukan... jangan lepas kenyang jadi ular sawa la..
oklah.. aku nak kepasar dulu ye.. apa2 citer next episode aku update..





Roti tuna chili spicy kot namanya..

Salam...

aku nak citer pasal roti ni...
alkisah ceritanya.. roti ni si amoi opis aku yang belikan.. kebetulan hari tu dia keluar g Jusco, Bukit Tinggi..
jadinya balik dari Jusco tu dia pun belikanlah kitorang roti ni.. Aku satu, Anoy satu dan Amoi satu... jadi dia beli 3 ketul rotilah kan..hehehe
saje nak panjang n3.. 

Jadinya bila dah orang belanja mestilah kita teruja nak makankan.. aku pun ambiklah seketul.. bila tengok.. apesal lain macam benda kat atas badan roti ni.. berserbuk bagai... sekali rasa ada rasa pedas2.. bila dah 2 kali rasa tekak dah tak leh nak menerima rasa pedas2 roti tu.. sebenarnya taklah pedas sangat tapi disebabkan serbuk tu adalah serbuk cili yang diblender kering.. aku rasa dah ada bau semacam je kat roti tu... bukan nak cakap2 macam2 pasal rezeki yang aku dapat hari tu.. tulah cuma tekak ni memang takleh menerima dengan rasa serbuk cili tu... ada macam bau cili tak masak gitu... tapikan rasa tuna dan roti tu dah sedap dah.. yang spoil memang rasa serbuk cili tu..

kat bawah ni aku sertakan pic roti tu

(abaikan gambar gigitan tu ye.. dah tergigit baru aku nak snap pic...)
ginilah rupanya.. tu pun dah separuh aku buang serbuk cili tu.. 
Psst : macam manalah kedai tu boleh dapat idea buat roti letak serbuk cili ni ye.. ke aku yg 1st time nampak roti macam ni... korang dah pernah rasa ke? kalau tak pernah korang boleh beli di kedai roti L*V**D*r ye... cari sendiri nama penuh kedai ni

Kerna sehelai kertas...

Salam...

fuh... baru lega ni tu yang terus update.. sebab apa aku kata lega..
sebab tajuk kat atas tulah malam tadi aku tak dapat tido nyenyak... 
petang semalam lagi 45 minit nak sampai waktu balik.. tetiba si amoi ni beritahu aku supplier call mengatakan Purchase Contract yang aku buat tu location dia salah.. sepatutnya Pasir Gudang tapi aku letak Prai pulak... 
takperlah kesalahan tu boleh amend dan aku terimalah tu memang kesalahan aku sebab typing error kan.. 
si amoi pun suruh aku keluarkan Purchase Contract tu sebab nak amend..

Lepas si amoi ni dah keluarkan arahan.. aku pun teruslah cari Purchase Contract tu.. sebab seingat aku, aku baru je fax.. cari2 punya cari tapi tak jumpa... running no. yang lain semua ada.. cuma nombor yang aku cari tu lak takder... sudah... hati aku dah gundah gulana.. kalau betul Purchase Contract tu hilang bermakna aku dah ada 2 kesalahan.. satu typing error dan lagi satu aku dah hilangkan document tu... huhuhuhu

last2 otak aku dah tak boleh nak fikir kat mana aku letak... waktu balik pun dah sampai.. aku cakap kat si amoi aku nak balik dulu nak tenangkan fikiran.. esok pagi akan aku sambung balik...kalau aku cari masa tu jugak tapi otak tak boleh nak berfikir tak guna jugakkan... korang tau satu malam aku tak tido aku fikir kat manalah aku letakkan benda tu.. dan malam tu jugaklah perut aku meragam... hish.. geram.. tapi tak per tu adalah dugaan...

Dan pagi tadi aku sampai opis awal.. tapi memang aku selalu awal pun.. aku tak terus cari lagi.. aku tenangkan fikiran sambil minum nescafe... lepas je minum nescafe aku selak buku yang ada tarikh aku buat Purchase contract tu... bila aku tgk tarikh je... terus aku melonjak2 kegembiraan... sebab Purchase Contract tu aku bukan fax semalam.. tapi sebenarnya 23/11 masa si amoi ni pergi seminar... dan 23/11 tu jugak aku dah post original copy ke supplier... nasib baik sebelum post tu aku dah siap2 buat copy untuk simpanan (tu mmg wajib utk reference) aku terus buka folder salinan Purchase Contract dan terus aku jumpa... 

nilah kertas tu...
kerna sehelai kertas nilah aku tak boleh tido nyenyak malam tadi

dengan gembiranya aku terus bersyukur kepada Allah S.W.T sebab beri aku petunjuk...
kalau tak mau aku kena bilik ala2 mengadap Donald Trump sebab-sebab kelalaian membuat documentation..

Aduhai Isteriku...

Copy & paste from e-mail...
Selalu baca kisah lelaki je curangkan... kali ni baca pulak kisah isteri curang.. doniya ni macam2 jenis ragam kehidupankan..

Aduhai Isteriku...

Kepada sekalian pembaca, khususnya kaum suami.  Bacalah kisah hidup saya untuk dijadikan sebagai peringatan.  Sebelum itu biar saya terangkan background saya sebagai pengenalan.  Saya bekerja sebagai seorang ketua eksekutif di sebuah syarikat swasta.  Isteri saya bekerja sebagai juru audit di sebuah syarikat swasta juga.  Kami mempunyai seorang anak perempuan yang kini berumur 13 tahun, wajahnya secantik ibunya dan hidungnya matanya dan pipinya mirip saya.  Dialah buah hati saya dunia dan akhirat.

Semuanya terjadi pada dua tahun lepas selepas hari raya haji.  Saya perhatikan sikap isteri saya tak macam biasa.  Dah lebih 10 tahun kami bersama takkan saya tak dapat kesan perubahan sikapnya.  Mana tidaknya, kadangkala saya sembunyi-sembunyi perhatikan tingkah lakunya.  Saya lihat dia semakin gemar membawa handphonenya ke mana-mana walau ke bilik air.  Saya cuba nak mintak dan nak lihat handphonenya tetapi berjuta alasan yang dia berikan.  Dalam fikiran saya dah terfikir macam-macam.  Saya cuba selami apa yang dia alami tetapi gagal.  Nampak seperti dia menyembunyikan sesuatu dan layanannya juga tidak seperti dulu.

Kalau dulu, bila saya buat lawak, pasti dia yang akan ketawa dahulu walau pun cerita yang saya nak ceritakan belum habis lagi, tapi kini, setakat ketawa kecil untuk ambil hati saya.  Itu baru soal sosial, belum lagi soal atas katil.  Kalau dalam sebulan tu, dalam 5 kali yang saya minta cuma sekali yang saya dapat.  Itu pun rasa macam buat dengan patung.  Kalau dulu, bila saya mintak 5 kali, 8 kali pun dia sanggup walaupun dia sampai susah nak bangun pagi tapi sekarang nyata berbeza.

Sampailah satu hari, mungkin tuhan kabulkan setiap doa saya dalam solat supaya diberi petunjuk dalam menghadapi situasi macam ini.  Isteri saya pergi mandi dan tertinggal handphonenya dalam laci di dalam bilik.  Saya yang sedang bersiap nak pergi kerja terdengar handphonenya berbunyi mesej diterima.  Terus saya buka laci dan capai handphonenya dan buka peti mesejnya.  Tiada nama yang terpapar, cuma nombor sahaja.  Saya cepat-cepat catat nombor handphone yang tertera ke dalam organizer.  Kemudian saya baca isi mesejnya.  Kesangsian saya mula memuncak bila terbaca mesejnya.  Ianya berbunyi begini.   “Lepas kerja tunggu kat tempat biasa”.  Hati saya mula bergelora dan fikiran mula bercelaru.  Tapi saya tahankan dan cepat-cepat
padam mesej tu dan letakkan kembali handphone tu di tempatnya.  Perlahan-lahan saya keluar dari bilik dan bersarapan.  Semasa saya bersarapan isteri saya siap mandi dan kemudian dia bersarapan bersama-sama saya.  Saya cuba tahankan perasaan saya ketika itu dan buat macam tidak ada apa-apa yang berlaku.  Kemudian kami pergi kerja menaiki kereta masing-masing.  Sebelum itu, saya bawa bersama view cam untuk digunakan sebagai pengumpul bukti.  Anak saya bertanya kenapa saya membawa view cam ketika saya menghantarnya ke sekolah.  Saya terpaksa berbohong kepadanya dengan mengatakan bahawa saya perlukannya untuk merakam aktiviti syarikat.

Pada waktu petang, waktu yang dinantikan telah tiba.  Saya menantikan kelibat isteri saya selepas waktu kerja dengan menunggu di sekitar hadapan pejabatnya di dalam kereta yang saya pinjam dari rakan.  Saya tidak boleh gunakan kereta saya, takut isteri saya perasan.  Sebelum itu, saya telefon rumah saya untuk pastikan anak saya selamat pulang dari sekolah, orang gaji saya memberitahu anak saya sedang membuat kerja sekolah.  Sejuk hati saya mendengar berita itu.  Tetapi hati saya bergelora kembali apabila terlihat isteri saya keluar dari pejabatnya dan terus menuju ke arah kereta yang tidak saya kenali.  Nampaknya kereta tersebut telahpun menunggu isteri saya sebelum saya sampai.

Saya perhatikan kereta tersebut meninggalkan perkarangan pejabat isteri saya.  Dengan berhati-hati saya ekori kereta tersebut dalam jarak yang selamat.  Tiba-tiba handphone saya berdering, rupanya isteri saya telefon saya.  Saya pelik, adakah dia dapat menghidu perbuatan saya.  Saya jawab panggilannya dan hati saya hancur apabila dia memberitahu bahawa pada hari itu dia balik lewat dan ada meeting katanya.  Bila saya tanya dia berada di mana, dia kata sedang bekerja di pejabat.  Sungguh pilu hati saya melihat isteri saya berbohong di hadapan saya sendiri. 

Saya kuatkan semangat ingin membongkar apa sebenarnya yang terjadi dengan isteri saya.  Saya ekori hingga ke sebuah restoran yang terkenal.  Saya lihat isteri saya keluar dari kereta dan menuju ke restoran berkenaan bersama seorang lelaki yang saya rasa jauh lebih muda dari isteri saya.  Mereka kemudiannya masuk dan saya nampak mereka memilih meja makan yang memudahkan untuk saya memerhatikan mereka.  Hampir 3 jam saya lihat kemesraan mereka berdua.  Kadangkala saya nampak lelaki itu seperti membetulkan tudung isteri saya dan mereka kadangkala ketawa kecil.  Entah apa yang mereka bualkan saya pun tidak tahu.  Berdosa saya pada hari itu kerana telah meninggalkan solat Asar dan Maghrib semata-mata mencari kebenaran.

Saya menunggu di dalam kereta sampai lenguh seluruh badan saya.  Sekali sekala saya rakam perbuatan mereka di dalam view cam.  Setelah sekian lama menanti, akhirnya mereka keluar dari restoran dan menuju ke arah kereta tadi.  Saya rakam segala perbuatan mereka.  Kemudian mereka bergerak menuju ke arah yang saya tidak pasti.  Saya ekori lagi hinggalah saya tahu kemana tujuan mereka.  Mereka kembali ke pejabat isteri saya tetapi melalui lorong belakang yang gelap dan sempit itu.  Saya tidak dapat ikut kerana takut mereka sedar akibat lampu yang saya pasang.  Saya akhirnya mengambil keputusan untuk berjalan menyusup dan menyelinap ke tempat-tempat yang tersembunyi untuk saya merakam perbuatan mereka di dalam kereta di tempat yang gelap itu setelah saya meletakkan kereta di tempat yang sesuai.

Suasana di tempat itu amat gelap.  Yang kedengaran hanya deruman bunyi kereta lelaki tadi yang tidak dimatikan enjinnya.  Saya cari tempat yang sesuai dan tersembunyi agar tidak disedari mereka.  Saya cuba zoom view cam tetapi tidak nampak apa-apa kerana gelap.  Kemudian saya hidupkan fungsi tangkapan gambar dalam gelap yang mana saya dapat lihat setiap sesuatu walaupun dalam keadaan yang amat gelap melalui view cam saya.

Saya amat terkejut bila mendapati mereka sedang berasmara.  Saya lihat mulut mereka bercantum dan setelah agak lama, saya lihat lelaki itu menurunkan tempat duduk yang diduduki oleh isteri saya.  Apa yang saya agak mereka pasti sedang berbaring bersama.  Saya terpaksa berdiri lebih dekat di tempat yang selamat untuk merakam apa yang mereka lakukan.

Saya rasa seperti hendak tercabut nyawa bila saya lihat kepala lelaki itu di celah kelangkang isteri saya.  Kelihatannya kain isteri saya telah pun terselak dan saya fokus ke muka isteri saya, saya lihat dia hanya memejamkan matanya sambil meramas-ramas rambut lelaki itu.  Kelihatan baju kebaya yang dipakai oleh isteri saya juga telah terbuka kesemua butangnya mendedahkan keseluruhan buah dadanya yang terkeluar dari colinya.

Kemudian saya lihat lelaki tersebut duduk kembali di kerusinya dan kepala isteri saya pula yang kelihatan berada di bahagian bawah badan lelaki itu.  Saya tidak nampak apa yang isteri saya lakukan kerana terlindung oleh pintu kereta.  Tetapi dari pergerakan kepalanya yang turun naik dan kelakuan lelaki itu yang seperti kenikmatan saya tahu apa yang mereka lakukan.  Kerana saya juga pernah mengalami perkara yang sama selepas kawin dahulu.

Saya lihat lelaki itu menekan-nekan kepala isteri saya yang masih bertudung itu.  Tidak lama kemudian, saya lihat isteri saya bangun dan baring kembali di tempat duduknya diikuti oleh lelaki itu yang mula kelihatan seperti berbaring meniarap di atas isteri saya yang terlentang itu.  Kemudian saya lihat lelaki itu seperti turun naik dengan tempo yang berbeza.

Hati saya hancur lulur pada ketika itu.  Saya sedar, syaitan mula berbisik menyuruh saya menamatkan sahaja riwayat kedua-dua makhluk yang sedang berzina itu disitu juga, tetapi saya tetap bersabar dan terus merakam setiap perbuatan mereka.  Saya sedar, tuhan menyebelahi saya.

Kemudian saya lihat lelaki itu seperti menggigil sambil menekan tubuhnya kepada isteri saya serapat-rapatnya diikuti isteri saya yang memeluknya dengan erat.  Kemudian lelaki itu bangun dan duduk kembali ke tempat duduknya dan kelihatan seperti kepenatan.  Tak lah lama sangat jika nak dibandingkan dengan ketika saya buat dengan isteri saya, rasanya saya lagi lama.  Kemudian saya lihat isteri saya merapatkan tubuhnya ke dada lelaki itu dan mereka berdakapan.  Kebencian saya meluap-luap.  Terus saya padamkan view cam dan dengan berhati-hati saya berjalan kembali ke kereta.  Saya sampai di rumah selepas memulangkan kembali kereta rakan saya dan memandu kereta saya pulang.  Saya lihat kereta isteri saya masih lagi tidak ada di garaj.  Bermakna dia belum balik lagi. Saya masuk rumah, mandi dan solat.  Dalam solat saya menangis dan berserah kepada Allah untuk menegakkan jalan bengkang bengkok yang dicipta oleh isteri saya itu.  Kemudian saya pergi ke bilik anak saya.  Saya lihat anak saya sedang lena tidur.  Sekali lagi saya menangis melihat anak saya yang tidak berdosa itu.  Pada ketika itu saya terfikir, apakah dosa saya sehingga begini hebat dugaan tuhan kepada saya.

Kedengaran bunyi kereta isteri saya tiba di garaj.  Saya lantas keluar dari bilik anak saya dan menuju ke pintu untuk membukakan pintu supaya isteri mudah masuk ke dalam.  Isteri saya terkejut melihat saya masih belum tidur.  Dia cuma tersenyum dan mengatakan banyak perkara-perkara berbangkit ketika mesyuarat yang membuatkan dia pulang lewat.  Dalam hati saya bergetus sendirian, perempuan laknat.  Berani kau menipu hidup aku dan anak aku.  Tetapi saya menyembunyikan perasaan itu dengan tersenyum dan saya lihat pakaian dan tudungnya tidak ada yang tidak kena.  Semuanya rapi seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Dasar perempuan jalang, tahu sahaja menyembunyikan tahi yang diberakkan di tengah jalan tadi.  Dan pada malam itu saya biarkan isteri saya tidur sendirian.  Saya tidur menemankan anak saya di dalam bilik anak saya walau pun pada malam itu, selepas isteri saya mandi, dia minta disetubuhi.  Saya beri alasan saya penat, sedangkan saya tahu niatnya, untuk menyembunyikan angkara perbuatannya tadi.  Manalah tahu jika ianya membuahkan hasil, sekurang-kurangnya dia dapat meyakinkan bahawa hasil itu adalah dari benih saya.  Sudahlah, saya dah menjangkakan semua kemungkinan dan muslihat itu setelah melihat apa yang dia lakukan tadi.

Pada keesokkannya, hari sabtu.  Saya dan isteri tidak bekerja.  Saya ambil kesempatan itu untuk memasukkan apa yang saya rakamkan malam tadi ke dalam CD menggunakan laptop saya secara sembunyi-sembunyi.  Saya lakukannya di dalam kereta agar tidak diketahui oleh sesiapa.  Kemudian, pada sebelah petangnya saya berbincang bersama isteri saya berdua di dalam bilik.  Saya bertanyakan adakah dia sudi jika saya menceraikannya jika dia sudah mempunyai lelaki yang lebih baik dari saya.

Dia menyangkal kata-kata saya dengan mengatakan saya kuat cemburu dan dia meyakinkan saya bahawa tiada insan lain dalam hidupnya melainkan saya sorang.  Kemudian saya katakan kepadanya, bagaimana jika saya ada bukti yang menunjukkan bahawa dia berbohong.  Pada ketika itu air muka isteri saya mula berubah.  Tetapi dia sengaja mengalihkan cerita.  Saya yang sudah tidak dapat bersabar terus mengarahkannya mengemas pakaian dan memberitahu bahawa kami akan pulang ke rumah ibu bapanya pada hari itu juga.  Isteri saya terkejut dengan tindakan saya.  Kemudian dia mula menanyakan berbagai soalan.

Dari nada suaranya saya tahu, dia sedang dalam keresahan.  Dia takut saya dapat menghidu perbuatannya.  Saya terpaksa meninggikan suara akibat terdorong rasa marah yang teramat sangat.  Tak pernah saya
bersikap sebegitu selepas kawin cuma pada hari bersejarah itulah saya bertukar rupa sebentar.  Kemudian saya meminta anak saya mengemas pakaiannya dan memberitahu bahawa kami akan pulang ke kampung.  Bukan main gembira anak saya, dapat berjumpa atuk dan neneknya yang dirindui.  Tetapi hati saya menjadi sebak melihat telatah anak saya.  Seorang anak kecil yang mash tidak mengerti erti hidup.  Anak saya seakan mengetahui hati saya.  Tiba-tiba dia berhenti melompat kegirangan dan dia terus menuju kepada saya sambil bertanya kenapa dengan saya.  Kenapa saya nampak sedih.  Saya berkata saya letih tetapi anak saya kata saya tipu.  Dia seboleh-boleh minta saya beritahunya kenapa perwatakan saya tidak seperti biasa.  Saya menjadi teramat sebak.  Seorang anak kecil menjadi terlalu prihatin dengan papanya.  Mengalir air mata saya. Saya peluk anak saya, saya cium dia.  Saya beritahu dia bahawa nanti bila sampai rumah atuk dia akan tahu.  Anak saya hanya mengangguk dan terus masuk ke biliknya mengemas pakaian selepas diminta oleh saya.
Dalam perjalanan kami tidak banyak berbual.  Saya hanya menumpukan perhatian pada jalan raya dan hilang selera saya untuk berbual bersama isteri.  Isteri saya tidak habis-habis bertanyakan kenapa saya membisu dan tidak banyak bercakap.  Tetapi saya hanya diam.  Cuma celoteh anak saya yang membuatkan saya kadang-kadang tertawa kecil.

Sampai di rumah mertua saya, mereka sungguh gembira melihat anak, menantu dan cucunya pulang.  Terasa seperti tidak sampai hati untuk saya meluahkan apa yang terbuku di hati saya kepada mereka.  Sehinggalah pada keesokkannya, selepas solat zohor saya meminta kedua-dua mertua saya dan isteri saya duduk di ruang tamu untuk membincangkan satu perkara.  Isteri saya kelihatan tenang dan saya tahu, itu hanyalah luaran sahaja, sedangkan hatinya lebih berkecamuk dari apa yang saya alami sekarang.

Saya suruh anak saya masuk ke bilik mak usunya bermain komputer bersama mak usunya.  Kemudian bapa mertua saya bertanya, apakah hajat sebenarnya saya memanggil mereka.  Apakah perkara yang hendak dibincangkan.  Saya seperti hendak menangis ketika saya bertanyakan kepada mereka, apakah pendapat mereka jika saya pulangkan kembali isteri saya kepada mereka.

Mereka terkejut, begitu juga isteri saya.  Kemudian mereka bertanya, apakah salah anak mereka sehingga saya ingin mengambil keputusan sebegitu rupa.  Begitu berat saya hendak meluahkan.  Saya terdiam tidak terkata. Setelah berkali-kali dihujani soalan kenapa dan mengapa, akhirnya saya mengatakan bahawa isteri saya sudah ada yang lain dan telah pun berzina dengan disaksikan oleh mata saya sendiri.

Mengucap panjang mertua saya.  Mereka terus bertanyakan kepada isteri saya.  Isteri saya menafikan sesungguh-sungguhnya sambil memeluk ibunya.  Tidak cukup dengan itu, isteri saya terus mengatakan bahawa saya kuat cemburu dan mengatakan dia memang selalu pulang lewat malam tetapi atas urusan tugas, bukan bermesra dengan orang lain.   Mertua saya bertanyakan soalan bertalu-talu kepada saya dan isteri saya sehinggalah saya sudah tidak dapat bersabar terus saya pergi ke kereta, mengambil CD dan saya pasangkannya di VCD player yang terletak di ruang tamu.

Mertua saya mengucap tidak henti-henti setelah melihat apa yang ditayangkan dihadapan mata mereka.  Rakaman kecurangan anak mereka bermain di hadapan mata mereka.  Isteri saya hanya menundukkan kepala sambil menangis teresak-esak.  Kemudian isteri saya bangun mendapatkan saya dan dipeluknya kaki saya sambil meraung-raung meminta ampun dan berjanji untuk tidak mengulangi perbuatannya itu.

Pada ketika itu, saya tidak sedar anak saya dan adik ipar saya keluar daripada bilik akibat terdengar raungan isteri saya.  Mereka terus ke ruang tamu tanpa kami sedari dan mereka melihat tayangan kecurangan isteri saya.  Kemudian saya terdengar suara anak saya bertanyakan kenapa mamanya memeluk lelaki lain dan bukan papanya di dalam television itu dan kenapa mamanya memberi lelaki itu memegang buah dadanya.

Saya yang menyedari anak saya berada di ruang tamu dengan pantas menutup television.  Saya lihat wajah anak saya yang kehairanan akibat terlihat tayangan tersebut dan juga setelah melihat mamanya meraung-raung di kaki saya.  Wajah adik ipar saya juga dalam keadaan terkejut.  Tangannya menutup mulutnya dengan matanya yang terbeliak akibat terkejut setelah mengetahui perbuatan kakaknya itu.  Terus sahaja dia menarik tangan anak saya masuk ke bilik.  Kedua-dua mertua saya tidak dapat berkata walau sepatah kata pun.

Seminggu selepas kejadian itu, saya dan isteri saya pergi ke mahkamah syariah dan memohon perceraian.  Selepas perbicaraan dan bukti-bukti yang kukuh, saya mendapat hak penjagaan anak saya.  Kemudian saya meminta bekas isteri saya supaya menikah dengan lelaki yang saya nampak pada hari itu dengan disaksikan oleh hakim dan orang-orang pejabat agama.

Selepas kejadian itu, saya tinggal bersama anak saya dan sebulan sekali bekas isteri saya datang melawat anaknya.  Sehinggalah selepas beberapa bulan, saya tidak nampak lagi batang hidungnya menjengok anaknya dan dari cerita yang saya dengar dari orang-orang tempat dia bertugas, selepas bekas isteri saya berkahwin dengan lelaki tersebut, dia memakan hati kerana lelaki tersebut ada hubungan sulit dengan perempuan lain.   Mungkin itulah balasan Allah kepadanya.  Sehinggalah pada hari raya puasa yang lalu, saya berziarah ke rumah bekas mertua saya atas desakan anak saya.  Di sana saya berpeluang berjumpa dengan bekas isteri saya.  Saya lihat, dirinya tidak lagi seperti dahulu.  Tubuh yang dahulunya montok dan menawan kini semakin kering.  Dari wajahnya saya tahu bahawa dia memang benar-benar makan hati dengan suami barunya yang dicintai dan diberahikan itu.  Tapi hati saya sudah tertutup rapat untuk menerimanya lagi.

Saya lihat suami barunya agak tampan tetapi umurnya masih muda jika nak dibandingkan dengan isteri saya.  Biarlah, Allah sudah pun temukan mereka berdua.  Bahagia atau tidak itu bukan kerja saya, itu kerja tuhan.  Yang penting, saya kini memulakan hidup baru dengan anak kesayangan saya.  Dialah harta yang tidak ternilai untuk saya di dunia dan akhirat.  Saya akan pastikan anak saya melalui jalan hidup yang betul agar hidupnya tidak menyimpang daripada ajaran Allah yang sebenar.

Kontroversi yg aku tak tahu...

Salam...

poyo je title kat atas tu kan
semalam aku dapat video ni dari facebook... video dari cikgu shida... tapi dari cerita yang aku baca kat fb ni cikgu shida ni pernah buat kontoversi sebelum ni.. tapi aku tak tau pulak apa kontroversi tu... terlepas keretapi pulak aku... 

korang layan dulu video kat bawah ni..


dah habis layan.. mesti ada yang rasa kelakar dan mungkin juga rasa meluat tapi tu pandangan masing2lahkan...

bagi aku takder salah apa pun dengan video yang dia buat ni.. aku cuma rasa yang shida ni kreatif pandai dia buat memek muka, make up muka dia jadi lelaki sampai mula2 aku tenggok sampai aku tak perasanlah yang lelaki tu sebenarnya perempuan... tapi part yang paling aku suka tengok part jadi syaitoooonnn tu,.. memang kelakarlah... dekat 10 kali aku ulang video ni....

kat bawah ni pulak komen dari fb yg aku crop sikit... ramai jugak yang komen... lebih 300 orang... famous video ni...
ada komen yang pedas.. ada jugak komen yang sokong.. tapi banyaknya komen yang mencondemkanlah...

sila click gambar utk lebih jelas..

note : aku nak tanya pandangan koranglah.. adakah shida ni seorang yang berkeyakinan tinggi?

bagi aku YE.. memang dia berkeyakinan tinggi sebab dia berani buat video macam ni...

Jalan2 di Taman Botanic Bukit Tinggi, Klang

Salam pagi..

Baca tajuk kat atas tu pun korang dah tau apa xtvt yang aku buat hari minggu lepas..
dah bosan dok memerap kat rumah jadinya amik inisiatif bawak anak2 bersiar2 kat taman ..
dekat je taman tu  dengan rumah.. 
takyahlah aku citer panjang lebar.. saksikan jelah panaurama pada hari kejadian..

seawal jam 2.30 petang kitorang dah melepak kat taman tu tau.. 
matahari masih terpajak kat atas kepala..
disebabkan boring punya pasal.. aku redah je.. 

bunga teratai.. patutlah kat sign board tu ada gambar teratai.. rupanya tasik buatan kat taman ni penuh dengan pokok teratai.. tapi teratai kat sini memangcantik sangat..

uzrei dan uzair yang seronok sangat dapat jalan2 kat taman... penat aku mengejarnya takut si uzair g kat tepi tasik tu..

apalah yang ditenung anak mama ni...

kat taman permainan... nampak abang dia naik.. uzair pun nak naik sama.. tapi takut pulak lepas tu..
mungkin gayat kot

uzrei yang buat muka.. aku pun tak faham dengan maksud air muka dia tu.. nak kata marah tak jugak.. 

akhir sekali gambar aku 3 beranak... en. suami takder dalam ni sebab dia tukang ambik gambar...

sekian tu saje cerita buat masa ni..

Darah tumpah ke bumi jua akhirnya

Salam petang...

dah lunch ke korang.. kalau belum lunch atau tak sempat lunch g buat milo @ nescafe jap untuk alas perut... jangan biarkan perut tu kosong.. tak baik untuk kesihatan... wah.. dah macam doctor pulak..

ok.. ni sambungan citer raya korban lagi.. dah nama raya korban mestilah ada yang telah dikorbankan.. jangan korban anak sudahlah ye...
kat tempat korang mesti ada macam2 perngorbanan yang telah dilakukan.. hehehe... 

pengorbanan yang aku nak citer ni bukannya berlaku kat area rumah aku.. ni berlaku kat area rumah kakak aku dan berdekatan juga dengan rumah Hijau itu indah dan permai aka Kak Ina Mail.. 

Alhamdulillah kat sana banyak jugak lembu yang dikorbankan.. rezeki orang kampung dan orang2 yang kurang kemampuan... 
aku kat sana sekadar penyibuk je.. bukan ada tolong apa2 pun sekadar pemerhati... mcm VIP lah kekdahnyer.. perasankan...

oklah dah tak tau nak bebel panjang2 lagi.. saksikanlah permandangan dibawah ye... kejadian sekitar hari raya korban

tengah menyaksikan lembu yang akan ditumbangkan ke tanah... time ni takut pun ada jugak mana tau tetiba lembu ni naik minyak pulakkan..
tak memasal kene sondol... (ish... muka poyo je... macamlah ayu sangat)

berkerumun umat menyaksikan aksi2 lembu ditumbangkan ketanah... berani budak ni pakai baju merah ye.. nasib ko kat blakang... kalau kat depan lembu tu mau kene sondol..

ni lembu yang keberapa ntah... nyaris nak naik minyak ni... nasib baik sempat ikat kaki belakang dia.. tu pun nyaris orang kat belakang tu kene sepak dengan lembu ni... asik merengus je lembu ni.. tak rela kot... ntahlah...

dah selamat tumbang jugak... 

siap macam ni lagi aksi diorang nak menumbangkan lembu ni... berani betul... klu aku maulah aku kat bawah lembu tu.. hah..

dan akhirnya lembu ni dah selamat disembelih dan tunggu untuk dilapah... 
gambar semasa proses melapah aku tak snap... tak tahan aku tengok darah yang banyak mencurah ke bumi tu...

dan berakhirlah cerita raya aku...

Gelagat di pagi raya

Salam..

Semalam aku dah keluarkan pic makanan di pagi raya..
kali ni pulak aku nak bagi korang tengok gelagat di pagi raya pulak ye..
tak yah citerlah .. korang tengok je gambar ni..

Sebelum menunaikan Solat raya.. meh kita isi perut dulu ye.. barulah kita bersolat dalam keadaan yang khusyuk..

Apalah yang dimenungkan mak aku ni.. ni mesti ingat padi kat kampungkan..

eh... napelah masing2 termenung tu... ke ada yang menarik kat luar tu...

sempat lagi petik gitar kapuk ye ... anak aku pun join sekaki..

ni apehal lak.. dah ada rupa macam lakonan stephen chow dalam citer cina tu.. tapi sebagai pengemislah.. tak ingat pulak aku tajuk citer tu.. 

Uzreis yang sibuk jugak nak berposing... aku kata takyah buat gaya.. sibuk jugak nak bergaya..

yang si Uzair ni pulak... asiklah menangis korang tau sebab apa dia asik menangis.. 

sebabkan benda kat bawah nilah...

ha.... nilah sebabnya...
aku tak sempat nak bawa dia g tengok lebih dekat..
tapi dia dah bantai menangis.. tak sabau2 tau....

next episode nantikan yer... wah.. dah macam drama lak..

Lembaran Raya Haji

Aalam

Sebelum aku teruskan cerita raya yang seterusnya.. 
aku cerita dulu dengan juadah pada pagi raya tersebut ye..
biasalah hari rayakan makanan wajib yang mesti ada mestilah nasi impit, ketupat nasi dan ketupat palas..
tapi pic menu wajib tu aku terlupa nak snap pulak.. bila geledah camera rupanya memang aku tak snap pun..
gambar lauk pauk pun oklah kan.. 
yang penting suasana raya tu ada...

Rendang kerang

kari daging (abaikan kuah yang bersepah ditepi mangkuk tu ye)

rendang ayam

kuah kacang yang superb sedap.. besar2 kacangnyer

rendang daging yang aku tak sempat nak rasa.. huhuhu
baru aku toleh je dah habis semua rendang tu...
sebab ape aku tak sempat rasa.. aku ni kalau dah jumpa kerang susah nak pandang lauk lain..
memang aku blasah kerang jelah.. 

next episode akan menyusul nanti ye.. jang termuntah pulak dengan citer raya haji aku ni..

tiba-tiba saje...

salam petang..

pagi tadi rasa sakit kepala je..
lepas tu bersin-bersin..
sekarang badan dah rasa sengal2 pulak...
terus telan panadol 2 biji..
harap2 kejap lagi kebahlah..


Jalan-jalan malam minggu

Salam dan selamat pagi..

macam mana cuti hujung minggu korang.. mesti seronokkan.. lagi2 yang dah mula cuti dari Hari raya haji lagi.. mesti banyak tempat peranginan yang korang pergikan.. 

cuti hujung minggu aku tak pergi mana2 pun.. cuma malam minggu je aku keluar pergi Jusco Bukit Tinggi dengan anak2, adik dan kakak kau.. tu pun sebab nak beli seluar adik aku.. jadi berduyun2lah ke Jusco Bukit Tinggi.. hehehe... macam ramai sangat je berduyun2 tukan..  

Pic kat Jusco aku tak snap pun.. malas.. sebab adik aku yang nak beli baju tapi aku yang banyak test baju... jadinya tak kesempatan nak snap pic.. aku rembatlah jugak baju dua helai.. jadilah.. ada gak membeli untuk diri sendiri.. 

settle je adik aku beli seluar kitorang terus pergi makan kat dinarossa (aku tak ingat sangat nama tempat tu.. lebih kurang begitulah ejaannya)
restoran ni kat port klang.. aku tak snap pulak pic restoran.. aku cuma snap gambar makanan je.. sebab perut lapar.. tapi pic harus di ambil ye..

ni antara makanan pada malam tu..

 air Asam boi limau nipis.. ni air aku.. tapi sebenarnya 4 orang order air yang sama.. 
air lain yang diorder barli dan milo ais.. tu je... semua jaga kesihatan.. betul ke macam tu jaga kesihatan.. erm.. 
kira boleh terimalah ye..

Mee + Bihon Sup.. En suami yang punya... (rm 4.50)

Mee Udang.. aku yang punya.. 
sedap kuah yang pekat dan udang ada 5 ekor (rm 5.00) 
kalau Bihun Udang pulak harganya (rm 6.00) aku pun tak tau apa sebab harganya ada tambah (rm 1.00) aku rasa sama je rasanya..
Kuey Tiow kerang + Telur mata (rm 5.00)
yang ni pulak anak buah aku punya... dia kata rasanya sedap..
aku bukan peminat kuey tiow jadi aku tak tau nak bezakan rasanya dengan kedai lain..

 dan akhir sekali nasi lemak.. kakak aku yang punya..
aku pun tak faham apesallah dia order nasi lemak padahal banyak makanan lain lagi..
tapi nasi lemak jugak yang diordernye.. nasi lemak kat boleh beli kat makcik depan rumah tu kak..

 itu jelah xtvt malam minggu.. hari ahad pulak ada buat outdoor dengan sepasang pengantin ni.. sebab cameraman dia tak sempat nak amibik Pic outdoor diorang.. jadi terpaksa minta tolong dengan cameraman yang tak bertauliah untuk snap pic outdoor diorang.. nanti dah upload and ejas2 sikit aku masukkan pic diorang ye.. 

Kawan di akhir zaman

Biasalah copy & paste from email..
 
Kawan? Siapa yang dikatakan kawan bagi kita? Apa peranan kawan kepada kita?

Bercakap soal kawan, mengingatkan saya tentang sahabat-sahabat saya di alam perjuangan seketika dahulu. Betapa indahnya nilai ukhuwah antara kami yang sehingga kini tiada bandingan. Namun, setiap pertemuan pasti ada perpisahan, biarlah doa pengikat ukhuwah sentiasa bersama walaupun hakikatnya, jasad tidak bersama.

Namun, ada juga duka bersama sahabatku yang tak dapat kutemui walaupun berada di depan mata. Itulah dunia yang kejam bagi diriku. Akhir zaman menyaksikan pelabagi jenis raga manusia. Biarlah hari ini kawan yang menjadi saksi bagi kita sepanjang bersamanya. Hakikatnya, penilaian telah dibuat oleh Yang Maha Kuasa sejak azali lagi…

Beginilah ragam kawan dan sahabat di akhir zaman ini…
Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang benar-benar sibuk
Dengan urusan baiki diri nya
Yang ada kini hanya
Sibuk dengan urusan mengumpul dunia
Walau di ketahui dunia ini hanya menipu daya..

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang bergelumang dengan majlis ilmu menafaat
Yang sanggup bersusah dan penat
Dalam mengejar dan memahami ilmu menafaat
Yang ada kini hanya lah
Berbangga dengan ijazah yang menjela
Tapi ilmu fardhu Ain nya kosong belaka

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Ahli profesyenal yang bertaqwa
Yang benar-benar meletakan Islam di jiwa
Mengunakan profesyennya sebagai matlamat ke akhirat sana
Yang ada hanya ahli professional yang lalai dan leka
Yang hidup nya lebih barat dari barat
Ibadah dan amal terasa amat berat

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang bersilaturrahim kerana tiada kepentingan
Yang berhubung hanya niat bertanya khabar
Yang ada hanya
Yang berkroni untuk mendapat projek yang sedia ada
Bersahabat untuk mendapat laba

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita temui
Yang suka berbincang mengenai dosa-dosa sendiri
Yang menghidupkan ilmu yang ada
Yang mensyiarkan Islam pada diri mereka
Yang ada hanyalah
Yang suka berbincang dosa-dosa orang lain
Yang menghidupkan ‘sunnah’ barat
Yang melupakan kehidupan akhirat

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang menjadikan masjid tempat pertemuan
Yang menjadikan program usrah tempat berkenalan
Yang ada hanya
Yang menjadikan komplek tempat membuang umur
Yang menjadikan disko dan pesta sebagai tempat berhibur

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang menjadikan sunnah sebagai hiburan
Menjadikan nasyid nyanyian harian
Menjadikan selawat ucapan kelaziman
Yang ada hanya
Artis di jadikan bahan pujaan
Nyanyian melalaikan dijadikan hiburan
Dianggap moden dan berketrampilan

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang senantisa merasai mati itu sangat hampir
Yang senantiasa merasai jelingan Izrail
Menangis cemas mengenangkan saat kematian
Merintih sayu mengenangkan persediaan
Yang ada hanya
Yang panjang angan-angan
Mengumpul dunia kerja seharian
Seolah kematian itu sangat jauh
Seperti alam barzakh itu tidak ditempuh

(p/s : berhati-hati dalam memilih kawan)

Khamis 181110

Salam..

takder apa pun dengan tarikh kat atas tu..
hanya nak ucap selamat kembali bekerja..
untuk yang dah mula bekerja hari nilah..
dan kepada yang masih bercuti..
selamat bercuti..

ok.. nak mula buat keje dah...

Salam Aidiladha

salam..
fuh.... dah petang hari ni ye.. berjaya jugak aku keje sampai ke petang.. walaupun hati meronta2 mengingatkan abah dan emak  yang sudah sampai dirumah kakak aku.. seperti tahun sebelum2 ni.. abah dan mak aku akan datang ke klang untuk meraikan Hari Raya Aidiladha bersama2 dengan anak2 tersayang.. eh... sudah terbalik ye... tapi memang betul pun.. memandangkan cuti raya hanya sehari saja anak2 tersayang abah dan mak aku ni memang tak dapat balik kekampunglah.. jadinya abah dan mak aku telah memberi perngorbanan yang begitu bermakna bagi kitorang.. dan dapatlah kitorang menyambut hari raya aidiladha ni dengan meriah dan gembira..

Terima kasih Abah dan Mak

Dengan ini aku nak ambil kesempatan untuk mengucapkan 
Selamat Hari Raya AidilAdha
kalau ada terkasar bahasa atau terasa hati dengan apa yang aku tulis kat dalam blog ni aku harap korang maafkan aku ye..

Psst : apa pengorbanan yang korang terima.. tak kesahlah dari ibubapa, suami atau anak2?

Dah lama rasanya

salam...

mengikut tajuk kat atas tu.. sebenarnya dah takder idea nak letak tajuk apa dah.. jadinya gitulah jadi ayatnya.. asal boleh jelah ye..yang penting ada tajuk..  tapi kira ada kaitan jugaklah n3 aku dengan tajuk diatas.. 

ok yang sebenarnya dah lama jugak aku tak keluarkan cerita2 masak2 akukan.. walaupun masakan tu taklah sehebat.. korang.. korang dan korang.. tapi yang penting masakan tu boleh mengeratkan hubungan suami isters dan anak2.. chewah... yelah air tangan isteri dan mama tu.. itulah yang terbaik buat sesisi keluarga betul tak.. 

tapi kalau penat sangat aku merewang jugak ke kedai tomyam.. beli tomyam, ayam goreng kunyit dan apa yang patut dapat isi perut dan kenyang bolehlah balik rumah dengan hati yang riang... tapi dapat satu ucapan pulak dari en. suami.. dia kata "ermmm... tak sama macam makan kat rumah.. boleh tambah nasi banyak kali... klu kat kedai sepingan dua je.." aku terus terkedulah ye..

lepas terkedu tu haruslah aku gigih2 masak kat rumah untuk santapan en. suami dan anak.. walaupun simple yang penting makan kat rumah.. no more kedai tomyam ok... sesekali takper..

ni berbalik menu masakan yang aku gigih masak malam tadi..
meh aku paparkan apa yang aku masak2... lempar2 dalam kuali ye..

inilah dia ikan kembung masak taucho bersama cendawan
simplekan.. goreng2 ikan...
tumis bawang dan taucho sampai wangi.. masukkan cendawan dan tambah air sedikit untuk ada kuah... 

sayur lak kacang panjang goreng garing & kering...
aku suka goreng macam ni...
tumis bawang dgn ikan bilis sampai garing.. lepas tu baru masukkan kacang panjang
tak payah letak air.. biar kering je.. fuh sedap kalau makan dengan nasi panas..
takder ikan pun takper.. krup.. krap.. je kat dalam mulut...

ok tu saja santapan untuk malam tadi...
memang bertambah2 en. suami makan.. ke lapar siang semalam dia tak makan tenghari.. hehehe...

sudah dihantar

selamat sore ye semua..
sudah sore nampaknyer hari ni... sebentar nati jam 2.00 sore aku ada seminar PEST Control
lepas ni aku mesti terror tangkap tikus kat rumah... hahaha
apatah kaitan keje aku dengan PEST Control ni.. tapi takper yang penting dapat Certificate..
nanti kalau ada Certificate tu aku boleh apply keje kat Company yang Puat PEST Control nikan.. hehehe

sudah... bukan nak citer pasal Seminar Pest Control ni..
cuma aku nak informkan pemenang Quiz aku sebelum ni... (aiks.. satu je quiz yang aku buatkan.. bunyi macam banyak pulak)
yang aku dah postkan hadiah tu kepada diorang..
minta maaf diatas kelambatan aku ye.. hehehe..
email korang sume masuk kat spam.. aku ni spam sebulan sekali baru bukak..
dah belatus2 dalam spam baru aku bukak dan tengok isinya..
nasib baik aku tak terus delete email tu semua..

inilah hadiah2 yang dijantikan itew.. FM dar CM

kepada Ejamaria & EllyWithLove
nantikanlah ketibaan hadiah tu di pintu alamat yang korang berikan ye..

TQ Again..

penat wei..

Salam dan selamat pagi..
aku sejak dua menjak ni memang takder cerita yang hendak dikongsi bersama..
lagipun sibuk mengtransferkan barang untuk pindah rumah..
rumah yang aku nak beli tu aku terpaksa batalkan..
sebab banyak no problemnyer.. proses yang simple telah menjadi rumit..
jadinya daripada aku dok kat rumah tu bayar kat owner bulan2 serupa macam menyewa 
baik aku pindah je dari rumah tu..
lagipun condition rumah tu tak berapa eloklah.. paip air jiran sebelah bocor air masuk lak kat ruang tamu rumah tu..
huh.. tensi.. balik keje nak kene mengemop lantai rumah pulak.. padahal awal pagi dah kemas..
aku dah cakap kat jiran sebelah tapi dia buat dekkkkkk... je... dah setahun dua bulan aku duduk kat rumah..
selama tu jugaklah aku mengalami keadaan macam tu..
dan akhirnya di bulan November ni tahap kesabaran aku dah sampai ke penhujung..
jadi aku ambil pilihan yang lain dan terpaksa berpindah dari rumah yang aku nak beli tu..
walaupun Loan Bank aku dah lulus.. aku dah tak larat wei... 
sedih memang sedih sebab loan aku dah lulus.. tapi nak buat macam mana.. 
dengan keadaan rumah yang macam tu.. 
nasib baik dah ada rumah sendiri tapi jauh dari tempat keje pulak..
terpaksalah aku sewa rumah yang dekat sikit dengan tempat keje ni..
huh.. kecewa hati ku..

setakat ni itu saje luahan hatiku..
nanti rumah yang bakal akan aku duduki dah siap kemas2 nanti aku tepek gambar bagi korang tengok ye..

Tips Bila Terpaksa Bersendirian

Biasalah copy n paste from e-mail jelah ye.. 

Artikel kali ini bolehlah dikatakan khas untuk kekasih, isteri, suami yang baru ditinggalkan? atau memang semula jadi bujang? atau mengambil keputusan untuk kembali membujang? boring? atau kesepian tanpa pasagan anda disisi…

Kalau bersendirian korang jgn jadi macam ni pulak ye

Disini ada beberapa tips yang boleh anda lakukan untuk meredakan perasaan hati anda yang gundah-gulana itu..al-maklum waktu-waktu beginilah kita selalunya power tapi tika dalam hal sebegini..sendirian..mood kita akan hilang pada titik fokus dari segi kerjaya terutamanya. So check out!

* MAHA PENCIPTA

Kembalilah pada pecintaNYA. Mohonlah petunjuk dariNya agar perkara yang lepas itu mematangkan diri kita agar lebih berhati-hati dalam menjalani hidup ini dengan lebih tabah, kuat lagi. Ingatlah bahawa setiap kejadian yang Tuhan ciptakan untuk kita bersebab dan jadikanlah ia sebagai kayu pengukur keimanan kita terhadapNYA.

* BERCUTI

Semasa berpasangan, percutian biasanya adalah perkara yang amat merumitkan bagi kamu. Untuk bercuti bersama, terdapat pelbagai perkara yang perlu diambil kira seperti cuti tahunan, pakaian pasagan anda, perbelanjaan dan destinasi yang ingin anda tujui sekeluarganya.

Kesemua ini haruslah menepati cita rasa anda, pasagan dan anak-anak (jika tika itu anda sudah memliki zuriat). Selalunya hanya beberapa hari sahaja dalam setahun yang sesuai untuk anda berdua atau anak-anak. Namun ketahuilah bahawa, tika anda berseorangan bila-bila masa sahaja anda boleh pergi bercuti, boleh sediakan pakaian anda dan pergi. Hehe..

* PERBAIKI DIRI

Jagan sesekali anda merubah kerana ingin memenuhi tuntutan bekas kekasih anda. Tapi apa yang wajar anda lakukan adalah memperbaikilah diri anda dari sudut kerjaya, kewangan agar kukuh dan juga binalah keyakinan diri yang mantap agar masa depan anda akan lebih stabil kelak.

Dan perlu diingatkan disini, ketahuilah bahawa apabila anda sudah takluki semua perkara diatas dengan keadaan yang baik, disitu juga anda mungkin akan mudah dikelilingi ramai gologan wanita atau lelaki yang suka megambil kesempatan keatas diri anda. AWAS!!

* JUMPA KAWAN

Seperti kebanyakan lelaki atau kaum wanita apabila bercinta mereka akan meninggalkan kawan-kawan rapat. Bukan lupa tetapi tak cukup masa. Nah, sekaranglah waktunya yang paling sesuai untuk anda mengambil peluang ini untuk menggamit kenbali saat-saat BEBAS tika bersama dengan mereka-mereka ini. Hurm, sudah pasti anda tidak akan dikecewakan malah anda juga akan mendapat layanan yang mesra dari mereka kerana mereka sudah lama tidak bersua muka dengan anda. Tak percaya? emm, cubalah!

* BERSENAM

Semasa bercinta, tengok wayang, membeli-belah, jalan-jalan, minum, makan malam itu adalah antara sebahagian besar dairy dalam kamus kehidupan anda yang lalu. Namun ketahuilah perkara yang lepas mungkin tidak akan sama pada perkara yang sedang anda alami diketika ini..

Emm..jika difikirkan dan diimbas kembali pada perkara yang telah berpenghujungnya apa kata anda lakukan senaman kembali! Ketahuilah bahawa inilah masanya anda membuang toksik-toksik, lemak-lemak yang telah lama terkumpul didalam badan anda haruslah disingkirkan. Ingat, lakukanlah senaman di gim atau di kelab-kelab senaman khusus di mana mungkin anda akan berpeluang berjumpa dengan wanita atau lelaki yang lebih cantik, manis atau tampan dan agresif ;)

* KEMBALI NAKAL

Zaman kanak-kanak adalah saat yang paling indah dan menyeronokkan. Bagi orang dewasa pula yang sudah melupakan zaman kanak-kanak kebiasaannya mereka ini tidak ceria dan tidak pula mempunyai nilai humor. Seperti contoh ada sesetengah wanita tidak suka lelaki yang nakal kerana merasa dirinya tercabar.

Sebab itulah ramai lelaki apabila bersama teman wanita biasanya mereka akan mencuba mengawal perasaan mereka dan bersifat kaku untuk seketika.

Apabila kembali solo, pelung untuk anda melakukan aktiviti sewaktu bujang dahulu boleh dilakukan seperti main snuker, video game, mengurat dan sebagainya.

Bagi wanita pula apabila keadaan emosi telah stabil kembali kebanyakan dari mereka suka pergi membeli-belah untuk aksesori pakaian, kasut, penampilan, bersiar-siar dengan rakan kembali dan sebagainya..

* BERMESRA BERSAMA KELUARGA

Hubungan dengan keluarga biasanya tidak seerat dulu..lebih-lebih lagi pada waktu itu kita sudah pun berumahtangga bersama pasagan atau kekasih.

Keluarga pula akan mula jatuh pada rangking yang kedua manakala pasagan pula akan diberi lebih tumpuan sepenuhnya. Ketahuilah bahawa dengan masa yang anda miliki inilah eloklah anda gunakan ia sepenuhnya untuk mengeratkan hubungan anda dan keluarga agar kembali erat seperti dahulu.

* TEROKAI DUNIA BARU

Aktiviti-aktiviti seperti menonton wayang, berdisko, pergi medan selera, berpeleseran membawa diri tanpa hala tuju yang tak pasti, cubaan ingin membunuh diri, bersendirian dipantai itu sebenarnya tidak akan membuka minda kita. Jika itulah kegemaran anda…lupakanlah seketika, tapi disarankan agar anda mencuba menerokai dunia baru yang lebih mendamikan dan bermakna.

Aktiviti yang disarankan seperti aktiviti lasak, panjat gunung, menyelam skuba dan sebagainya sudah pasti kenangan anda bersama pasangan sedikt sebanyak akan dapat dikurangkan.

* SUKARELA

Untuk mengurangkan rasa bosan anda, disarankan agar anda, pergilah ke rumah anak-anak yatim, orang-orang tua, Hospital atau pusat tempat pemulihan dadah. Anda boleh menjadi seorang sukarelawan di mana tempat-tempat sebegini akan bisa membuka minda anda kepada satu dimensi baru. Anda akan nampak, masalah anda adalah jauh lebih kecil daripada masalah mereka..jadi fikir-fikirkanlah sejenak..

* PANDANG KE HADAPAN

Buanglah memori jauh-jauh dari kotak fikiran anda tentang bekas pasagan anda yang terdahulu itu. Dan sekarang berikanlah perhatian anda pada apa yang akan berlaku kemudian termasuklah pada bakal kekasih atau isteri atau suami anda yang sedia menanti anda disisi..

Jadikanlah sebarang angan-angan anda dengan usaha yang gigih bersama keyakinan diri yang tinggi.

Ha,..bila lagi nak mulakan? mulalah dari sekarang! ;)

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...