Showing posts with label Emosi. Show all posts
Showing posts with label Emosi. Show all posts

Katakan orang %^&*&&*^(^@^#%

Salam....

Just nak citer perihal orang yang suka-suka katakan orang. Tapi dalam masa dia tak sedar dia pun tengah mengata diri sendiri.

Aku bukan apa.. yelah dalam tak sedar dengan keadaan orang disekeliling. macam-macam peel, gaya dan sebagainya yang akan kita jumpa. Aku selalu sangat dengar dialog orang yang macam-macam. Tapi dalam masa yang sama dia pun macam tu jugak.

ni aku nak bagi contoh ye... cheh.. siap nak bagi contoh lagi. contoh je tau.. yang lelain korang cari sendirilah ye.

Orang  - ko tengok budak tu.. kemain mengetat lagi baju dia.. dah lah tak bertudung... nampak susuk badan.. benjol-benjol sana-sini.... 
aku - erk.... a'ah.. tapi dalam masa yang sama aku pandang dia. cakap dalam hati "eh.. bukan baju ko pun ketat jugak ke. cuma ko bertudung je" dalam hati jelah mampu... aku takder kekuatan nak tegur depan-depan lagi. bila nak ada tak taulah... huh....

Kalaulah dah rasa diri kita tu sempurna sangat. Cubalah kita tegur elok-elok dengan orang tu. cakap sopan-sopan manalah tau orang tu boleh terima teguran kita. Sebab aku pernah alami situasi macam ni. dan Alhamdulillah dengan teguran yang aku terima tu. Sekurang-kurangnya aku berubah kepada yang lebih baik.

Daripada kita sok... sek... sok... sek... kat belakang dia. dan kadang-kadang tanpa segan silu berbisik-bisik depan orang yang dikatakan tu.. lepas tu ketawa. Kalau aku kat tempat orang tu mesti dah tertanya-tanya apalah yang diorang ni bisikkan? dalam hati mesti kata diorang ni mengata aku ke? ada yang tak kene ke dengan aku ni? 

Yelah kekadang tu kita ni pakai baju mengetat bagai tapi bagi pandangan diri kita dah elok dah baju tu terletak kat badan kita. Tapi tak fikirkan pulak pandangan orang lain betul tak? Macam tu jugak orang yang mengata orang tu. Pakai elok dah.. bertudung bagai.. kalau tak bertudung pun. sopan je pakai baju kurung dan baju yang polos-polos. Tapi yang bertudung ni pulak pakai baju ketat ya amat.. sampai tang butang baju tu menegang semacam.. kalau butang tu boleh menjerit.. mesti dia menjerit minta tolong.. hahaha..
Yang tak bertudung pakai baju polos-polos ni pulak.. memanglah ko cantik dah polos je baju. sopan je orang tengok. tapi tetap ada kekurangan jugakkan.. ce telek diri sendiri apa yang kurang. 

Tak payahlah sibuk nak mengata orang kalau diri sendiri pun tak betul. Tapi kalau rasa sakit mata dengan orang macam tu, Kalau rasa ada kekuatan nak menegur dengan cara yang sopan. Takkan menguriskan hati orang lain. Baiklah kita tegur orang tu elok-elok. Tak esok dia berubah.. kot bulan depan ke ataupun bulan-bulan berikutnya. 

Aku bukan apa kekadang aku sendiri pun tak betul jugak. Kekadang pakai tudung tapi separas dada.. pun tak tutup dada jugak.. tu akulah... aku sedar.. "eh... jap.. jap.. aku nak labuhkan tudung aku.. nasib pakai tudung bawal hari ni. bolehlah labuhkan.." atau mungkin jugak ada yang aku tak sedar.. Harap adalah orang sudi tegur aku nanti. Tapi nasib baik orang sekeliling aku sudi menegur aku kalau aku kalau aku ada salah atau cara aku tak betul. Thanks kengkawan.. chewah...

herm... tu yang selalu aku fikirkanlah bila orang ni nak mengata perihal orang lainlah.. kotlah korang pun ada terdetik lebih dalam fikiran korang perkara yang sama macam aku ni. Ok stoplah entry Katakan Orang ni ye..

Meh serapan dulu...

Minuman hari ni..
Horlick adik aku
Teh ais aku - haus sangat.. tapi sebenarnya nak order Teh panas.. Terlaju cakap Teh ais pulak...

Roti telur..
Niat dihati nak makan Roti Cheese.. Tapi cheese tak do lah.. order roti tampal..
Tapi yang sampai kat meje Roti telur.. Herm... takperlah.. sama je.. Cuma takderlah telur separuh masak kat roti tu... 

mau sambung buat keje...

Sekian

babai.


Sekiranya korang berminat JOIN Sophie Paris. Hubungi je aku.. aku akan terangkan caranya. Bermula dengan yuran keahlian sebanyak RM15. Dan akan mendapat keuntungan yang tidak dapat dijangkakan.
Tel : 0196993415 Email : ffmbaishah@yahoo.com
 

Mak....

Salam...

Kawan-kawan doakan mak saya cepat sihat.

Mak masih di Hospital Tanjong Karang.
Badan kat opis.. Tetapi perasaan asyik teringatkan mak je...
Ya Allah... berikanlah kesihatan kepada mak.


Sekiranya korang berminat JOIN Sophie Paris. Hubungi je aku.. aku akan terangkan caranya. Bermula dengan yuran keahlian sebanyak RM15. Dan akan mendapat keuntungan yang tidak dapat dijangkakan.

 Tel : 0196993415 Email : ffmbaishah@yahoo.com

 

Cerry lah sangat....

Salam...


Baru-baru ni aku buat card baru.. sebab card bank lama aku tu dah tak leh guna.. kalau nak guna pun kena gosok-gosok manja.. Bila dah buat card baru tu.. kemain lagi senyum aku meleret.. sebabnya wah.. aku dah ada card Cerry ko.. kononnyalahkan..

Tapikan.. pagi tadi isi minyak gunalah card Cerry yang terbaru tu kan.. Sebab malas nak masuk ke kaunter tukan.. terus jelah swipe kat mesin petrol pam tu. Sebab card lama pun dah biasa buat macam tukan.. senang je.. semudah 123 tapi card Cerry ni lagilah mudahkan.. tak payah masukkan no pin. macam Credit Cardlah kekdahnya kan. 

TAPI... walaupun mudah ada gak yang payahnyer.. Aku pun tadi ceklah maybank2u.. Sekali ada Pre-Auth Debit sebanyak RM150.. pergh tercengang aku tengok jumlah tu.. Terus aku call Customer service Maybank tanya apesal lak ada Pre-Auth Debit sebanyak RM150. Customer servis tu bagitau aku itu sebagai Depositlah. Kalau dia dah dapat report dari petrol pam tu nanti. Dia dah tengok jumlah sebenar tu. baru dia masukkan semula RM150 tu ke akaun aku dan deduct jumlah yang aku gunakan tu je.

Yang menjadi permasalahan sekarang ni. Kalaulah dalam akaun aku ada ngam2 RM150 pehtu Maybank amik dulu RM150 aku tu sebagai deposit. Dan customer servis tu kata duit tu akan dipulangkan dalam masa 3-5 hari. Sekiranya aku nak guna duit tu beli beras. sebab beras dah habis. mana aku nak cekau duit. Takkan aku nak kene pinjam orang lak.. aduhai..

Dulu sebelum ni aku guna Card Maybank yang buruk bila nak swipe kene gosok-gosok dulu kat chip dia tu.. tak derlah pulak kena ada deposit-deposit bagai.. ni Card cuma ada gambar cerry pulak kene buat macam tu. Kata nak memudahkan penguna.. tapi menyusahkan lagi adalah. Boleh lak customer servis tu suruh aku ke kaunter kalau nak guna Card cerry tu. sebab kat kaunter x dikenakan charge macam tu... baik aku bawak cash terus kat kaunter tu.. tak yah lah nak swipe-swipe bagaikan kat situkan. Pelik tulllah. 

Lain kali kalau ada syarat macam ni. Pihak bank boleh tak terangkan kepada penguna. Janganlah kata card ni memudahkan penguna.. padahal ada syarat tersembunyi disebalik kemudahan tu.

Card Cerry yang konon memudahkan penguna.. tak yah bawa wang cash.. swipe jekan.. 
memudahkanlah sangat.. menyusahkan adalah..

Card ni gak yang aku sayang... bertahun aku guna card ni kat Petrol pam.. tak pernah pulak kena Pre-Auth Debit RM150. nilah card yang semudah 123 bagi aku.. kalau aku boleh tukar balik ke card ni.. sekrang aku pergi maybank tukar card ni.

oklah.. bacalah luahan perasaan aku petang ni ye..

babai..

sekian.



Sekiranya korang berminat JOIN Sophie Paris. Hubungi je aku.. aku akan terangkan caranya. Bermula dengan yuran keahlian sebanyak RM15. Dan akan mendapat keuntungan yang tidak dapat dijangkakan.
Tel : 0196993415 Email : ffmbaishah@yahoo.com

 

Seruan terpadam..

Salam...

Nak update.. tapi henset tinggal rumah pulak.. seru baru nak mula je dah terpadam balik.. 

Apa citer semua.. Hari ni kat opis tetiba kat suis aircond ada sticker MINIMUM SET : 24ÂșC. Cepat sungguh sahut seruan kerajaan diorang ni.. Adoi.. Tapi pepagi ni kalau aircond lambat sejuk mau berpeluh ketiak dibuatnya... Tak silap semalam baru keluar statement ni kat beritakan...

Psst : opis korang dah sahut ke seruan ni..

Apa kes ni?

Salam...

1st time ni aku letak artikel dari surat kabo. Aku tertanya² samada budak ni kene r0g0l dengan bapak dia ataupun budak ni rela kena r0g0l dengan bapak dia. Sampai berulang kali aku baca artikel ni sebab nak memahami keadaan budak perempuan tu. tapi dalam kepala aku ni tetap fikirkan yang budak ni dengan bapak dia dalam kategori kes SUKA SAMA SUKA.

Si bapak pulak boleh bagi alasan tak arif tentang undang² pulak sebab nak hukumannya diringankan. bukan ke setiap manusia dah tau basic undang² ni. takkanlah dah buta mata sampai buta pendengaran juga. tak fahamlah aku.

[Mstar] KUALA LUMPUR: Seorang tukang urut buta berusia 47 tahun meminta Mahkamah Sesyen di sini meringankan hukuman ke atasnya setelah dia mengaku bersalah mer0gol anak perempuannya sendiri selama empat tahun dengan alasan dia tidak begitu arif tentang undang-undang.

Kata-katanya itu telah menyebabkan hakim Emelia Kaswati Mohd Khalid membidasnya semula dengan berkata;"Mana ada undang-undang yang membenarkan seorang ayah mengadakan hubungan s@ksual dengan anak perempuannya sendiri."

Beliau kemudian menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun dengan 10 kali sebatan.

Anak perempuannya yang berusia 18 tahun itu kini sedang sarat mengandung tujuh bulan akibat daripada perbuatannya.

"Apa juga hukuman yang bakal dikenakan ke atas kamu tidak akan mengembalikan semula kehormatan diri anak kamu.

"Saya juga tidak dapat bayangkan apakah masa depan anak yang bakal dilahirkan oleh anak kamu nanti. Adakah dia anak kamu? atau cucu kamu? Malah saya tidak dapat bayangkan betapa kelamnya masa depan mereka berdua," tegas Emelia Kaswati.

Lelaki tersebut didakwa melakukan perbuatan tersebut ke atas anak perempuannya itu di sebuah bilik di rumah mereka di Jalan San Peng, antara tahun 2007 hingga 24 Jun tahun ini.

Perbuatan tersebut merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 376 Kanun Kesiksaan.

Menurut kertas fakta, lelaki buta berkenaan telah melakukan perbuatan sumbang itu sejak tahun 2007 dan pada tahun ini sahaja dia telah merogol anaknya itu sebanyak tiga kali.

Anak perempuannya itu tidak melaporkan kejadian ini kepada pihak berkuasa kerana takut dan tidak mahu ibunya yang juga buta mengetahuinya.

Bagaimanapun perkara ini terbongkar apabila ibunya mula menyoal kenapa dia ingin menghindari peperiksaan dan ketika itulah dia memberitahu ibunya mengenai apa yang terjadi.

Lelaki buta itu mempunyai dua orang isteri yang juga buta dan lapan orang anak yang berusia di antara 22 tahun hingga 10 bulan

ni komen yang aku dapat kat dalam satu Forum yahoo..

comment 1 ~ Pandangan aku, Ini kes suka sama suka nih.....sibuta tu plak dah ada 8 anak
> > dgn dua bini...... nafsu kuat nih......kalau dia tak buta mcm mana erk....?


commen 2 ~ pendapat aku pon sama. ini kes suka sama suka, dh bnyk kali dia tibai
> takkanlah ank tu bior jek sdngkan ayah dia tu buta. apa dia boleh wat kalu
> buta nk takut hapenya nk tengok pepet ank pon takleh. kalu dia nk pelempang
> pon leh lari dia bukan leh kejo. silap2 ank tu yg leh pelempang ayah dia
> balik. dah la oku bini dua pulak tuuuu....org yg sempurna nie pon takut
> berbini 2. dia leh pula. mmng jenis KUAT MKN UBAT KUAT nie.



Banyak lagi comment sebenarnya... tapi ni jelah yang aku copy & pastekan.

Apa pandangan korang dalam kes macam ni

Dalam aku ditimpa masalah, Rupanya ada insan lain yang lebih berat ditimpa dugaan.

Salam...

Dalam aku ditimpa masalah, Rupanya ada insan lain yang lebih berat ditimpa dugaan. Dugaan didalam setiap kehidupan datangnya berbeza-beza. Ada yang berat dugaannya dan juga sebaliknya.

Awal pagi tadi kakak kat opis aku ni ada bagi satu blog ni. Nama blog tu Moon punyer blog. Dalam blog ni banyak cerita tentang adik ipar dia yang mengalami kanser otak ataupun nama sains dia Medulloblastoma. Dari tahap pemahaman aku dalam cerita di entry blog moon. Tahap kanser yang dialami sudah berada di stage 4. Harap dengan segalan ikhtiar yang dilakukan oleh keluarga dapat memberi kesan yang baik. 
inilah keadaan adik ipar moon. 

Dengan entry yang aku buat pada hari ni. Aku harap adalah insan yang sudi membantu setakat yang kita mampu. Walaupun dari sepotong doa yang penting kita ikhlas.

cimb


01070068677528


Noormawati Mohd Rasif
Kat atas ni no akaun norma. 

Selesai sudah.......

Salam....

Ok... ok... ok... dah tak mau emosi lagi. Aku dah tulis surat cinta dah bagi kat orang yang buat emosi aku terganggu. Harap dia dapat terima luahan perasaan aku tu. Kelakar aku ni kan. emosi terganggu pun siap tulis suratkan. Sebab apa aku tulis surat. Kalau korang nak tau aku ni tak reti nak marah dekat orang yang buat aku berserabut. Kalau aku marah dan membebel-bebel kat orang tu. Nanti airmata aku tu sama laju keluar dengan apa yang aku bebelkan. Sudahnya ayat bebelan aku tu akan tenggelam timbul dengan sedu-sedan dan airmata.

Love letter from google

Baiklah aku tulis surat je dan orang tu boleh dapat penyampaian aku dengan sempurna dan terus meresap masuk ke dalam jiwa dia. tapi kalau hati batu memang tak dapat proses pun penyampaian aku tu. Tapi orang ni kategori hati yang lembut lagilah. Sebab surat yang aku berikan tu dia dapat terima dan proses dengan baik sekali. Dia pun dah minta maaf dengan aku. Aku pun sama dah minta maaf juga kat dia. Kira adillahkan walaupun aku sakit hati tak semestinya aku pun tak salahkan. Kena sama² minta maaf barulah masalah tu pergi dengan tenangnya. 

Hati aku tenang dan  Hati dia tenang bila masalah tu dapat diselesaikan dengan cara yang baik. Harap lepas ni takderlah nak bermasam muka lagi. Tak best ooo.. bila muka masam buat keje pun tak selesa... 

Dan aku nak ucap jutaan terima kasih kepada kakak, abang, adik-adik dan rakan² blogger yang memberi comment dan nasihat yang betul² berguna dan sanggat² aku perlukan. Dengan nasihat koranglah aku dapat semangat untuk menyelesaikan masalah yang aku alami..

Terima kasih dan SAYANG banget kat korang...


Emosi ternganggu

Salam..

Emosi aku tengah ternganggu sampai tahap nak berblogging pun dah jatuh merundum ketahap zero. Sampai satu tahap rasa nak private je blog aku ni. Tadi aku dah cuba nak privatekan blog ni. Tapi rasa sayang yang sangat² mengunung blog yang dah dekat tiga tahun usianya, apatah lagi rasa sayang kat korang yang selalu memberi comment di blog aku ni. Walaupun ntah apa² cerita yang aku upkan. Hanya setakat setengah hari je aku mampu privatekan blog aku ni.. SAYANG sangat kat blog ni. Hanya blog je boleh menjadi tempat luahan dan rintihan hati aku ni..

Rasanya aku nak lari je dari tempat yang aku berada sekarang. Aku rasa taknak muncul kat sape² pun yang kenal aku. Tapi bukan semua masalah boleh diselesaikan dengan cara melarikan diri dari mencari jalan penyelesaian. Dah penat aku memikirkan untuk mencari jalan penyelesaian bagi masalah yang aku hadapi tapi tetap jugak buntu.. herm... 

Hari ni hanya mampu menelan satu cup maggi dan biskut kering

Bila dah buntu selera makan pun merundum ke zero. Orang kata tak baik mengeluh mengenang nasib dan ujian yang kita dapat darinya. Jadinya aku redho dengan segala kemungkinan. Ya Allah Terima Kasih dengan Ujian MU.

Dapat satu artikel dari satu blog ni harap dapat membantu aku menenangkan fikiran yang bercelaru 

Kita selalu bertanya, dan kita sering lupa Al-Quran sudah menjawabnya.


KITA BERTANYA : KENAPA SAYA DIUJI SEBEGINI ?
QURAN MENJAWAB
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; ”Kami telah beriman,” (“I am full of faith to Allah”)sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” -Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KITA BERTANYA : KENAPA SAYA TAK DAPAT APA YANG SAYA IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”  - Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” - Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA LEMAH BILA DIHADAPI UJIAN?
QURAN MENJAWAB
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.” - Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA(UJIAN)?
QURAN MENJAWAB
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yangberkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka? - Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN BILA DIUJI SEBEGINI!!!
QURAN MENJAWAB
“… ..dan jgnlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari Rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”- Surah Yusuf ayat 12


Psst : runsing menyebabkan kemurungan yang melampau... mulalah syaitan berbisik dengan kata² yang buruk untuk menyesatkan kita dalam keadaan kecelaruan.

Apa-apa jelah... dah tak tau nak letak apa

Salam...

Tajuk panjang² tu maksudnya aku dah tak tahu nak letak tajuk apa. Sekarang ni otak macam jem je. Berfungsi pun untuk perkara lain yang lebih penting. Nampaknya aku kena tenangkan fikiran barang sehari dua agaknya. Banyak benda nak kena settle. pergi bercuti pun bagus gak ni.

Walaupun banyak benda nak settle perkara yang ni pun penting jugak. Kalau tak alamatnya berbunyi je pinggan kat atas meja diketuk anak bujang aku. Menu simple aku last week jam dua baru gigih nak masak kat dapur padahal anak bujang aku dah membebel² kata lapar. Bukan aku tak sempat masak tapi kalau aku gigih kemas rumah lapar pun hilang.

Sayur goreng sempoi je..  gegar sikit gambarnya..

Ikan masak tauchu.... aku tak sempat makan ikan ni.. 

Masak lemak ayam.. disebabkan ayam ni aku tak sentuh ikan masak tauchu tu.. sampai dua hari aku ulang makan ayam ni.. ntahlah masa tu aku rasa terlebih sedap pulak ayam yang aku masak ni.. lagi kering kuah lemak ni lagi sedap.. lagi² kalau cicah dengan lempeng pergh.. sedap sangat.

Cekci pulak anak bujang aku ni
Inilah budah yang asik mengetuk meja dengan pinggan dan mulut tak berhenti bercakap lapar je.. sampai dua tangan dia makan masa tu.. lapar sangat kot.. kesian anak bujang aku ni..

Psst : rasa macam nak berhenti berbloging je.. tapi hati dah sayang...

Blog aku pun tak kecuali

Salam..

Tadi BW kat beberapa blog ada mengatakan blog yang bakal diserang hackers. Try search blog aku pun tidak dikecualikan. Tak tahulah samada betul atau tidak. Pada yang disenaraikan harap korang berhati-hatilah. Try tukar password atau apa² pun lah untuk langkah berjaga². 


Kat sini antara blog yang disenaraikan. Korang checklah kot² blog korang pun ada sekali. 

 Psst : blog picisan pun nak kena godam..

Kebuntuan otak

Salam hari jumaat..

Bila jumaat menjelma idea dah habis digunakan untuk hari² yang sebelumnya. lagi² pula gambar yang aku ambil sebelum ni dah habis terdelete sebelum sempat aku transfer ke dalam computer

Tatapan untuk pagi ni sekadar santapan untuk mengisi ruang perut aku yang dari bangun tido tak henti² menyanyi lagu dondang sayang. menjerit² kelaparan.. 

Nescafe buat penghilang rasa mengantuk

Nasi impit  kuah kacang pedas meletops.. hasil beli kat kantin..

Kuih-muih untuk kudap-kudapan menjelang lunch nanti..

Tapi takderlah aku makan sekali hadap. beli lebih boleh kongsi makan dengan member² opis..

Psst : tensi ni banyak gambar dah terdelete dari henpon.. wuhuuuu.. 

Air tangan mu.....

Salam..

Balik keje semalam en. suami dah bersilat kat dapur.. ntah angin mana yang menyampuk dia pun aku tak tahulah.. over rajin pulak dia semalam..

Aku tengok atas meja dah sedia dengan makanan yang dia dah siap masak.. tapi bukanlah gulai lomak atau sambal tumis.. semalam en. suami masak fish n chip dengan burger en. ramli.. en. suami kata masak sendiri lagi puas dari beli kat kedai..

layan jelah gambar kat bawah ni... 

 burger air tangan en. suami.. special lagi siap ada telur separuh masak... gemuklah bini awak ni... kalau hari² dihidang dengan makanan serupa.. huhuhu..

ni pulak fish n chip (macam rupa goreng pisang pulak)... tapi sedap sangat.. mesti puji supaya bila en. suami baca manalah tau mood kerajinan en. suami datang dia akan masak dan aku boleh lepak² layan tv dan anak²..

Semalam betul² aku rilek lah... takyah susah payah kat dapur nak menumis bagai.. tau² balik keje makanan dah siap atas meja... ai lap u lah en. suami....

Psst : kalau hari² diberi layanan macam ni alangkah indahnya............. mulalah aku berangan lebih² ni..

Hapus

Salam khamis yang memberi seribu rahmat...

Panjang pulak salam aku hari ni.. yelah sebagai pembuka kata mesti letak ayat yang manis² je kan.. barulah memberi impak yang menarik kepada korang bila baca citer aku.. boleh ye macam tu.. kira dah macam ayat bodek pulakkan..

Ni citer minggu lepas.. balik dari kerja aku nak pergi amik si uzrei dan uzair kat rumah makcik dia.. masa aku sampai kat rumah tu.. oklah dua² beradik tu ada kat rumah.. bila aku kusyuk berborak dengan kakak aku bila masa aku nak balik je.. aku panggil si uzrei.. sekali takder.. sepupu perempuan dia pun takder .. ni sah pergi kat taman belakang rumah.. aku tak kesah nak pergi tapi bagitaulah kan.. melilau pulak nak mencari dia.. geram je hati aku...

Aku pun start engine kete terus pergi kat taman belakang.. tapi tak der.. sekali aku nampak macam kelibat uzrei kat satu rumah ni.. terus aku berhenti depan rumah tu... sampai je kat depan rumah tu.. terus terkeluar ayat seperti kat bawah ni..

Aku ~ ni yang rasa macam nak hapuskan je rumah ni...
Adik aku ~ amboi kak... kejam betul ko... nak hapuskan rumah ni...
Aku ~ yelah....... susah tau.. anak hilang je mesti kat rumah ni...
Adik aku ~ tak baiklah kak... dia pun nak cari rezeki.. cara ni je dia dapat tambah rezeki...
Aku ~ (dalam hati) insaf..... yelah.. aku cakap je.. takkanlah aku betul² nak hapuskan rumah ni pulak... kang masuk surat khabar lak...

Terus aku panggil uzrei masuk kereta.. sambil aku berkhutbah kat dia.. macamlah anak aku faham sangat apa yang aku bebelkan tu.. senyum lagi adalah.. herm.....

Kat bawah nilah rumah yang aku nak hapuskan tu.. tapi bukan salah orang nikan.. salah ibubapa jugak yang bagi budak² tu duit untuk beli jajan ni... 

Ramai tak bebudak kat depan rumah ni.. ni diorang semua tengah nak beli jajan... tu yang secara automatik keluar ayat Hapus dari mulut aku..

ni lah uzrei.. dah siap sesi membeli-belah kat rumah ni.. terus happy je.. dia tak tau dalam hati mama dia tengah mengelegak nak marah dia... sabar jelah aku... boleh dia senyum simpul je dengan aku... haish.. anak²

Budak kalau jarang keluar rumah macam uzreilah jadinya.. macam cacing kepanasan je... tak leh nak duduk diam.. semua tempat dia nak jelajah... 

Aku pernah jumpa budak dalam 3/4 tahun keluar rumah sorang² tanpa pengawasan ibubapa.. jalanlah tepi longkang.. berani betul mak diorang biarkan anak² tu jalan sorang².. aku hilang kejap pun dah pening nak cari kat mana... herm... tapi terlampau terperuk kat rumah pun tak bagus jugak.. terlampau biar lagilah tak elok... macam mana ye.... biar sambil pantau kot.. macam tu lah senang citer... 

Psst : Kalau nak membebel pasal pantau memantau anak ni sampai bila² pun tak habiskan... yang penting sentiasa berwaspada..


(Banyak pulak blog yang kena block ni... kengkawan aku akan bw dari rumah ye.. blog sendiri pun tak dapat dipaparkan dilayar perak computer... hehehe)

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...