Katakan orang %^&*&&*^(^@^#%

Salam....

Just nak citer perihal orang yang suka-suka katakan orang. Tapi dalam masa dia tak sedar dia pun tengah mengata diri sendiri.

Aku bukan apa.. yelah dalam tak sedar dengan keadaan orang disekeliling. macam-macam peel, gaya dan sebagainya yang akan kita jumpa. Aku selalu sangat dengar dialog orang yang macam-macam. Tapi dalam masa yang sama dia pun macam tu jugak.

ni aku nak bagi contoh ye... cheh.. siap nak bagi contoh lagi. contoh je tau.. yang lelain korang cari sendirilah ye.

Orang  - ko tengok budak tu.. kemain mengetat lagi baju dia.. dah lah tak bertudung... nampak susuk badan.. benjol-benjol sana-sini.... 
aku - erk.... a'ah.. tapi dalam masa yang sama aku pandang dia. cakap dalam hati "eh.. bukan baju ko pun ketat jugak ke. cuma ko bertudung je" dalam hati jelah mampu... aku takder kekuatan nak tegur depan-depan lagi. bila nak ada tak taulah... huh....

Kalaulah dah rasa diri kita tu sempurna sangat. Cubalah kita tegur elok-elok dengan orang tu. cakap sopan-sopan manalah tau orang tu boleh terima teguran kita. Sebab aku pernah alami situasi macam ni. dan Alhamdulillah dengan teguran yang aku terima tu. Sekurang-kurangnya aku berubah kepada yang lebih baik.

Daripada kita sok... sek... sok... sek... kat belakang dia. dan kadang-kadang tanpa segan silu berbisik-bisik depan orang yang dikatakan tu.. lepas tu ketawa. Kalau aku kat tempat orang tu mesti dah tertanya-tanya apalah yang diorang ni bisikkan? dalam hati mesti kata diorang ni mengata aku ke? ada yang tak kene ke dengan aku ni? 

Yelah kekadang tu kita ni pakai baju mengetat bagai tapi bagi pandangan diri kita dah elok dah baju tu terletak kat badan kita. Tapi tak fikirkan pulak pandangan orang lain betul tak? Macam tu jugak orang yang mengata orang tu. Pakai elok dah.. bertudung bagai.. kalau tak bertudung pun. sopan je pakai baju kurung dan baju yang polos-polos. Tapi yang bertudung ni pulak pakai baju ketat ya amat.. sampai tang butang baju tu menegang semacam.. kalau butang tu boleh menjerit.. mesti dia menjerit minta tolong.. hahaha..
Yang tak bertudung pakai baju polos-polos ni pulak.. memanglah ko cantik dah polos je baju. sopan je orang tengok. tapi tetap ada kekurangan jugakkan.. ce telek diri sendiri apa yang kurang. 

Tak payahlah sibuk nak mengata orang kalau diri sendiri pun tak betul. Tapi kalau rasa sakit mata dengan orang macam tu, Kalau rasa ada kekuatan nak menegur dengan cara yang sopan. Takkan menguriskan hati orang lain. Baiklah kita tegur orang tu elok-elok. Tak esok dia berubah.. kot bulan depan ke ataupun bulan-bulan berikutnya. 

Aku bukan apa kekadang aku sendiri pun tak betul jugak. Kekadang pakai tudung tapi separas dada.. pun tak tutup dada jugak.. tu akulah... aku sedar.. "eh... jap.. jap.. aku nak labuhkan tudung aku.. nasib pakai tudung bawal hari ni. bolehlah labuhkan.." atau mungkin jugak ada yang aku tak sedar.. Harap adalah orang sudi tegur aku nanti. Tapi nasib baik orang sekeliling aku sudi menegur aku kalau aku kalau aku ada salah atau cara aku tak betul. Thanks kengkawan.. chewah...

herm... tu yang selalu aku fikirkanlah bila orang ni nak mengata perihal orang lainlah.. kotlah korang pun ada terdetik lebih dalam fikiran korang perkara yang sama macam aku ni. Ok stoplah entry Katakan Orang ni ye..

Meh serapan dulu...

Minuman hari ni..
Horlick adik aku
Teh ais aku - haus sangat.. tapi sebenarnya nak order Teh panas.. Terlaju cakap Teh ais pulak...

Roti telur..
Niat dihati nak makan Roti Cheese.. Tapi cheese tak do lah.. order roti tampal..
Tapi yang sampai kat meje Roti telur.. Herm... takperlah.. sama je.. Cuma takderlah telur separuh masak kat roti tu... 

mau sambung buat keje...

Sekian

babai.


Sekiranya korang berminat JOIN Sophie Paris. Hubungi je aku.. aku akan terangkan caranya. Bermula dengan yuran keahlian sebanyak RM15. Dan akan mendapat keuntungan yang tidak dapat dijangkakan.
Tel : 0196993415 Email : ffmbaishah@yahoo.com
 

9 comments:

  1. paling x suka orang yang suka mengata...diri sendiri x sedar...kan...

    ermmm terliur ngan roti telur tu sedapnyer...

    ReplyDelete
  2. Manusia memang macam tu. Selalu nampak kekurangan org lain tak mau pulak nilai diri sendiri.

    ReplyDelete
  3. betul kata org2 tua...koyak kain org lain nampak..sedangkan kain sendiri dah rabak...semoga kita bukan tergolong dlm golongan org2 yg sedemikian...semoga kita Insafi diri cermin diri tgk diri sendiri dahulu...Gud N3 ni kebaya...

    ReplyDelete
  4. roti canai telur bawang...ermm...sedap nya....:)

    ReplyDelete
  5. sepatutnya pagi tadi nak beli roti sardin.. sedap plak pekena roti sardin last saturday kat kedai makcik kelantan tu.. tapi too rush.. tak sempat stereng kete nak membelok ke sana.. uwaaaa. esok lah plak.. hehehe

    ReplyDelete
  6. tak menahan akak bila ko tetiba nak melabuhkan tudung.. hahahaha

    kekadang takut jugak nak mengata, takut Allah balik'n satu hari nanti & kena batang hidung sendiri yg tak mancung ni.. huhuhu

    ReplyDelete
  7. Kena sedar diri dulu baru ngata org...

    Salam jejak sini...

    ReplyDelete
  8. Betul... selalu perkara mcm ni berlaku kt ofislah.. suka betul ngata org, tp diri sendiri tak diteleknya dl..hu..

    Thanks ats peringatan jugak..biasala manusia kan, harus nasihat menasihati..ingat mengingati.l

    ReplyDelete

Terima kasih kepada Blogger yang komen di blog RK. Tunggukan kunjungan balas dan comment dari RK di blog korang ye. Nak Reply comment disini RK takut tak sempat je.

@}------LOL to all comentar------{@

Nota Penting!
Pada yang nak letak Iklan. Tolong letak d ShoutboX atau bayar RK RM o.5o per comment boleh? boleh jugak beli cekedis ~ ahaks~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...