Senang dah sekarang ni..

Salam..

Senang dah sekarang ni nak buat sebarang aduan. Tak yah nak dail2 kat telipon bagai dah. Hantar je aduan melalui Website yang disediakan. Kalau tak dulu nak kena dail. nak kene tunggu operator angkat. Kalau sibuk dengarlah lagu kat talian tu. Ataupun kalau bosan menunggu terus letak je phone tu. Dan terkubur teruslah aduan tu nanti. 

Last week aku buat aduan kat MPK klang sebab lampu jalan kat rumah aku dah tak berfungsi sejak setahun yang lepas. Masa tu aku ada call pihak MPK siap dah bagi no aduan bagai. Tapi sebab aku pregnant aku lupa lak nak follow up. No aduan pun dah hilang ke mana ntah. 

Sebab anak aku ni pergi kelas mengaji malam. Walaupun tak sampai beberapa buah rumah pun dari rumah aku. Aku tetap risau jugakkan. Maklumlah bebudak ni kalau bawak motor tu mana nak pandang kiri kanan. Tu yang teringat nak buat aduan baru kat MPK klang.

Tengah aku nak cari no telifon kat online. sekali aku terjumpa e-aduan kat website dia. aku register dan terus buat aduan kat MPK klang. 

Ni aduan yang aku buat kat MPK.
Minggu ni dah ada orang call aku..
tapi.. rupanya tiang lampu rumah aku tu under TNB pulak.
jadinya aku kena report kat TNB lah..

Bila aku godek-godek website TNB sekali jumpa pulak cara aduan yang lagi cepat.. 
hehehe.. mestilah nak yang mudah dan cepatkan. Aduan secara chatting. wah dah lama tak chating2 ni.. teringat zaman bercinta dengan en. suami dulu. hehehe... selalu berchatting kat yahoo massenger.

chatting 1

Chatting 2

nilah cara aduan kat TNB pulak... 
tu perbualan antara aku dengan customer service TNB
Alhamdulillah dah buat aduan. 
tunggu dalam masa 48 jam lah.
kalau takder tindakan memang  kena call dan bagi no rujukan yang telah diberi oleh customer service tu.
Harap-harap pihak TNB boleh bagi kerjasama dengan secepat yang mungkinlah.
Risaulah.. dahlah rumah aku kiri-kanan takder jiran. rumah kosong tak berpenghuni pulak tu.
Sebelum terjadi apa-apa baiklah aku buat tindakan sekarang.

Ok.. rajin lak update sampai dua ceriti hari nikan.

sekian

babai...


Sekiranya korang berminat JOIN Sophie Paris. Hubungi je aku.. aku akan terangkan caranya. Bermula dengan yuran keahlian sebanyak RM15. Dan akan mendapat keuntungan yang tidak dapat dijangkakan.

 Tel : 0196993415 Email : ffmbaishah@yahoo.com

 

4 comments:

  1. aduan pun di hujung jari. kelasss!

    ReplyDelete
  2. canggihkan sekarang kak...semua dihujung jari...ye la kak, kalo dah soping pun boleh dok depan pc ajek...heheheeheh...

    yg penting dieorg amik tindakan cepat la kan kak..sian pengguna nanti....

    ReplyDelete
  3. lain pulak ceritanya dgn sVs. Dah buat aduan melalui email ke MPAJ sebanyak 3 kali tapi masih tiada tindakan. Akhirnya sVs jumpa sendiri dgn pegawai yg bertugas dan dia suruh buat lagi aduan melalui email... sVs tanya la, aduan yg ke berapa ratus baru tindakan akan diambil??.. kalau korang hangin tak?

    ReplyDelete

Terima kasih kepada Blogger yang komen di blog RK. Tunggukan kunjungan balas dan comment dari RK di blog korang ye. Nak Reply comment disini RK takut tak sempat je.

@}------LOL to all comentar------{@

Nota Penting!
Pada yang nak letak Iklan. Tolong letak d ShoutboX atau bayar RK RM o.5o per comment boleh? boleh jugak beli cekedis ~ ahaks~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...