Showing posts with label Aku. Show all posts
Showing posts with label Aku. Show all posts

Moga lebih sihat....

Salam....

Selepas baca beberapa testimoni.. Aku pun teruja jugak nak test detox tea ni.. Maklumlah umur dah mendikit ni.. toksin dalam badan pun dah banyak terkumpul... 

Sebenarnya tea ni baru je sampai hari ni.. hehehe.. hari ni jugak baru pertama kali nak minum.. kesan nye aku tak tahu lagilahkan.. setiap badan tu penerimaan nyer berbeza-beza.. harap kesan yang baiklah.. kikiki...

 aku beli dua jenis ni... ada banyak lagi flavour.
korang nak tahu detail boleh masuk kat link blog aku bagi kat bawah ni ye..



aku try tea dandelion burdock ni...

khas

infusion detox water ni bagus untuk detox organ penting macam hati,hempedu,buah pinggang.

Kalau ada masalah kulit macam ezcema atau ruam-ruam or jerawat memang bagus amal infusion water ni.

bagus utk hati, rendahkan kandungan gula dalam darah dan amat- amat bagus utk  buah pinggang , hati, pundi hempedu dan radang masalah usus. Ia menggalakkan rembesan hempedu, dan merangsang hati, pankreas , limpa dan pundi hempedu. Akar dandelion adalah baik untuk membantu dengan batu karang , penyakit kuning, ketagihan arak , hepatitis dan terutamanya pembesaran hati dan limpa.

Infusion water ni rasa seakan-akan air ribena.
Sedap.

Ingredients: Apple Pomace, Hibiscus, Sweet Blackberry Leaves, Flavourings (Grapefruit & Blackcurrant), Citric Acid, Chicory Root Roasted, Burdock Root (3%), Hawthorn Leaves with Flowers (3%), Dandelion Root (2%), Ginseng, Rosehip, Blackcurrant Fibres. 

aku copy ayat SafiyyahOsman je...

ok.. babai..


Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

Kasih seorang Abah

Salam....

Hari ahad lepas.. keluarga aku dikhabarkan berita yang kurang enak.. Abang aku pula jatuh dari lori semasa kerja. Doctor sahkan tulang belakang abang aku patah.. Aduhai.. Hujung tahun lepas pun dapat dugaan yang sama.. Abang ipar aku jatuh dari pokok dan patah tulang belakang juga.. Tapi sekurang-kurangnya masih boleh duduk lagi.. tapi Abang aku ni hanya boleh gerakkan kaki sahaja..

Tapi sekarang doctor suruh balik dulu.. dan pakai Support untuk stabilkan pinggang dia... dalam 14 hari kalau abang aku still tak boleh nak gerakkan badan.. Kemungkinan kene operation jugaklah... Harap abang aku kuatlah...

Aku pun belum sempat nak melawat dia.. Insya Allah hari minggu ni nak pergi melawat dialah... dahlah hanya ada dua orang abang je...



Sedih tengok muka abang aku ni....


Kasih seorang Abah...
Tengah mengusap anaknya.... 


Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

WW - Susu

Salam....

Saja nak share dengan korang susu free dari Dumex Mamil... aku ingatkan dapat sample yang jenis sachet-sachet rupanya dapat sekotak dari dumex... Alhamdulillah...

Susu perisa coklat
sedap.. aku suke.. sebab aku ni sebenarnya bukan suka sangat minum susu perisa asli.
korang kalau nak free sample ni.. 
boleh click link kat sini
Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

Iras

Salam...

Rindu dengan arwah emak.. Al-fatihah untuk emak.


Minggu lepas rasanyer kejadian ni... pergi hospital bawa Usyair Darwisy sebab demam tak kebah-kebah dekat lima hari. badannyer panas dalam 39-40celcius dalam lima hari tu... Risau taku denggi pulakkan.. maklumlah cuaca macam sekarang ni... banyak benda tak boleh diramal.. dengan nyamuk aedes banyaknyer... Malam kalau tak spray dulu sebelum tido... memang tak boleh nak tido lena pun.. nanti... kejap.. kejap bangun garu badan sebab kene nyamuk..

Masa kat spital tu... sementara menunggu nombor dipanggil.. duduklah kat satu sudut ni... sambil melayan Usyair Darwisy yang banyak ragam tu.. Terpandang satu wajah ni... Terus teringat kat arwah emak aku... Aduhai... raut wajah memang lebih kurang... yelah raut wajah orang tua ni memang lebih kurang je samanyerkan... Huh... masa terpandang tu rasa macam nak peluk je.... Kalau takder orang ramai masa tu.. memang aku peluklah... biar terubat rindu ni.. tapi tulah... Hati ni lebih banyak segannyer.... Nilah wajah makcik yang ada iras-iras arwah mak... 

Mak... terubat sikit rindu kat mak... Moga mak tenang kat sana...

 Maaf makcik... saya curi amik gambar makcik...
sebab saya rasa bila amik gambar makcik ni... rasa terubat rindu kat arwah mak saya..


saya amik dua keping gambar makcik..
harap makcik tak marahlah ye..

tapi ada cerita disebaliknya...
lagi satu aku respek giler dengan cucu makcik ni...
mungkin emak dan ayah dorang keje masa ni... atau tempat keje dorang jauh dari rumah..
Cucu makcik ni bawa adik dia yang usia lebih kurang 8/9 bulan ke hospital maybe sebab demam kot..
dalam masa yang sama jugak adik dia kene masuk ward... memang aku respeklah tengok macam mana dia layan adik dia yang masa tu tak sihat...
aku berdoa semoga nanti anak-anak aku pun akan layan adik-adik dia macam cucu makcik ni.


babai..


Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

WW-Happy

Salam...

Kurang bicara hari ni... 


Muka happy sebab ada orang antarkan keje...
Kejadian semalam... Hari ni pegi keje sendirian.. huhuhu



Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

Persediaan untuk korang

Salam..

Preparation untuk korang menjelang untuk menghadapi GST.. Aku tolong sebarkan je.. Kalau salah info ni.. salahlah aku... kalau betul harap berguna untuk korang.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, GST yang akan dikenakan kepada transaksi ATM jika wang dikeluarkan melalui MEPS ialah enam peratus daripada kadar caj yang dikenakan MEPS, dan bukan berdasarkan jumlah pengeluaran wang. "Perkhidmatan yang mengenakan fi atau yuran memang tertakluk kepada GST, contohnya seperti perkhidmatan MEPS. "Tetapi, kalau pengeluaran wang di ATM bank sendiri tiada apa-apa caj GST," katanya kepada Sinar Harian. Kadar caj yang dikenakan MEPS kini adalah RM1 bagi setiap transaksi ATM antara bank-bank tempatan. MEPS dalam laman webnya memaklumkan bermula 1 April 2015, pemegang kad bank tempatan akan dikenakan caj RM1.06, termasuk enam peratus GST bagi setiap transaksi. Caj berbeza yang dikenakan kepada bank luar negara turut akan dikenakan GST. Kalau tuan pakai kad maybank... Keluarkan duit kat atm maybank, takdenya dicaj 6%... Kalau guna kad maybank cucuk kat cimb... Di situ terdapat caj MEPS RM1 bagi setiap pengeluaran... & di sini datangnya CAJ GST... 6% dari caj perkhidmatan pihak MEPS iaitu RM1+6%GST= RM1.06 bukannya 6%. Jika keluarkan duit RM1000. So kat statement akan keluar Rm1001.06. Bukannya RM1000+6%=Rm1060. Semoga penjelasan ini dapat tambah pengetahuan kita tentang GST. Ada baik... Ada buruknya... Ops.... Ada ayat tergantung... .... 6% dari caj perkhidmatan pihak MEPS iaitu RM1+6%GST= RM1.06 bukannya 6% dari jumlah pengeluaran kita..... [11/03 2:02 PM] ‪+60 19-447 8102‬: INFO GST: Info ini bertujuan untuk rakan2 lebih bersedia dan membeli barangan keperluan penting sebelum pelaksanaan GST. BERIKUT ADALAH SENARAI BARANGAN YANG DI JANGKA AKAN NAIK HARGA, TURUN DAN TIDAK BERUBAH SELEPAS PELAKSANAAN GST PADA 1 APRIL 2015 - Sumber dari Jabatan Kastam (petikan dari Star). (A). BARANGAN YANG DIJANGKA NAIK HARGA: 1.Talipon bimbit 2.Komputer 3.Ipad dan tablet. 4.Mesin fotokopi. 5.Percetakan foto digital. 6.Pengangkutan barangan (kos hantar barang). 7.Air minuman (mineral) 8.Majallah2. 9.Bebola ikan (fish ball) 10.Sardin tin dan tuna. 11.Lipstik. 12.Pewarna kuku. 13.Motosikal 100cc 14.Jam tangan. 15.Aiskrim. 16.Cheese. 17.Gandum dan makanan cereal. 18.Sos cili,sos tiram dll. (B).BARANGAN DI JANGKA TURUN HARGA: 1.TV 2.Peti sejuk. 3.Penghawa dingin. 4.Spark plug, pad brek dll (alat ganti motosikal). 5.Bateri kereta. 6.Sistem Home Theater. 6.Pengering rambut. 7.Kipas angin dan pembakar roti. 8.Dapur gas 2 penunu. 9.Seterika letrik. 10.Tuala mandi . 11.Pensil warna. 12.Berus gigi dan ubat gigi 13.Dettol dan ubatan anti septik. 14.Kerusi meja 6 orang (meja makan). 15.Pampers pakai buang. 16.Kereta 850cc 17.Minuman ringan. 18.Tikar plastik. 19.Buah2an yang di import (epal,oren,anggur dll). (C).BARANGAN YANG MANA HARGA NYA TIDAK BERUBAH: 1.Roti dan makanan lain. 2.Minyak masak (minyak kelapa,sawit dll). 3.Daging (lembu,kambing,ayam,khinzir dll). 4.Buah2an tempatan. 5.Minyak Petrol RON95 & diesel. 6.Beras dan sayuran segar. 7.Ikan dan udang segar. 8.Susu tepung segera. 9.Telur ayam dan itik. 10.Tambang kenderaan bas dan teksi. 11.Minyak motor dan enjin. 12.Kadar X-ray di klinik swasta. 13.Kadar tol. PERINGATAN : 1.Jika anda berkenan dan merancang mahu membeli mana2 barangan dalam kategori (A) maka sila berbuat demikian sekarang sebelum harga barangan2 ini naik pada 1 April nanti. 2.Jika anda mahu membeli mana2 barangan dalam kategori (B) yang di jangka akan turun maka jangan beli sekarang dan tunggu selepas 1 April untuk mendapatkan harga lebih rendah. 3.Akan ada peniaga tamak yang akan cuba ambil kesempatan dari mereka2 yang tidak tahu atau tidak faham dengan GST untuk menaikkan harga barangan yang mana tiada dalam senarai barangan yang di kenakan GST dan di harap info di atas dapat membantu semua..sebarkan



Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

Uzur...

Salam..

Bukan uzur apa sebab kesihatan pun.. Tapi yang uzurnya Kad pengenalan aku.. Hazab sangat dah rupanya... Kat tepi-tepi tu dah banyak terkopek-kopek.. Nak pergi ke Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara malas lelagi bersesak-sesak dengan orang yang ramai.. Boleh kata hari-hari ada orang nak berurusan dengan JPN. Macam-macam urusanlah.. Elok amik aku keje kat JPN tu.. hehehe

Buruk beno dah ic aku ni... mata pun dah tak nampak.. huhuhuhu...

Belakang ic lagilah
ic orang line siap ada tulis chip 64k atau 80k.
aku hanya tulis MEPS/Cash je..
sedey betullah... uzur sangat dah ni... 
Last aku buat ic pun masa tu umur 22 kot.. tu pon sebab hilang..
tu yang muka dalam ic pun sedey je...
mana tak sedey.. satu henbeg hilang.. 
kad atm, ic, duit semua hilang
buat ic pun pinjam duit kakak aku.. ater nak bayar denda macam manakan..
duit pun tak leh keluar... 

Tapi pagi tadi aku nak cek mykids Ulfah Delisha dah siap ke belum kat dalam website JPN.. Tu pun aku try luck je.. nak call malas.. sekali boleh cek online pulak... bila aku cek dalam website mykids dah siap.. sebab dah pergi JPN klang nak amik mykid.. tapi pegawai tu kata tak siap lagi.. tu yang malas nak gamble je pergi amikkan.... aku pun usha-ushalah kan kot.. kot.. boleh buat ic.. wah sekali ada pulak link tu.. bestnyer... Laju jelah akukan... Gunakan je kemudahan yang ada ni.. hehehe..

Tu bulatan merah tu.. untuk permohonan gantian ic baru.. 
tepi tu semua untuk kemudahan atas talian.. senangkan..
nak buat ic bagi yang hilang pun boleh... 
semuanya dihujung jari..

Korang kene daftar akaun dulu tau.. baru boleh masuk...
mana-mana kemudahan online semua macam ni kan... hehehe

Dah register boleh klik mohon disini... sebab aku dah apply tu yang tertera nama aku kat bawah tu...
Lepas tu korang ikut jelah step sampai siap... sehinggalah sampai ke pembayaran..



Bila korang dah selesai buat pembayaran... 

Akhirnya akan keluarlah yang macam ni...
Status masih dalam proses..

cumanya yang tak bestnyer... masih guna gambar muda remajalah..
takderlah guna gambar sekarangkan.. hehehe.. sebab sekarang lagi hots....
hahahaha... perasankan..

oklah.. korang trylah mana yang tak renew ic lagi...

sekian..

babai..




Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

 

Company Dinner (FFM Berhad)

Salam...

Sabtu lepas 6/12/14 berlangsunglah Annual dinner company FFM Berhad di One World Hotel, Damasara Utama. Tema masa tu adalah Lightning Greese.. Tapi seperti biasa aku tak derlah nak ikut tema.. hehehe.. tapi kalau tema tu aku berkenan aku ikut jugaklah.. ni kurang berkenan sikit.. pakai jelah apa yang ada kan.. 

 Dalam Kereta nak on the way ke One World Hotel..

Nombor yang kurang bertuah tahun ni.. hehehe
takder rezeki.. mih..mih..mih

 Seperti biasalah..
Makan tetaplah Chinese menu..
every year sama je menu nyer.. 

 Hidangan pertama..
Nasib dapat meja yang rata-rata sekepala...
apa yang terjadi kat depan tak peduli..
yang penting makan.. hahaha

 Mushrom sup...
hamik ko... dekat sebesar penumbuk cendawan dalam mangkuk tu...

 Nasi goreng daun teratai..
sedap... garing... 

 Ayam goreng garing bersama sos kari..
tapi tak rasa kari pun..
berdesing je masuk kat tekak..
tak leh nak makan sos dia tu..

 Yang ni sedap ikan masak asam..
tapi pekat betul kuah asam tu..
tapi memang sedaplah..

 ni pun tak tau nama apa..
sebesar penumbuk gaklah cendawan tu..

 Udang bersama sos bijan..
bolehlah...
dahlah aku alergic ngan seafood..
merasalah hari ahad tu.. lepas bangun tido.
mata macam kene cucuk dengan jarum.. pedih betul..

 ni air kelapa laut dengan rumpai laut..
sedap jugaklah..

 Dessert untuk penutup majlis...
manis berdenting... melekat kat tekak..

 Antara member - member seopis.. 
Sporting betul diorang ikut tema.

 Korang layan jelah gambar kat bawah ni ye...

 Lelaki tu boss kami..




Yang ada prop kereta bagai ni ni.. diorang ada buat persembahan malam tu.
Alhamdulillah dah 3 tahun berturut memegang Johan dalam persembahan..
Tahniah untuk mereka.

Sebab tak dapat apa-apa..
Nasiblah dapat Doorgift company bagi Power Bank
Lepas tu aku ada main roda impian.. dapatlah notebook kecik yang berbalut cantik tu.

oklah babai..

Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

 

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...