Showing posts with label keluarga. Show all posts
Showing posts with label keluarga. Show all posts

Abah

Salam...

Sebelum ni aku ada buat entry Kasihnya seorang Abah kan kat sini. Lepas je aku buat entry tu... Pada hari yang sama.. tak sampai beberapa jam aku buat entry tu.. Kat group wasap keluarga tetiba anak buah aku wasap abah aku kene tahan kat Emegerncy di HTAR

masa ni kat emergency... abah aku tetiba bangun nak solat subuh tak boleh berdiri...
abah aku kata bila nak angkat kaki, kaki dia terasa berat.
Mujurlah kakak aku bawa ke hospital cepat. Kalau tak bawa sampai hari ni kitorang tak tahu yang abah aku sebelum ni ada jatuh masa naik motor kat kampung.. Tapi abah tak citer kat kitorang sampailah hari sabtu lepas aku hospital lawat dia.. abah kata punca kaki dia jadi macam tu masa jatuh motor.. Aku ingatkan jatuh motor dah lama.. sebab sebelum ni pun abah pernah jatuh motor.. Rupanya baru sebulan yang lepas je abah jatuh motor... 

Dari hari rabu 29/4/2015 sampai hari ni 12/5/2015 dah 14 hari abah kat ward... Masih dalam pantauan doctor.. sebab doctor sahkan kat kaki abah aku ada darah beku. Sekarang setiap jam 6 petang doctor suntik Wafarin untuk cairkan darah beku. Mungkin dalam 3/4 hari lagi dah boleh balik.. Darah beku tu pun dah beransur2 cair kata doctor... Tinggal sikit lagi.. Aku Harap semuanya dipermudahkan...

Sebelum suntik wafarin tu memang kaki kiri abah aku bengkak sebelah... Bila pegang je panas je rasa kaki kiri dia.. Masa kitorang tak tahu punca sebenarnya tu... Bila abah aku kata kaki sakit. kitorang pun urut jelah... Ni sekarang doctor nasihatkan jangan urut. Baiklah ikut kata pakarkan....

Pic malam tadi...
anak buah aku wasap...
Barulah nampak lena abah tido...
kalau tak mengigil menahan sakitnya..
semalam petang pun dah nampak abah senyum sikit.
aku gurau dengan abah semalam... "abah dok spital ni nampak putih dah kulit.. hehehe
pastu abah senyum je... alhamdulillah..

Bertuah juga ada anak-anak buah dan kakak yang boleh menjaga masa kitorang bekerje.. ada juga anak buah yang sanggup korban masa tidonya.. walaupun waktu siang bekerja.. sanggup jaga abah aku pada waktu malam... Semoga Allah s.w.t sentiasa memberi keberkatan kepada semua ahli keluarga aku. Dan semoga keluarga kami tetap saling menyayangi dan sentiasa memahami serta membantu didalam kepayahan.. Insya Allah.. amin..

Ada lg kisah tragis lagi lepas kisah abah aku ni.. tu esoklah aku sambung ye... Insya Allah kalau free...

ok... 

sekian


Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

Kasih seorang Abah

Salam....

Hari ahad lepas.. keluarga aku dikhabarkan berita yang kurang enak.. Abang aku pula jatuh dari lori semasa kerja. Doctor sahkan tulang belakang abang aku patah.. Aduhai.. Hujung tahun lepas pun dapat dugaan yang sama.. Abang ipar aku jatuh dari pokok dan patah tulang belakang juga.. Tapi sekurang-kurangnya masih boleh duduk lagi.. tapi Abang aku ni hanya boleh gerakkan kaki sahaja..

Tapi sekarang doctor suruh balik dulu.. dan pakai Support untuk stabilkan pinggang dia... dalam 14 hari kalau abang aku still tak boleh nak gerakkan badan.. Kemungkinan kene operation jugaklah... Harap abang aku kuatlah...

Aku pun belum sempat nak melawat dia.. Insya Allah hari minggu ni nak pergi melawat dialah... dahlah hanya ada dua orang abang je...



Sedih tengok muka abang aku ni....


Kasih seorang Abah...
Tengah mengusap anaknya.... 


Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

Kuih tradisi minang dari indonesia.

Salam..

Aku tak tau apa nama kuih ni semua...
tau makan je.. hahaha...
ada 5 jenis semuanya..
tapi terpaling suka yang macam tart tu.. 
yang lelain suka gak... tapi taklah nak makan banyak kali..
tapi yang macam tart tu memang berulang kali aku makan...

Minggu lepas ada majlis kahwen anak buah aku kat kampung.
kakak aku order dengan kenalan dia kuih ni...
1st time aku makan dah jatuh cinta.. hahaha
1st time jugak aku jumpa..


Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

 

Menghitung..

Salam...

Tengok tu..
dah terpampang besar Admission 27/8/14 ni..
27/8/14 check in HTAR insya Allah 28/8/14 pagi induce.
Harap semuanya di permudahkan pada 28/8/14 tu nanti..
Kiranya genap 9 tahun aku berumahtangga bersama suami tersayang.
sepatutnya anibeseri tu 27/8/14 sebab tu tarikh aku diijabkabulkan..
tapi kalau 28/8/14 tu pun ok jugak kira hari majlis besar aku bersama en. suami pada 28/8/2005.
Tak sangka dapat date yang istimewa ni buat kami berdua.
Alhamdulillah.

sekian

babai.

Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~


 

Cucu-cucu atuk

Salam..

"atuk dah standby nak bagi duit raya..
cucu-cucu pula tersenyum kambing memandang sampul yang berada ditangan atuk.."

Gambar yang lelain tak transfer lagi dari kamera godang..
harap gambar yang ada dalam henpon jelah..

Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

 

2013

Salam...

Tetiba tajuk 2013 lakkan... masa buka google+ tetiba ada video ni.. saja nak share dengan korang.. hik.. hik.. hik..



Kenangan 2013
banyak perkara yang terjadi masa tahun 2013.
ni diantaranyalah... 


Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

 

Berbudi pada tanah..

Salam...

Tetiba nak buat citer berbudi pada tanahkan... padahal area rumah aku ni mana ada tanah.. adalah tanah depan rumah aku tu.. tapi gigihlah nak menebas lalang tu... lagipun bukan banyak tanah pun kat situ... batu je yang banyak.. yelah tempat tu pun benteng untuk elakkan banjir.. takut nak usik tanah kat situ.. mana tau roboh tak pepasal je kawasan rumah aku tu bila air sungai pasang je. nanti jadi banjir..

Tapi ada gak tanam pokok mangga kat situ.. hehehe... takkan nak tanam pokok mangga dalam pasu lak kankan.. kan celah manalah akar pokok mangga tu nak keluar... tak muat.. Kalau pokok renek-renek bolehlah di tanam dalam pasu...



Nilah hasilnya berbudi pada tanah..
en. suami tanam bayam.. pehtu ada terselit pokok tembikai.. 
nyawa-nyawa ikan jelah pokok tembikai tu... macam mana nak menjalar kalau tanah banyak tu je..
hahaha
tapi yang penting bayam tu menjadi... tengok segala bekas en. suami tanam bayam...
asalnya dua bekas je.. pehtu tetiba banyaklak membiak bayam ni.. kene transger ke bekas lain...

pehtu petang selasa en. suami suruh aku amik bayam tu... takut bayam tu layu nanti.. katanya dah sesuai untuk dituai.. chewah... tuai bagaikan.. macamkan tanam sebendang padi... hehehe

Hasil tuaian...
taklah banyak mana pun..
tapi sebabkan tengok bayam tu segar.. 
rasa tak sabar nak masak...

Inilah hasilnya... bayam masak bening.. Alhamdulillah... cukuplah aku sikit.. en. suami sikit.. anak-anak nak kan kuah je.. liat betul nak makan sayur tu..
aku sekarang kalau masak sayur.. kalau tak masak bening. masak lemak lak..
sebab anak-anak masak macam ni je dorang laju makan...

Keseluruhan menu malam tu...
sardin masak asam, ayam goreng, sotong goreng peberet ku.
dan semestinya bayam masak bening...

bertambah-tambah makan... sampai tak cukup nasi lak...

Sekian 

babai..


Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~


 

Perjalanan...

Salam...

Perjalanan lah sangat kan... dengan tak berupdate blognyer.. tetiba update nak citer perjalanan.. aku buat masa sekarang ni malas sikit nak update blog.. visitor pun makin merundum dah.. hahaha.. tapi takperlahkan... dah salah sendiri yang malas nak update.. ni sebab terdatang angin rajin nak update pun sebab Nuffnang bagi iklan berbayar Laneige kat atas tu.. Korang kalau rajin clicklah kat iklan tu.. hehehe.. nak tambah pendapatan untuk bersalin nanti.. mih..mih..mih

Ok ni nak citer pasal perjalanan.. Semalam aku cuti sehari sebab nak hantar abah aku pergi umrah. Patutnya abah aku naik flight pukul 7 malam.. tetiba aku tengah service kete adik aku call flight abah aku diawalkan.. kena ada kat sana jam 12.30.. Panas vontot aku kat pusat services semalam sebab takut lambat siap.. Alhamdulillah jam 11.30 dah siap services.. aku call adik aku sebab nak katakan aku terus gerak ke KLIA lah.. malas nak patah balik rumah kakak aku.

Dalam perjalanan menjelang nak ke KLIA kiri kanan tepi jalan highway ada kebakaran.. Sampai bomba dah standby berkampung kat situ. siap pasang khemah bagai. 

Nilah salah kat tepi highway semalam.. ni kat highway Elite.

Dalam perjalanan semalam jugak ni..
si Darwisy masa ni nak tido sangat dah.. sebab dari jam 6 pagi dah bangun sebab nak bawa dia g klinik dulu untuk amik injection setahun setengah. Masa on the way ke KLIA boleh lak sambil tido dia masukkan tangan dalam cawan. bila aku tarik dia sedar pulak.. Punca-punca ada cawan dalam kereta sebab sehari sebelum tu abah aku nak makan ubat. dia malas nak kuar dari kete.. jadinya aku bawa je cawan dan air sekali.. sekali bila dah balik aku lupa nak keluarkan.. hehehe.. hari ni pun cawan tu masih dalam kete.

Dah sampai KLIA.. masa kat ruang menunggu...
aku memang selekeh gilelah.. sebab budget lepas service kete memang nak tukar baju kat rumah kakak aku.. sekali tak sempat jadinya.. mehlah kite jadi ahso je pergi klia.. dengan berseliper jepun.

abah aku ngan cicitnyer...

berfoto gedik ngan abah aku..
anak-anak, menantu dan cucu cicit yang over.. hahahaha..

Lagi sekali ...

Masa ni abah aku dah nak masuk ke balai berlepas..
comel je abah masa ni.. padahal dia bukan nampak kami kat atas tu..
tapi dia main lambai-lambai je...
jap-jap dia lambai... tapi memang terasa sayu sangat... 

Semoga abah menjalani ibadah umrah dengan tenang sepanjang disana nanti.
dan semoga juga abah kuat dan diberi kesihatan yang baik kat sana...

sekian kisah perjalanan..

babai.

Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

 

Abah comel

Salam..

Semalam bawa abah comel pergi buat cermin mata baru. Yang lama dah tak leh pakai lagi.. sebabkan abah nak pergi umrah 14/2/2014 nanti.. Kenelah jugak buat cermin mata baru untuk memudahkan kerja abah kat sana nanti.

Abah yang sangat comel..
lelagi pakai bingkai yang jenis macam Kpop sikit..
hehehe..
Tapi x derlah bingkai ni.. kitorang ambil yang besar sikit. sebab bingkai ni macam menganggu pandangan sikit.

"Abah"
Anak-anak abah semua sayangkan abah.
Insya Allah.. Kami akan jaga abah macam mana kami jaga Arwah mak dulu.
Moga hati kami adik beradik sentiasa bersih selalu.
taknak bermasam muka sesama sendiri.
Semoga kasih sayang kami adik beradik takkan pernah berubah.

Sekian

babai.



Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

 

sepanjang january 2014

Salam..

Lama betul aku mencutikan diri dari dunia blog ni.. macam-macam hal yang jadi awal tahun 2014 ni.. takderlah hal yang membebankan... Hanya perkara kehidupan seharian je...

Pertengahan bulan satu aku dapat berita akan bertambah ahli baru dalam keluarga ku.. hehehe... bukan menerima menantu.. tapi si Usyair Darwisy akan dapat adik baru.. tu yang aku lembik je nak mengupdate blog..

Membotol... sambil tangan mengentel.. hehehe... 

bulan satu jugak sibuk uruskan anak-anak nak sekolah.. Si abang (Uzrei Danial) memang senang nak uruskan.. sesekali liat tu ada jugak.. Tapi Si adik (Uzair Danish) sampai ke hari ni 5/2/14 masih liat nak kesekolah.. Kalau senang nak kesekolah pun bila papa dia yang hantar.. masalahnya... papanya jam 4 pagi dah keluar rumah... rasanya aku nak kene clone lagi satulah en. suami .. huhuhu.. hari-hari aku nak kene bersilat dengan dia.. paling susah bab nak mandikan dia... hadoi... dah lah aku dengan lembik ni... tapi gagahkan jugaklah... Dalam bulan satu ni jugak lah kesihatan anak-anak merundum.. kesian anak-anak aku.. dah sorang.. sorang sakit... yang tak tahan bila sampai tak nak makan... lembik je dorang terbaring..

Si uzrei paling lama tak sihat... 

dalam bulan satu jugak dapat call dari anak buah abah aku eksiden... tak teruk sangat.. cuma luka kat tangan..dalam tak teruk tu kene operate jugaklah abah aku... dari ari jumaat (24/1/14) abah aku kene masuk spital sungai buloh dan kene puasa sebab nak operate.. tapi sampai hari selasa tak jugak operate. 12 jam puasa lepas tu kene stop puasa balik.. lepas makan sambung balik puasa.. kesian abah aku.. agaknya ramai sangat kot patient kat dalam ot room tu.. Sampai satu tahap anak buah aku call PPUM kata nak transfer abah aku kesana.. Dan PPUM call Spital sungai buloh tanya ada patient nak transfer ke PPUM sebab tak operate lagi. Dan-danlah hari selasa (28/1/14) spital sg buloh terus buat operate jam 12 tgh hari. Kalau tak buat havoc aku rasa tak operate kot.. huhuhu..

Keadaan tangan abah aku yang cedera... tapi yang realnyer aku tak tengok.. 

Ni belas tapak tangan... memang tembus lukanya.. cuma tak nampaklah berlubang sebab dah bengkak..
3 urat putus.. operate sebab doc kata nak sambung balik urat tu... 

Dalam hari yang sama jumaat (24/1/14) en. suami terima call dari BIL Atuk en. suami dah pergi menghadap ilahi... Semoga Arwah atuk ditempatkan bersama-sama dengan orang yang soleh dan beriman. Insya Allah.

Banyak lagi kisah bulan januari ni.. Tapi ni je yang aku boleh kongsi kat sini...

Oklah..

Sekian

Babai.

Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~


 

Bersama Abah.

Salam

Minggu lepas balik kampung.. Kampung kat tanjong karang je.. hehehe... nak kemas apa yang patut kat rumah tu. Dah dekat sebulan lebih rumah kat kampung tu tinggal kosong. Sebab bawa abah gilir-gilir tinggal kat rumah adik beradik. Sebab kesian tengok abah macam bosan je.. tu yang hantar sekejap kat kat kampung.. Bagi abah buat regangan otot dulu kat kampung.. Nanti baru amik balik. Tak sampai hati sebenarnya nak tinggalkan abah kat kampung, Tapi nasib baik ada kakak aku kat sebelah rumah abah tu.. bolehlah tengok2 dan hantar makanan kat abah nanti.

Hari ahad sebelum kitorang balik ke klang, Bawa abah pergi sarapan pagi kat luar.. Tak tahu kemana akhirnya ke sekinchan. Singgahlah kitorang kat Restoran Rasane Bistro, Sekinchan.

Makanan memang meriah.. memacam pilihan lauk ada... 

Abah dan kakak ku yang sulong...

Menanti hidangan sampai.. memacam ragam.

Ada yang dah sampai atas meja.. hahaha

Hidangan dah sampai... semua muka ceria je..

kenapa dah dengan bebudak ni.. eksaited sangat...

Abah dengan cucunya... yang baju purple tu bukanlah cucu.. tu menantu.. hehehe..

Makanan yang ada memang tak mengecewakanlah.. lelagi roti canai.. memang sedap..
tak rugi makan kat sini.. Harga pun berpatutan..
Dengan kami yang lebih dari 10 orang ni. semalam total bayaran hanya RM50.30
memang berpatutanlah...

Restoren Rasane Bistro Sekinchan ni bebetul depan jalan besar.

sekian

 Babai..


Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

 

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...