Cerry lah sangat....

Salam...


Baru-baru ni aku buat card baru.. sebab card bank lama aku tu dah tak leh guna.. kalau nak guna pun kena gosok-gosok manja.. Bila dah buat card baru tu.. kemain lagi senyum aku meleret.. sebabnya wah.. aku dah ada card Cerry ko.. kononnyalahkan..

Tapikan.. pagi tadi isi minyak gunalah card Cerry yang terbaru tu kan.. Sebab malas nak masuk ke kaunter tukan.. terus jelah swipe kat mesin petrol pam tu. Sebab card lama pun dah biasa buat macam tukan.. senang je.. semudah 123 tapi card Cerry ni lagilah mudahkan.. tak payah masukkan no pin. macam Credit Cardlah kekdahnya kan. 

TAPI... walaupun mudah ada gak yang payahnyer.. Aku pun tadi ceklah maybank2u.. Sekali ada Pre-Auth Debit sebanyak RM150.. pergh tercengang aku tengok jumlah tu.. Terus aku call Customer service Maybank tanya apesal lak ada Pre-Auth Debit sebanyak RM150. Customer servis tu bagitau aku itu sebagai Depositlah. Kalau dia dah dapat report dari petrol pam tu nanti. Dia dah tengok jumlah sebenar tu. baru dia masukkan semula RM150 tu ke akaun aku dan deduct jumlah yang aku gunakan tu je.

Yang menjadi permasalahan sekarang ni. Kalaulah dalam akaun aku ada ngam2 RM150 pehtu Maybank amik dulu RM150 aku tu sebagai deposit. Dan customer servis tu kata duit tu akan dipulangkan dalam masa 3-5 hari. Sekiranya aku nak guna duit tu beli beras. sebab beras dah habis. mana aku nak cekau duit. Takkan aku nak kene pinjam orang lak.. aduhai..

Dulu sebelum ni aku guna Card Maybank yang buruk bila nak swipe kene gosok-gosok dulu kat chip dia tu.. tak derlah pulak kena ada deposit-deposit bagai.. ni Card cuma ada gambar cerry pulak kene buat macam tu. Kata nak memudahkan penguna.. tapi menyusahkan lagi adalah. Boleh lak customer servis tu suruh aku ke kaunter kalau nak guna Card cerry tu. sebab kat kaunter x dikenakan charge macam tu... baik aku bawak cash terus kat kaunter tu.. tak yah lah nak swipe-swipe bagaikan kat situkan. Pelik tulllah. 

Lain kali kalau ada syarat macam ni. Pihak bank boleh tak terangkan kepada penguna. Janganlah kata card ni memudahkan penguna.. padahal ada syarat tersembunyi disebalik kemudahan tu.

Card Cerry yang konon memudahkan penguna.. tak yah bawa wang cash.. swipe jekan.. 
memudahkanlah sangat.. menyusahkan adalah..

Card ni gak yang aku sayang... bertahun aku guna card ni kat Petrol pam.. tak pernah pulak kena Pre-Auth Debit RM150. nilah card yang semudah 123 bagi aku.. kalau aku boleh tukar balik ke card ni.. sekrang aku pergi maybank tukar card ni.

oklah.. bacalah luahan perasaan aku petang ni ye..

babai..

sekian.



Sekiranya korang berminat JOIN Sophie Paris. Hubungi je aku.. aku akan terangkan caranya. Bermula dengan yuran keahlian sebanyak RM15. Dan akan mendapat keuntungan yang tidak dapat dijangkakan.
Tel : 0196993415 Email : ffmbaishah@yahoo.com

 

8 comments:

  1. baru buat kad kuning bawah tu last monday.. :)

    ReplyDelete
  2. aduh.. kalau balance tak cukup rm150 mmg kena tendanglah gamaknya kan.. saya da lama tukar kad cherry ni.. tapi tak pernah guna..cuak.. kalau isi minyak guna kad kredit husband je.. hihi..

    ReplyDelete
  3. Memang kalau guna kad debit, bila di swipe di luar, bank akan hold RM150...Kalau debit card Standard Chartered lagi tinggi dia hold, RM200...:P

    ReplyDelete
  4. mmg gini prosedur kalau kita guna debit card kat petrol pump..ada bank akan hold rm200 ada bank rm150 je..

    ReplyDelete
  5. Tak pernah guna debit card ni kat petrol station. Guna Kad kredit je kalau nak isi minyak. Hujung bulan bayor je la berapa dah pakai...

    ReplyDelete
  6. saya pun penah kena macam tu... terus tak guna dh.. heehee

    ReplyDelete
  7. Owwhh gitu ekk.. baru laa tau.. next time alert laa dgn benda2 gini.. Baru cadang nak tukar jadi debit card cerry tuh..

    ReplyDelete
  8. saya x pernah guna kad2 ni kat petrol. hehe. dah biasa bg cash kot

    ReplyDelete

Terima kasih kepada Blogger yang komen di blog RK. Tunggukan kunjungan balas dan comment dari RK di blog korang ye. Nak Reply comment disini RK takut tak sempat je.

@}------LOL to all comentar------{@

Nota Penting!
Pada yang nak letak Iklan. Tolong letak d ShoutboX atau bayar RK RM o.5o per comment boleh? boleh jugak beli cekedis ~ ahaks~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...