Dah pulih...

Salam..

Menyepi dengan kesihatan anak yang tak berapa elok.. Uzair danish yang aktif pagi sabtu tetiba je muntah-muntah.. Badan takder pulak tanda-tanda demam.. tapi secara tiba-tiba je muntah.. minum je muntah... makan pun muntah..

Tapi sebab dah planning nak balik kampung.. aku teruskan jelah balik kampung sebab tak sampai hati pulak tak balik kampung.. lagi-lagi dah beritahu mak n abah yang kitorang memang nak balik sabtu.

Sepanjang perjalanan tu.. memang dia lembiklah.. aku singgah beli air seratus.. konon nak bagi dia kebah sikit.. Tapi lepas je minum terus dia muntah balik.. kereta tak yah cakaplah.. bau wangi pun dah hilang.. aku berhenti bersihkan kete kat petronas.. masa tu uzair dah belenging dah.. pakai pampers je pun.. orang kiri-kana pandang.. sebab aku biarkan je uzair ke hulu hilir hanya pakai pampers.. tak sempat nak pantau.. sebab sibuk bersihkan seat kete aku tu... pehtu suruh anak buah aku beli surat kabo.. untuk lapikkan tempat duduk diorang.

Sampai je umah mak abah aku.. si uzair still lagi muntah-muntah.. aku bawa pergi hospital tanjong karang... tapi doctor hanya bagi ubat demam je.. herm.. aku pun pelik.. budak tak demam tapi doctor bagi ubat demam.. balik rumah aku bagi makan ubat demam.. Masa tu lega sikit sebab uzair tido..

Yang peliknya walaupun muntah-muntah si Uzair tetap aktif.. lari sana.. lari sini.. lepas lari mintak air muntah balik.. aduhai.. aku dah naik pening kenapalah dengan uzair ni..

Pagi-pagi ahad dah tak boleh jadi... jam 10 pagi je.. aku suruh diorang semua siap.. sebab nak balik klang. sampai je klang. Rehat lebih kurang Uzair masa tu nampak ok pulak.. Tapi bila jam 6.30 petang dia mula muntah-muntah balik.. Terus ajak en. suami pergi hospital klang. Sampai hospital klang dalam jam 8.00 doctor masukkan air kat uzair.. Jam satu malam baru siap.. Lepas tu jumpa doctor balik.. doctor kata kena tahan ward.. sebab dah dua hari Uzair tak buang air besar dan kencing pun sikit je.. sehari pampers mesti tukar 3/4 kali.. tapi masa sabtu dan ahad.. aku nak tukar pampers.. tapi pampers kering lagi..

tu yang doctor tahan Uzair masuk ward... Aku tak tunggu uzair masuk ward.. aku tinggalkan dia dengan en. suami je.. Sebab masih menyusukan Usyair Darwisy.. Dua2 aku tak sampai hati nak tinggalkan.. aduhai... terpaksalah korbankan salah sorang..

 masa tgh masuk air ni aku ada lagi..
lembik je muka dia..

Keesokkan harinya.. hari isnin.. baru lepas mandi.. dah wangi-wangi dia ajak aku main belon yang jenis tiup tu..

belon jenis ni lah... sekarang pack dia besar.. dulu kecik je... 
tapi kalau nak picit sampai naik sakit tangan... keras.

ok.. dah berjaya tiup belon... 
Uzair memang nampak aktif.. tapi yang peliknya asiklah muntah..

Punca penyakit.. doctor kata maybe ada virus sikitlah.. taklah teruk sangat..

dan akhirnya dia dah boleh buang air besar.. air kecil je slow sikit..

ok.. sekian 

babai.

Sekiranya korang berminat JOIN Sophie Paris. Hubungi je aku.. aku akan terangkan caranya. Bermula dengan yuran keahlian sebanyak RM15. Dan akan mendapat keuntungan yang tidak dapat dijangkakan.
Tel : 0196993415 Email : ffmbaishah@yahoo.com

 

8 comments:

  1. kesian Uzair... semoga cepat sembuh yerrr...

    kurus la Mak dia jaga budak tak sihat... ;)

    ReplyDelete
  2. moga uzair cepat sembuh..sian plak tgk dia...

    ReplyDelete
  3. kesian dia, semoga uzair cepat sembuh

    ReplyDelete
  4. As salam..

    Last year cuti tahunan saya dan somi dihabiskan di DEMC..sebab zahin muntah dan cirit birit. Doc kata rota virus..Dah keluar wad selepas 6 hari..saya pulak dah yg terjangkit..tu lah pengalaman ngeri..tak sanggup dah nak berdepan semua tu..habis keta ngan rumah berbau harum semerbak..

    ReplyDelete
  5. kena gastric flu kot..

    dulu saya pernah kena..masuk pa adalam erut pun muntah.. tapi lembik..

    alahai..risau betul kalau anak2 tak sehat ni kan

    ReplyDelete

Terima kasih kepada Blogger yang komen di blog RK. Tunggukan kunjungan balas dan comment dari RK di blog korang ye. Nak Reply comment disini RK takut tak sempat je.

@}------LOL to all comentar------{@

Nota Penting!
Pada yang nak letak Iklan. Tolong letak d ShoutboX atau bayar RK RM o.5o per comment boleh? boleh jugak beli cekedis ~ ahaks~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...