Showing posts with label Suamiku. Show all posts
Showing posts with label Suamiku. Show all posts

Sebab nak cepat.. tapi lain yang terjadi..

Salam....

Petang semalam balik dari kerja je.. terus ajak en suami pergi bukit tinggi klang nak cari puting susu si Usyair Darwisy.. Bila dah beli terus ajak en. suami balik rumah. Malas nak singgah makan memana sebabnya kakak aku dah bekalkan ayam masak kicap masa balik amik darwisy kat rumah dia.

Jadinya nak cari jalan mudah. aku suruhlah en. suami ikut jalan bandar puteri klang. konon nak elakkan jem kat flyover nak ke banting tulah.. sekali hambik.. aku lupa yang flyover kat bandar puteri tu tutup sementara untuk kerja-kerja penyelengaraan.. Nasib baik mood en. suami baik.. tetiba aku nampak dia keluarkan smart TAG dari dashboard.. aku pun malas nak cakap apakan.. sebab dah terang aku salah.. aku dok diam jelah....

Aku pun biar jelah dia drive... Tup.. tup... dah sampai ke seksyen 9 shah alam. teruslah singgah ke Restoran Syed seksyen 9. Terus dia suruh aku tapau nasi beriani dan roti nan cheese.. herm... aku ingatkan nak makan kat situ je.. tak yahlah nak kotorkan pingan mangkuk belanga kat rumah.. hehehe.. dasarkan... pefemafalasfaskanfan.. hehehe...

Aku memang suka beli nasi briyani kat sini... memang kene dengan selera aku.. korang aku tak taulah.. hehehe

Dua kotak nasi bukhara briyani ayam...
ayam ditimbuni dengan nasi.. tu yang nampak banyak nasinyer...
ada telur kari, acar buah dan kari dal..
huh... nak habiskan sekotak nasi ni pun payah.... 
dalam plastic kat belakang tulah ayam masak kicap.. kakak aku bekalkan..
hari ni boleh buat untuk lunch..

Nan Cheese untuk Uzrei, Uzair dan Usyair...
tapi tetap membedal nasi briyani aku dan en. suami..

Nilah kesnyer konon nak elakkan jem.. tapi lagi jauh pulak perjalanan yang dapat.. tapi takper.. dapat gak makan nasi briyani yang aku idamkan dari bulan pose hari tu... terima kasihlah pada jalan yang telah ditutup tu.. dah nama rezekikan... alhamdulillah..

sekian

babai..


Nor Aishah http://matahati-aishahazhari.blogspot.com/

 

Midnight project... jeng.. jeng.. jeng..

Salam...

Cuti sabtu ahad lepas aku seharian dok kat rumah kakak aku. Yelah majlis adik aku dah tak lama lagikan. mana yang boleh disiapkan dulu.. kitorang buat slow-slow. nak harap semuanya buat masa rewang nanti.. maulah kelam kabut jadinya. En. suami aku tinggalkan kat rumah. senang hehehe.. tak yah aku nak pantau sangatkan.. Aku dah siap-siap buatkan makan minum dia baru aku pergi rumah kakak aku.

Jadinya dalam jam 8.00 malam aku sampai rumah. En. suami tengah tengok berita pilihanraya.. yelahkan sekarang bukan ada berita apa-apa pun. semuanya pasal pilihan raya je kan.. Aku tanya en. suami dah makan ke.. pehtu dia jawab. macam mana nak makan lauk dah habis.. hohoho.. siannyer... terus aku capai periuk nak masak nasi. Tetiba dia kata tak payah masak nasi. Buat jelah cekodok ikan bilis. aku apa lagi menurut perintah jelahkan.. hehehe.. lagi senang keje aku. tak yah masak lauk bagai....

Terus kupas bawang merah 2 ulas.
Cili besar sebiji. 

Masukkan ikan bilis dalam setengah gengam...
embal-embalkan dengan lesung batu... takyah lumat sangat..
tak sedap... 

Lepas dah embal-embalkan semuanya terus campurkan dengan tepung yang diap bancuh dengan air...
aku memang suka bancuh tepung cekodong ni cair-cair sikit. supaya tak keras. 

Dan hasilnya..
Inilah cekodoknya... untuk santapan tengah malam..

Lepas tu en. suami terover rajin pulak... en. suami dengan relahati nak buat Milo Ice blended..
aku pun mestilah sukakan.. hehehe

Proses memblended ice.. 

Gigih en. suamikan.. 
cerek pun nak enterprem tu...

Ni hasilnya untuk aku..
siap ada milo tabur lagi dalam ice blended tu.
Hancur diet aku... hadoi...

Tapi semenjak membuat ice blended ni. 
Hari-hari lak en. suami nak memblended je... 
Aku lak naik muak asyik minum ice blended je

Oklah..
Sekian 

Babai..

Psst : tengah memikir macam mana nak balik mengundi nanti. dahlah sama date kenduri dengan adik aku nanti. kalaulah boleh mengundi post.. akan ku request..

Sekiranya korang berminat JOIN Sophie Paris. Hubungi je aku.. aku akan terangkan caranya. Bermula dengan yuran keahlian sebanyak RM15. Dan akan mendapat keuntungan yang tidak dapat dijangkakan.

 Tel : 0196993415 Email : ffmbaishah@yahoo.com

 

X dapat coconut shake....

Salam...

Hoyeee... hari ni jumaat.. tetiba jekan... nilah rupa intro orang yang dah lama tak update blog... sebenarnya tak tau mula macam manakan.. so jadilah kekanak ribena sekejapkan.. hehehe

seperti biasa takder benda nak membebel apa pun.. lihat gambar dua keping dibawah jelah ye.. ekek... update tapi pendek.. jadilahkan bagi kabar berita aku kat korang.. sekurang-kurangnya aku masih memberi perkhabaran...

 Sebab apa aku kata tak dapat coconut shake pun takper. sebabnya dapat minum air kelapa fresh from coconut tree... echewah... omputeh lak... sesekali ye dak. yang takper nyer lagi adalah... hasil keringat en. suamilah... beria dia mengait kelapa muda tu.. panas2 dapat minum air kelapa pergh... memang heaven lah.. rasa sejuk je mengalir ke dalam tekak... terus ke dada sejuknya..

Tengok siap isi kelapa lagi.. syok betullah dapat minum air kelapa ni.. lelagi isi kelapa dia yang tebal.
ni kelapa dah nak tua pun.. isi pun dah tebal tapi yang best rasa airnya lah... ada rasa macam bergas sikit. tu yang sedap.

 oklah.. moh sambung keje

sekian 

babai..


Sekiranya korang berminat JOIN Sophie Paris. Hubungi je aku.. aku akan terangkan caranya. Bermula dengan yuran keahlian sebanyak RM15. Dan akan mendapat keuntungan yang tidak dapat dijangkakan.

 Tel : 0196993415 Email : ffmbaishah@yahoo.com

 

32 tahun sudah usia mu

Salam... 

Dah berhari2 takder cerita menarik nak diceritakan.. Entahlah mungkin masih berada dalam mimpi-mimpi 2011.. heheh.. 

Hari ni aku nak wish selamat hari lahir yang ke 32 tahun kepada suami kesayanganku (mesti muntah kalau suami aku baca ayat macam ni.. maklumlah aku ni bukannya jiwang pun.. hehehe). Semoga suamiku diberikan kesihatan yang baik untuk mencari rezeki buat aku dan anak2 dan bakal anak yang akan tiba tahun ni.. (mencari rezeki tu haruskan.. hehehe). Semoga rezeki untuk suamiku bertambah murah dan mendapat keredhaan darinya.. Dan semoga hubungan kasih sayang kita akan bertambah erat lagi.. wahahaha... erk... macam dah terlebih jiwang lak.. ke aku sorang je yang rasa jiwang...

Ni gambar tahun 2008 tak silap aku.. gambar terbaru takder pulak dalam simpanan.. dalam henpon pun takder... nampak sangat kan... Balik karang baru nak amik gambar yang terbarulah...

Buat en. suami, Walau apa pun jua dugaan yang kita perolehi, diharap kita dapat menghadapi dengan ikhlas supaya kehidupan kita akan mendapat lebih lagi keredhaan dari Allah s.w.t. amin...

Kemanalah ko menghilang............

Salam....

Sebenarnya aku dah terhilangkan sampin en. Suami aku. Tak tahu kat mana dah aku letakkan, mungkin hilang masa pindah rumah ataupun tertinggal kat mana² tempat yang aku tak perasan. Ataupun aku dah terbuang masa pindah rumah hari tu. Adui pening aku memikirkan.

Dahlah en. Suami kalau ada event jabatan yang memerlukan memakai baju melayu yang harus bersampin mana aku nak cekau sampin. Sudahnya aku terpaksa membeli sampin baru untuk en. Suami. Nak cari yang serupa dengan yang asal memang susahlah lagi² harga yang asal melebihi dari kemampuan aku. Sebenarnya kedekut nak keluar duitkan. Tu alasan je yang penting sampin tu ada bila en. Suami pakai.

Dan tak sangka pulak sampin pun ada kedai online, Semuanya sekarang hanya dihujung jarikan. click je mana korang suka, setuju dan terus bayar. tunggu 2/3 hari barang pun sampai. mudah.

Nilah rupa sampin yang aku gantikan dengan yang hilang tu. masalah betullah..

 close up sikit.. padahal sama je gambarnyakan.. sebab baru aku sengaja nak letak gambar sampai dua kali.. 

Kalau korang nak beli sampin online korang boleh terjah kedai online ni. sampinsongket1 dan sampingsongket2 macam² pilihan ada... dari harga yang bawah RM 50 hingga RM 1000.++ pun ada.. ikut yang korang berkenanlah.

Aku tak dapat apa² komisyen pun. aku sekadar nak share dengan korang.


Melepak

Salam..

Dah lama aku nak citer pasal makan-makan ni. Tapi asyiklah terperap kat dalam draft tak berpublish². Sebab sebok nak keluarkan citer terbaru jekan, tulah tamak sangat jadi macam nilah.

Masa ni kami pergi Giant, Port klang sebab nak beli barang dapur sikit. Lepas habis beli barang dapur, en. suami ajak makan kat Pak lee Cendol dia kata cendol kat situ sedap. aku pun on jelah. Dah orang nak belanja takkan nak tolak pulak rezeki.

Yang paling seronok uzrei & uzairlah sebabnya budak dua orang ni kalau masuk kereta je automatik perut diorang lapar. Mulalah keluar ayat "mama ujei laparlah... jom kita makan" diorang ingat setiap kali masuk kereta tu memang untuk makan je kot. Padahal bukan nak makan sangat pun. aku ngan en. suami jugak yang makan. Diorang cuma mengharu-birukan tempat tu je. Satu kedai suara diorang je.

Antara menu yang dilistkan.. siap ada harga lagi..

Uzrei dengan puzzlenya dan sebelum makan.. kita main puzzle dulu ye.. 

 En. suami dengan uzair..

 Cendol jagung.. oklah takderlah memberangsangkan.. bolehlah hilang dahaga.. 

 Mee udang.. tapi lain macam sikit rasanya.. oklah kalau lapar habis je..

 Mee sup.. aku tak tau rasanya.. tapi en. suami kata sedap.. sedaplah tukan.. 
dan untuk uzrei dan uzair aku order nasi ayam berempah.. 
Bertukar... kata uzrei.. terpengaruh dengan power rangers lah tu...

 Papa... taknak layan uzair ke?

 Oklah papa layanlah ni.. meh minum air dulu.. kang tercekik pulak.. 

Banyak pulak gambarkan... semuanya aku masukkan sekali.. makanan ni semua aku bagi 2 dari 5 bintang.. oklah dari takder bintang langsungkan... 
Selamat menjamu mata anda..

Air tangan mu.....

Salam..

Balik keje semalam en. suami dah bersilat kat dapur.. ntah angin mana yang menyampuk dia pun aku tak tahulah.. over rajin pulak dia semalam..

Aku tengok atas meja dah sedia dengan makanan yang dia dah siap masak.. tapi bukanlah gulai lomak atau sambal tumis.. semalam en. suami masak fish n chip dengan burger en. ramli.. en. suami kata masak sendiri lagi puas dari beli kat kedai..

layan jelah gambar kat bawah ni... 

 burger air tangan en. suami.. special lagi siap ada telur separuh masak... gemuklah bini awak ni... kalau hari² dihidang dengan makanan serupa.. huhuhu..

ni pulak fish n chip (macam rupa goreng pisang pulak)... tapi sedap sangat.. mesti puji supaya bila en. suami baca manalah tau mood kerajinan en. suami datang dia akan masak dan aku boleh lepak² layan tv dan anak²..

Semalam betul² aku rilek lah... takyah susah payah kat dapur nak menumis bagai.. tau² balik keje makanan dah siap atas meja... ai lap u lah en. suami....

Psst : kalau hari² diberi layanan macam ni alangkah indahnya............. mulalah aku berangan lebih² ni..

Lesen L

Salam..

Korang pernah tak amik ujian lesen L sampai 3 kali... tapi serius aku nak citer kat koranglah.. memang aku ambik ujian L tu sampai 3 kali.. Masa tu tak silap aku hujung tahun 2002. aku dengan anak buah akulah.. sibuk nak amik Lesen L.. dah bagus semua pergi dengar ceramah kat pusat memandu semua.. sekali kali pertama nak ambik ujian tu memang aku tak baca pun buku panduan tu.. masik bilik ujian tu aku bantai je jawab.. sekali resul dapat 37 markah je... aduhai.. gagallah pulak.... 

Lama jugaklah aku malas nak amik balik ujian memandu tu... dalam 6/7 bulan jugaklah aku buat bodoh je... sampailah kerani pusat pendaftaran tu call aku.. diorang kata tempoh untuk aku amik ujian L dah nak tamat.. kalau tak amik dalam bulan tu jugak, aku kena dengar ceramah lagi sekali dan tambah bayaran untuk ceramah tu.. aduhai.. fikir punya fikir sampailah dah masak.. aku amik jugaklah ujian L tu lagi... 

Tapi masa amik ujian L tu.. punyalah ramai umat.. aduhai... tetap berdua2an dengan anak buah aku.. kitorang cakap kalau tak lulus kali kedua ni.. kita tambah duit amik terus yang kali 3.. tapi nak diikutkan dengan otak kosong.. membaca dalam tempoh tak sampai sebulan.. tolak keje, tolak makan & tido.. adalah dalam beberapa jam je aku baca buku panduan tu... result kedua untuk ujian L tu pun hampeh jugak... nak tak nak kene gak tambah RM 15.00 untuk ambik ujian yang ketiga...

Dengan berkat menambah duit sebanyak RM 15.00 dan jugak dengan keizinan Allah S.W.T ni.. masa duduk kat bilik computer tu.. tinggal 3 orang je yang nak amik ujian tu.. Aku, Anak buah aku dan seorang budak lelaki yang pada awalnya poyo yang kata dia boleh lulus ujian L tu.. sekali sama je result dengan aku.. Masa tu adalah dekat jam 4.45 petang.. budak yang monitor kitorang pun rasanya dah nak balik kot... buhsan agaknya menunggu kitorang jawab ujian tu... Sekali dia tanya aku... macam ni dialognyer..

Budak monitor : akak... banyak lagi ke soalan yang tinggal...
Aku : erm.. baru 15 soalan je jawab ni.. tak confident betullah nak jawab.
Budak monitor : erm.. waktu balik pun nak dekat ni.. pintu kat depan tu pun nak closed...
Aku : alah... macam tak sempat je nak jawab..
Budak monitor : takper.. saya bagi jawapan.. setiap kali saya pusing saya akan bagi jawapan...
Aku : erk.. boleh ye.. oklah...

Lepas tu.. Sepanjang aku tekan next kat screen computer tu.. masa tu jugak dia sampai kat tempat aku bagi jawapan.. anak buah aku pun dia tolong jugak.. tapi budak lelaki tu tak pulak dia tolong.. pelik gak aku.. agaknya dia dengar kot budak tu riak masa kat luar bilik computer tu... Budak ni bagi jawapan sampailah ke soalan yang terakhir....

Masa aku nak tekan result untuk tahu berapa jumlah jawapan yang betul aku dapat.. punyalah seriau.. takut aku gagal lagi... kalau gagal nak kene masuk kelas ceramah tu pulak.. tambah lagi duit lagi.. dah berganda2 pulak jumlahnya.... dahlah masa tu aku keje kilang speaker je.. basic masa tu baru rm 420.00 tolak amik lesen L balance tinggal RM 170.00 apa nak makan sepanjang bulan tu... takut betul...

Tapi tetap kena click result tu jugakkan.. sambil pejam mata sambil click.. tengok result tu... terus syukur Alhamdulillah... result keluar ngam2 dapat 42 markah... fuh... lega... Terima kasih Adik yang monitor aku masa tu... Kalau dia tak bagi jawapan masa tu.. sampai sekaranglah agaknya aku takder Lesen L, P dan seterusnya.....

Dengan lesen L nilah selama 2 tahun aku jadi minah rempit untuk pergi ke tempat kerja... bila dah kawen en. Suami suruh aku amik lesen P.. Senang katanya... tapi memang senang pun.. hehehe.. aku nak kemana2 pun ok jekan.. tak yah nak bawak dia.. tapi kalau dia nak ikut tu.. aku jadi Cik puan besar lah.. heh..

Psst : Nasib baik amik P tak kena sampai 3 kali.. sebab dapat en. JPJ yang sporting... sepanjang aku drive dia tido je... en. JPJ tu lelaki.. Dengar kata CIk. JPJ kurang sporting.. tapi masa tu CIk JPJ memang muka masam je.. tapi tak taulah.. bukan semua orang sama sikapnya..

Hari lahir yang ke 31

Salam..

Hari ni merupakan Hari Lahir yang ke 31 tahun untuk en. Suami. Dikesempatan ini aku hendak mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Suami ku Mohd Azhari b. Adnan.

dalam pc ada pic ni.. oklah tu ye..

Doa dan harapan Mama kepada Papa 

Ya Allah bagi Mu segala kepujian dan kesyukuran sebagaimana layak untuk Mu dengan kebesaran kekuasaanMu dan kemulian wajahMu dan ketinggian kemulianMu yang bilamana Engkau menjadikan dia sebagai suamiku.
Ya Allah Engkau jadikanlah dia penyejuk mataku dan pembantu untuk aku mentaati Mu 
Ya Allah Engkau jadikanlah aku sebagai penenang untuknya dan penasihat yang diberkati 
Ya Allah Engkau kasihkan aku kepadanya dan kasihkanya kepada aku
Dan rezekikan kami zuriat yang soleh yang menjadi kebaikan kepada agama dan dunia 
Ya Allah jadikan antara kami berdua sebagimana antara Ali dan Fatimah 
Ya Allah satukan hatiku dengan hati-hati ahli keluarganya dengan rahmatMu Wahai Yang Maha Pemurah 
Ya Allah tutupilah keburukanku padanya dan tutupilah keburukannya kepada ku 
Dan perlihatkanlah kepadaku kebaikannya dan redhakan aku apa yang telah Kamu beri kepadaku dan berkati aku padanya 
Ya Allah permudahkanlah ia bagi ku dan permudahkan urusanku bersamanya dan jauhikanlah aku keburukannyaJadikanlah aku berpuashati dengannya dan dia berpuashati denganku
Ya Allah jadikanlah aku dimatanya hebat dan jadikanlah ia dimataku kecil 
Ya Allah bukakanlah antaraku dan suamiku dan ahli keluarganya sesungguhnya Engkau sebaik-baik pembuka 
Ya Allaha yang menghimpunkan manusia pada hari Kiamat, himpunkan aku dan suamiku dalam kebaikan 
Ya Allah Engkau jadikan aku sebagaimana yang ia sayangi dan jadikan ia sebagaimana yang aku sayangi dan jadikan kami sebagaimana yang Engkau sayangi 
Ya Allah Engkau jadikan hati suamiku tergantung kepadaMu dan kemudian tergantung kepada rasulMu dan kemudian kepadaku 
Ya Allah Engkaulah yang menguruskan kenikmatan dan kelazatan dalam kesusahanku,Jadikanlah kegarangannya terhadapku  suatu kesejukan dan keselamatan sebagaimana engkau jadikan api ke atas nabi Ibrahim suatu kesejukan dan keselamatan 
Ya Allah berikanlah petunjuk kepadanya sebagaimana yang Engkau kehendaki dan redha 
Ya Allah Engkau yakinkanlah hatiku bahawa sesungguhnya aku tidak akan dicelakai dan Engkau sentiasa bersamaku 
Ya Allah perkenankanlah
Ya Allah perkenankanlah
Ya Allah perkenankanlah
Ya Allah aku bermohon kau perkenankanlah doa seorang isteri terhadap suaminya.. amin.....
   Psst : apakah hadiah yang menarik untuk diberikan kepada suami.. 

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...