Showing posts with label Uzrei dan Uzair. Show all posts
Showing posts with label Uzrei dan Uzair. Show all posts

Eyeliner....

Salam....

Ni bukan nak bagi tutorial eyeliner ke apa.. Ni nak citer si anak dara aku Ulfah delisha ni.. dah setahun 6 bulan memacam ragam dah.. ater baru ada anak dara sorang.. selama ni ada tiga orang hero.. takderlah nak berdandan ke apa kan...

Si ulfah ni masa aku nak bersiap pepagi sebelum ke opis tu.. selalulah memerhati aku membedak muka... rupanya satu hari tu kat rumah ibu (pengasuh) dia.. dia buat hal.. Habis sebatang eyeliner ditonyoh kemata dia.. pandai pulak tu.. yang eyeliner tu letak kat mata...

Bila si ibu (pengasuh) dia nampak.. ditambah sikit lagi kat hujung mata.. pehtu tunggu sampai aku balik amik dia.. sekali apa lagi.. aku tengok kemain cantik je kat mata.. hehehe...

Nasiblah eyeliner tu tak yah berganti.. memang aku yang bagi eyeliner tu dulu kat ibu (pengasuh) dia.

Tengoklah gambar-gambar kat bawah ni... gewam je aku ngan dia tau.








Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

bihun singapore

Salam...

Semalam satu hari lepak kat rumah je.. malas nak keluar kemana-mana.. Masak sarapan pagi bihun goreng singapore untuk anak-anak. Ni 1st time buat aku masak sendiri bihun. Sebab aku ni ada satu perangai tak konfiden nak masak mee dan bihun ni. Sebab pernah masak sekali terlembik bihunnya. Tapi kali ni masak alhamdulillah menjadi jugak bihun goreng aku. Anak-anak pun suka.. ni yang rasa nak masak lagi.. 

Lepas ni memang selalulah aku mengoreng bihun.. hehehe... anak-anak jangan jemu tau.. makan je apa yang mama masak. haha... umur dah masuk 34 tahun barulah konfiden nak masak bihun goreng.. kalau tak masa adik aku duduk dengan aku dulu.. dialah yang selalu masakkan bihun goreng bila aku teringin. Sekarang dia dah kawen... pepandailah masak sendiri.. hehehe.. Rindu adik aku...


 Tada... bihun goreng singapore...
shedap... bertambah-tambah anak-anak makan..

 Kemain lagi sambil makan.. sambil tonton tv ye... silap-silap tengah menyuap tak masuk kemulut.. ke tepi pipi pulak peginya..

 peacelah sanga... uzrei sangup tak nak pandang aku bila nak amik gambar ni...
cubit kang..


blanje sikit gambar anak dare aku ni..

abang-abang makan.. meh mama mandikan dia ye...

sekian..

babai..

Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

 

3 bulan sudah..

Salam...

Alhamdulillah dah 3 bulan usia Ulfah Delisha.. Ragam tak banyak lagi... Cumanya masih kuat menangis.. tu pun bila masa nak tido jelah... tapi bila bangun tido.. memang aku tak boleh nak buat keje... Asyiklah nak berpegang je.. Tu jelah ragamnya buat masa ni.. hehehe

Harap nanti bila dah 4 bulan kurang sikitlah ciwek dia tu... dah tak larat dah mama dia nak memangku dia sebab nak pujuk jangan menangis... sampai kejang bahu aku dibuatnya.. huhuhu.. tapi demi mu anak... aku sanggup je.. asal tak melalak lama sangat. pening kapala mama ni bila dia dah buka speaker.. hehe

 Ni mood tgh baik.. elok jelah.. tapi tetap berpegang..

 Dah mula nak cebek.... cebek.. mulutnyer..

Muka happy sikit...

Ulfah... cepat sikit buang habit suka nangis bila nak tido tu... tergeliat urat tengkuk mama tau... 

Sekian 

Babai..

Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~ 

 

Sakit bahu..

Salam..

Semalam aku demam sakit telingga sampaikan ke tekak. Pagi ni bangun tido tetiba dari urat belikat sampai ke leher kiri krem.. nak toleh ke kiri payah betul.. Dah macam robocop dah aku rasa.. Robocop pun kalau toleh lagi laju dari aku.. huhuhu..

Tak tahulah salah bantal ke.. atau sebab menidurkan si Ulffah delisha ni... Ulfah ni ada satu peel pulak kalau nak tido malam.. Sebelum tido dia akan menangis macam kene dera tu.. pujuk-pujuk pun taknak... masuk buai, bagi susu, bagi puting pun tak nak... Last sekali aku riba sambil tepuk bontot baru dia tido..

Ntah-ntah sebab hari-hari dia tido macam tu kot urat belikat aku jadi tegang dan masuk angin... aku rasalah ... hehehe... Nak angkat tangan kiri pun tak boleh ni.. Korang ada tak petua untuk kurangkan sakit bahu ni. Tak tahan dah rasanya....

Macam nilah ulfah delisha hari-hari mesti tido nak beriba...
sampai bila nak oiii....



Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~


 

Wordless Wednesday ~ Tumpang

Salam..

Ulfah delisha bersama anak susuan ku Elmira Safiyya
Tumpang tido sebelah ye kakak.. 

Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

 

Ihtifal

Salam..


23/11/14 Tadika Uzair Danish ada meraikan Majlis Ihtifal untuk murid-murid 5 dan 6 tahun di Dewan Masjid Puncak Alam, Selangor. Walaupun Uzair Danish aku dah mula cutikan dari october 2014 tetap dapat invitation dari sekolah dia. Aku cutikan dia sebab masa dalam pantang dia ingat aku cuti dia pun cuti.. Jadinya setiap pagi bila aku siapkan dia untuk kesekolah mesti ada drama airmata.. sampaikan aku dah tak tau nak buat macam mana... Akhirnya aku pergi sekolah dan terpaksa cutikan awal dari sekolah.. 

 Suasana masa baru sampai ke dewan Masjid Puncak Alam.

 Budak yang ceria je pada hari tu.. Yelah dah lama tak jumpa kawan-kawan. Bila dia jumpa kawan-kawan kemain lagi happy.

Nyanyi lagu nasyid masa ni..  
Tetiba buat persembahan untuk hari tu.. aku pun macam pelik je.. ingat nak datang sesaje je. Tak sangka Uzair Danish yang pemalu.. Bila orang tanya yang sepatah ayat susah sangat nak kuar dari mulut boleh buat persembahan kat stage dewan ni. memang aku terkejut jugaklah.. tak sangka bila bersama-sama kawan pemalu dia hilang.

 Ni pulak persembahan macam musang dan ayam lah.. aku pun tak ingat sangat..  Bila aku tanya cikgu macam mana uzair danish boleh buat persembahan waktu ni. Rupanya diorang dah practice dari awal tahun lagi. Patutlah anak aku tak kekok.. 

 Yang depan sekali ni Uzair Danish... Pakai topeng ayam...

 Happy je dia..
NI nak amik hadiah saguhati dari sekolah. 

 Pengetua kot.. En. Marzuki tak silap nama dia..

Sepatutnya peace tu pandanglah camera mama dia.. dok sibok pandang camera pihak sekolah.. yelah mama dia dok pakai camera henpon je... pihak sekolah pakai camera godang.. mana nak bestkan.. huhuhu...

 Gambar yang diambil dekat sekolah..

Handsome mama..
hahaha... puji anak sendiri kan

Tahun depan dah masuk pra-sekolah pulak.. Alhamdulillah dapat jugak pra-sekolah. Harap kat pra-sekolah nanti Uzair Danish akan lebih maju lagi.. Insya Allah.

Ok.

Sekian

Babai.

Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

 

aku pun nak jugak

Salam

Sebab aku tengok sana-sini orang asyiklah berKeek... aku pun poyo jugaklah nak nerai keek ni.. hehehe..
ntah apa2 dengan keek aku ni.. Main hentam je.. mak bukan retis pun kan.. hehehe.. asal ado je...

Layankan jelah ye keek aku ni. Kotlah korang yang glamour tu ada keek. followlah keek caca marba aku ni ye.. korang searchlah echakohar.



Sekiranya korang berminat JOIN Sophie Paris. Hubungi je aku.. aku akan terangkan caranya. Bermula dengan yuran keahlian sebanyak RM15. Dan akan mendapat keuntungan yang tidak dapat dijangkakan.
Tel : 0196993415 Email : ffmbaishah@yahoo.com

 

Anak membesar... Besar juga ujian yang bakal diberikan..

Salam.. 

Pejam celik, pejam celik lagi tiga atau empat hari lagi je yang kita akan menyambut syawal.. Rasa cepatnya masa berlalu.. tak terkejar rasanya dengan masa yang ada sekarang nikan... Dulu kalau kat kampung tu rasa macam banyak sangat masa... dok lepak ngan kengkawan petang-petang kat tepi sawah.. Nak tunggu habis puasa rasa macam lama sangat.. Tapi sekarang memang tak sedar masa tu berlalu dengan pantas..

Yelah... Kat bandar ni.. banyak sangat aktiviti kita lakukan.. lagi-lagi dah bekerja nikan.. ada je masa terisi, buat itulah, inilah macam-macamlah.. Sampai masa yang diperuntukkan untuk membuat sesuatu kerja tu pun tak cukup..Macam sekaranglah... tak sempat je nak update blog.. hahahaha.. overkan... citer pasal masa konon... niat sebenar nak citer yang aku tak sempat nak update blog.. tapi nak salahkan masa pulakkan.. Ke diri sendiri yang tak reti nak setkan masa... 

Aku tengah dalam dilema ni... Yelah anak-anak nak membesarkan... semalam aku tengah godek-godek purse aku.. sekali aku terpandang duit SATU RIYAL yang abang ipar aku bagi masa dia balik dari umrah dah bertukar jadi duti RM 1, jadi kepelikan kat situ.. tapi aku muhasabah diri... aku fikir logik mungkin aku tersalah selitkan duit tu kot... 

Tempat asalnya duit SATU RIYAL tu macam nilah.. Tapi dah berganti dengan RM 1.
Dalam hati dah macam agak ni mesti keje budak sorang ni... 
Abaikan muka muda remaja tu ye... cheh... remajalah sangat masa tu...

Lepas aku dah dalam dilema.. dengan niat malaslah nak fikirkan pasal duit SATU RIYAL tu... tapi balik dari keje semalam tetap jugaklah aku tanyakan kat budak sorang ni... Tapi dia tak mengaku pun dia amik.. oklah mungkin memang salah aku kot.. tersalah letak... aku pun lupakan jelah..

Tapi pagi tadi tengah aku nak kemas-kemas beg sekolah budak sorang ni.. tengah aku nak angkat bag sekolah dia.. Aku terasa berat lain macam je dengan bag sekolah tu.. Dalam hati aku fikir mungkin dia masukkan muqaddam dan rehal mengaji dia dalam bag tu kot.. Tapi tangan aku laju je nak buka zip bag sekolah tu... Yelah... hati mak kan.. mesti ada rasa curiga jugaklah... 

Bila aku buka je zip.. aku terus nampak purse lama aku warna merah... Bila aku pegang je purse tu.. Aku rasa berat... Dalam kepala dah fikir lain.. dia amik duit orang ke.. aduhai risaunyer rasa hati... Tapi aku cek dululah... aku buka purse tu.. sekali terpandang.. banyaknyer duit syiling..

Tengok... duit syiling RM0.50 sen boleh dikatakan semuanya... terus aku cek tabung duit syiling aku.. Pergh.. dah separuh dikoreknyer... bertuahnyerlah budak ni... Tapi jangan sangka duit syiling je ye... 

ada duit Ringgit jugak... Korang nak tau kat mana dia dapat duit ringgit ni... Rupanya dia amik kat purse aku... Yang tinggal dalam purse tu hanya RM 10 je... dia cuma amik RM 1 dan RM 5.. Pandai pulak tu tak amik RM 10... 

Pastu pagi2 tadi dia bangun nak pergi sekolah.. Aku n en. suami tanya dia elok-elok.. 

en. suami - nape ujei amik duit dalam purse mama...
Uzrei - sebab ujei nak beli askrem...
aku - kalau nak eskrem.. mintaklah duit kat mama..
Uzrei - ala........ kalau ujei minta bukan mama nak bagi pun..
aku - terus terdiam...
en. suami - yelah.. tak elok tau ujei amik duit mama.... ni duit mama tau.. nanti ujei amik hak orang lak...
aku - ujei jangan buat lagi ye... kalau nak minta tau...
Uzrei - baik..

Harap masuklah dalam fikiran dia.. walaupun dia tak faham sangat lagi.. tetap kena terangkan jugak...
ni yang merisaukan hati aku... kali ni memanglah dia amik duit aku.. tapi next time jangan dia amik hak orang lain pulak dahlah... Itu memang merisaukan akulah... umur macam dia sekarang ni.. semuanya baru nak belajar.. mana yang baik tu alhamdulillah... mana yang buruk tu memang kena terangkan sampai dia fahamlah.. Ni hal abang.. nanti hal adik tak tahulah pulak macam mana.. Harap adik dapat belajar yang baik dari abang dialah..

aku harap apa yang aku dan en. suami nasihatkan kat dia boleh diterima dengan baik dan masuk dalam akal fikiran dia... 

oklah... sampai sini jelah ye... 

babai..



Merajuk...

Salam.. 

Hari jumaat yang indah dan harapnya hari ni penuh dengan keredhaan dari Allah s.w.t. Amin..........

Al-kisah budak yang merajuk sebab kena paksa makan ubat.. alahai.. dah lah cekeding.. sekarang dah pandai merajuk pulak.. Kalau merajuk mesti menyorok kat belakang sofa.. lepas tu ayat yang keluar "tak nak kawan.. mama" hai pandai ye.. tapi bila nak susu.. mama ko ni jugak yang di cari.. geram je..

 Mama paksa untuk kesihatanlah.... 
tu pun nak merajuk...

 Aku paksa makan ubat ni je pun.. bukan ada 10 macam jenis pun.. Tapi dia punya merajuk boleh tahan...
Kesan tudung saji ni lagi ketara dari ubat ni ye...

Ok.. jap lagi jam 10 nak pergi latihan kilang terbakar panggil bomba... lepas tu nak makan kat kantin pulak.. hehehe... best sebab disediakan makanan.. baguskan.. sesuai untuk orang yang macam aku ni...

babai...


Hari inilah...

Salam... 

Hore... hore... aku teringin nak tengok citer hore.. hore kat astro first ni.. tapi schedule adalah pack setiap hujung minggu.. dengar citer.. citer tu best.. best ke.. mungkin sebab sambil cerita ada selit lagu-lagu Allahyarham sudirman kot.. tu yang bila tengok teringat kisah-kisah lama.. Harap minggu depan aku dapat tengoklah..

Semalam dah buat reminder untuk birthday Uzair Danish.. Jadi dengan tarikh 28/6/2009 aku selamat melahirkan danish jam 6.30 petang di HTAR klang secara paksa.. Sebab masa pregnantkan dia aku kena kencing manis.. dan terpaksa ambik insulin.. nasib baik masa ambik insulin tu kandungan dah berusia 30 minggu.. kalau masa awal-awal kandungan maulah lebam asyik nak kena cucuk badan jekan... 

Alhamdulillah kandungan yang ni aku tak ada kencing manis.. memang control gile masa pengambilan makanan.. malam pun aku hanya makan roti je.. tapi berat badan pulak asyik turun je... tak mau naik-naik.. tapi takper yang penting aku n baby sihat... 

Ok.. berbalik citer Birthday Uzair Danish.. Sebenarnya dah buat awal untuk dia.. Kebetulan pulak masa tu kat rumah kakak aku ada buat majlis akikah dan kenduri untuk kakak aku yang bakal menunaikan umrah pada 30/6/2012 ni. Ingat nak buat lagi awal, tapi majlis tu terpaksa postpone pada 10/6/12.. Pada awalnya dah nak tempah kek dah.. tapi terpaksa cancelledkan.. huhuhu... Dan tiba masa 10/6/12 tu tanpa dirancang anak buah aku sponsor kek untuk Uzair Danish.. rezekikan.. tak sangka ada dimana-mana... 

korang ikutlah gambar kat bawah ni... 

 Inilah rupa kek birthday Uzair Danish yang disponsor anak buah aku...
Memacam gambar diletaknyer...

 Gambar depan... 

 Gambar tepi...
Tak silap aku gambar uzair tengah menangis tu usia dia baru sehari.. masa tu kat ward lagi... 

 Aku yang teruja dapat kek sponsor... heh.. macam kek tu untuk aku pulakkan..

 time nak tiup lilin dan potong kek dah masa ni.. kat bawah je.. maklumlah umah orang kan.. tetamu lak masa tu ramai lagi.. 

 Nampaknya kat sini.. uzrei yang eksited.. sebab dia teruja tengok muka adik dia ada kat kek tu..

 Ok... marilah kita potong kek ye... 

orang sibuk kat kek.. dia sibuk pandang awek kat sebelah pulak... 

 Hasil kenduri akikah hari tu.. sangatlah sedap.. ni 1st time aku makan.. yang 2nd dan 3rd tu takyahlah nak tayangkan... maklumlah time pregnant nilah makan takyah nak control-control sangat.. tapi tetaplah kena jaga jugak pemakanan kan.. kang kena bali kencing manis.. haru....

 Rupa kek yang dah siap dipotong.. Red velvet.. sedap jugak rasanya.. oklahkan.. dah orang sponsor takkan nak banyak komen pulakkan.. dah diberipun syukur nikmat...
Masa ni aku bagi kek ni kat abang aku.. pehtu dia kata.. " tak gamak aku nak makan kek ni, Macam aku makan anak buah aku pulak" hadoi... sampai kesitu dia fikirkan..

Ni pulak kek untuk baby yang baru lahir.. cucu akulah kiranya.. 

Selamat sudah Birthday Uzair Danish..

Aku memohon semoga Uzair menjadi anak yang soleh, berjaya didalam dunia dan akhirat.. Amin... 


Babai.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...