Showing posts with label Tragedi. Show all posts
Showing posts with label Tragedi. Show all posts

Kalau rezeki kita takkan kemana.. Betul tak?

Salam... 

Alhamdulillah... Masih bernafas lagi di bumi Allah s.w.t ni.. Walaupun semalam dikhabarkan berita yang tak berapa baik yang menyatakan tsunami bakal berlaku. di Acheh dan beberapa pantai yang ada dimalaysia.. statement dah macam pembaca berita pulak..Tapi akhirnya ramalan tu dah ditarik balik sebab katanya gempa tu tak sama dengan keadaan tsunami semasa di Acheh (2004) dan juga dijepun. Apa-apa pun itu semua kuasa Allah s.w.t. Walaupun sekecik mana pun kalau katanya nak juga berlaku tsunami tetap jugak berlaku begitu jugaklah sebaliknya. Hanya dia yang berkuasa menentukannya.

Tapi sebenarnya nak citer pasal kehilangan.. Bukanlah kehilangan yang besar sangat pun, lagipun mungkin  ni dari kecuaian diri sendiri. citer pertama aku keluar pegi carefour Seksyen 23 shah alam, Masa tu aku teruja dengan tudung bawal rose dan tudung bawal crown.. Aku rembatlah sampai dua helai.. Takderlah mahal macam tudung fareeda ni kira tudung mampu miliklah.. hehehehe.. Lepas aku dah bayar.. Aku rasa aku ada simpan duit RM 50 (2 keping) dalam purse. Tapi semalam masa aku lepas bayar duit cuci kereta. Aku check balik sebab nak pergi beli kasut sukan en. suami.. Sesekali selak2 tak jumpa.. Herm.. kat mana aku selitkan pun aku tak tahulah.. Mungkin tercicir kat mana-mana kot.. dah bukan rezeki kitakan.. Bak kata orang tak semuanya tu adalah rezeki kita.. Mungkin untuk orang lain kot... 

Pehtu citer keduanya pulak.. Malam tadi balik dari rumah kakak aku kat taman sentosa. Sampai rumah macam biasalah terus bersiram (cheh ayat macam zaman dulukala lak) tengah-tengah aku bersiram tu adik aku ketuk pintu.. Tak menyempat-nyempat aku selesai bersiram dia nak cakap jugak.. adoi... Rupa-rupanya dia nak beritahu yang cincin tunang n merisik dia hilang. Jadinya satu biliklah kitorang mengeledah. Semua tempat tak jumpa.. Tanya Uzrei ada tak ambik cincin dalam bilik ucu dia.. katanya takder.. check dalam seluar uzrei semua pun takder.. Hati ni dah kata lain macam dah.. kata ada orang masuklah tapi takder pulak tanda2 orang masuk rumah tu.. Lepas tu adik aku pun cakap.. takperlah dah bukan rezeki diakan.. tapi cuma rasa terkilanlah..

Kebetulan pulak pagi tadi.. Lepas hantar adik aku ke tempat kerja dia.. aku terasa nak kedepankan seat keta aku tu kedepan sikit.. Sambil2 tu aku angkat segalan jenis mak nenek kat belakang tulah.. dengan payungnya.. dengan bantal bebudak dua orang tu lagi.. Sekali aku nampak satu cincin tergolek2 kat lantai tu.. Mula tu hati aku dah berdetik.. satu je ke cincinnya mana satu lagi.. Ntah2 semalam masa pergi cuci kereta dorang dah tervacuum sekali kot.. Tapi hati tetap tak puas hati terus selak pulak carpet kereta tu.. Terus jerit Alhamdulillah.. Jumpa jugak cincin tu kat dalam kereta.. Ni mesti kerja si Uzrei atau Uzair.. Diorang ni memang suka selongkar bilik ucu dia.. Kengkonon bilik ucu dia ada macam2 barang yang menarik.

Nasib baiklah bebudak cuci kete tu buat kerja sambil lewa je semalam. Kalau diorang buat bebetul sampai berkilat kete aku tu mesti takdernya nak jumpa balik cincin tu.. Yelah mana tahu dah tersedut masuk dalam bag vacuum tu.. tak ke haru...Walaupun semalam aku bengang jugaklah dengan carwash tu.. sebab cuci kete macam nak tak nak je. Segala jenis sampah pun ada lagi dalam kete aku.. sebab diorang tak vacuum betul2.. Tapi aku tetap nak bersyukur jugaklah.. Kalau tak terjadinya macam tu mesti dah takder rezeki adik aku tu nak jumpa cincin dia.. Dan nasib jugaklah hati aku ni terdetik nak selak seat belakang tu.. Kalau tak dah lunya kena pijak dengan anak-anak aku..

Kesimpulannya.. apa yang terjadi tu ada hikmahnyakan.

Oklah dah panjang aku menceceh ni.. nak sambung buat kejelah.. babai

Perasan jahat dari otak aku..

Salam... 

Minggu ni en. suami pergi kursus kat Instun selama seminggu. Jadinya tinggal aku empat beranak jelah termasuk adik aku. 

Jadinya malam tadi aku dalam dilema sikitlah... dahlah en. suami pergi berkursus. Akul pulak tido bertiga je dengan Uzrei dan Uzair. 

Kebetulan petang semalam aku keluar dengan adik aku pergi cari barang2 yang tak cukup untuk majlis pertunangan dia. Sampai rumah pun lebih kurang jam 9.30 malam.. Nasib baik anak buah aku datang melepak kat rumah aku malam tadi. Dan aku tahan suruh dia tido kat rumah aku. Dasar penakutkan sampai paksa anak buah tido rumah aku.. tapi pandai pulak anak buah aku dah stanby kain baju dia.. ke dia memang nak tido kat rumah aku.

Lepas dah sediakan kelengkapan tido untuk anak buah aku dan suaminya.. aku pun naik ke bilik untuk mandi dan terus kebabom tido.. masa tengah nak mandi tu aku pun peliklah.. Apesal lantai bilik air aku basah ni.. dalam kepala aku ni dah fikir jahat dah. "ada orang naik rumah aku tumpang mandi ke?" wakakak.. ada pulak orang masuk rumah orang nak tumpang mandi ye.. Pehtu mandi kat bilik atas pulak tu.. Padahal kat bawah bukan takder bilik mandi.... Tak logik... Yang lagi peliknya tetiba aku nampak macam kesan tanah merah kat lantai rumah aku... wah...... Terus berdebar dada aku.. Dalam hati ada benda mistik ke dalam rumah aku.. Walaupun hakikatnya memang ada pun benda mistik tu tapi aku sentiasa abaikan je... yelah dia tak kacau aku, takkan aku nak kacau diakan.. orang kata benda halus ni suka lalu lalang.. jadi aku anggaplah dia lalu lalang kat rumah aku... Takkan dia nak minta izin pulakkan.. kang mau aku tergolek tangga dibuatnya.

Tapi masa aku terpandangkan tanah merah kat lantai bilik air tu.. Memanglah perasaan takut tu ada.. Tapi tetap cekalkan jiwa supaya sabar.. Terus mata aku pandang siling bilik air... pehtu.. dalam hati terus cakap Alhamdullilah rupanya bumbung rumah je bocor.. Kebetulan petang semalam memang hujan lebat pun.. Yang tanah merah tu datangnya dari tanah bumbung yang bocor tu masuk lak dari lobang udara kat dalam bilik air tu.. Lega sikit hati..

 Gambar pinjam dari google..
rumah aku takder aircond ni.. hehehe

Tadi pepagi lagi aku dah call orang untuk check bumbung aku.. samada betul atau tidak bumbung tu bocor..  mungkin bumbung tu bocor kesan dari angin yang kuat kelmarin kot.. harap-harap betullah.. haish... otak ni apalah suka fikir benda bukan-bukan

Tapi tulah hati ni kalau ada perasaan jahat tu.. Mesti asyik teringat pasal benda mistik je.. Boleh satu malam aku tak boleh tido asyik memikirkan benda mistik tu tengah berlegar-legar dalam bilik air.. Pehtu si uzair pulak malam tadi jugaklah dia nak menangis tak benti-benti.. Aku buat susu pun dia tak layan aku.. Sudahnya sampai pagi susu tu terbiar tak berminum.. Rupanya si uzair nak tido kat lengan aku.. Hehehehe.. tulah biasanya si Uzair ni tido kat lengan en. Suami. Aku bebas ke berkuak lentang tido tanpa ganguan uzair.. Sekali malam tadi Uzair mencari lengan en. Suami aku pulak.. Bila aku letak lengan aku boleh dia taknak.. Lain kali aku kena photostat lengan en. suamilah.. Senang sikit bila en. Suami pergi kursus panjang.

Korang pernah tak perperasaan jahat macam aku ni.. Hish.. apa korang buat kalau perkara ni terjadi kat korang?


maluew wei....

Salam... 

Dah nama dapat penyakit M pulak hari nikan.. Otak pun tepu + mengantuk + sejuk.  Menjadikan otak aku tak berfungsi dengan baiknya.

Tadi tengah ralit dok menulis dalam buku sambal layan henpon aku. Dan kakak meja sebelah aku baru nak memulakan borak pasal kawan dia.. Borak ye bukan gosip tau... tapi tak sempat nak berborak tetiba ada call masuk. Kakak tu pun angkatlah.

Kak Noor : hello...
Orang tel sebelah sana : Noor panggil aishah mari (mungkin macam nilah cara dia cakap)

Kak noor letak tipon. terus cakap dengan aku 

Kak Noor : shah.. bla.. bla.. bla.. panggil (bla.. bla.. bla.. tu aku tak dengarlah maknanya.)
aku : ler.. baru nak borak pasal kawan..

Aku pun terus lah menonong keluar pergi bilik bos. Dalam hati mesti ada invoice yang aku buat salah ke apa ke.. bla.. bla.. bla..

Sampai bilik boss

Boss : Ada apahal
Aku : Bukan boss panggil ke tadi..
Boss : mana ada..
Aku : ye ker.. tadi dengar macam noor kata boss panggil..
Boss : Saya takder call dia pun..
Aku : oh.. ye ke? saya tak dengar kot.. saya turunlah..

Penat tau aku daki tangga tu.. sian lemak-lemak aku.. Pehtu sepanjang aku nak turun sampai bawah.. Aku dah tak leh nak control ketawa.. hahahahaha.. Maluew pun ada gak sebab salah pergi jumpa bos..

Belum sampai kat bilik opis aku lagii aku dah jerit..

Aku : kak noor... betul ke boss lelaki panggil..
Kak Noor : mana ada Boss perempuan lah.. ko kenapa.. 
Aku : hahahaha... saya dengar tang panggil ke kak noor..

Dah puas gelak terus aku jumpa boss perempuan tu.. tapi sampai sekarang aku asyiklah tahan2 senyum sebab nak tergelak..

Moralnya ~ lain kali walaupun mengantuk tahap gaban.. Fokus tu tetap kena ada tau.. Jangan jadi macam aku hari ni... sebabkan tak fokus.. hari ni aku dapat malu.. huhuhuhu

Tak sukerlah..

Salam..

Tak suker bila penyakit M datang.. huhuhuhu.. Seploh kali dah aku menaip semuanya delete balik..

UPDATE : Banyak betul blog kena blocked dengan server opis aku hari ni... banyak iklan ada ayat dot. dot. dot. kot. Mana yang aku tak tinggal komen tu minta maaf ye.. insyallah malam karang aku bersiaran kat rumah.


Countdown masa untuk bunuh diri di FB.. (kes ke2 )

Tadi member opis aku cakap semalam ada seorang budak cina ni mati terjun bangunan sebab putus cinta... herm.. senangnya dia selesaikan masalah.. melalui bunuh diri jekan.. padahal masalah tu takderlah besar mana pun.. macam2 kan.. siap countdown kat FB lagi sambil menunggu masa kematian dia..
cuba korang selak kat Facebook ni.. kalau nak tau kisah selanjutnya..yang ini pula kematian dia dah keluar paper China

Langkah-langkah tersebut adalah :

1. Kikis segala pemikiran yang tidak elok dan yang tak baik pasal orang lain, perkara, benda dan situasi. Latih diri untuk bersangka baik dan tumpu pada nilai-nilai positif sahaja.

2. Kawal perasaan dan emosi. Jangan biarkan perasaan mengawal pemikiran Anda!

3. Kosongkan kotak pemikiran daripada perasaan-perasaan sedih, bermuram durja dan apa jua perasaan negatif. Kosongkan abis, sepertimana kita mengosongkan poket.

4. Perbaharui pemikiran kita dengan pemikiran yang lebih rasional dan kreatif.

5. Berbuat baik kepada sesiapa saja. Dengan menolong orang dan membuat jasa boleh mendatangkan ketenangan, ketenteraman, menaikkan rasa hormat dan bangga diri.

6. Cuba dengar masalah orang lain dan cuba memberi nasihat, atau fikir cara terbaik untuk menceriakan dirinya. Secara tidak langsung ini akan melatih diri kita menjadi lebih matang dalam menghadapi pelbagai permasalahan hidup.

7. Bunuh perasaan negatif (takut, gugup, tak yakin, sangsi, ragu dan rendah diri) sekarang juga!

8. Kita bermasalah sebab kita jauh dari Tuhan. Masalah diberi supaya kita dekatkan diri semula dengannya, kena banyak istighfar dan jaga sembahyang bagi yang beragama Islam.

9. Ingat, sesusah-susah kita, ada lagi orang yang lebih susah. Anda mesti bersyukur kerana Anda masih Anda pilihan dan alternatif-alternatif untuk menyelesaikan masalah satu persatu.

psst : naper senang je orang nak bunuh diri ye.. diorang ingat nyawa tu boleh datang balik ke? mungkin bukan islam dan takder iman tu yang diorang pilih jalan nikan...  singkat betullah jalan yang  diorang pilih ni.. Ya Allah jauhkanlah dari ahli keluarga ku dan juga semua umat nabi muhammad S.A.W... dan detapkanlah iman kami semua.. Amin..

Matahari pun kena charge pengunaan...

 copy n paste from email..

lepas ni aku, korang dan korang semua kene bayar charge guna matahari pulak ye... pelik aku dengan manusia sekarang.. harap takderlah terjadi kat orang2 kat malaysia.. ada pulak daftar pemilikanan untuk alam ni.. macam diorang pulak yang mencipta Matahari dan segala alam ni.. sengal betullah..  

Cuba korang baca Artikel kat bawah ni.. mengarut sungguh

MADRID - Seorang wanita dari Galicia , Sepanyol, Angeles Duran (gambar) menyatakan matahari secara rasminya sudah menjadi miliknya, lapor sebuah akhbar semalam.

Menurut Duran yang berusia 49 tahun, dia mendaftarkan namanya sebagai pemilik matahari di sebuah pejabat notari awam tempatan.

Pejabat notari awam bertanggungjawab mengesahkan sesuatu perjanjian yang dibuat.

Dokumen yang dikeluarkan pejabat itu mengisytiharkan bahawa Duran merupakan pemilik matahari iaitu bintang yang terletak di pusat sistem suria dengan jarak dari Bumi kira-kira 149,600,000 kilometer.

Menurut wanita itu kepada akhbar El Mundo, dia mengambil langkah mendaftarkan namanya sebagai pemilik matahari pada September lalu.

Duran berkata, dia mendaftarkan namanya itu selepas membaca artikel bahawa seorang lelaki Amerika Syarikat telah mendaftarkan namanya sebagai pemilik bulan dan kebanyakan planet di dalam sistem suria.

Dia menjelaskan, terdapat satu perjanjian antarabangsa yang menyatakan bahawa tidak ada mana-mana negara boleh mengaku menjadi pemilik bintang atau planet.

Namun, perjanjian itu tidak menyatakan bahawa mana-mana individu tidak boleh menjadi pemilik bintang atau matahari.
Duran menyatakan, dia kini mahu mengenakan caj kepada setiap orang yang menggunakan matahari.

Menurutnya, dia akan memberikan separuh daripada hasil kutipannya itu kepada kerajaan Sepanyol, 20 peratus untuk dana pencen, 10 peratus bagi tujuan penyelidikan dan 10 peratus untuk menamatkan kebuluran dunia manakala 10 peratus lagi menjadi miliknya. - Agensi

Kerna sehelai kertas...

Salam...

fuh... baru lega ni tu yang terus update.. sebab apa aku kata lega..
sebab tajuk kat atas tulah malam tadi aku tak dapat tido nyenyak... 
petang semalam lagi 45 minit nak sampai waktu balik.. tetiba si amoi ni beritahu aku supplier call mengatakan Purchase Contract yang aku buat tu location dia salah.. sepatutnya Pasir Gudang tapi aku letak Prai pulak... 
takperlah kesalahan tu boleh amend dan aku terimalah tu memang kesalahan aku sebab typing error kan.. 
si amoi pun suruh aku keluarkan Purchase Contract tu sebab nak amend..

Lepas si amoi ni dah keluarkan arahan.. aku pun teruslah cari Purchase Contract tu.. sebab seingat aku, aku baru je fax.. cari2 punya cari tapi tak jumpa... running no. yang lain semua ada.. cuma nombor yang aku cari tu lak takder... sudah... hati aku dah gundah gulana.. kalau betul Purchase Contract tu hilang bermakna aku dah ada 2 kesalahan.. satu typing error dan lagi satu aku dah hilangkan document tu... huhuhuhu

last2 otak aku dah tak boleh nak fikir kat mana aku letak... waktu balik pun dah sampai.. aku cakap kat si amoi aku nak balik dulu nak tenangkan fikiran.. esok pagi akan aku sambung balik...kalau aku cari masa tu jugak tapi otak tak boleh nak berfikir tak guna jugakkan... korang tau satu malam aku tak tido aku fikir kat manalah aku letakkan benda tu.. dan malam tu jugaklah perut aku meragam... hish.. geram.. tapi tak per tu adalah dugaan...

Dan pagi tadi aku sampai opis awal.. tapi memang aku selalu awal pun.. aku tak terus cari lagi.. aku tenangkan fikiran sambil minum nescafe... lepas je minum nescafe aku selak buku yang ada tarikh aku buat Purchase contract tu... bila aku tgk tarikh je... terus aku melonjak2 kegembiraan... sebab Purchase Contract tu aku bukan fax semalam.. tapi sebenarnya 23/11 masa si amoi ni pergi seminar... dan 23/11 tu jugak aku dah post original copy ke supplier... nasib baik sebelum post tu aku dah siap2 buat copy untuk simpanan (tu mmg wajib utk reference) aku terus buka folder salinan Purchase Contract dan terus aku jumpa... 

nilah kertas tu...
kerna sehelai kertas nilah aku tak boleh tido nyenyak malam tadi

dengan gembiranya aku terus bersyukur kepada Allah S.W.T sebab beri aku petunjuk...
kalau tak mau aku kena bilik ala2 mengadap Donald Trump sebab-sebab kelalaian membuat documentation..

Kerang besar

korang pernah tengok kerang sebesar ni tak? 1st time aku tengok kerang besar macam ni.. geli pun ada jugak.. 
malas nak citer panjang-panjang korang tengok jelah gambar kat bawah ni..

tengah mengorek pasir

sampai macam ni sekali cara diorang nak cari kerang tu..

ramai betul para pencari kerang gergasi ni..

akhirnya inilah kerangnya..

inilah rupanya.. (semacam je rupanya... iks.. geli)

sanggup diorang ni cari kerang ni ye.. kalau aku macam-macam yang aku bayangkan.. benda ni makan oranglah.. kang dia gigit tangan habis putus.. tu yang aku bayangkanlah.. tapi bagi diorang ni mungkin keseronokan..

rasanya diorang makan ke bendalah ni.. hish.. taknak aku.. geli..

psst : korang tau ke nama betul kerang ni.. dari email yang aku dapat diorang panggil kerang ni dengan nama KERANG LU*AH.. kotlah ada nama saintifik yang korang tau.. boleh kita share sama2..

tadi aku telah menitiskan airmata


 tadi aku tengah baca cerita yang aku dapat kat email... sambil aku menghayati cerita ni.. secara tiba2 airmata aku terus mengalir keluar.. inilah part yang paling aku sedih 

Aku x tahu apa lagi boleh aku buat.. Aku bacakan Yaasin ditelinganya berulang-ulang, biarkan anak kami dipangkuan memeluk-meluk ibunya..

kalau korang nak tau lebih lanjut korang kena habiskan baca cerita ni
tajuk cerita aku tak tahu pulak


Aku dah kawin skarang. Bini aku memang baik sangat2. Tapi dia x seperti yang aku expect masa kami belom kawin dulu. Masa belom kawin, aku tengok dia memang sorang yang pendiam je, jarang gile cakap ngan laki. Member2 mmg puji la cara dia. So memang susah jugak aku nak cuba tegur dia masa tu.. segan dowh. Memang obvious lah kalau aku tegur. Tapi aku suka dia macam tu, so xde la cemburu sangat sebab dia jarang borak2 ngan laki..

Cantik? Memang la, kalu x aku comfirm x sangkut punyer. Haha. Cantik pada mata aku la. Member2 pon ade yang cube usha. Sori le dia nak layan. Haha. Memang market. Last2 aku yang dapat, memang rasa bangga giler. hehe..

Eh, dok ngumpat2 pasal dia, lupa lak nak kasi tau nama. Nama panggilan dia Ara. Nama betol dirahsiakan.  Hoho..

Aku usha cara yang leklok la, gi jumpa bapak dia dluu. gentlemen beb! Slow talk ngan bapak dia. Err, bapak dia nama Marzuki.. Bapak dia ni jenis sound direct rupenyer.. Pergh, mmg kena kutuk kaw2 la gua. Sebabnya, bila dia tanya kenal x anak dia? Gua cakap x sgt. Bapak dia tanya lagi, nape nak kawin ngan anak dia? Gua cakap sebab minat. Minat sebab ape? Gua cakap x tau.. Habis kalu x dapat anak dia? Gua cakap nak jugak! Bapak dia sound la, “ko ni, cane ko nak kawin ngan org yang ko x kenal? Gua jawab, lepas kawin la saya kenal dia pakcik.. pastu sengih2.. pastu bapak dia diam.

Masa tu rasa down gile. Bapak dia cam tolak mentah-mentah je proposal aku.. Ke dia saja nak uji kehebatan cinta aku?? Huhu.. Time tu aku dh terpikir nak usha calon lain je. Aku memang ade lagi sorang yang aku suke. Haa yang ni gua memang kamceng giler. Yang ni pulak nama dia Ika. Gua memang selasi lah ngan minah ni. Haha.. Tapi last2 orang lain gak yang gua pinang.

Hari keputusan proposal aku akhirnya tiba. Kputusannya.. jeng3.. x spt yang aku jangka. Haha. Aku ingat kena reject, satgi family diorang terima. Warghh happy giler. Alhamdulillah. So, memang sah la takde jodoh aku ngan Ika. Time aku bgtau Ika aku nak kawin, dia accept je. Kejam gile aku. Dia kata semoga aku bahagia.. lepas tu kami dah x jumpa.

Lepas akad nikah, kompemlah aku sebagai laki Ara. Happynye aku Tuhan je tau.. kat rumah.. dia macam biasa, cool je.. Tapi cool semacam la pulak. Sepatah aku tanya, setengah patah dia jawab. Kalu aku x buka mulut, memang x berbunyilah rumah kitorang.

Ara taklah ‘bisu’ sangat. Kadang2 dia bersuara gak.. Tapi bagi aku yang jenis suka cakap banyak ni, Ara bukan jenis yang boleh bawak borak sangat. Bila aku cakap pasal something, dia macam blur... Macam x supportive sangat. Last2 aku dah malas nak borak.. oh boringnye..  Yang dia tahu cuma tunjuk baris gigi dia ja.. sengih. Cam yg aku buat kt bapak dia dulu. Psycho seyh..

Nak jadik lagi tensen, aku ni jenis perokok sederhana tegar gak la. Tapi bini aku pulak mmg cam fobia giler ngan asap rokok. Bau nafas aku yg bersisa rokok pon, dia mesti batok.. x bau rokok pon dia dah selalu batok. Uhuk3 gitu.. Sebab sayang bini, makin lama makin kurang aku merokok..  kalu gian sangat pon aku merokok time kat ofis je.

Bini aku keje hospital, bahagian obat-obatan.. Aku lak xleh bau ubat, mesti pening kelapa.. Hari2 aku yang hantar, ambik dia gi spital. Time ambik dia balik, mmg hari2 lah baju dia bau obat dalam kete. So aku akan slalu bukak tingkap, nyaman sket..

Ada satu hari tu, masa hujan lebat. Xleh bukak tingkap kete, aku dah mmg pening-pening lalat dah.. Bau ubat.. Dengan poor visibility lg, kami accident! Langgar bontot kete orang depan. Kat spital, doktor kata bini aku keguguran akibat kemalangan tu. Hah??

Rupanya dia mengandung dua bulan.. Ara sendiri pon x tahu.. Ya Allah!!

Lepas kejadian tu aku terus suruh Ara benti keje. Dok rumah je.. Aku dah korbankan rokok aku, so dia kena korbankan keje dia. Aku dah x tahan bau ubat!! Aku sorang keje dah cukup sara idup kami!

Dekat setahun kami kawin, Ika tiba2 datang, dia kata masih sayang kat aku, nak aku ambik dia jadik bini no. 2.. Dia sanggup..

Alamak ni dah angau betol.. Padahal aku baru je kawin. Mungkin Ika yakin yang kami sangat serasi dan saling memahami, so dia berani propose kat aku. Then aku teros terang je la, aku cakap kat dia, yes aku memang x kamceng mane ngan bini aku skarang.. And banyak benda yang kami xde persamaan. Ara memang x banyak bercakap. Kalu aku cube buat lawak, dia macam x tangkap je. Sedih tol.. X pandai nak borak. Kalu jumpa member2 aku lagi le dia sunyi sepi. Dah le hari-hari dia suka masak benda yang sama.. Jarang la dapat makan yang lain sket. Kcuali makan luar. Itu pun dia akan order benda sama je.. Haha macam tu la bini aku.. Lucu lak..

Tapi kami masih cuba memahami hati budi masing2.. Aku cuba biasakan diri ngan bau ubat2 kat baju2 Ara dulu, cuba brenti merokok waktu awal2 kawin dulu.. Ara plak dh x keje, dah cuba belajar masak benda2 lain (jarang la menjadi).. Aku bagitau Ika, rumah tangga kami bahagia. Aku xleh menduakan dia.. Aku memang sayangkan dia. Ika terpaksa terima hakikat tu. Itu mmg last kami jumpa.

Kini, kami dapat rezeki sorang anak, dah besau, dekat 4 tahon la.. tp dah pandai mengaji sket2. Semua berkat kerajinan bini aku. Bab2 agama, mengaji sume dia mmg bagus. Anak aku Hafiz, memang dia train elok2 ngaji alQuran.. Alhamdulillah, semoga esok2 dia jadik anak yang soleh. Bagi aku itu la investment yang sangat2 menguntungkan!

Tapi sebenarnya dalam tempoh tu, kami x seperti pasangan yang lain, kot. Makin hari aku makin bosan ngan rumah tangga kami. Ara memang suka menyepi, jarang borak panjang2. Aku pulak suka keluar lepak ngan kawan2. Makin lama makin jarang aku duduk rumah. Lewat malam baru balik, bini dah tido. Esoknya pagi2 aku dh kena gi keje.. Dalam tempoh tu jugak, aku sebenarnya asyik keluar dengan sorang ofismate aku. Nama dia Lisa. Budak baru kat ofis aku.. Berbekalkan muka yang agak ade market ni, dia macam sangkut lak kat aku. So dialah yang slalu aku ajak kluar malam, teman aku borak2, kadang2 sampai pagi!

Aku sedar aku seolah2 mempergunakan dia untuk hiburkan hati aku.. Teringin nak kawin ngan dia, takot kecik hati si Ara pulak.. Dengan Lisa la tempat aku luahkan perasaan, kadang2 gadoh, kadang dia tercarut2 siap kat aku. Pastu minta maaf, dia kata tersasul.. Tapi aku mmg terhibur bila dok ngan Lisa. Bini aku kat rumah, dengan anak aku jarang sangat aku luangkan masa..

Ara sedar akan perubahan aku dari hari ke hari. Dia mula sedar aku ada pompuan lain. Satu hari dia bagitahu, dia izinkan kalu aku nak kawin lagi, tapi mesti dengan wanita yang elok2, sebab dia tak mahu pelajaran Hafiz terganggu. Aku pelik, apa kaitan??

Dan aku terfikir, Lisa tu wanita yang elok ke? Pakaian hari2 kompem ketat, make up kat muka 2 inci macam xleh kena air, x ambik air semayang ke? X semayang ke? Ke cuti sepanjang tahon?!

So aku postpone dulu hajat nak kawin ngan Lisa. Terfikir lepas kawin boleh nasihat kot sikit2, tapi time bencinta pon asyik lawan ape aku cakap. So sad!..

Ketika perkahwinan aku ngan Ara mencecah 4 tahun dulu, rumahtangga kami ditimpa dugaan yang maha besar. Ara mula jatoh sakit, batuk dia makin teruk, akhirnya masuk hospital. Dan saat itulah baru aku diberitahu, Ara mengidap penyakit barah tekak. Ya Allah!!

Doktor bagitau, Ara dah lama senarnya kena barah tu, penyakit yang akan buat dia slalu batuk, dan trpaksa menahan sakit bila bercakap! Aku rasa bagai kena tusuk dengan anak panah yang tumpul bila dengar benda tu!! Patut la Ara jarang sangat bercakap. Kenapa dia x bagitau aku??

Doc tu cakap lagi, penyakit tu makin lama makin teruk, dan bagi effect kat jantung. Sebab pernafasan dia selalu kurang dari sepatutnya. So jantung jadi lemah.. So itulah yang menyebabkan Ara jatuh sakit. Jantung dia skarang makin rosak akibat barah tu.

Jadi camane dia boleh ajar anak aku mengaji? Doktor tu bagitau, memang ada ubat utk diminum sebagai pelincir dalam tekak. Tapi hanya kurangkan rasa sakit, dan ia bertahan kejap je.. Tapi Ara x boleh selalu minum sebab ubat tu sangat mahal!!

Aku buntu..

Masa tulah baru aku terfikir, kami x penah bertikah lidah, x penah gado.. Mgkin itu hikmah dia.. Tapi aku x sedar selama ni.. Aku asyik tinggalkan dia, bergembira dengan pompuan lain.. Dia pula sanggup tanggung derita setiap kali perlu menjawab pertanyaan aku. Dan x penah luahkan derita kat aku..

Jantung Ara dah lemah sangat, doktor kata mungkin Ara x dapat bertahan lama.. Aku menangis depan doktor tu puas2, wlapun doktor pompuan. Aku dh x kisah. Aku menyesal dgn cara aku layan Ara selama ni.

Dia dah bagi aku macam2, jaga makan minum, pakaian aku, ajar anak kami mengaji, mmg x penah lawan apa aku cakap, apa aku suruh..

Aku suruh dia benti keje dulu, dia ikut. Walaupon kat rumah dia tetap baca buku pasal ubat-ubatan! Dia minat sangat dengan keje dia.. Maafkan abang Ara..

Bila balik rumah nak mandi kejap, aku sempat tengok balik kenangan2 kami.. Aku belek2, terjumpa kotak hantaran masa kami kawin dulu. Ada satu kotak jam, jam yang aku pakai sekarang.. Aku terkejut bila ada sehelai kertas dalam tu. Mula2 ingat kertas resit, tapi rupanya sepucuk surat!

1 Julai 2007,

Buat suami yang baru kupunya,

Terima kasih kerana menawarkan cintamu,
Yang ku tunggu-tunggu sejak kita mula bertemu dulu,
Ara memang cinta padamu,
Dan Ara menangis bila abang melamarku

Buat suamiku yang baru kupunya,

Luaranku mungkin nampak sempurna,
Luaranku mungkin ramai yang terpesona,
Tapi diriku bukanlah sesempurna abang sangka,
Kerna suaraku bukan kepunyaan kita

Buat suamiku yang baru kupunya,

Andai abang ingin melihat Ara ketawa,
Ara hanya mampu tersenyum pada abang,
Andai abang mahu Ara berjenaka,
Mungkin Ara kan menangis dibahu abang,

Kerana Ara tak mampu berbica,
Seperti orang lain berbicara,
Kerana Ara tak mampu ketawa,
Seperti orang lain ketawa

Jika membaca surat ini akan meleburkan cinta abang,
Ara pasrah dan relakan abang menjauhi,
Jika membaca surat ini Ara tetap dihati abang,
Ara sujud sejuta syukur pada Ilahi..

Yang benar,
Isteri yang menyanjungmu.

*Ara selitkan surat ini dalam kotak jam abang, semoga abang mudah terlihat surat ini..


Berderai lagi airmata jantan aku. Kenapa aku x terbaca surat ni 4 tahun dulu? Kenapa aku x tahu penderitaan Ara awal2 dulu? Kenapa baru sekarang?

4 tahun usia perkahwinan kami, Ara beri aku segala2nya.. dan paling penting dia bagi seorang anak yang comel dan bijak. Tapi apa yang pernah aku beri kat Ara?

Mulai saat tu aku jaga Ara sepenuh hati. Hari-hari memang keje ulang alik hospital. Masuk ofis pon kjap2. Anak aku bagi kakak Ara yang jaga. Masa tu aku dah serabai giler. Sangat x terurus. Baru aku sedar pentingnya Ara dalam hidup aku.

Dalam keadaan Ara yang agak lemah, aku minta kebenaran doktor untuk bawa dia melancong. Aku nak temani dia puas2. Aku nak bahagiakan dia dalam sisa2 hayat dia. Biar dia terlupa akan derita dia. Saat itu dia menangis kat bahu aku. Sejak dia sakit kami hanya berbalas tulisan kat kertas.. dan kertas2 tu aku kan simpan sampai bila2.

Dia tulis dia x menyesal kawin dengan aku. Dia tulis sangat bahagia hidup dengan aku. Siap cuba lukis gambar orang senyum.. haha.. Ya Allah hari2 itu kami sangat bahagia. Namun Ara dah makin lemah. Aku dah x mampu tengok dia derita. Setiap kali dia nak tarik nafas, sangatlah azab pada aku melihatnya.

“Ya Allah, jika Kau masih panjangkan hayat isteriku, Kau berilah aku separuh kesengsaraannya, biar kurang kesensaraannya Ya Allah.. Tapi jika hanya kematian yang dapat mematikan sengsara isteriku, aku redha Ya Allah..”

Aku x tahu apa lagi boleh aku buat.. Aku bacakan Yaasin ditelinganya berulang-ulang, biarkan anak kami dipangkuan memeluk-meluk ibunya..

Akhirnya Tuhan menjemputnya kembali. Aku pasrah. Kesedihanku terubat bila kulihat dia pergi dengan tenang. Sempat kuajarkan Syahadah.. dan dahinya berpeluh jernih. Lalu kukucup buat kali terakhir..

Kini, hmpir 5 tahun prkawinan kami, tinggal aku dengan Hafiz, dengan helaian2 tulisan terakhir Ara..

(T.T)

Beranikan diri buat silap supaya Anda tahu apa yang betul

Bila Anda buat silap Anda cenderung menyalahkan diri sendiri, Anda jadi tak suka dengan kesilapan yang Anda lakukan itu, bahkan Anda menjadi benci. Inilah sebab kenapa ramai di antara kita tak berani mencuba sebab tak mahu merasai peritnya buat silap.
Inilah juga sebab kenapa ramai di antara kita jadi benci dengan kegagalan. Anda takut gagal sebab Anda benci merasai keperitan, kesakitan dan kesusahan yang Anda akan rasai hasil dari kegagalan itu. Anda merasa terpukul. Motivasi Anda menurun.
Bagaimana mengatasi masalah ini? Ikuti dua langkah berikut:
1. Pandanglah diri Anda dan lihat pada potensi diri Anda, bukan pada kesilapan-kesilapan Anda.
Fokus kepada orang jenis cemana yang Anda boleh jadi, fikirkan potensi Anda, kelebihan Anda, bakat Anda. Jangan selalu mengingat kesilapan lalu yang Anda telah lakukan kerana itu akan membuat Anda jadi tidak bermotivasi lagi.
2. Maafkan diri sendiri, lupakan kesilapan lalu, terus melangkah ke hadapan!
Anggap kesilapan sebagai cara untuk Anda belajar memperbaiki diri. Normal sebenarnya buat silap ni sebab kita takkan tahu buat benda baru selagi kita tak buat dulu.
Anda takkan tahu cara yang betul, melainkan Anda jumpa cara yang salah terlebih dahulu. Maafkan diri Anda sebab buat silap, tekadlah untuk belajar dari kesilapan tu, kemudian cara bagaimana untuk buat perkara yang betul. Jadikan kesilapan sebagai rujukan untuk Anda mengetahui cara yang betul.
aku kadang-kadang ada jugak buat kesilapan... masa tak berlaku tu aku tak tahu jugak benda tu tak betul.. tapi bila dah berlaku dan orang lain pun dah nampak kesilapan yang aku lakukan tu..  baru aku dapat tahu yang aku ada buat silap selepas menerima teguran darinya...
tetapi ada jugak sesetengah orang yang tak boleh terima teguran darii orang lain... padahal kesilapannya terang2 dah nampak.. selagi boleh dia akan menutup kesilapan tu.. tapi bak kata pepatah sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.. 

tapi aku selalu tertanya-tanya kenapa bila kita dah buat kesilapan kita susah nak mengakuinya.. padahal dengan kesilapan tulah kita akan lebih berhati-hati dan akan sentiasa menumpukan kepada sesuatu kerja yang kita lakukan.. erm itu hanyalah pandangan dari aku..    

Psst : kemaafan bagi besar @ kecilnya kesilapan tu, terletak kepada kejujuran kita untuk bertetus terang.. jika disimpan takut memakan diri pula.. hidup terasa seperti didalam lubang yang kecil..

Senyum bagi seseorang

Senyum - malique ft najwa
Senyum senyum senyum
Senyum senyum
Verse
Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit
Chorus
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa
Akhirnya sempurna tiga album pertama
Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka
Kalau habis abjad aku rap dengan angka
Satu dua tiga anugerah diterima
Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza
Ditertawakan oleh anakku Inca Medina
Oh Inca Medina orang secantik nama
Cantik luar cantik dalam cantik macam mama
Hati macam grandmanya anginnya macam papa
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana
Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
Nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama
Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini
Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit
Ulang Verse
Ulang Chorus
Ay buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan
Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
Aku bukan rupawan aku bukan jutawan
Tapi aku punya satu senyuman yang menawan
Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan
Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian
Tu boleh pun senyum cantiknya gigi
Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri
Wanita hari ini harus pepandai puji
Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini
Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

wah.. aku hari ni n3 asik berunsurkan lagu je.. aku pun suka dengar lagu ni macam2 maksud yang ada dalam lagu ni.. dengan senyuman je kita mesti boleh tangkap dengan gaya seseorang tu tersenyum.. samada dia senyum dalam keadaan ikhlas, paksa, plastic, mengoda dan segala macam maksudlah.. 

kekadang juga aku selalu jugak terserempak dengan seseorang tak kiralah dimana saja.. tapi orang tu kita kenallah kan... bila kita mula senyum je.. tapi dia tak balas pun balik senyuman kita.. padahal mata dia memang pandang ke arah kita.. tak taulah pulak kalau mata dia macam zamani slam tu.. ada sedikit tersasarkan.. mungkin masa tu aku fikir dia pandang aku tapi sebenarnya dia pandang orang lain.. hehehe.. herm.. tak boleh nak salahkan jugakkan..

atau mungkin jugak dia masa tu tengah berjalan dengan orang yang dia rasa taknak kenalkan dengan aku kot masa tu.. mungkin masa tu aku selekeh sangat kot.. dia malu dengan keadaan diri aku masa tu.. kang kalau dia senyum dengan aku tak pasal2 pasangan dia tanya  hei.. apesal u senyum dengan orang macam tu??????? kan dah malu member tu.. 

tapi bila aku dengar lagu senyum ni kita tak seharusnya ada double standard bila kita terserempak dengan sesiapa saja kita mestilah senyum.. itu menandakan kita hormat dengan dia ataupun kita alert dengan keadaan sekeliling.. mana tau bila kita pergi kerumah orang kita terserempak dengan orang yang sama... sekurang2nya orang tu akan kenang senyuman yang kita berikan.. aku ni kalau boleh memang nak tersenyum je... tapi kang kalau jalan kat depan takder orang tetiba orang tengok aku senyum sensorang nanti kata aku gila pulak.. hahaha

dulu aku pernah ditegur oleh seseorang yang mengatakan aku ni sombong.. aku tanya dia balik kenapa dia boleh anggap aku sombong.. dia kata sebab aku ni muka masam je.. kalau buat keje tak pandang kiri kanan... senyum pun susah.. semenjak tu aku dengan senang hati sentiasa akan senyum tak pedulilah orang tu kenal aku atau tidak.. yang penting aku senyum dengan ikhlas...
senyum ikhlas untuk pembaca blog mamaakaratukebaya saya..
love u all so much..

note : korang pernah tak kene tegur sebab asyik tersenyum je...

penat yang berbaloi....

salam... fuh... penat.. baru aku masuk keje hari ni.. semalam cuti sebab sabtu dan ahad sibuk dengan majlis kahwin anak buah aku di Taman Sentosa, Klang, Alhamdulillah majlis berlangsung dengan meriah.. tetamu yang datang pun tak henti2.. meja2 santapan pun sentiasa penuh sampaikan orang terpaksa menunggu meja kosong.. nasib baik tetamu memahami keadaan masa tu..

pic yang mengambarkan kemeriahan yang pada hari tersebut..

oklah ni sekadar tatapan untuk hari ni.. gambar lain nanti aku upload esok lusalah ye.. 
keje tengah banyak ni.. aku nak siapkan keje dulu ye..


kenangan : artis OIM3 rizu suara adik memang mantap malam tu.. nanti nyanyi lagu poco-poco lagi ye..

Tulang ikan


 pic sekadar hiasan ye.. jangan korang bayangkan sebesar ini tulang ikan yang masuk kat tekak aku.. kalau sebesar ini harus berada dihospitallah jawabnya..

korang....... pernah tak korang tercekik tulang ikan.. tadi masa lunch aku makan nasi putih, ikan selar masak sambal dan tempe goreng... sayur takder yang best kat canteen opis ni... jadi tu jelah saje makanan kau untuk hari ni.. tengah2 sedap aku makan nasi bila nasi yang terakhir tu aku tak perasan pulak ada tulang ikan kat nasi yang aku nak suap2 tu.. sekali bila dah suap aku rasa macam ada benda tersangkut kat tekak aku .. adui ni mesti tulang ikan dah tersangkut kat tekak aku.. aku pun mintak nasi sikit kat fadilah ni.. aku kepal lepas tu aku telah.. tapi tetap tak jalan jugak..

lepas tu adalah dalam 2/3 minit aku dok kat pantry.. last2 aku rasa tekak aku tak selesa aku keluar nak g tandas rasa nak korek je ngan jari untuk keluarkan tulang ikan tu.. tapi bila aku tengok kat cermin tulang ikan tu dah macam jah kat dalam.. macam mana nak korek.. tapi tekak ni rasa tak selesa sangat2.. ni masa aku tengah menaip ni pun tulang ikan masih lagi berada kat dalam tekak aku ni..

aku nak tanya korang.. selain makan nasi kepal ada cara lain tak untuk keluarkan tulang ikan tu.. 
dah tak selesa sangat ni..

sangkaannya pancit rupanya dah

korang nak tau apa yang terjadi disebalik tajuk aku kat atas tu.. memang tiap2 petang routine aku amik adik aku kat opis dia.. semalam dengan keadaan yang sakit perut aku pun terus pecut ke opis adik aku. pecut sebab nak cepat sampai rumahlah.. tapi lain pulak yang jadinya.. 
bila adik aku dah masuk dalam kete tak sampai pun 3 minit duduk dalam kete.. tiba2 aku rasa lain macam je kat kete aku.. rasa macam bergetar2 pulak.. hati dah kata apehal pulak ni.. tayar pancit ke.. terus berhenti kereta kat bahu jalan.. takderlah bahu jalan sangat.. kira masih kat tgh jalan jugak lagilah..
sekali keluar tayar kereta dah leper habis sama leper dengan jalan dah aku rasa... aku dah pening nak tukar tayar kete memang diluar kemampuanlah walaupun badanku boleh tahan jugak sizenye.. hehehe.. tapi sebenarnya dengan keadaan perut yang sakit tenaga nak tukar tayar kete tu memang tak aderlah... masa tu terus je call en. suami suruh dia datang dengan abg ipar untuk tukar tayar.. adalah lebih kurang 20 minit menanti.. barulah diorang sampai.. fuh lega..

pic ketika kejadian..
masa ni tengah menanti bantuan.. pic tayar pancit terdelete pulak.. pic bonet kete pun bolehlah ye.. asal ado..

ketibaan para bantuan untuk menukar tayar kereta aku.. hehehe.. diorang terlajak..
kat depan tulah opis adik aku..

terus memulakan tugas2 untuk membuka tayar kereta..
sesi memasukkan jack ke bawah kereta (betul ke jack.. bolehlah ye)

tengok betapa lepernya tayar kereta ku..
bersungguh en. suami dan abang ipar aku nak membuka tayar kereta tu...
berpeluh jugak aku tengok.. kalau akulah mau dah berangin dibuatnya..

tada... nilah keadaan tayar kereta aku.. korang tengok benda yang mengoyakkan tayar kereta aku ni..
meh aku jelaskan lagi gambarnya..

tengok ni.. lagi dekat.. screwdriver tau.. ntah sapelah yang buang screwdriver ni kat jalan..
tapi aku nak bersangka baiklah... mungkin screwdriver ni terjatuh dari lorry kot.. 
bersangka baik ye kawan2..

tapi yang paling aku sedih tayar ni aku pakai baru je 3 bulan.. dahlah tayar size 16 RM 2++.++ tau..
sedih aku.. dah kene beli tayar baru sementara ni pakai dulu tayar spare..

dah siap pasang tayar spare.. tapi tayar spare ni kecik je.. bila drive rasa macam tak best sangat.. yelah mungkin tak balance kot..

Note : Korang tau tak mana2 kedai tayar kereta yang ada tayar size 16 boleh dapat harga murah sikit.. fuh... kina ikat perut aku bulan ni.. 
kene sabarlah aku dugaan kecil yang aku terima..

Sakit perut

tak tahulah apa yang aku makan semalam.. daaari petang semalam sampailah sekarang perut aku memulas-mulas.. kalau ke tandas tu tak payah cakaplah aku rasa dari pagi tadi sampai sekarang ni dah dekat 10 kali aku pergi.. bila datang malas nak pergi tandas tu aku tahan je biar sampai betul2 nak ke tandas baru aku lari.. 

ni baru lege sikit aku sapu minyak cap kapak kat perut.. kalau tak sapu minyak lagilah sampai nak rasa demam aku dibuatnya.. masa sakit perut ni walau sesejuk mana pun aircond aku tetap rasa panas dan berpeluh.. nasib baik sakit perut tak sampai muntah2

dulu masa kat tempat keje lama aku kakak tu suka cakap perut aku ni reject sebab kalau aku tersalah makan je mesti aku akan kene cirit-birit.. sampai lemah2 badan aku dibuatnya... sampailah sekarang aku memang tak boleh makan sesuka hati je.. tapi bila kat tempat keje kalau aku tak bawa makanan dari rumah aku terpaksa jugak beli kat canteen atau pun pergi keluar untuk cari makanan.. maknanya aku takder pilihan lain untuk memilih.. kalau sakit perut pun aku terpaksa redha jelah menahan sakit tu..

 nasib baik ada pil ni.. balance sakit perut hari tu..
kuranglah sikit sakit perut aku..

note : nasib akulah tak leh makan sebarangan..

kesinambungan jem gilos petang semalam

semalam aku ada buat n3 pasal jem sampai kat depan bangunan opis akukan..
korang nak tau semalam aku sampai rumah jam 9.30 malam.. bermakna aku stuck kat jalan dalam 3 jam lebih..
fuh gila penat kaki aku n.. masa tekan clutch aku rasa peha aku macam dah tegang je..
tak pernah aku stuck selama tu..

memang betul dua contena yang excident.. dan mengakibatkan jalan untuk menghala ke shah alam terpaksa ditutup..
bermakna kene buka jalan menghala ke westport menjadi 2 hala.. dah lah bersesak2 dengan bermacam2 jenis lory
dari sekecik-kecik lorry hingga sebesar2 lorry contena.. aku dah naik kecut perut bila lorry nak mencelah masuk ke laluan aku.

oklah korang layanlah gambar yang sempat aku snap.. sebab terlalu slowlah aku boleh snap gambar ni semua...

dari simpang keluar opis... dah bersesak kat sini.. 20 minit stuck kat sini

tenggok... aku rasa masa ni dah sampai ke terminal west port agaknya..


dari cermin sisi kereta aku.. berderet kereta kat belakang nun.. masa ni dah jam 7 ptg...


masa ni pulak dah dekat jam 8 mlm... masih kat depan opis aku ni.. tekak dah rasa haus..
pinggang dah rasa nak patah.. macam2 perasaan yang keluar masa tu.. sabar jelah

ni je pic yang sempat aku snap.. yang lain2 aku dah takder mood nak snap.. hati nak bengkak pun tak guna.. orang yang excident tu pun tak mintak nak jadi macam tukan.. alih2 aku sampai rumah jam 9.30 malam.. alhamdulillah selamat sampai jugak akhirnya..

Masih kat opis tapi jalan kat luar dah jem gilossssss...

kemain panjang tajuk aku kat atas tukan..
masih kat opis lagi ni..
tapi tadi dapat info ada contena terbalik kat jalan
bukan sebiji tapi 2 biji.. tu yang aku dengar dari infomerlah..
kalau tak bentul info tu esok aku citer balik apa kes sebenarnya ye
nak keluar kejalan besar pun susah ooo...

korang tgk gambar yang aku amik dari opis ni
tgk pic ni (sorry quality gambar kureng sikit.. pic dari hp aku je ni)
tak nampak sgt jem tu.. cuma nampak kepala lori je
sebab terlindung dek pokok yang hijau itu indah dan permai.
dapat sipi pun jadilah ye.. untuk tatapan..
tengok bersusun lori dekat jalan tu..
tak bergerak pun jalan tu wei..
member yang sangkut dari jam 4 tadi pun u-turn balik sebab minyak kete dah kong..
sib baik en. polis buka jalan untuk dia.. kalau tak mau tersadailah dia kat situ..

tak balik pun susah ni.. takkan nak tgu kenderaan lagi banyak bersusun

korang........... meh hantar heli sebiji kat aku

Buang bayi di Sect 13 Shah Alam

pic ni di ambil dari facebook yang telah di share oleh salah seorang kawan aku.. 
kolau korang nak tgk kat facebook pun boleh korang search nickname ni jidin giding
kepada en. Jidin giding minta maaf ye aku amik pic ni untuk dikongsi bersama rakan2 blogger..

"Kejadian berlaku kira-kira 5.30 petang, 29 ogos 2010. Simpang 3 sebelah Apartment Brunsfield Riverview. Bayi diletakkan dalam beg kertas dan disangkut di papan tanda " Beri Laluan".

Lokasi kejadian berdekatan dengan giant besar shah alam

tengah menunggu pegawai kesihatan.

pegawai kesihatan tenggah membuat pemeriksaan keadaan baby tu
maybe tgh potong uri baby 

tengok uri yang masih fresh lagi..
mungkin baru bersalin kot..

baby yang sihat

baby yang nak dibedung dalam kain yang bersih
putih baby ni..

comelkan baby ni.. apalah nasib bay ni ye..

kesian baby ni.. dah lah comel, putih cukup sifat pulak tu..
harap2 nasib baby ni bila dah besar nanti baiklah..

menurut pada komen yang aku baca kat facebook baby ni digantung kat sighboard beri laluan dalam paper bag.
nasib baik paper bag tu tak koyak atau tali dia putus.. kalau itulah yang terjadi erm.. tak dapat nak kata apalah

nak tgk gambar yang lain korang boleh clik kat sini


nuzul quran

Hari ini 27 August bersamaan dengan 17 Ramadhan adalah salah satu hari yang berlaku peristiwa penting dalam Islam. Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini.

al-QuranPeristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke 41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran.

Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).
(Al-An’am:38)

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi Muhammad SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”
(Al-‘Alaq:1-5)

Ditulis oleh Dr Samsu Adabi Mamat, Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kisah seram : apa tu....?

 
Kejadian ini terjadi pada 15 tahun yang lalu. Saya dan lima orang kawan saya telah pergi memancing di Punggol Track 22. Masa kami tiba di sana, jam sudah menunjukkan pukul enam petang.

Sedang kami menyediakan barang2 pancing dan memasang khemah, salah seorang dari kami telah ternampak sebuah pondok kecil yang buruk terletak di hujung tak jauh dari khemah kami. Kami semua hairan kerana sejak kami sampai, kami semua tak perasan pun ada pondok di situ.

Kawan saya yang bernama Aziz memberi cadangan untuk pergi ke pondok itu bersama2. Jadi setelah siap kami memasang khemah, masa tu kalau tak silap hampir waktu Maghrib, kami pun menuju ke pondok itu. Setelah sampai di pondok itu, Aziz tanpa memberi salam telah membuka pintu pondok itu dengan perlahan2.

Suasana di dalam pondok itu sungguh gelap gelita. Tiba2 kami berenam ternampak sebuah imbasan putih melintas di dalam pondok itu. Kami terkejut lalu berlari menuju ke khemah kami. Kami tertanya2 antara satu sama lain apa benda yang kami lihat tadi. Namun tiada jawapan jadi kami semua cuba melupakannya dan terus memulakan untuk memancing. Lagi pun air laut sudah mula pasang.

Setelah satu jam memancing, kami tunggu punya tunggu, ikan tak timbul2. Suasana pun semakin suram. Dalam keadaan suram dan membosankan itu, Din terjumpa seutas tali. Tali itu kami ikat di dahan sebuah pokok dan kami gunakan untuk bergayut. Kami pun bergilir2 bergayut di tali itu sebelum terjun ke laut. Bila giliran Zam pula, tiba2 tali itu putus dan Zam terus jatuh ke dalam laut.

Aidil dan Aziz yang menunggu giliran mereka sedang berdiri dekat pokok itu pun terkejut. Lalu mereka melihat ke atas pokok itu dan muka mereka mula berubah pucat sebelum mereka berlari masuk ke dalam khemah. Mereka kelihatan takut.

Saya, Zam, Rashid dan Din pun naik ke darat dan pergi mendapatkan mereka dan bertanya apa yang sudah terjadi namun mereka cuma mendiamkan diri dan tidak ingin berkata apa2. Tiba2 bulu roma kami berdiri dan kami mula rasa tidak sedap hati. Kami juga segera masuk ke dalam khemah.

Untuk menenangkan keadaan kami berenam pun mula bermain kad. Sepanjang kami bermain kad itu kami telah diganggu oleh bermacam2 bunyi di luar khemah kami.

Kami terdengar bunyi seperti tapak orang berlari ke hulu ke hilir di luar khemah kami, bunyi suara angsa dan juga suara anjing menyalak. Seram betul suasana pada saat itu tapi kami tetap teruskan juga bermain kad tanpa mempedulikan suara2 itu. Sedang kami bermain kad, Aziz menjenguk keluar khemah melalui tingkap khemah itu. Lama juga dia menjenguk luar jadi saya pun menegurnya. “Hoi bro! Apa yang kau tengok kat luar tu, Giliran kau lah.” Dengan perlahan2 dia menoleh ke arah kami dan menunding jarinya ke arah luar tingkap itu.

Kami berlima terdiam sekejap dan terkejut apabila melihat muka Aziz mula berubah pucat. Dengan tak berlengah lagi saya dan dua orang kawan saya pun menjenguk ke luar tingkap itu. Dua lagi kawan saya cuba menenangkan Aziz. Akhirnya Aziz berkata dengan terketar2 yang dia nampak "KAKAK" di luar tadi. Kami semua tergamam. Aidil pun menyampuk yang tadi dia ada ternampak kain putih dengan kuku panjang di atas pokok tadi sebelum dia dan Aziz lari masuk ke khemah tadi.

Zam pun mula menasihatkan kami semua kalau apa2 terjadi terus lari keluar menuju ke tepi jalan raya. Sejurus kemudian kami terdengar suara "KAKAK" itu menggilai.

Apa lagi dengan pantas kami semua lari keluar khemah itu dan terus menuju ke arah jalan raya. Sampai saja di sana kami semua termengah2 dan baru kami perasan yang Aziz tidak ada bersama kami. Kami mula bimbang dan tidak tahu apa yang harus kami buat.

Zam pun menelefon abang Aziz dan menceritakan apa yang telah terjadi. Abangnya menyuruh kami semua masuk ke dalam semula dan membawa Aziz keluar dari tempat itu secepat mungkin. Dia akan segera datang untuk mendapatkan kami semua nanti.

Kalau boleh kami semua tak mahu masuk semula. Kalau boleh nak tunggu sampai pagi baru pergi mendapatkan Aziz. Tapi kerana ini amanah abangnya dan Aziz adalah kawan baik kami jadi kami semua pun sepakat untuk mendapatkannya walau hakikatnya kami semua berasa takut. Dengan bersenjatakan ranting kayu, batu, pisau lipat dan apa2 yang dapat kami capai kami semua mula bergerak.

Sampai saja di khemah kami, kami mendapati Aziz sedang pengsan di dalam khemah. Saya dan tiga orang kawan saya mengangkat Aziz keluar sementara satu lagi kawan saya mendapatkan beg2 kami. Barang2 yang lain seperti joran dan khemah terpaksa ditinggalkan kerana terlalu takut. Sedang kami berjalan keluar sambil mengangkat Aziz kami terdengar lagi suara "KAKAK" menggilai. Saya dan Zam ternampak sesusuk lembaga berbaju putih, berambut panjang dan bermata merah berdiri di bawah sebuah pokok sambil memandang ke arah kami. Apa lagi suasana pun menjadi kelam kabut.

Kami dengan segera pun berlari dengan pantas sambil membaca ayat2 suci yang kami tahu. Dan kami juga mendapati yang Aziz semakin berat dan perjalanan keluar kami semakin jauh. Walaumacamanapun akhirnya kami sampai juga di luar. Kami meletakkan Aziz ke bawah dan kami pun berehat di tepi jalan raya itu.

Semua hanya mendiamkan diri saja. Mungkin kerana terlalu takut dan terkejut dengan apa yang sudah terjadi. Lima minit kemudian, abang Aziz pun sampai dengan lorinya dan membawa kami balik ke rumahnya. Kami pun menceritakan sekali lagi apa yang terjadi pada abang Aziz. Tiga jam berlalu namun Aziz masih belum sedarkan diri. Akhirnya dalam sekitar pukul lapan pagi, Aziz mula sedarkan diri. Namun keadaannya sungguh berbeza. Dia asyik memandang ke siling rumah tanpa mengatakan apa2. Ahli keluarganya dan kami semua berasa sangat bimbang.

Pada waktu tengahari bapanya membawa seorang nenek datang ke rumah untuk melihat keadaan Aziz. Nenek itu mengatakan yang Aziz telah ternampak wajah "KAKAK" itu yang sebenar dari jarak dekat. Aziz terlalu terkejut dan takut dan dia juga terlalu lemah semangat sebab itu keadaannya begitu. Sedang nenek itu menerangkan pada kami semua tiba2 Aziz mula kaku.

Aziz telah meninggalkan dunia. Memang sukar untuk percaya tapi ia betul2 terjadi. Kami sangat sedih dengan kehilangan seorang kawan baik. Semenjak itu kami berjanji tidak akan kembali ke tempat itu lagi. Walaupun perkara ini sudah lama berlalu namun ia masih menghantui kami semua. Sekian dan terima kasih.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...