Kalau rezeki kita takkan kemana.. Betul tak?

Salam... 

Alhamdulillah... Masih bernafas lagi di bumi Allah s.w.t ni.. Walaupun semalam dikhabarkan berita yang tak berapa baik yang menyatakan tsunami bakal berlaku. di Acheh dan beberapa pantai yang ada dimalaysia.. statement dah macam pembaca berita pulak..Tapi akhirnya ramalan tu dah ditarik balik sebab katanya gempa tu tak sama dengan keadaan tsunami semasa di Acheh (2004) dan juga dijepun. Apa-apa pun itu semua kuasa Allah s.w.t. Walaupun sekecik mana pun kalau katanya nak juga berlaku tsunami tetap jugak berlaku begitu jugaklah sebaliknya. Hanya dia yang berkuasa menentukannya.

Tapi sebenarnya nak citer pasal kehilangan.. Bukanlah kehilangan yang besar sangat pun, lagipun mungkin  ni dari kecuaian diri sendiri. citer pertama aku keluar pegi carefour Seksyen 23 shah alam, Masa tu aku teruja dengan tudung bawal rose dan tudung bawal crown.. Aku rembatlah sampai dua helai.. Takderlah mahal macam tudung fareeda ni kira tudung mampu miliklah.. hehehehe.. Lepas aku dah bayar.. Aku rasa aku ada simpan duit RM 50 (2 keping) dalam purse. Tapi semalam masa aku lepas bayar duit cuci kereta. Aku check balik sebab nak pergi beli kasut sukan en. suami.. Sesekali selak2 tak jumpa.. Herm.. kat mana aku selitkan pun aku tak tahulah.. Mungkin tercicir kat mana-mana kot.. dah bukan rezeki kitakan.. Bak kata orang tak semuanya tu adalah rezeki kita.. Mungkin untuk orang lain kot... 

Pehtu citer keduanya pulak.. Malam tadi balik dari rumah kakak aku kat taman sentosa. Sampai rumah macam biasalah terus bersiram (cheh ayat macam zaman dulukala lak) tengah-tengah aku bersiram tu adik aku ketuk pintu.. Tak menyempat-nyempat aku selesai bersiram dia nak cakap jugak.. adoi... Rupa-rupanya dia nak beritahu yang cincin tunang n merisik dia hilang. Jadinya satu biliklah kitorang mengeledah. Semua tempat tak jumpa.. Tanya Uzrei ada tak ambik cincin dalam bilik ucu dia.. katanya takder.. check dalam seluar uzrei semua pun takder.. Hati ni dah kata lain macam dah.. kata ada orang masuklah tapi takder pulak tanda2 orang masuk rumah tu.. Lepas tu adik aku pun cakap.. takperlah dah bukan rezeki diakan.. tapi cuma rasa terkilanlah..

Kebetulan pulak pagi tadi.. Lepas hantar adik aku ke tempat kerja dia.. aku terasa nak kedepankan seat keta aku tu kedepan sikit.. Sambil2 tu aku angkat segalan jenis mak nenek kat belakang tulah.. dengan payungnya.. dengan bantal bebudak dua orang tu lagi.. Sekali aku nampak satu cincin tergolek2 kat lantai tu.. Mula tu hati aku dah berdetik.. satu je ke cincinnya mana satu lagi.. Ntah2 semalam masa pergi cuci kereta dorang dah tervacuum sekali kot.. Tapi hati tetap tak puas hati terus selak pulak carpet kereta tu.. Terus jerit Alhamdulillah.. Jumpa jugak cincin tu kat dalam kereta.. Ni mesti kerja si Uzrei atau Uzair.. Diorang ni memang suka selongkar bilik ucu dia.. Kengkonon bilik ucu dia ada macam2 barang yang menarik.

Nasib baiklah bebudak cuci kete tu buat kerja sambil lewa je semalam. Kalau diorang buat bebetul sampai berkilat kete aku tu mesti takdernya nak jumpa balik cincin tu.. Yelah mana tahu dah tersedut masuk dalam bag vacuum tu.. tak ke haru...Walaupun semalam aku bengang jugaklah dengan carwash tu.. sebab cuci kete macam nak tak nak je. Segala jenis sampah pun ada lagi dalam kete aku.. sebab diorang tak vacuum betul2.. Tapi aku tetap nak bersyukur jugaklah.. Kalau tak terjadinya macam tu mesti dah takder rezeki adik aku tu nak jumpa cincin dia.. Dan nasib jugaklah hati aku ni terdetik nak selak seat belakang tu.. Kalau tak dah lunya kena pijak dengan anak-anak aku..

Kesimpulannya.. apa yang terjadi tu ada hikmahnyakan.

Oklah dah panjang aku menceceh ni.. nak sambung buat kejelah.. babai

9 comments:

  1. alhamdulillah kat ratu kebaya.. rezeki tuh.. amin

    ReplyDelete
  2. fuh...nasib baik ade lagi hayat cincin tu kak...bederau jugak lieya bace....kalo org cuci keter mmg susah nak cari yg jujur...abis disedutnye ...syukur dpt balik....

    ReplyDelete
  3. Halamak! Nsb bek jumpe. Klu tak, naya!

    ReplyDelete
  4. kenapa perempuan suka taruk duit selit2 kt dlm purse termasuklah ucu sekali.....:)

    ReplyDelete
  5. anak saya penah masukkan cincin dlm vacuum cleaner
    jenuh cari x jumpa
    haha.. Stress giler mencari

    ReplyDelete
  6. bila kita kehilangan sesuatu....rela atau tidak...kena jugak anggap tue bukan rezeki kita kan kak...huhuhuhuhu...

    ReplyDelete
  7. kena berterima kasih pd budak2 carwash tu sb tak vacum bersih2..hehe...ucu pun satu..simpan cincin kat mana?

    ReplyDelete
  8. Andai sudah rezeki kita kan sis...tak kemana...

    ReplyDelete

Terima kasih kepada Blogger yang komen di blog RK. Tunggukan kunjungan balas dan comment dari RK di blog korang ye. Nak Reply comment disini RK takut tak sempat je.

@}------LOL to all comentar------{@

Nota Penting!
Pada yang nak letak Iklan. Tolong letak d ShoutboX atau bayar RK RM o.5o per comment boleh? boleh jugak beli cekedis ~ ahaks~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...