Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Coupon

Salam..

Just nak share ngan korang.

Mana tau lepas berbuka tu rasa perut kosong lagikan..
jomlah lelaju pergi ke pizza hut sementara ada coupon free.


Nor Aishah http://matahati-aishahazhari.blogspot.com/

 

Countdown masa untuk bunuh diri di FB.. (kes ke2 )

Tadi member opis aku cakap semalam ada seorang budak cina ni mati terjun bangunan sebab putus cinta... herm.. senangnya dia selesaikan masalah.. melalui bunuh diri jekan.. padahal masalah tu takderlah besar mana pun.. macam2 kan.. siap countdown kat FB lagi sambil menunggu masa kematian dia..
cuba korang selak kat Facebook ni.. kalau nak tau kisah selanjutnya..yang ini pula kematian dia dah keluar paper China

Langkah-langkah tersebut adalah :

1. Kikis segala pemikiran yang tidak elok dan yang tak baik pasal orang lain, perkara, benda dan situasi. Latih diri untuk bersangka baik dan tumpu pada nilai-nilai positif sahaja.

2. Kawal perasaan dan emosi. Jangan biarkan perasaan mengawal pemikiran Anda!

3. Kosongkan kotak pemikiran daripada perasaan-perasaan sedih, bermuram durja dan apa jua perasaan negatif. Kosongkan abis, sepertimana kita mengosongkan poket.

4. Perbaharui pemikiran kita dengan pemikiran yang lebih rasional dan kreatif.

5. Berbuat baik kepada sesiapa saja. Dengan menolong orang dan membuat jasa boleh mendatangkan ketenangan, ketenteraman, menaikkan rasa hormat dan bangga diri.

6. Cuba dengar masalah orang lain dan cuba memberi nasihat, atau fikir cara terbaik untuk menceriakan dirinya. Secara tidak langsung ini akan melatih diri kita menjadi lebih matang dalam menghadapi pelbagai permasalahan hidup.

7. Bunuh perasaan negatif (takut, gugup, tak yakin, sangsi, ragu dan rendah diri) sekarang juga!

8. Kita bermasalah sebab kita jauh dari Tuhan. Masalah diberi supaya kita dekatkan diri semula dengannya, kena banyak istighfar dan jaga sembahyang bagi yang beragama Islam.

9. Ingat, sesusah-susah kita, ada lagi orang yang lebih susah. Anda mesti bersyukur kerana Anda masih Anda pilihan dan alternatif-alternatif untuk menyelesaikan masalah satu persatu.

psst : naper senang je orang nak bunuh diri ye.. diorang ingat nyawa tu boleh datang balik ke? mungkin bukan islam dan takder iman tu yang diorang pilih jalan nikan...  singkat betullah jalan yang  diorang pilih ni.. Ya Allah jauhkanlah dari ahli keluarga ku dan juga semua umat nabi muhammad S.A.W... dan detapkanlah iman kami semua.. Amin..

Kuasa Mutlak yang mesti difahami

Baca dan fahami betul-betul artikel di bawah ini. Ianya sangat penting bagi kita semua untuk memahami dan mengambil peringatan daripadanya. Jika perkara ini dapat kita fahami, insyaAllah hidup kita akan bahagia dunia akhirat. So, bacalah dengan dada yang lapang terbuka, dan fahami lah betul-betul perkara ini.

Mengenai 2 Kuasa Mutlak…

Hanya ada dua orang yang mempunyai kuasa ini. SUAMI dan IBU. Kuasa suami ke atas isteri dan kuasa ibu ke atas anak-anak. Kuasa Mutlak ini sungguh besar ertinya di sisi agama Islam sehingga seseorang itu akan dimurkai Allah sekiranya dia menyakiti hati dua golongan tadi.
Sebagai contoh; seorang isteri yang melukai hati suaminya walau sedikit akan berdosa besar (bukan dalam kes terkecuali). Begitu juga anak-anak terhadap ibunya.
Kalau isteri - bayangkan seorang isteri yang secara tidak sedar menyakiti hati suaminya dan tidak meminta maaf. Isteri tersebut akan terus berdosa dan sekiranya dia hamil, anak tersebut akan dikandung didalam badan yang berdosa.
Besar kemungkinan anak tersebut akan mendapat banyak sifat-sifat yang tidak baik dan seterusnya anak itu lahir dan membesar dan menjadi dewasa dan membawa sifat-sifat yang tidak elok itu ke dalam zuriatnya. Tambahan pula dalam keadaan berdosa bagaimana doa-doanya akan diterima Allah? Tanpa doa yang diterima, apalagi daya kita untuk mendapat kebahagiaan?
Kalau anak-anak - cukup senang untuk mendapat dosa. Terguris sahaja hati ibunya oleh kata-kata atau perbuatan, maka anak tersebut akan berdosa. Yang paling ditakuti dosa tersebut tidak disedarinya. Sekiranya anak tidak meminta ampun maka dosa tersebut akan terus dipikul. Kesannya, doa-doa anak tersebut tidak diterima Allah, ibadatnya tidak mendapat pahala, hidupnya akan tidak mendapat berkat dan lain-lain lagi. Akhirnya anak akan mendapat berbagai balasan dari Allah di bumi lagi.
Cerita - Kita sering ditakutkan oleh para ustaz tentang cerita bagaimana dua orang pemuda yang soleh mendapat seksaan Allah di zaman Nabi saw. Yang seorang sebab dia TAK SEDAR menyakiti ibunya apabila habuk yang disapu terkena ibunya TANPA DISEDARI.
Dan yang seorang lagi kerana TANPA DISEDARI, dia menyakiti hati ibunya kerana mengutamakan isterinya. Kedua-duanya diseksa oleh Allah sehingga Nabi saw memerintahkan kedua ibu tadi mengampunkan anak-anak mereka.
Ustaz kata cerita tersebut menyuruh kita sentiasa taat kepada ibu. Sebenarnya itu hanyalah setengah dari pengajaranya.
Ada lagi setengah - IBU mesti tahu kuasa yang diberi kepada mereka. Oleh itu IBU MESTI MENGAMPUNKAN ANAKNYA SETIAP MALAM, samada anaknya meminta atau tidak dan begitu juga dengan SUAMI MESTI MENGAMPUNKAN ISTERINYA SETIAP MALAM, samada isteri meminta atau tidak.
Cerita tersebut mengajar kita bahawa sebagai IBU kita mempunyai satu kelebihan yang besar keatas anak-anak kerana berdasarkan cerita itu tidak mungkin pemuda-pemuda tersebut sedar akan kesalahan mereka. Kalau
dah tak sedar, bagaimana pula ingin meminta ampun.
Seorang suami dan ibu MESTI tahu akan KUASA MUTLAK ini dan kuasa ini hendaklah dijaga dengan baik. Insya Allah bermula dari satu keluarga yang mana suami memaafkan isteri dan ibu memaafkan anak, maka lahirlah satu masyarakat yang mendapat berkat dari Allah, sentiasa di bawah lindunganNya dan menjadi umat Islam yang menghayati Islam.
Ingatlah, seorang ISTERI (wanita) mesti taat kepada SUAMInya (lelaki).
Manakala, si SUAMI (lelaki) mesti taat kepada IBUnya (wanita). Isteri akan menjadi ibu yang akan melahirkan anak yang akan menjadi suami (anak lelaki) dan juga isteri (anak perempuan) dan seterusnya mereka akan melahirkan pula bakal-bakal suami dan isteri. Jadi tidak ada yang ketinggalan. Semuanya akan merasa mempunyai KUASA MUTLAK. Tetapi yang penting bukanlah ‘mempunyai’ tetapi MESTI menggunakan dengan bijak.
** Tolong sebarkan artikel ini kepada seberapa ramai orang yang boleh, supaya semua orang faham perkara ini. Semoga kita sama-sama ambil pengajaran daripadanya.

Sinopsis Iklan raya di TV?...







Salam...


Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingk...ap yang terbuka.


1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu
2.Buku - Bible
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur
5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis
6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran


Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).
1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus
4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas - Simbol Paganism


Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.


1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian Scene
4 - Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)


1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.


Scene 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.


1.Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)2.Teluk Intan, Hilir P...erak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.3.Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.
Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.
1.Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan


Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.


1. Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.


Scene 8 - Seorang budak perempuan memeluk seorang budak perempuan lain dari belakang. Kepala seorang budak lelaki hanya tersengih di tepi pasangan tersebut.


1.Pasangan Budak Perempuan Berpelukan - Lesbianism/Feminism2.Kepala Budak Lelaki Tersengih - Lelaki yang tak dipedulikan dan diperbodohkan.


Scene 9 - Beca terbang merentasi sebuah pulau.


1.Pulau - Singapore lah.


Scene 10 - Beca terbang merentasi awan dan menuju ke sebuah kawasan pergunungan. Kelihatan sebuah masjid di sebelah kiri, budak-budak Melayu tak mempedulikan kewujudan masjid malah lebih tertarik dengan pemandangan di bawah beca terbang.


1.Kawasan Pergunungan (Bukit-bukau) - tempat tinggal Jin2.Masjid Kecil - Agama Islam yang lemah


Scene 11 - Budak-budak Melayu sudah mendarat dan terus berlari sambil menunjuk-nunjuk ke arah Masjid yang terletak jauh disebalik jurang yang dalam sambil ketawa berdekah-dekah. Terdapat dua tangan misteri yang juga sedang menunjuk-nunjuk ke aras masjid. Sebuah bangunan misteri berada di antara masjid dan budak-budak Melayu.


1.Bangunan Misteri - Sebagai cover up (Yang sebenarnya ditunjuk-tunjuk adalah Masjid)


2.Perbuatan Menunjuk Menggunakan Jari Telunjuk - Perlakuan Biadab 
Note : sinopsis ni aku dapat dari email.. dan aku forwardkan kat korang..

Malam VS MLM


Petang semalam otw nak balik rumah aku singgah amik adik aku kat office dia.
dalam 4/5 minit tunggu tiba-tiba aku cakap ada member nak follow ikut pergi rumah kakak aku..
aku pun tak kesahlah nak follow ke apakan..
aku tanya pulak kat adik aku apa tujuan dia nak datang rumah kakak aku.
adik aku citer member dia tu nak ajak kakak aku ni masuk kelas.
aku pun tertanya2lah kelas apa dia nak ajak kakak aku masuk tu..
aku malas nak tanya panjang2 kat adik aku..
aku terus gerak dan member adik aku pun follow jelah..
sampai kat rumah kakak aku niat aku nak amik je anak aku n terus balik rumah.
sebab malam tu aku nak keluar beli barang dengan en. suami..
sekali kakak aku ni tahan aku pulak suruh dengar apa yang member adik aku nak citer..
aku pun dengan malasnya duduk jelah sambil dengar citer budak..

mula-mula budak tu citer nak ajak pergi kelas je.
sebab kelas yang dia pergi tu dibuat oleh lecture UITM.

beria2 dia citer.. ayat dia mcm ni ye..
(ni saya nak cakaplah benda ni bukan bisnes tapi kita pergi kelas je klu berminat kita join,
bisnes ni pun bukan nak jual barang kita pakai je pun boleh, ibu yang ada anak yang masih menyusu 
pun ada jugak bawa anak kecik
diorang dengar kelas ni, tak susah pun kelas ni ada hari2 ada kelas.. tak dapat pergi siang kita pergi malam,
dalam kelas ni pun diorang takkan tunjuk barang yang dijual)

banyak kali dia ulang ayat yang sama kat atas tu sampai aku naik tension dah.. dah lah janji dengan en.suami nak balik awal..
lepas dia dah cakap mcm tu dia suruh pulak kitorang teka apa jenis bisnes tu..

ayat dia suruh kitorang teka
(cuba akak teka apa jenis bisnes ni dan apa product ni jual, tapi kita tak juallah.. kita suruh g kelas je dengar)

yang kitorang adik beradik ni berialah teka.. sume tak tepat.
(last2 kakak aku cakaplah ni bisnes Z**l**n ke?)

lepas tu dia kata betul.. aku n kakak aku dah kelat2 pandang muka masing..
akhirnya aku cakap kat dia. takperlah klu kitorang berminat nanti hari sabtu @ ahad ni kitorang call ye..
tu ayat nak selamatkan diri malas nak dengar citer dia yang panjang lebar tu.. nasib baik ayat yang ni berkesan.
barulah aku boleh balik rumah.. klu aku tak keluarkan ayat tu mau rasa nya dia ulang balik ayat kat atas tu..
letih aku nak dengar..

pergi kelas je konon.. padahal bisness..
habis tu kalau g kelas lepas tu kena join tak ke namanya bisness..
bisness ni bukan ke kene jual barang.. allooo.. klu nak auta pun, autalah org lain..
klu setakat bisness mcm ni.. depend pada diri masing2lah nak buat ke tak..
ni tak selagi org tak bagi kata putus.. selagi itulah ko ulang ayat tu..
klu tak bagi kata putus tu mau dia tido kat rumah kakak aku malam tu..
sambil citer benda tu berulang kali..
letih aku mendengarnya..

Note : SORRY.. pada yang buat bisness mcm ni.. tak semua org yg buat bisness ni mcm tu..
tapi cara dia ni nak tarik org lain macam sikit.. seriau aku..

apakah? mengapakah?

 aku yang tenggah tensiiiooooonnn ni...

citer nyer mcam ni.
apalah nak jadi dengan celcom 2/3 hani..
dari hari sabtu aku nak tengok bill asik tak boleh je..
2/3 kali aku antar mesej kat celcom..
setiap kali aku buat..
setiap kali tu jugak dapat mesej
YOUR MESSAGE UNSUCCESSFULLY DELIVERED
apakah masalahnyer..?
apakah yang terjadi dengan celcom ni..?
aku nak tengok dah berapa banyak aku guna je..
tu pun susah..
aku ni masalahnye dah terlupa password celcom kat internet..
tu yang nak tenggok guna sms.

 tenggok kakak celcom ni.. senyum je..
tapi aku yang tensiooooonnnnn.. 
duhai kakak apakah yang telah berlaku di celcom tu?
tenggah upgrade system ke?

korang ada yang masalah macam aku ke?
cube citer sape yang ada masalah sama dengan aku ni.
kot ada yang staff celcom tu cuba korek apakah yang berlaku
dengan celcom ni..

p/s : dengan celcom pun boleh tension..

Berita : Kembar Lima mati terbunuh.

Sungguh perit keadaanya..
dalam sekelip mata kembar lima mati terbunuh..
apalah nasib...

V


V


V


V


V


V


V


V


V


Kerana chease seketul.. habis kelima-lima mati terbunuh.
begitu sengsara..

p/s korang jangan marah dengan n3 aku ni ye...
i'm sorry..

Cacing 3 kilo

Pembedahan Mengeluarkan Cacing Sebanyak 3 Kilo Dalam Usus Kanak-Kanak


Setelah selesai pembedahan, keluarga kanak-kanak ini dipanggil.
Begitu tau tentang keadaan anaknya, respon sang ayah ternyata tidak disangka-sangka : “Oh itu sudah biasa Doktor, anak saya sudah beberapa kali diberi ubat cacing, kalau berak bukan najisnya yang keluar, melainkan cacing semua.





mcm mana boleh banyak cacing dalam perut budak ni ye..
ngeri aku tgk.. patutlah kurus je budak ni..
sume makanan yang dia makan, tak sempat diterima badan
dah cacing tu yang amik..
erm.. dah bagi ubat cacing pun masih banyak macam ni ye..
apakah yang boleh menyebabkan cacing banyak macam ni..
makanan ke faktornyer..

fikiran aku tertanya-tanya?


Kisah Benar

KISAH BENAR

Pada 8.8.2009 jam 5 petang saya menziarahi rumah kenalan saya di salah sebuah kondominium di Kampung Pandan. Terkejut saya dibuatnya. Habis rentung segala harta benda didalam rumahnya.

Yang hairan lagi pelik dan ajaibnya. Api tiada tapi tiba-tiba sahaja peralatan-peralatan dalam rumah satu persatu berasap dan hangus. Selama 4 hari berlaku berterusan. Berbagai usaha dan ikhtiar dilakukan tetapi gagal menghalang kebakaran demi kebakaran berlaku.

Nak panggil bomba pun api tiada. Nak padam menggunakan pili bomba yang sedia ada. Air pula tiada, kering.

Kemuncak kejadian asap misteri ini ialah dengan bunyi satu letupan yang kuat dan menggegarkan dan mengemparkan seluruh penghuni kondo tersebut. Habis rentung 100% tiada yang dapat diselamatkan

Nak panggil bomba pun api tiada. Nak padam menggunakan pili bomba yang sedia ada. Air pula tiada, kering.

Kemuncak kejadian asap misteri ini ialah dengan bunyi satu letupan yang kuat dan menggegarkan dan mengemparkan seluruh penghuni kondo tersebut. Habis rentung 100% tiada yang dapat diselamatkan

Yang hairannya lagi ia tidak merebak ke rumah jiran. Hanya terbakar dalam rumah sahaja.
Selang beberapa hari kejadian misteri ini berlaku. Jiran beliau dan penghuni kondo pakat beramai-ramai membaca Yassin berdekatan rumah beliau. Selang 2 pintu. Berlaku lagi satu misteri. Asap misteri itu menyerang tuan rumah yang mengendalikan bacaan Yassin
GHOST SHADOW
Walaubagaimanapun, asap misteri ini gagal memasuki rumah tersebut. Hanya berlegar didepan pintu rumah. Dan hanya dapat membakar kasut-kasut yang terletak diluar pintu rumah tersebut.

KESIMPULANNYA.
Saya nak ajak kita berfikir dan membuat kajian bersama. Kenapa rumah jiran tersebut gagal ditembusi?
Seperti yang dijanjikan oleh junjungan besar Nabi kita. Janganlah engkau jadikan rumah mu sebagai kuburan.
Ianya bermaksud rumah yang tidak dialuni dengan bacaan ayat-ayat Al-Quran akan menjadi kuburan. Dan memudahkan jin dan syaitan masuk kerumah kita.
Ini bukan pertama kali berlaku kepada kenalan saya ini. Dua tahun yang lalu rumah pertama beliau telah mengalami kejadian yang sama. Ratus ribu telah dibelanjakan sebagai ikhtiar. Selama setahun beliau sekeluarga menderita tidak dapat tidur akibat api misteri tersebut. Ratusan ribu ringgit habis dibelanjakan. AKhirnya dengan rawatan yang ikhlas dan tidak dikenakan sebarang bayaran dapat menyelesaikan masalah asap misteri ini.Kejadian ini terpapar didada akhbar metro, kosmo, Sinar dll.
Tapi tak lama, selang setahun dari kejadian ini rumah beliau dan 5 biji rumah jirannya hangus terbakar
Saya sendiri pernah melihat sendiri dengan mata kepala asap-asap yang masuk kerumah beliau dan membakar peralatan-peralatan ketika membuat rawatan.

PENGAJARAN.
Kita jangan hanya bergantung pada mahkluk untuk menyelesaikan apa jua masalah zahir mahu batin. Makhluk sepertu Ustaz, Kiyai, Imam dan perawat yang menggunakan ayat-ayat Al-Quran hanya boleh memberi pentunjuk jalan untuk menyelesaikannya. Jika kita sendiri tidak mengamalkan apa yang disuruh oleh Nabi kita. Percayalah Perawat yang hebat dalam dunia sekali pun tidak membantu menyelesaikan masalah kita.
Marilah kita kembali menghidup semula azimat mukijazat Al-Quran dan Hadith yang ditinggalkan oleh Nabi kita.
Makmurlah rumah kita dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Setidak-tidaknya baca Yassin padda malam Jumaat. Tapi kalau boleh baca setiap malam walaupun sedikit lagi baik
Ibu dirumah ajak anak-anak solat berjemaah dirumah. Bapa pula rajin-rajinlah solat berjemaah di surau atau masjid. Kerana Nabi dalam sejarah hidupnya tak pernah sembahyang dirumah. Solat dirumah sah tetapi tidak sempurna dan tidak mengikut SUNNAH. Mereka yang solat berjemaah di surau atau masjid insyaAllah keluarga mereka tidak akan terkena sihir.

Bapa sebagai ketua keluarga harus meningkatkan tahap ibadah. Memperkasa rumah tangga agar dapat hidup aman damai dan tenang. Solat jemaah jangan abaikan. Zikir-zikir amalan nabi seperti MATHURAT sebagai pendinding yang mapan mampu menangkis sebarang ilmu sihir. Puasa sunat Isnin dan Khamis menguatkan roh dan menundukkan hawa nafsu. Solat sunat yang paling afdhal sekali dalam menyelesaikan apa jua masalah ialah solat sunat Tahajjud. Hanya sedikit insan yang mampu melakukannya. Waktu itulah doa yang paling mustajab untuk mengadu dengan Allah S.W.T. InsyaAllah.

 note : Sahih atau tidak cerita ini hanya orang yg asal membuat cerita ini saja mengetahui. Wallahualm


Jangan Jilat

Citer yg aku ambil dari email ye...

“Seorang wanita sedang bekerja di sebuah pejabat pos di California .
Beliau tidak menggunakan span untuk perekat sampul suratnya tapi sebaliknya
menjilat pelekat sampul surat yang dipegangnya

Pada hari yang sama juga wanita itu mendapati terdapat satu luka
kecil pada lidahnya.
Luka itu membengkak. Wanita tersebut terus pergi berjumpa doktor untuk
mendapatkan rawatan kerana risau akan lukanya.

Tetapi setelah diperiksa oleh doktor tiada apa yang tidak kena dengan
lidahbeliau dan doktor menganggap bahawa ia hanya lah luka kecil danbengkak biasa.
Wanita itu tidak merasakan sakit atau kebas walaupun lidahnya
bengkak.

Tetapi setelah hari berganti hari. Bengkak pada lidah wanita
tersebut semakin membesar.Dengan rasa yang tidak puas hati beliau terus
berjumpa doktor kembali dan memaksa doktorberbuat sesuatu pada lidahnya.
Doktor tersebut terus mengarahkan wanita itu menjalani ujian x-ray.


Keputusannya doktor tersebut mendapati terdapat satu benjolan pada
lidah wanita itu. lantas doktor menasihatkan agar wanita itu
menjalankan pembedahan kecil pada lidahnya untuk memastikan punca benjol
pada lidah wanita tersebut.

Tetapi apa yang berlaku ialah sebaik sahaja doktor memotong bahagian yang
benjol tersebut, seekor lipas keluar daripada lidah wanita itu.

Kesimpulannya terdapat telur lipas pada pelekat sampul surat yang
dijilatnya.

Telur itu mampu menetas didalam lidah dan kelembapan didalam
mulutnya.

Ini adalah kisah benar yang ditulis di dalam berita CNN.
Andy Humes menulis:
“Saya pernah bekerja di dalam kilang membuat sampul surat .”
“Anda tentu tidak percaya jika saya mengatakan didalam tangki pelekat untuk diletakkan pada penutup sampul surat terdapat beraneka benda yang terapung di permukaan “tray” gam tersebut!”

“Saya sudah bertahun tidak mengamalkan perbuatan menjilat perekat sampul
surat sebaliknya saya menggunakan span basah.”

“Saya juga pernah bekerja di sebuah syarikat percetakan.

Majikan tidak membenarkan pekerjanya menjilat sampul surat .
Saya tidak pernah faham mengapa.

“Satu hari apabila saya menarik satu palet sampul surat sebanyak 2500
kotak. Di belakangnya terdapat banyak sekali lipas dan telur lipas di
suatu sudut pada kotak kertas.

Saya melihat beberapa ekor lipas sedang
menikmati gam pada sampul-sampul surat tersebut!”"

huh... ngeri..




Bertudung?

Salam pagi
ada yg dah bangun tido ke? atau ada yg bekerja hari ni..
kepada yg bekerja selamat bekerja..
kepada yang cuti hehehe.. jangan bangun lambat2 ye..
takut masih buat taik mata lagi je.. hehehe... 
bangun awal n g dapur tgk apa yang ada dan
buat2lah bekpes hari cuti ni.. boleh makan sama2 dengan family kite..
hehehe.. mcmlah aku bangun awal sgt hari nikan.. bekpes pun tak buat lagi
tapi dah dok depan pc.. elok sgtlah tu esah oiiii...........
paku dulang paku serpeh
mengata orang dia yang lebih

ok citer asal aku pasal bertudung..
semalam aku dapat email dari sorang kawanlah kan..
email tu tajuk dia Gile bertudung.
aku ingatkan org gile bertudung..
rupanya seorang wanita yang bertudung
tapi tak mengikut adab2 bertudung.. 
klu korang jumpa org mcm ni apa perasaan korang..
aku rasa dia mcm mempermainkan je hukum2 menutup aurat dalam islam..
korang tgk gambar kat bawah ni..


tudung dah kene, baju siap ada pakai penutup lengan panjang lagi,
tapi bila tang seluar mak ai.. malu aku yg bertudung ni.. subhannallah..
apa nak jadi ni... Dunia2..

P/s : aku harap tidak berlaku dikalangan ahli keluarga ku..
Ya Allah jauhilah keluargaku dari perkara yg boleh merosakkan iman.. Amin.

Acik Spin Meningal

Salam..
Petang semalam dapat berita Arwah acik spin excident
kat bawah ni ada link video sekitar kejadian..


video ni aku dapat dr Facebook Pyan Bunjut

Semoga Arwah ditempatkan bersama2 orang yg soleh
Al-Fatihah utk arwah

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...