Showing posts with label lain2. Show all posts
Showing posts with label lain2. Show all posts

iklan.. oh.. iklan..

Salam...

Ni bukan nak panggil nuffnang bagi iklan.. tapi aku kecewa dengan pengiklan yang sesuka hati je letak iklan yang merapu kat shoutbox aku.

macam biskutkan.. kejap ada kejap takder..mood macam lalang... sekejap kekanan sekejap kekiri. ntah apa2lah..

Alkisah sebenarnya aku baru je pasang shoutbox baru.. kengkonon yang lama tu kena bayar baru boleh keluar balik shoutbox tu. Herm.. tapi biasalahkan nak yang free jekan.. selagi ada selagi tu kena manfaatkan.

Berbalik dengan shoutbox baru ni.. Aku tak kisah nak letak iklan ke apa.. Tapi kalau boleh janganlah letak iklan yang berunsur 18sxyz... i malu tau.. bila buka je terpandang Title yang besar Pembesar Z+kar... Aduhai.. sebab nak hilangkan iklan tu.. aku keluarkan icon naik kudalah, icon kena hantuk kepala dan macam2 lagi.. Tup2 tak lama lepas tu keluar lagi iklan lain pulak... Product 18sxyz yang lain pulak.. yang ni untuk kepuasan suami isteri pulak.. 

susah betullah... nak marah dia dah letakpun kat shourbox aku tu.. Ni kira kalau pengiklan-pengiklan ni ada baca anggaplah ini sebagai pemberitahuan kepada korang.. Yang kat sini bukan tempat korang melontarkan iklan yang berunsur 18sxyz ye... Harap diorang fahamlah..
ni yang pertama... 

Pehtu aku hilangkan dengan cara masukkan smiley icon bebanyak.. sebab aku cari butang delete takder..

aku keluarkan icon ni.. memacam icon aku masukkan... ntah macam apa lah...

baru je dua minit aku keluarkan smiley icon tu.. dah datang pulak iklan baru... huhuhu.. apalah nasibkan.

Kepada pengiklan.. harap korang fahamlah luahan hati ku ini..

korang rasa nak pakai macam ni tak?

Salam...

Semalam aku MC kan sebab demam + sakit perut.. jadinya dah alang2 MC aku pun pergi klinik kesihatan sebab nak daftar untuk cabut gigi bongsu aku yang bermasalah tu... tapi bila aku sampai kaunter pendaftaran tu.. sekali misi tu cakap kena datang jam 2 petang untuk pendaftaran.. herm.. ler.. ada time2 jugak ye untuk daftar ni... nasib baik misi tu bagi senyuman yang panjang kat aku.. tak taulah senyuman perli ke apa.. yang penting sejuk sikit hati aku sebab misi tu senyum... tak kesahlahkan perli ke pun.. 

misi tu perli aku sebab aku tak baca papan kenyataan kat tangga tu kot.. dah alang2 aku sampaikan baik aku tanya je terus ke kaunter pendaftaran.. manalah tau misi tu baik hati nak daftarkan ke.. tapi nasib tak baik jugak.. balik jelah... takkan nak melepak kat situ sampai jam 2 petang pulakkan..


Dah alang-alang MC kan.. dengan perut yang sakit tu.. aku pun terus decide nak cuci mata kat Jusco Bukit tinggi.. tapi on the way nak ke jusco bukit tinggi tu adalah benda lucu yang membuatkan perut aku yang sakit terus rasa nak sihat pulak... 

nilah benda yang melucukan aku masa tu.. memang stylo lah.. stylo ke? herm.. fesyen terbaru kot.. 

Korang nampak pembonceng motor kat depan ni... korang rasa berapa lapis baju dia pakai?

Pic yang sama jugak... perasan tak apa yang aku nak ceritakan sebenarnya?

Bagi besar sikit... baju tido tu.. siap pakai kat luar... agaknya dia sayang kot baju tu tersimpan je kat rumah... alang2 jadikan pakaian untuk pergi kerjalah.. tapi memang manthopslah boleh dia pakai baju gaya ni.. perg.. tak silap aku minah ni kerja kat Giants depan tu... sebab aku nampak dia masuk kat giants tu.. tapi memang membuatkan aku gelak tak berhenti2 lah masa ni... tak tertahan aku... macam2 cara orang sekarang ni nak berfesyenkan... 

Tapi tak kesahlah.. mungkin dia selesa dengan fesyen macam ni... tapi aku tabiklah dia berani berfesyen macam ni..

Psst : kalau aku memang tak beranilah.. huhuhu.. masih ada lagi sifat  malu.. huhuhu

Salah tarikh

Salam...
n3 tak bergambar ye.. sekadar penceritaan..

Hari ni aku nak citer sikit berkenaan tersalah tarikh... hari jumaat malam aku dah bergegas balik ke kampung tak jauh mana pun.. tanjong karang je.. kira kampung jugaklah walaupun dalam selangor lagikan...  balik pun bersebab.. kak ngah aku yang bertanggungjawab memberi ubat kepada mak aku setiap pagi dan malam pergi ke kenduri belah suami dia kat jengka, pahang.. jadi aku dan adik aku kenalah ambik alih tugas tu.. maklumlah mak aku ni tak pandai membaca.. tapi tang kira duit tu fuh.. kalah aku tau... memang terror...  nanti tersalah makan ubat lak... 

bila kitorang balik ingat nak dok melepak jelah kat rumah.. tapi mak aku kata hari sabtu ada kenduri cukur jambul kat rumah sepupu aku.. aku pun kata oklah.. esok kita pergi... 

bila tiba esoknya.. aku yang takder baju kurung ni menyelongkarlah almari kot ada tersimpan baju kurung lama aku kat dalam tu.. jadinyer terjumpa selai baju kurung warna pink.. dah bersiap segala bagai.. bergegaslah kitorang ke rumah sepupu aku tu... nasib baiklah dekat je rumah sepupu tu.. tak lama lepas tu sampailah kitorang di depan rumah sepupu tu..

nak tau apa jadi... khemah pun masih menyembah bumi.. huhuhu.. kenduri tu sebenarnya hari ahad bukan hari sabtu.. tapi disebabkan mak aku terlupa tarikh dia kata kenduri tu hari sabtu... jam 10 kitorang dah sampai.. ingatkan datang untuk makan kenduri jelah.. tapi kenalah buat keja apa yang patutkan.. tulah dasar datang nak makan je tak memasal kena tolong hiris serai... habis jugaklah separuh kerja memotong bawang segala bagai... 
Tapi takper walaupun dah berpeluh membuat kerja merewang tu.. tapi tetap dapat habuan makan jugak.. sepupu aku masak kari ayam dan ikan keli goreng.. tapi yang paling superb sambal belacanlah.. memang sedap plus pedas... bila perut kitorang kenyang.. kitorang pun bergerak balik.. tapi tak terus balik melencong lak ke SG. Besar.. nak bershopping kain pasang... tapi apa yg dicari tak berkenan dihati...

Psst : kalau tersalah tarikh tapi hari tu adalah hari merewang ok lg.. kalau terawal seminggu haru... teguk air kosong jelah...

60 thn.. jln pun mengeletar

aku dengar CEUPACS nak lanjutkan had umur persaraan bagi kakitangan Awam... huhuhu.. en. suami keje dengan goverment sebagai Juruteknik Ukur.. lepas tu keje pergi Ukur tanah kat hutan, taman2 perumahan, tanah pertanian dan segala tempat yang ada tanah untuk mengukurlah... kalaulah confirm dilanjutkan aku rasa en. suami mensti pergi mengukur pakai tongkatlah.. dah lah nak bawa segala macam alatan untuk mengukur.. walaupun ada beberapa orang pekerja yang menolong bawa barang2 tu.. masa en. suami nak masukkan kiraan dalam komputer mesti tangan mengigilkan.. herm....... entahlah..

Berdasarkan kajian oleh CEUPACS, had umur persaraan bagi negara jiran lebih tinggi iaitu Thailand, Brunei dan Indonesia ialah 60 tahun, manakala di Singapura 62 tahun. Sememangnya ada pelbagai pro dan kontra dalam membuat keputusan terhadap isu ini.  
Kalau jadilah gesaan CEUPACS tu macam ni kut jadi keadaannya ye!... 

 hehehehehe

bagaimana pula dengan anak2 akan datang ye... mesti susah nak dapat kerja kerajaan sebab ramai lagi warga emas yang masih bekerja.. jangan pula lagi banyak penganguran pula..

 psst : sape yang keje gomen korang setuju ke dengan CUEPACS ni

cakar ayam

korang kalau menulis banyak sangat korang akan merasa mengantuk tak?
aku kalau menulis banyak sangat memang akan mengantuk..
macam mana tak banyak aku kene tulis.. benda tu dapat hari2 tapi aku suka kumpul sampai banyak..
bila dah banyak.. masa mula menulis tu ok lagi.. tapi bila dah pertengahan dah mulalah rasa terkuap2 je..
aku malas nak citer banyak korang tgk jelah hasil terkuap2 aku ni..

masa ni tulisan ok lagi..

masa ni tulisan ok lagi.

bila dah terkuap dengan 10-20 kali beginilah hasilnya..
teruk betullah penangan bila time menulis..
tapi bila time mengadap pc takder pulak macam ni..
mungkin masa mengadap pc tu diselang-selikan dengan cucian mata kot..
hehehe.. cucian mata tu blogwalkinglah ye..

note : ke memang tulisan aku tak cantik pun.. mengantuk pulak dijadikan alasan
seb baik aku sedar sendiri.. hehehe..


ariel & luna

kepada yang 18 tahun harap dielakkan melihat gambar ini ye.. 
terlajak perahu buleh di undur, terlajak gambo tak dapat den nak nolong....maluuuu 18sx

Sila lihat dibawah ye
V

V

V

V

V

V

V

V

V

V



Note : hehehe.. korang jgn marah.. aku pun nak tulis gak citer yang terhanggat ni..

Breakfast lempeng lagi..

hari ni bangun je pagi lepas aku dah siap2 pakai baju nak ke opis..
tiba2  terdetik pulak nak buat lempeng.. sebab ada balance sambal ikan bilis malam tadi..
7.10 minit pagi aku baru nak bancuh tepung untuk buat lempeng..
terkejar2 aku.. hehehe.. nak memenuhi tekak sendirikan lambat pun tak kisah..
yang penting yang diidam dapat masuk perut ni..
sebab aku dah jemu makan nasi lemak, meehon goreng, mee goreng..
jadi lebih baik aku buat lempengkan..
sekurang-kurangnya aku boleh makan dengan kak noor & kak ina mail

lempeng dan sambal ikan bilis..

bila dah ada lempeng n sambal ikan bilis
haruslah diminum bersama nescafe..
fuh marvelous.. kenyang perut aku ni sampai ke petanglah jawabnyer...

jimat duit takyah beli nasi lemak pagi ni.. 
tulah motif buat lempeng pagi ni.. sebab nak jimat duit..
walaupun hari ni gaji.. duit gaji dah habis bayar hutang.. hehehe
hutang harus didahulukan betul tak? 
barulah takder hutang yang tertangguh..
sendiri buat hutang sendir mau ingatlah..
aperlah aku ni dah lari topik pulak..
pergi ke topik hutang pulak..

korang... korang.. korang... yang berhutang tu.. dah settlekan hutang dahulu ye..
barulah shopping mopping.. hehehe..

Dimanakah


korang cuba cari apa yang tersembunyi..

V

V

V

V
V

V

V

V

V

V

V

V

dapat tak..?
Baby yang terselit dibalik kelambu..
lasak budak ni.. sampai terselit kat situ..
tapi kelambu ni baguslah ada safety..
selamat budak tu takderlah terjatuh kat lantai.. 
 cuma risau takut dia lemas je..

note : sape pernah jumpa kelambu macam ni tolong bagitau aku..
rasa nak beli je.. tak tahanlah sekarang nyamuk banyak sgt.. 
lagipun klu kat kampung dah biasa berkelambu ni..


Apa Kes......?


Aku sejak dua menjak di asyik citer pasal issue tudung je..
ape aku dah ketandusan cerita ke..
erm.. mungkin jugak kot..

sebenarnya aku dapat gambar ni dari email..
jadi aku nak kongsi dengan korang ..
korang layan la.. gambar ni ye..
aku rasa minah ni memang tak pakai tudung..
maybe dia pinjam tudung kawan dia kot..
tapi klu nak try bertudung pun janganlah berpakaian mcm ni.. 
lepas tu siap bergambar lagi.. 
klu nak bergambar pun jgnlah amik full satu badan mcm ni..
kan dah tersebar kat internet..
buat malu diri sendiri je..
aku yang tengok gambar dia ni pun aku malu sendiri..
bukan apa..
malu dengan sikap diorang ni.. 
suka2 buat perkara mcm  ni..
macam meremehkan perkara yang dituntut dalam islam je..
mempermainkan hukum-hakam agama..

note : macam manalah pemikiran diorang ni..



Berita : Kembar Lima mati terbunuh.

Sungguh perit keadaanya..
dalam sekelip mata kembar lima mati terbunuh..
apalah nasib...

V


V


V


V


V


V


V


V


V


Kerana chease seketul.. habis kelima-lima mati terbunuh.
begitu sengsara..

p/s korang jangan marah dengan n3 aku ni ye...
i'm sorry..

Astro

kita bila hujan je mesti ada masalah dengan astro kan..
sekarang aku nak tunjuk kat korang satu cara untuk mengelakkan
astro tersekat2 masa kita tengah menonton tv

bukan apa bila aku tengah syok tengok citer yang best je
baru aku nak layan keluar air mata
tetiba citer yang aku tengah layan  tu tersekat2 je..
mcm nak taknak je nak bagi aku tengok citer tu
tension aku tau..

kenapa astro bila hujan lebat mesti sangkut2
klu DVD boleh gak aku masukkan DVd cleaner
astro aku nak masukkan ape..
nampak gaya kena tutup teruslah tv tu..
huh.. kecewa nak tgk citer yang tgh layan..

Disebabkan selalu sangat jagi macam tu
aku pun mencari jalan penyelesaian..
jadi sekarang aku dah jumpa penyelesaian nyer.. 

 Sebelum dapat jalan penyelesaian.. ginilah rupanya

Jalan penyelasaian yang aku dah jumpa selepas aku membuat kajian.. hehehe
poyolah ko esah... kajian apa ntah yang ko buat..

Selepas pakai alat tu.. beginilah nanti rupa siaran Astro kita...
harap2lah ye.. clear mcm ni sekali.. syok aku..


p/s : korang jangan percaya tau.. aku melawak je ni.. hehehe
almaklumlah jumaat.. esok dah nak cuti.. otak dah tepu nilah jadinyer.. huahahaha..

Lima Syarat Nak Buat Maksiat

 Tazkirah Jumaat 7/5/10


Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu m asih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

Untuk dikongsi bersama2 sebagai peringatan kepada kita yang kadang kala terlupa ke atas laranggan yang telah termaktub.
bersama2 kita ingat mengingati.

Hiburkan hati

Saje aku masukkan video clip anak sulung aku
masa ni usia dia 2 thn kelakar sungguh..
sibuk nak menyanyi sangat..





Barbeku

Hari ahad lepas.
memandang semua adik beradik aku tak balik ke kampung..
jadi diorang semua pun berkumpul kat rumah akulah..
saje lepak-lepak dan sembang-sembang mengenang keadaan hidup,
keluarga dan adik beradik.. plus mengumpat.. hehehehe..
jadi bila dah melepak kat rumah aku mestilah nak makankan..
kang kalau tak makan nanti perut berdangdut pulak..
bila nak makan, tapi malas nak masak yang remeh temeh..
jadi kitorang pun buat barbeku jelah..
beli ayam 4/5 ekor, udang 2/3 kilo dgn sotong 2/3 kilo..
ha.. makanlah ko sampai perut kenyang..
org barbeku biasanyer malam.. 
tapi kitorang buat waktu siang..
bantailah janji perut kenyang.. hehehehe

jadi nilah hasil barbeku tu..
en. suami dgn suami anak buah aku..
tgh membakar ayam.. siap pakai kipas tu..
(anak buah aku banyak yg sebaya dgn aku)

aksi membalikkan ayam..
tgk bersusun ayam

Ayam yang dah siap dibakar.. menanti masuk ke perut je..
org yg 1st sekali melantak ayam barbeku ni.. tak tunggu aku pun.. huhu
(Cantikkan dulang cawan aku tu.. hehehehe)
Berselera sekali diorang ni menikmati ayam barbeku ni...

tu jelah hasil barbeku aku pada hari ahad lepas..
cara membuat pemerapan ayam aku tak snap.. 
sebab aku terlupa.. asyik dok leka berborak je..
biasalahkan bila dah berkumpul ramai2..





Suka hati aku la....

video sukahati aku...
memandangkan takder banyak benda kene buat hari ni
otak pun dah jadi miong..
jadi kita pun main nyorok2 dgn ina mail..
layanlah n3 merapu aku hari bersama video yang ntah apa2..

layan...


Kepentingan tudung kepala

aku pelik dengan dunia sekarang..
orang sibuk nak bertudung
ko pun sibok nak bertudung..
bila dah bertudung oklah.. aku pun suka tenggok..
nampak ayu, manis, sopan santun dan lebih penting
mestilah menutup AURAT kan...
dan itu tujuan utama kepentingan dalam bertudung kepala ni

tapi aku sedeylah bila tgk sesetengah orang yg bertudung ni..
kepala bertudung tapi tempat lain terdedah lak..
apekehal nye gaya yg ko pakai tu dik oi..
tak paham akak dengan korang ni...

klu yg terdedah tu lengan ke akak boleh maafkan lagi..
ni sampai nampak G-sting n lurah dendam ko dek oi..
malu akak dek oii...

korang tgk gambar kat bawah ni..
gambar ni aku dapat dari emaillah..
sedey tul dengan dunia sekarang..

see.. G-string.
takder baju labuh ke dek oii....
awat hang tertonggen mcm tu dek.. tudung dah cantik dah.. tapi montot nampak lah dek...
yang ni aku tak faham.. ke dia memang saje je pakai mcm ni..
mintak perhatian.. huhuhu

p/s : aku rasa dah 2 minggu isu tudung aku keluarkan...

donia... donia...

MyLook


Jom join MyLook.
mmg arini smua org dk register mylook
aku pn tk terkecuali
lgpn nk register kejap giler
tk smp 1minit pn
tk slh kalo kita cuba...
aku sendiri pn tk tau samada btul ke tk benda ni
tp saje nk try
lgpn benda free..bkn kena byr
kalo btul bole cash out
& dpt cek mcm nuffnang ...alhamdulillah
tp kalo benda ni tk btul,abaikan je la
yang penting kita mencuba..
untung boleh tambah pendapatan

1st April


Salam..
1st april untuk aPRiL fOOls dAy..
hahaha..
adakah anda menerima kejutan..
aku belum lagi...
tak tahulah kejap2 lagi..
tapi aku dah bersedia..
hehehehe

Tag

Aku ditag oleh misscahaya
tajuk tag SEPULUH 
mau berpoluh den nak menjawabnyer nanti..
hehehe.. kejap2 lagi aku tunaikan ye tag ni...


Terowong

Terowong yang dihias cantik di Jepun



p/s : cantikkan terowong kat negara diorang ni..
klu aku mau hari2 bersiar2 kat dalam tu..

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...