Showing posts with label Jalan2. Show all posts
Showing posts with label Jalan2. Show all posts

Masa lalu....

Salam...

Nak gelak pun ada jugak dengan tajuk kat atas tu. Apa pulak kaitan masa lalu dengan n3 yang aku buat hari ni. Konon² masa lalulah sangatkan padahal beberapa hari yang lepas je.

Tapi ni kategori citer masa lalulah. sebab dah lama terperap kat dalam draft baru hari ni aku terasa nak kongsi dengan korang. 

Dulu aku keje kat Shah Alam selalu makan kat seksyen 18, Tempat yang selalu aku pergi makan nama dia BOB Corner. Memang terbaiklah makanan kat situ. Yang paling terbaik bagi aku Gulai Asam Pedas dia. memang kaw dan powerlah. Kalau sepingan RM 6.00 - RM 7.00 pun tak rugi tapi tengok jugaklah apa yang korang ambikkan. kalau lauk penuh tutup nasi tu memang patut kena charge RM 10.00 lah. Ikut kemampuan perut koranglahkan.

Aku pinjam kat google je ni.
Nilah keadaan kedai BOB Corner tu. Kalau tengah hari ada sediakan pengat pisang, bubur kacang. Kalau lauk pauk memang macam² pilihan. 

ni untuk aku. 
Ikan goreng dia memang ranggup. sambal tempe pun sedap sangat. harga untuk sepingan nasi dan lauk pauk ni RM 5.50.. oklahkan.. tu pun naik sendat perut aku dibuatnya.. 

Ni wajah teruja adik aku. sebab dapat makan kat sini dan juga dapat mengimbau nostalgia masa bekerja di Shah Alam.. Harta sepingan makanan untuk adik aku RM 6.00.. lebih sikit dari aku sebab dia amik sotong dua ekor. Nasib dia yang belanja... ke aku yang belanja.. lupalah.. tak kesahlah pun kan...

Kalau korang nak cari Gulai Asam Pedas terbaik korang kena terjah Restoran BOB Corner ni.. memang terbaiklah. Rasa makanan dia dengan 5 tahun yang lepas sama je belum berubah lagi. Aku harap kalau dia nak tukar tukang masak biarlah cara tukang masak tu sama dengan yang lama.

Psst : dah macam rancangan JJCM pulak.. siap ada review harga lagikan.. Sesekali.....

Handbag tinggal di rumah...

Salam...

Hari ahad lepas... siap je makan tengah hari dalam jam 3 petang.. ada korang makan tengah hari jam 3 petang.. aku ada tau.. tu mengeletis sebab malas nak masak.. sudahnya perut lapar terpaksa jugak masakkan.. ok... siap je makan tengah hari terus ajak adik aku dan anak buah pergi jalan2 ke Jusco Bukit Tinggi,, niat nak cari handbag... tapi handbag yang memerlukan perhatian yang lebih aku tinggalkan kat rumah dengan en. suami.. hari tu en. suami jaga handbag (anak2ku) kat rumah.. jadinya aku berjimba-jimba dengan adik aku.. dan dah terperasan macam anak dara pulak.. berlengang je jalan.. nak pilih barang pun aman, tenteram dan damai...

Jadinya handbag yang tinggal kat rumah tu anak2 akulah.. 

nilah xtvt selepas hajat nak membeli handbag dah tertunai... 

Di Resepi Rahsia...

Bersama adik dan anak buah aku...
Gigi taring aku terkeluar pulak.. huish.. bahaya...

Apa.................? Sepasang pisau dan garpu je? tiga orang tu?

Tiramisu... sedap.. tapi terlebih pahit pulak.. 

Chese cake Expresso... sedap.. sama macam aku buat sendiri je...

Durian chese cake... aku punya.. sedap..

Choc apa ntah namanya... tu tgh sibuk bersemS...

Ni.. mocha expresso.... aku dan adik aku sama je airnya.. sebab aku taknak bagi adik aku rasa air aku.. nanti aku tak cukup.. hahahaha... no Sepuloh tu ong tau.. sama dengan no hari lahir aku... sukak.....

aiks... masih sibuk bersemS lagi... hailah....

Cordon blue... sebab tulah sepasang garpu dan pisau je ada.. tapinya cordon blue ni share tiga orang.. sebabnya masih kenyang lagi makan nasi kat rumah... kalau order sorang satu mau tak habis pulak nanti.. terpaksa lak menapau.. tupun dah sengkak perut dibuatnya.. takper takyah makan malamkan... sebab dah kenyang.. hatipun girang..

Psst : bila bufferd nuffnang melekat takder pulak idea nak mengupdate blog.. cuba masa takder bufferd.. rajin je.. macam2 idea ada...

Sarapan apa hari ni?

Salam..

Dah lama tak citer pasal breakfastkan.. last week masa balik kampung aku melepak kat gerai kakak aku.. kat situ ada jual roti canai. nasi lemak, nasi putih dan beraneka lauk.. yang sebenarnya aku just ambik roti canai yang aku order je.. sebab aku dah pesan siang2 siapkan aku punyer dulu sebelum aku sampai.. aku tau aku sampai aku terus angkat roti canai tu dan cabut balik.. sebab malaslah ramai orang ni.. kang terserempak dengan cikgu sekolah.. nak kena laga2 pipi.. dahlah budak paling pendiam kat sekolah ni...

terus ke picture-picture yang aku snap je lah ye..

nilah kedai kakak aku.. 
Warung Warisan.. memang betul-betul warisanlah... dari kakak aku yang sulong dan sekarang kak ngah aku pulak yang take over... kak long aku dah pencen dok melepak kat rumah je... umur pun dah 57 tahun tak larat nak masak memasak ni... 

berbintik-bintik pulak gambar ni.. sebab tak guna astro.. channel biasa je ni.. 
yang tengah menebar roti canai ni pulak anak lelaki kak ngah aku.. anak bongsu dia ni... 
senyum simpul kakak aku ni tau...

roti canai hasil tangan kakak aku.. sebenarnya kakak aku yang tebar roti canai ni kalau anak dia ke sekolah.. hari tu hari sabtu jadinya anak buah aku yang take over kerja dia... 

Seperiuk kuah kacang dhall.. 

antara lauk - pauk untuk nasi lemak.. nak nasi lemak biasa pun boleh...

itu saje pic yang aku snap.. yang lain nan ado.. pic 15 keping roti canai dah selamat masuk dalam perut aku dan yang lain2.. almaklumlah sampai je rumah terus diorang menyerbu kelaparan.. bukan selalu nak makan roti canai kak ngah aku ni.. selalu kalau teringin terpaksa pergi kedai mamak.. 

N3 ni macam nak promote kedai kak ngah aku pulakkan.. tapi memang nak promote pun.. kepada yang tinggal dia area kuala selangor hingga ke sabak bernam.. nak dapatkan Roti canai harga rm 0.90 boleh ke gerai kak ngah aku ni... 

Gerai ni berdekatan dengan Masjid Tanjong Karang yang berhadapan dengan Sekolah Menengah Dato Harun.. 

Muffin yang gebu...

Salam..

Selamat petang.. ada yang baru masuk kerja ke? maklumlah hari ni ada yang waktu lunch panjang.. macam aku lunch sama je.. tetap satu jam je.. hari ni amik kesempatan sebab mami poko bercuti.. kitorang apa lagi berdesup ke Jusco Bukit Tinggi.. apa lagi melantaklah..

Kitorang pergi ke restoran yang Muffinnya gebu dan enak sangat.. mesti korang boleh agak tempatnya kan.. mana lagi kalau tak Kenny Rogers Roasters..

Malas nak buat karangan panjang-panjang korang lihatlah jelah picture-picture dibawah..

Aeon Bukit Tinggi.. 

Ke destinasi yang hendak dituju... 

menu yang hendak di order... 

selesai order.. sesi amik gambar ye.. gedik je aku nak amik gambar.. dengan muka berminyak bagai... 

Adik2 yang pening layan gelagat kitorang.. macam2 soalan diorang kene jawab dengan kitorang.. hehehe.. sian ko dek.. 

Minuman yang di order.. amik ni je sebab boleh tambah 44 kali.. minumlah sampai muntah air..

Muffin yang gebu... pisang, vanilla dan orange..
memang sedap sama dah dengan aku buat.. wawawa.. pelasan lebih lah aku ni...

makanan aku.. memang dietlah.. korang tau.. walaupun licin aku makan bendalah ni.. tetap aku rasa ada space lagi kat dalam tummy aku ni.. tapikan.. aku taknak ikut nafsu aku macam minggu lepas.. ingat nak singgah Lavender.. tapi terpaksa dibatalkan... kalau tak hancus diet aku..

Ini amoi tengah menikmati makanan dia.. amoi ini jugaklah driver pada hari ni.. percayalah aku yang jadi bos kat belakang rasanya dekat 44 kali beristighfar... huhuhu.. scary tau naik dengan amoi ni.. tapi sebabkan aku malas nak drive.. tahan jelah... dan berdoa semoga selamat sampai..

Amoi Phoebe.. terima kasih bawak jenjalan ke Jusco Bukit Tinggi.. walaupun  44 kali u tanya "jam pukul berapa ha... " hehehehe...

Psst : misi mendiet telah bermula.. tapi sekarang perut dah mula nak pasang intro.. sabar.. makan buah je ye..

Product baru mesti nak rasa...

Salam..

Ramai dah yang bercuti ni.. Esok dah CNY.. kepada Kak Ina DDCheng saya ucapkan selamat makan besar malam ni.. mesti bestkan ada sesi kaut-kaut sayur dalam pinggan besar.. kalau kak ina tau maksudnya tolong terangkan boleh..

Ok.. dah habis citer pasal KIDDC.. Tapi nak sambung pasal CNY pulak.. ni yang aku perasanlahkan.. menjelang nak CNY je mesti macam-macam produk baru akan keluar kat telivision.. Ring of Fortune (pizza) aku tak rasa lagi ni... mesti pergi, lepas tu yang terbaru pulak kat KFC Cheesy Larva.. Sebenarnya dari mula keluar kat TV hati aku dah melonjak-lonjak nak ke rasa.. dalam hati mesti sedap sebab ada cheese kat dalamnya..

Jadinya last week aku pergi ke KFC niat memang nak makan Cheesy Larva ni je.. sampai je kat sana aku terus order.. dan cari parking untuk meneruskan santapan.. Tapikan... huhuhu ... aku hampa.. kata cheesy larva mestilah banyak cheese dia.. tapi ni aduhai.. sikit sangat dan rasanya adalah tidak sesedap yang aku bayangkan.. tapi ni bagi aku jelah.. kalau korang aku tak taulah.. munkin sedap mungkin sebaliknyakan.. lidah kita berbezakan...

meh aku bagi tatapan cheesy larva versi kamera henpon flash kuning aku..

Ops.. tersalah masuk gambar pulak.. ni cheesy wedges.. ni memang aku wajib ambik kalau kat KFC.. paberet tau...

Nilah cheesy larva.. aku ingatkan boleh order cheesy larva tu je.. rupanya kene ambik set dengan kentang jejari panjang pulak.. jejari panjang lagi banyak dari cheesy larva tu.. cheesy larva 3 kotol sajo... huishh.. alhamdulillah..

Isi dalam yang konon-konon berlarvalah sangat... huh.. rasanya.. so-so jelah... tapi bulehlah buat lapik perut aku yang sentiasa ada ruang kosong ni..

Psst : harap hari ni balik 1/2 hari la... sebab nak balik Hutan Melintang.. esoklah nak pergi Kelumpang pulak.. harap cuaca esok cerah dan aman dandamai.. banyaknyer dan... dan dah habis..

Memori semalam

 Salam..

Masih lagi n3 di Putrajaya 2 minggu lepas.. bukan apa saje je aku nak abadikan gambar ni sebagai kenangan aku.. nilah keadaan kalau dah berkumpul ramai2 pelbagai gaya dan ragam yang akan berlaku.. tak kira dari yang belasan hingga yang dah tiga puluhan tetap berperangai seperti kebudak-budakan.. bukan sengaja nak buat gelagat macam tu.. tetapi sekadar nak menghidupkan suasana ceria diantara anak-anak buah, mak dan pak2 sedara.. supaya tidak mewujudkan jurang pergaulan.. tapi takderlah sampai tak menghormati orang tua pulakkan.. sikap menghormati masih kemas dalam pertuturan dan pergaulan.. wah skema ayat aku malam ni..

 suka tengok terasa keluarga begitu mesra.. tapi memang kami rapat pun.. kalau berjumpa macam2 cerita akan dikongsi
Gelagat paling sengal.. lagi2 aku.. itulah aku yang sebenar.. tolong jangan besarkan gambar ini... maaluew aku..

aku suka tengok gambar ni.. bila aku tension mesti aku buka folder gambar ni dan aku tatap sampai jiwa aku tenang..

Psst : korang kalau tension perkara apa yang akan membuatkan korang kembali tenang...

Aktiviti semalam

Salam..

Apa aktiviti korang semalam... semalam aktiviti hanya makan, tido dan keluar kejap ke tesco beli barang-barang dapur.. 

Bangun pagi2 kemas rumah.. lepas tu perut terasa lapar.. nak suruh en. Suami pergi beli nasi lemak en. Suami pulak takder dia pergi mengukur tanah kat Paya Jaras, sungai buloh.. jadinya apa yang kat rumah jelah makan.. nak buat berat2 mood takder pulak yelah makan sorang jekan... jadinya timbul idea nak buat lempeng oat.. mula2 aku dengar pasal lempeng oat ni dari anak buah aku... sebab dia cerita lempeng oat ni sedap sebab terasa garing2 kat tepi tu.. jadinya bila teringat idea anak buah aku tu, tu yang aku ada idea untuk breakfast semalam... 

meh tengok rupa lempeng Oat aku tu..

Mula2 sekali mestilah Oatkan..
Oat yang dah siap dibancuh dengan air suam dan sedikit garam...

Oat yang dah dibentuk bulat didalam kuali.. sebelum tu letakkan sedikit planta ye.. 

Ginilah rupanya Lempeng Oat tu.. memang sedap.. rasanya sama lebih kurang sama dengan lempeng kelapa.. cuma lempeng kelapa tu lemaklah.. lempeng Oats ni kalau makan 2 keping memang perut cepat terasa penuhlah.. semalam aku buat 3 keping tapi hanya 2 keping je aku makan.. lepas tu dah tak boleh masuk terasa kenyang sangat...

Lepas dah makan.. anak2 aku pun dah bangun.. aktiviti seterusnya adalah tugas sebagai ibu.. chewah.. ibulah sangatkan.. yelah hari cuti je dapat membelai anak2 dengan lebih mesra.. wah ayat tak leh blah kan... huahuahua.. ok tugas seterusnya mandikan anak2 aku dan bagi diorang makan.. lepas dah settle semua kitorang 3 beranak mengadap tv sampai perut kembali berkeroncong.. kalau berkeroncong mestilah kene masak tengahari pulakkan.. 

semalam aku masak simple je.. sebab aku sorang jugak makan.. aku masak Ikan tengiri masak kicap dan untuk anak aku Sup Ayam je.. Gambar untuk makanan tengahari aku tak snap pulak ye.. Adalah malas nak snap pic makanan tu ye.. Lepas makan aku anak beranak sambung balik aktivit belengkar depan tv.. sampailah en. Suami balik dari kerja mengukur...

Dalam jam 4 petang macam tu en. suami pun balik dari mengukur. lepas en. Suami dah rehat dalam 15/20 minit en. suami ajak pulak ke tesco untuk beli barang-barang dapur sebab nak topup barang-barang yang berkurangan... Sampai kat tesco aku tengok ramainya umat.. sampai aku membebel kat en. Suami.. "Apesal ramai sangat ni? diorang ni tak keje ke?" sekali kena smash kat en. Suami " aiks... dok kat rumah sehari je otak dah jammed ke? hari ni kan thaipusam" wahahahahaha... terkena sebijik aku.. cuti rupanya semalam... aku ingatkan aku keje.. hehehe

Uzrei bersama timbunan barang-barang.. lepas tu gelisah sebab barang2 tu menghimpit kaki dia.. suruh jalan sendiri taknak.. rasakan... (pic ni masa aku tengah menunggu untuk sampai ke Counter Cashier.. menjelang sampai ke cashier tu adalah dalam 10 orang lagi.. Trolley masing2 penuh dengan barang.. bayangkan dekat 1/2 jam aku menanti.. oh.. kalau aku tahu begitu ramai orang semalam memang aku tak keluar ke tescolah..

Berakhir sudah cerita-ceriti semalam..

psst : no psst... psst... hari ni.. hehehe

Makan disini dan beli disana

Salam...
Selamat petang..

Hari ni hari gembira buat aku.. dan hari senang hati buat Ina Glamour dan cik comei lotei Anoy mana tak gembiranya.. hari ni kitorang pergi makan besar kat Jusco Bukit Tinggi.. tak derlah makan yang hebat2 sangat.. cuma makan kat Resepi Rahsia aka Secret Resepi... makan pun biasa2 je.. takderlah meriah sangat.. 

memandangkan banyak jugak Pic kenangan kat Kedai Resepi Rahsia tu kan.. aku pun malas nak citer panjang2.. biarlah sekadar gambar menjadi pencerita.. yang mengambarkan kegembiraan kami pada hari ni..

Muka depan menu Resepi Rahsia dan juga menu untuk minuman..

Restoran ni pun sekarang Nepal yang tukang amik order... orang malaysia dah takder kot.. mungkin orang malaysia sibuk buat bisness sendiri kot..

Gembirakan Ina Glamour dengan Cik comei Lotey Anoy ni

1st sampai - Capucino Cheese dan kopok udang kot..

Nasi goreng thai Ina Glamour... Masin katanya...

Ice Blended Capucino... sedap dan berkream...

Popia udang... Aduhai.. pecah pulak pixel gambar ni.. geram betullah...

Senyuman mengoda Ina Glamour

Ni makanan untuk aku.. sama dengan Cik Comei Lotey Anoy.. Chicken Corden Blue...
makan memang macam dalam bluesss....... je....

Lepas dah habis makan kitorang pergi pulak ke Lavender.. nak membeli roti untuk bekalan Opis lak.. tak reti nak kenyang kitorang ni kalau dah makan kat luar.. tekak dan perut tu rasa lapang je lagi.. tu yang nak kena sendal dengan roti lak...

roti kat bawah ni aku tak amik.. tak berkenan lak.. aku cuma amik 
Carrot Sandwich dan Egg Loaf.. boleh buat sarapan pagi esok... 

Itu saja citer untuk petang ini... 

Akhir sekali saya nak ucap Merry Christmas bagi yang meraikannya esok...
and Happy Holiday...

  Psst : gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati...  

Jalan-jalan malam minggu

Salam dan selamat pagi..

macam mana cuti hujung minggu korang.. mesti seronokkan.. lagi2 yang dah mula cuti dari Hari raya haji lagi.. mesti banyak tempat peranginan yang korang pergikan.. 

cuti hujung minggu aku tak pergi mana2 pun.. cuma malam minggu je aku keluar pergi Jusco Bukit Tinggi dengan anak2, adik dan kakak kau.. tu pun sebab nak beli seluar adik aku.. jadi berduyun2lah ke Jusco Bukit Tinggi.. hehehe... macam ramai sangat je berduyun2 tukan..  

Pic kat Jusco aku tak snap pun.. malas.. sebab adik aku yang nak beli baju tapi aku yang banyak test baju... jadinya tak kesempatan nak snap pic.. aku rembatlah jugak baju dua helai.. jadilah.. ada gak membeli untuk diri sendiri.. 

settle je adik aku beli seluar kitorang terus pergi makan kat dinarossa (aku tak ingat sangat nama tempat tu.. lebih kurang begitulah ejaannya)
restoran ni kat port klang.. aku tak snap pulak pic restoran.. aku cuma snap gambar makanan je.. sebab perut lapar.. tapi pic harus di ambil ye..

ni antara makanan pada malam tu..

 air Asam boi limau nipis.. ni air aku.. tapi sebenarnya 4 orang order air yang sama.. 
air lain yang diorder barli dan milo ais.. tu je... semua jaga kesihatan.. betul ke macam tu jaga kesihatan.. erm.. 
kira boleh terimalah ye..

Mee + Bihon Sup.. En suami yang punya... (rm 4.50)

Mee Udang.. aku yang punya.. 
sedap kuah yang pekat dan udang ada 5 ekor (rm 5.00) 
kalau Bihun Udang pulak harganya (rm 6.00) aku pun tak tau apa sebab harganya ada tambah (rm 1.00) aku rasa sama je rasanya..
Kuey Tiow kerang + Telur mata (rm 5.00)
yang ni pulak anak buah aku punya... dia kata rasanya sedap..
aku bukan peminat kuey tiow jadi aku tak tau nak bezakan rasanya dengan kedai lain..

 dan akhir sekali nasi lemak.. kakak aku yang punya..
aku pun tak faham apesallah dia order nasi lemak padahal banyak makanan lain lagi..
tapi nasi lemak jugak yang diordernye.. nasi lemak kat boleh beli kat makcik depan rumah tu kak..

 itu jelah xtvt malam minggu.. hari ahad pulak ada buat outdoor dengan sepasang pengantin ni.. sebab cameraman dia tak sempat nak amibik Pic outdoor diorang.. jadi terpaksa minta tolong dengan cameraman yang tak bertauliah untuk snap pic outdoor diorang.. nanti dah upload and ejas2 sikit aku masukkan pic diorang ye.. 

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...