Showing posts with label Kenangan. Show all posts
Showing posts with label Kenangan. Show all posts

Meriahnya bila tiba penghujung Ramadhan.

Salam... 

Alhamdulillah... dah sampai ke 25 ramadhan.. beberapa hari je lagikan. Ada yang ambik cuti awal mesti dah sampai kat kampung. Ada lagi ke yang tak habis soping-soping ni.. Jangan sampai licin pasaraya korang soping sudahlah.. berpada-pada ye. Nanti lepas raya boleh sambung balik soping-soping tu.

Semalam aku berbuka lagi kat rumah kakak aku (kakak sulong dah ibarat emak, Sebab dari kecik dia jaga aku sampailah aku dah besar godang ni). Meriahnya semalam sebab ramai jugak yang berkumpul. Belum lagi semua adik-beradik berkumpul.. Kalau semua datang semalam ada jugak yang terselit-selit nak cari ruang untuk berebut-rebut ambik makanan.

Menu semalam kakak aku masak nasi lemak lagi. Sebenarnya dia nak jamu keluarga abang aku. Tapi abang aku tak sempat nak datang pulak ada hal yang tak dapat dielakkan. Nasib baik ada adik-badik lain yang boleh perabihkan makanan tu semua. Salah satu adik badik tu akulahkan.. hehehe... 

Oh.. dah meleret-leret pulak citer aku ni. Meh aku hidangkan kemeriahan bila nak hujung-hujung ramadhan ni.. herm.. rasa nak berbuka lagi kat rumah kakak aku malam ni.. erk.. ker aku dah malas nak masak ni.. sebab malas nak kotorkan periuk belanga dah.. dasar pemalaskan...

Sebelum di hidang.. masih atas meja.. Ada sambal udang, dan Ayam goreng berempah dan bersalut kelapa.

Nasi lemak lagi... Seperiuk besar... 

Sudah sedia dihidang untuk santapan..

Bancuhan teh.. Bakal menjadi teh ais.. tapi masa aku snap gambar ni tak ais belum sampai lagi.. Nasib baikkan.. Kalau tak tergugat jugak iman nanti bila tgk ais berenang2 dalam tong ni.

Cekodok Udang... Ha sebakul kau... Kalau tak cukup jugak tak taulah... Korang nak tau berapa kilo tepung untuk cekodok udang ni.. 2 kilo tau.. itupun tak cukup... kuat makan betullah... 

Model cekodok.. hehehe.... Orang paling suka makan cekodok udang ni... 

Tengok terpaksa makan kat luar rumah.. sebab dalam rumah tak muat.. Sampai tak bertikarlah menghidang makanan.. Surat kabo pun jadilah.. 

Yang berbaju hijau tu.. Penganti ratu kebaya.. hahaha... 

aiks... kenapa lah gambar atas dengan bawah ni mesti ada orang nak tertonggeng ni.. nampak nak acara berebut amik makanan... 

Dah habis dah...

adeh....

Salam...

Alhamdulillah... Semalam cuti hari ni bekerja balik. Ada sesapa yang kerja semalam.. mestilah adakan semalam selangor dan beberapa negeri saje yang cuti nuzul Al-Quran.

Biasalah aku kalau hari cuti je mesti gantung periuk je. Kakak aku ajak berbuka kat rumah dia.. bagi meriah sikit rumah dia. Selalu berbuka anak-beranak jekan.. Ni dia ajak sekali anak-anak buah berbuka sekali.

oklah takyah citer panjang. aku tayangkan jelah sesi buka membuka semalam ye..

Antara makanan yang ada semalam. Rendang, Murtabak special dari abang aku, Kuih tepung Gomak, Kuih Kaswi. 

Sambal ikan bilis, Telur rebus, Timun dan kacan dan ikan bilis goreng. Mesti korang dah tahu apa menu utama bila tengok semua lauk-pauk nikan. Herm... dah tentulah nasi lemak special dari kakak aku.

ni pulak semasa sesi hidangan... yang dalam tong besar depan cabinet tu. Nasi lemak dan yang tong biru sebelah cawan tu air tebu... 

Nilah rupa air tebu... jangan terliur ye.. pandang je.. kalau tak sanggup pandang.. cepat2 toleh tempat lain.. kang batal puasa lak.. aku tak tahu.. hehehe

Lepas kenyang aku pun balik rumahlah... apalagikan... Ni kejadian kat rumah.. sibuk nak main bunga api.. dengan belengingnyer... tak padan ngan kecik... aku nak pegang tak bagi.

oklah selamat bersantapan mata ya... jangan marah...

Memori semalam

 Salam..

Masih lagi n3 di Putrajaya 2 minggu lepas.. bukan apa saje je aku nak abadikan gambar ni sebagai kenangan aku.. nilah keadaan kalau dah berkumpul ramai2 pelbagai gaya dan ragam yang akan berlaku.. tak kira dari yang belasan hingga yang dah tiga puluhan tetap berperangai seperti kebudak-budakan.. bukan sengaja nak buat gelagat macam tu.. tetapi sekadar nak menghidupkan suasana ceria diantara anak-anak buah, mak dan pak2 sedara.. supaya tidak mewujudkan jurang pergaulan.. tapi takderlah sampai tak menghormati orang tua pulakkan.. sikap menghormati masih kemas dalam pertuturan dan pergaulan.. wah skema ayat aku malam ni..

 suka tengok terasa keluarga begitu mesra.. tapi memang kami rapat pun.. kalau berjumpa macam2 cerita akan dikongsi
Gelagat paling sengal.. lagi2 aku.. itulah aku yang sebenar.. tolong jangan besarkan gambar ini... maaluew aku..

aku suka tengok gambar ni.. bila aku tension mesti aku buka folder gambar ni dan aku tatap sampai jiwa aku tenang..

Psst : korang kalau tension perkara apa yang akan membuatkan korang kembali tenang...

Beriadah di Putrajaya

Salam...

Korang mesti ingat cerita kat putrajaya dah habiskan... belum lagi habis tau sebab aku tak letak gambar lagi.. mesti nak letak gambar jugak baru puas sikit hati.. yelah kenangan bersama keluarga mesti adakan...

malas nak panjang2 korang tengok jelah pic ni semua..

Dalam kereta on the way nak ke Putrajaya.. (padahal depan rumah lagi ni) sibuk nak berposing jugak.. tapi aku suka pic ni.. lagi2 tak si Uzrei tersengih tu.. 

Dah sampai Putrajaya.. Nilah hasil port luck kami.. antara makanan yang ada.. Bihon goreng, Sandwich telur, Nasi puteh, ikan goreng dan sambal terung... mula2 tengok sikit je makanan tu semua.. bila dah kumpul setempat nampak banyak pulak..

Ok.. dah mulakan sesi makan-makan sampai pecah perut.. memang meriah makan ramai-ramai macam ni.. makan kat rumah dah biasa.. tu yang sesekali kena makan macam ni..

Kek birthday anak buah aku.. kebetulan hari tu adalah birthday dia.. singgah kejap beli kek.. comei lak kek ni.. tuan yang sambut b'day terlupa lak nak snap pic dia..

Lepas makan2 barulah kitorang pergi ke Taman Botani untuk bersiar2.. bersiarlah sangatkan.. 

Singah sebentar di Jambatan putrajaya ni.. aku tak leh duduk kat sini lama2.. lagi2 pandang air kat bawah tu.. seriau aku dibuatnya...

Sampai je kat Taman Botani terus sewa basikal.. round satu taman memang best.. 

(baru aku nampak yang aku ni dah gemuk.. huhuhu)
bestkan basikal dia.. aku minat betul dengan kerusi budak ni.. safety tau... badan ada belt kat kaki pun ada belt... bagus aku nak cari satu lah yg macam ni.. nanti petang2 boleh pusing taman kat rumah aku lak..

Cantikkan permandangan kat sini... 

Pic terakhir sebelum memulangkan basikal ke tempat asal... Rock beb... dari kecik sampai ke besar sume tak nak lepas peluang untuk berbasikal... 

Psst : malam tadi aku mimpi lemak2 aku melambai sebab diorang tercicir lepas aku naik basikal.. tapi aku malas nak layan.. aku tinggalkan je lemak2 tu semua di tepi jalan.. terus badan aku slim macam Nora Danish.. fuh.. dahsyat mimpi aku.. kesian pulak kat lemak2 tu semua..

Suntikan Thypoid selesai sudah

Salam...

Alasan yang aku nak bagi supaya tidak dikenakan suntikan Thypoid tak berhasil.. ini kerana hati aku telah dilembutkan untuk menerima suntikan itu.. lagi pun untuk kesihatankan.. 

Jam 3.30 petang tadi pemberian suntikan itu telah dilakukan di sebuah gudang kilang tepung.. hehe.. saksikanlah kejadian itu..

Kak Nor aka Anoy, Hantu Kak Limah dan kaki sebelah tu siapa lagi kala bukan kak ina minat do do cheng
masa ni kitorang berpapasan pergi ke destinasi untuk menerima suntikan..

Penyambut tetamu pada masa tu..

Sign surat perjanjian penerimaan suntikan Thypoid.. 

Dr. Raju sedang menyediakan alatan untuk suntikan..

Calon pertama.. Kak Noor aka Anoy

Calon kedua Hantu Kak Limah.. disebabkan dia hantu.. gambar dia pecah2 pulak masa ni.. takut henpon aku dengan hantu kak limah ni..

Calon terakhir... Kak Ina Minat Do Do Cheng berkerut muka dia masa menerima suntikan ni.. sakit sangat kot..

Sepanjang aku menerima berbagai jenis suntikan.. Suntikan kali ni lah aku rasa paling cepat berakhir.. aku rasa tak sampai 5 saat jarum tu dah ditarik dari kulit lengan.. fuh memang pantas.. rasa macam suntik ayam je..

Berakhir sudah cerita Suntikan Thypoid ni... Selamat bercuti di hujung minggu...

Psst : sabtu dan ahad rasa nak berehat santai saja dirumah....

Hutang Nyawa

Salam...

Mesti ramai yang dah mula kerja hari nikan... semalam terasa jugak suramnya.. yelah ramai yang hantar anak2 kesekolah semalamkan.. macam mana dengan anak2 yang baru pertama kali memulakan sesi persekolahan ye... mesti macam2 ragamkan.. tengok dalam berita pun macam2 aksi ada.. ada yang terlalu gembira dan juga menanggis sampai tergolek.. letih cikgu nak memujuk.. tapi tulahkan bebudak memang begitulah.. 

Sebenarnya bukan nak citer perkara yang berkaitan dengan sesi persekolahan baru2 ni.. tapi nak cerita hal yang berkaitan hutang nyawa.. korang pernah tak terasa berhutang nyawa dengan seseorang.. orang kata berhutang nyawa ni sekiranya berlaku sesuatu perkara dan seseorang telah menyelamatkan kita dari malapetaka itu...

Seingat aku masa dalam umur 11@12 tahun dulu aku pernah mengalami pengalaman yang paling mengerikanlah buat masa ni dalam hidup aku... masa tu aku dengan keluarga kakak aku nak pergi ke Tanjong Harapan, Port Klang.. hari minggukan takder buat apa2 jadinya Tanjong Harapanlah tempat yang paling dekat untuk dituju masa tu..

Tanjong Harapan dengan rumah kakak aku dekat je... kalau naik kereta adalah dalam 5 ke 10 minit.. masa tu aku malas nak naik kereta.. jadinya aku minta izin kakak aku untuk naik basikal... kakak aku benarkan pulak nak basikal.. hati pun gembiralah sangat.. terus lah dengan hati riangnya aku naik basikal dengan anak buah aku... bila dah sampai satu jambatan tu.. tiba-tiba je basikal tu aku tak boleh nak handle.. terus menonong je laju turun dari jambatan... aku pun tak dapat nak handle betul dan terus terjatuh... terseret jauh jugak aku..

Masa tu hanya Allah je yang tau kesakitan yang aku alami... dan secara tiba-tiba jugak satu lorry dah menghala kat aku... Ya Allah takutnya masa tu.. dalam hati dah fikir macam2... terus ada satu Navy tu tarik aku ketepi jalan... cekap betul Navy tu tarik aku.. padahal masa tu dia jauh jugak dari aku... kalau takder navy tu aku rasa.. aku takkan ada untuk buat n3 ni...Aku bersyukur sangat2 pada Allah s.w.t dan berterima kasih kepada Navy yang telah menolong aku masa tu.. kalau dia takder masa tu tak taulah apa yang jadi kat aku...

memang itulah pengalaman yang paling ngeri yang berlaku dalam hidup aku.. sebulan aku menangung sakit kat tangan... kesannya sampai hari ni ada lagi.. bila tengok kesan tu mesti aku teringat kat Navy tu.. Kalau satu hari aku jumpa Navy tu aku nak ucap terima kasih kat dia.. sebab masa tu aku tak sempat nak ucap terima kasih.. mungkin masa tu aku budak dan dalam keadaan terkejut...

bolehkan ini dikategorikan sebagai Hutang Nyawa... herm...

   Psst : Apakah pengalaman yang korang tak dapat lupakan sepanjang kita masih bernafas ni..  

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...