Showing posts with label petua. Show all posts
Showing posts with label petua. Show all posts

Telinga ku berdesing

Korang pernah tak tiba-tiba telinga korang berdesing atau berdengung.. aku kekadang ada jugak telinga aku berdesing.. bila telinga berdesing aku rasa lain macam je.. mulalah rasa risau je.. sebab aku pernah dengar orang tua2 cakap kalau telinga kita berdesing 
bermaksud kat syurga ade satu pokok besar..setiap daun mewakili seorang manusia...kalau gugur daun tu mknanye orang tu dh meninggal dunia..jadi kalo telinga kite berdesing seketika tu bermkna ade daun yang gugur dan terkena daun kite...tapi ntah laa.betol atau tidak kesahihannyer aku tak pastilah pulak.. hanya pada allah s.w.t kita berserah

tapi tadi dalam jam 2 tetiba je telingga aku berdesing.. mula aku buat dek jelah... tak lama lepas tu aku terfikir pulak nak cari maksud telinga berdesing.. sebab aku nak tau kesahihannyalah... tapi maksud yang aku dapat adalah seperti dibawah.. kalau korang baca sampai bawah.. korang akan jumpa ayat warna merah.. tulah maksud telinga berdesing untuk aku hari ni... 

hasil yang cik google bagi aku hari ni..

maksud jika telinga kita berdengung..
Telinga sebelah kanan berdesing/berdengung

antara pada jam 06-07 pagi hari
bermakna akan mendapat kabar buruk

antara jam 07 - 08 pagi hari
bermakna akan difitnahkan orang yang menjadikan guncingan orang

antara jam 08 - 09 pagi hari
bermakna akan berencana pergi jauh dan entah itu sendiri atau bersama orang lain

antara jam 09 - 10 pagi hari
bermakna akan ada berita yang kurang menyenangkan tentang keluarga

antara jam 10 - 11 pagi hari
bermakna akan ada penghalang dari rencana perjalanan anda sebaiknya ditunda atau dibatalkan dulu

antara jam 11 - 12 siang hari
bermakna akan ada khabar yang kurang mengenakkan yang datangnya bersamaan dengan surat yang akan diterima dalam waktu dekat

antara jam 12 - 13 siang hari
bermakna akan ada saudara jauh yang datang dengan membawa cerita lama

antara jam 13 - 14 siang hari
bermakna akan ada ajakan maka-makan

antara jam 14 - 15 siang hari
bermakna akan ada sesuatu yang membahayakan anda dalam waktu dekat

antara jam 15 - 16 sore hari
bermakna akan ada berita dari keluarga yang entah itu yang menyenangkan atau menyedihkan

antara jam 16 - 17 sore hari
bermakna akan ada perjalanan jauh yang akan anda lakukan dalam waktu dekat

antara jam 17 - 18 sore hari
bermakna anda sedang menjadi pembicaraan banyak orang

antara jam 18 - 19 sore hari
bermakna akan ada sesuatu yang berharga pergi meninggalkan anda

antara jam 19 - 20 malam hari
bermakna akan mendapat berita buruk dari kalangan sendiri

antara jam 20 - 21 malam hari
bermakna akan ada keberuntungan yang besar untuk anda

antara jam 21- 22 malam hari
bermakna akan ada yang mengancam anda

antara jam 22 -23 malam hari
bermakna akan ada berita yang baik datang kepada anda

antara jam 23 - 24 malam hari
bermakna akan ada seseorang yang jatuh cinta

antara jam 24 - 01 pagi hari
bermakna akan ada sesuatu wejangan yang diberikan oleh orang tua

antara jam 01- 02 pagi hari
bermakna akan ada perselisihan antara kerabat sendiri

antara jam 02- 03 pagi hari
bermakna segala perjalanan yang ada kerjakan akan selamat sampai tujuan.

antara jam 03- 04 pagi hari
bermakna akan ada yang sesuatu yang hilang yang anda nilai sangat berharga

antara jam 04- 05 pagi hari
bermakna akan ada sesuatu yang merugikan anda jika anda seorang pekerja anda akan diberi peringatan dari pimpinan

antara jam 05- 06 pagi hari
bermakna akan ada orang yang akan mencelakakan anda

Telinga sebelah kiri berdesing/berdengung

antara jam 06-07 pagi
bermakna akan ada tamu yang menguntungkan dalam waktu dekat.
antara jam 07-08 pagi
bermakna akan melakukan perjalan jauh dalam waktu dekat antara jam 08-09 pagi
bermakna akan kedatangan keluarga dekat antara jam 10-11 pagi
bermakna akan selamat dalam perjalanan yang akan datang

antara jam 11-12 siang
bermakna akan kedatangan keluarga dari seberang lautan

antara jam 12-13 siang
bermakna akan terserang penyakit dalam waktu dekat

antara jam 14-15 siang
bermakna akan kedatangan tamu
   
(masa nilah telinga aku berdengung)

antara jam 15-16 sore
bermakna akan bepergian jauh baik beurusan usaha atau urusan kerja, sendiri atau bersama-sama.

antara jam 17-18 sore
bermakna dalam waktu dekat akan mendapat keuntungan besar bagi usaha dagang yang dirintis dan dalam waktu dekat akan naik pangkat bagi pekerjaan.

antara jam 19-20 malam
bermakna akan menerima pernyataan cinta dari seseorang dalam waktu dekat ini.

antara jam 21-22 malam
bermakna akan menerima undangan perkimpoian dari teman dekat

antara jam 22-23 malam
bermakna akan kedatangan pencuri

antara jam 23-24 malam
bermakna akan menghadapi penghalang dalam mengurus perkara yang sedang dihadapi

antara jam 00- 01 dini hari
bermakna semua cita-cita akan yang direncanakan akan segera tercapai

antara jam 01- 02 dini hari
bermakna akan menerima kabar yang sangat menyengkan

antara jam 02- 03 dini hari
bermakna akan ada perseturuan dalam keluarga.

antara jam 04- 05 pagi hari
bermakna and akan mendapat usaha pekerjaan baru

antara jam 05- 06 pagi hari
bermakna akan ada musyawarah dan mufakat dalam setiap persoalan yang dihadapi oleh anda sebagai jalan keluarnya.

psst : kalau betul ada tetamu datang rumah aku malam ni.. mesti meriahkan.. hehehe.. dah lama takder tetamu datang ni

Taktik asmara spontan

1. Cuit-cuit
 
Yang ini boleh dilakukan pada bila-bila masa. Kalau lihat si dia sibuk dan kelihatan tertekan serta tegang semasa sedang membuat kerja, cuit-cuitlah dia sikit. Mungkin cara ini boleh mengurangkan sedikit rasa stresnya. Tapi sebelum cuit, tengok dulu kerja apa yang sedang dibuatnya. Kemudian fikirkan, jika semasa anda gangu itu, okey ke tidak? Bukan apa, bimbang nanti kalau tidak kena gayanya, bukan untuk menambahkan kemesraan, tetapi pelempang pula naik ke muka. Bukankah naya namanya.

 
2. Kenyit-kenyit.
 
Satu lagi, sekali sekala kenyit-kenyitlah sedikit mata itu pada yang tersayang. Masakan anda terlupa bagaimana hendak mengenyitkan mata. Buatlah seperti semasa waktu mengurat dulu. Mesti seronok mengusik si dia dengan cara ini. Respons dia juga tenu menggemberikan hati anda.
 
3. Ops, maaf terpegang.
 
Tidak salah rasanya kalau minta tolong pasangan ambilkan barang kemudian semasa dihulurkan barangan itu, ambil tangannya, bukan ambil barang itu. Lepas itu, pandai-pandailah minta maaf, ‘ops, maaf terpegang, tak sengaja’. Kalaulah ini anda lakukan, pasti si dia akan melirik manja pada anda. Aduh, boleh cair jadinya.
 
4. Mandi tanpa tutup rapat pintu bilik air.
 
Satu lagi cara hendak menarik perhatian si dia. Tetapi sebelum itu, pastikan bahawa tiada orang luar yang berada di rumah anda dan ketika itu anak anda sedang tidur. Jika tidak, susah untuk anda melakukannya. Sekali sekala, semasa mandi, biarkan pintu terbuka sedikit tetapi jangan besar sangat. Bukalah cukup-cukup untuk si dia melihat anda seperti mengendap. Bukan apa, kalau nampak sikit kan lebih menyeronokkan daripada nampak banyak. Kemudian, buatlah macam anda tak perasan pintu tu tak berkunci. Barulah ada ‘ummphhh!’.
 
5. Tersentuh tangan.
 
Kalau duduk sebelah menyebelah, rajin-rajin gerakkan tangan, kononnya tersentuh. Lepas itu minta maaf seperti anda tidak sengaja. Mesti seronok menyakat si dia dengan cara ini.
 
6. Urut mengurut.
 
Sekali sekala, apa kata kalau anda urut-urut manja badan pasangan anda. Lakukanlah pada bila-bila masa sahaja. Misalnya, ketika menonton televisyen atau semasa berbual-bual.
 
7. Usik melalui telefon.
 
Sekali sekala, apa kata jika anda mengusik si dia dengan menelefonnya dan berpura-pura hendak bercakap dengan seseorang. Anggaplah seperti orang salah nombor. Lepas itu, usik-usiklah dia, biar dia marah. Bila sudah sampai ke kemuncak perbualan dan si dia memang dah marah pada anda perkenalkan lah diri anda. Tentu menarik. Tetapi perlulah kena gaya dan waktu agar gurauan anda itu boleh diterima. Silap gaya, anda pula dimarahinya.
 
8. Suapkan makanan.
 
Bukan anak sahaja makan nak kena suap. Si dia pun sekali sekala nak juga rasa makan bersuap. Alahai, macam masa makan beradap ketika bersanding dulu. Jadi tunggu apa lagi, suapkanlah si dia. Barulah mesra.
 
9. Betul-betulkan rambut.
 
Kadang-kadang terlalu sibuk buat macam-macam kerja, diri sendiri pun kurang terurus. Jadi pandai-pandailah ambil kesempatan. Kalau rambut si dia terjurai sehingga menutup matanya, betul-betulkanlah rambut tu. Buat dengan lembut. Kemdian hadiahkanlah si dia dengan ciuman. Wah, romantiknya.
 
10. Jalan macam itik pulang petang.
 
Asyik berjalan laju saja, macamana nak tarik perhatian si dia? Apa kata, cuba ubah cara anda berjalan. Biar lembut dan sedikit melenggok. Barulah terancam si dia memandang.
 
11. Nak masukkan gear…ops, terpegang tangan.
 
Walaupun cara ini dah agak basi, tetapi masih relevan untuk diamalkan. Nampak macam drama swasta tak apa. Janji anda bahagia. Alah, apa salahnya kalu terpegang. Dah sah pun.Tetapi pastikan adegan ini hanya dilakukan sewaktu anda berdua sahaja berada di dalam kereta.
 
12. Ops… tuala terlepas
 
Jika si dia berada dalam bilik semasa anda ingin salin baju selepas mandi, ambillah kesempatan ini. Buat-buatlah macam tuala terjatuh semasa hendak pakai baju. Pasti terbeliak matanya melihat anda. Bukan tidak biasa tetapi tidak sangka. Lepas itu, terpulanglah kepada anda….
 
13. Jeling-jeling
 
Kalu tenung lama-lama nanti oang marah. Dalam masa yang sama, mereka tentu rasa tidak selesa. Untuk tidak menyakit kan hati orang sebaliknya menambat hati si dia, apa kata anda jeling-jeling manja padanya terutamanya ketika dia sedang asyik membaca surat khabar contohnya. Mesti konsentrasinya terganggu. Dan perhantiannya tentulah beralih pula pada anda.
 
14. Gesel-gesel
 
Kalau berjalan di tempat sempit, janganlah malu-malu untuk bergesel dengan si dia. Tak payahlah hendak elak-elak. Lagi rapat lagi bagus. Barulah mesra namanya. Selain meningkatkan kemesraan, cara ini juga boleh dijadikan mukadimah untuk hubungan seterusnya…
 
15. Cubit-cubit
 
Cubitan itu biarlah cubit-cubit sayang. Janganlah pula melampau sampai merah telinga kawan itu menahan sakit. Bimbang nanti, lain pula jadinya. Elok-elok hendak bermesra, tup tup bertukar jadi perang. Tak ke kes naya jadinya.
 
16. Hembusan lembut pada telinga.
 
Walaupun nampak macam biasa, cara begini jarang dipraktikkan. Jika duduk bersebelahan dengan si dia, hembuslah lembut pada telinganya. Pasti hatinya tersentap. Jangan tunggu lama-lama. Apa kata hari ini, balik ke rumah dan anda lakukanlah taktik ini dan pasti pasangan anda terasa dirinya lebih disayangi.
 
17. Ciuman di dahi
 
Yang ini, kalau diamalkan pasti ramai yang cemburu. Apa tidaknya. Wah, mesranya pasangan tu. Jadi tunggu apa lagi, buatlah cepat, tidak perlu tunggu-tunggu lagi.
 
18. Sembur wangian pada bilik.
 
Bukankah kita semua tahu, rumah adalah syurga sesebuah keluarga. Oleh itu pastikan rumah anda sentiasa bersih dan wangi. Dengan cara ini, setiap kali melangkah kaki masuk ke rumah, hati anda pasti tenang. Bila dah tenang, mudahlah untuk ke adegan yang seterusnya.
 
19. Tolong betulkan baju
 
Waktu bersiap untuk ke pejabat adalah antara masa yang paling sibuk. Tidak dinafikan saat itu memang tegang. Masing-masing terkejar-kejar, takut lambat ke pejabat. Bagi yang inginkan kemesraan suami isteri, ambil peluang saat sedang sibuk itu dengan tolong si dia betul-betulkan pakaiannya. Biar lagi kemas. Barulah boleh digelar pasangan bahagia.
 
20. Bisikkan kata romantik pada telinganya.
 
Bisikkan kata-kata romantik pada telinga si dia. Mesti senyum lebar si dia.

Cara untuk menghapuskan cicak di rumah

Tips bagaimana nak hapuskan cicak di rumah. Saya akan cuba bantu sebab hapuskan cicak tu perkara bagus. Dalam agama pun digalakkan kita hapuskan cicak sebenarnya.

 Comel lak cicak ni.. 

Dipetik dari KITAB NAILUL AUTHAR Himpunan Hadith-Hadith Hukum Jilid 6:
i. Dari Sa’id bin Abi Waqqash: Sesungguhnya Nabi saw menyuruh membunuh cicak dan ia menyebutnya binatang kecil penyeleweng (HR Ahmad dan Muslim).
ii. Dari Ummu Syarik ra: sesungguhnya Nabi saw menyuruh membunuh cicak-cicak (HR Ahmad, Bukhari dan Muslim)
iii. Bukhari menambah: Nabi saw bersabda: Dan cicak itu pernah meniup (api yang membakar) Nabi Ibrahim as
iv. Dari Abi Hurairah ra, ia berkata: Rasulullah saw bersabda: “ Siapa yang membunuh cicak pada pukulannya yang pertama ditulis seratus kebaikan sedang pada pukulan yang kedua dan yang ketiga kurang dari itu. “ (HR Ahmad dan Muslim)
PENJELASAN
Syarith (Imam Syaukani)) rahimahullah berkata: perkataan “Nabi saw menyuruh membunuh cicak “ itu, disebut “ fuwaisiq “ (binatang kecil penyeleweng) lantara sukanya mengganggu (manusia). Perkataan “ dan ia yang meniup (api yang membakar) Nabi Ibrahim as “ itu, memang sudah menjadi tabiat binatang ini yang suka memusuhi manusia.
Manakala membunuh cicak kalau boleh hendaklah dengan cara yang terus dapat membunuh cicak tersebut supaya binatang tersebut tidak terseksa akibat kesakitan. (Kepada yang lebih a’rif, harap tlg perbetulkan jika ada kesilapan… Wallahua’lam.)
Cicak, najisnya, telurnya, dan bangkainya boleh memudaratkan manusia. Ada yang kaitkan sakit sopak dengan bangkai atau telur cicak dalam kolam air mandi atau air minum. Tak taulah betul atau tidak.
Ada yang kaitkan cicak dengan keracunan salmonella. Malahan ada yang kaitkan cicak dengan tumor, kerana cicak boleh terkena serangan tumor ( benjolan-benjolan ). Pun tak tau kesahihannya.
Yang tanpa syak ialah ke mana saja cicak merayap, ia akan menyebarkan virus dan kotoran yang tersangkut pada kaki, badan dan ekornya. Banyak tempat cicak merayap, termasuklah tandas, bawah meja, belakang kabinet, celah sinki, bawah peti ais, siling, dan dinding.
Cicak juga ada sikap jahat ( dengki ). Situlah tempat sujud solat witir , situlah jadi tempat favorite dia berak. Jika situ tempat kita belajar, situlah yang dipilih jadi jamban terbukanya.
Jika situ tempat letak makanan dan minuman, situ juga tempat dia bom dari atas.
Sekarang kedapatan spray untuk menghindari cicak daripada menghuni rumah, agak berkesan kerana saya pernah menggunakannya. Tapi pastikan jangan spray di atas sahaja, kerana selepas itu, cicak-cicak di rumah saya berjalan di atas lantai sama macam kami sekeluarga. Agaknya gayat dah bergayut kat atas syiling.
Kenapa ada cicak di rumah?
Sebenarnya kita kena soal diri kita sendiri sebab kita sudahpun tahu jawapannya. Saya tolong sikit-sikit kalau ada yang tidak pasti. MAKANAN CICAK IALAH SERANGGA. Lagi banyak serangga lagi banyak cicak. Sikit serangga sikit cicak. Walaupun sekarang -apa yang pernah saya terserempak- ada cicak yang sudah pandai makan nasi, tapi masih lagi feberet dia makan serangga, sebab nasi putih tak enak dimakan begitu sahaja, berbeza dengan serangga.
 cicak betul ni.. geli.

TIP (1)
Kalau nak hapuskan cicak, hapuskan serangga dulu. Cicak akan lari ke tempat lain sebab takda rezeki kat rumah kita.
Kenapa ada serangga di rumah?
Soalan ini juga boleh dijawab senang oleh kita sendiri. Dari sampah, saki-baki makanan yang tidak dibersihkan, lantai kotor, makanan mentah tidak ditutup rapi, sarang serangga, highway serangga seperti dahan pokok dari pohon rimbun, tempat lembab dan sebagainya.
Makanan favorite cicak ialah SEMUT, ANAI-ANAI, LALAT dan kalau time KELKATU keluar sarang, mereka akan berpesta makan sampai cirit-birit.
TIP (2)
Kalau nak hapuskan cicak, JAGA KERSIHAN RUMAH supaya kurangkan serangga.
Orang-orang yang beriman suka menjaga kebersihan.
Bahan apa yang cicak takut atau tak suka?
1. Cicak tidak suka dengan campuran air dan lada merah. Dia tak tahan pijau. Lari….!!!
TIP (3)
Tumbuk 2 biji lada merah atau 4 -5 cili padi. Bancuh dengan air. Masuk dalam Botol Spray. Spray kat tempat mana banyak semut atau selalu nampak cicak dok berdiskusi dalam group atau menyorok.
JAUHI DARI KANAK-KANAK. Jangan ter-spray mata sendiri atau terhidu air spray.
BAHAYA. JANGAN LALAI.
2. Cicak tak suka dengan kulit telur ayam. Dia alergik dengan mineral kulit telor.
TIP (4)
Basuh dan keringkan dalam 2 atau 3 hari. Pecahkan kecil-kecil jadi saiz duit 5 sen atau seposen. Lekatkan berapat-rapat pada kadbod dengan gam. Letak kat mana-mana yang nak elak cicak berkunjung. JAUHI DARI KANAK-KANAK.
3. Cicak tak suka pada serbok borik acid. Dia mati tergolek kalau degil dan lalu jugak.
TIP (5)
Kebersihan halaman rumah juga boleh mengurangkan cicak dari masuk ke dalam rumah. Laluan terbaik cicak-cicak ini ialah melompat dari daun ke atas bumbung dan seterusnya melalui tingkap atau bawah pintu balconi.
Cicak suka menyorok di bawah daun dan pada dahan-dahan pokok. Perlu pendekkan rumput, daun-daun, dahan-dahan pokok. Selepas menebas, taburkan serbok borik acid di kawasan yang rimbun menghala ke rumah.
JAUHI DARI KANAK-KANAK. BAHAYA.
4. Cicak takut dengan kucing. Kucing biasanya bermain-main dengan cicak dan menjadi makanan side-dishnya.
TIP (6)
Kalau larat jaga kucing takpalah. AMARAN : Pastikan kucing selalu bersih dari kutu. Kutu boleh beranak-pinak setelah kenyang hisap darah. Jika kutu kucing tersebut berasal dari kutu anjing, lagilah risiko tinggi menjadi sarang kutu di dalam rumah. PENAT berminggu-minggu nak hapuskan kutu pulak. Sendiri fikir dan buat keputusan.
Akhirkata
Kurang dan banyaknya cicak di rumah berkait rapat dengan kurang atau banyaknya serangga di rumah. Kurang atau banyaknya serangga di rumah, berkait rapat dengan sikap penghuni terhadap kebersihan rumah dan halamannya.

info berguna utk dikongsi bersama.. bersama2 kita membanteras jenayah cicak

sambal ikan bawal + sayur campur

kali takder kelas memasak ye kengkawan..
sebab aku ni masih penat lagi.. almaklumlah baru je lepas majlis kenduri kahwen..
jadinya nak buat kelas memasak pun kene postponekan..
nanti2lah aku buat kelas memasak ye..
kali aku bagi korang tengok masakan express aku ye..
dalam kepala aku semalam ini je yang terfikir untuk masak..
simple dan cepat.. hahahaha.. atau malas dan lapar.. huhuhu

korang layan jelah ye pic makanan kat bawah ni.. 

1st sekali aku masak ikan bawal masak sambal tumis..
hehehe.. ikannye dah tengelam dek sambal..
nampak hujung ekor ikan je.. oklah tu.. takdelah korang terpikir yang ini ayam ke..
korang nampak tomato banyak tu.. sebab aku memang suka makan tomato..
sedap.. masam2 lemak.. tu feel yang aku dapat bila makan tomatolah..
korang punya feel aku tak taulah.. 

yang ni pulak sayur campur..
kene masak sayur sebab en. suami aku ni mesti  nak makan sayur..
semangkuk sayur ni pun dia boleh habis..
aku? aku kurang sikit makan sayur.
tu yang badan macam tong drum sikit.. 
sebab kurang makan sayur kot.. aku rasalah.. hehehe

tu je menu makan malam aku..
takder yang lain.. nasi tu biasalah benda wajib adakan..
tak payah lah aku suakan pic nasi kat dalam ni..

ok.. Selamat Menjamu mata..

makan-makan jelah kejenya..

minggu lepaskan cuti panjang..
dah cuti hari wesak tambah lagi cuti sabtu dan ahad
ha.. kan dah 3 hari cuti tu..
so.. masa cuti pun takder nak kemana-mana..
hari wesak melepak je kat rumah..
kemas2 rumah dan layan anak2 je..
lepas tu masak pulak.
jadi ni citer makan kat rumah aku lahkan..
menu hari cuti wesak aku.. hehehe

 ni menu sebelum cuti wesak.. maknanya menu malam jumaatlah tu..
Ayam masak merah dengan sayur kacang panjang goreng..
sebenarnya dah lama aku teringgin nak makan Ayam masak merah ni..
nak tunggu kenduri adik ipar aku lambat lagi.. jadi sebab terlalu teringin
aku masaklah sendiri Ayam masak merah untuk tuntutan kehendak nafsu makan aku..
hahahaha... gila besar selera aku nikan..

ni pulak Nasi Goreng Planta.. untuk serapan pagi
tak meriah sangat warna dia.. sebab tak boleh letak cili banyak2 
kang ada yang tak boleh makan pulak..
tapi memang sedap nasi goreng planta ni.. hehehe..
puji diri sendiri pulak.. suka akulah..

ni pulak Ayam Masak Kicap.. untuk lunch..
orang dalam rumah aku ni asik naka makan je..
pagi petang siang malam nak makan je kek dah nya..
yang gemuk pulak aku je..
padahal aku makan sikit je.. huhuhu..

 roti dalam loyang lagi.. fresh from oven

 
roti yang dah kat dalam pinggan.. makan bersama kopi panas..
tapi memang sedap..
buruk tul rupa roti ko ni esah oi...
dah boring melepak depan TV.. 
aku gatal pulak nak buat roti..
tapi roti aku tak cantik sangatlah..
apa masalahnya ntah..
ni nak kene tanya sifulah.. sifu tu kak ina mail 
apa punca roti aku ni tak cantik.. huh.. malu aku nak letak gambar roti ni sebenarnya

kat bawah ni menu masakan kat kampung pulak..
sebab jumaat malam tu en. suami ajak aku balik kampung 
sebenarnya balik kampung mak aku..
ingatkan ak jadi balik kampung.. rupanya jadi pulak...
takderlah tension cuti duduk rumah je..

ni antara menu untuk hari sabtu.. 
Ketam masak lemak, Pajeri Nenas dan Ikan goreng je..

petang tu pulak masak pengat pisang campur jagung..
fuh memang sedap..  dah lama aku mengidam nak makan pengat pisang ni..
lagi2 ada campur jagung pulak tu.. 

tulah xtvt makan2 aku di hari cuti..
memang asik makan je kejenyer.. 
sebelum cuti berat turun sekilo.. 
lepas balik cuti berat naik dua kilo..
macam mana tu.. kene gigih baliklah diet lepas ni..
hehehe...



Conflakes

hari ni takder xtvt menarik
melainkan petang nanti nak pergi rumah orang kenduri
nak tolong masak apa yang patut..
tapi yang penting masak kat rumah dulu..
hehehe.. macamlah nak masak yang best2 je bunyinye
padahal nak masak conflakes madu je..
sebab ada belen conflakes sikit pehtu ada pulak madu dalam peti ais..
aku tengok conflakes dah tak terusik..
dari terbior je.. lebih baik buat biskut.. menarik sikit bila nak makan kan

Bahan-bahan
  • 250gm cornflakes (kotak kecil)
  • 125gm butter (1/2 buku)
  • 1/2 cawan gula perang (tambah kalau suka manis)
  • 5 sudu makan madu
  • manik warna warni untuk hiasan

  • Campurkan butter dan gula dan masak atas api perlahan hingga gula larut bersama butter(nak lagi mudah masukkan saje dalam microwave)
  • masukkan cornflakes ke dalam adunan yang dah cair dan masukkan madu
  • aduk sampai rata
  • masukkan dalam acuan dan taburkan manik warna warni dan bakar selam 10-15 mins atau sampai dasar kekuningan (jap je tau)
aku tak amik gambar cara-cara dia ye..
yang ada gambar dah siap je..
jadilahkan.. korang mesti dah expert buat kan..

Sebelum dibakar.. aku tamak aku masukkan kat dalam bekas kertas yg size muffin.. hehehe
puas sikit nak makan.. lagipun nak makan dengan keluarga je..

tadaa......... dah siap.. dah boleh dimakan bersama air sirap..
terasa macam hari raya lak..
ahaks..........


soya, garam dan lain2

Segmen copy paste pada hari ini..mood telah hilang.. ada tak petua untuk panggil mood.. tolong bagi klu ada ye..

Mengurangkan risiko kanser Payudara

Salah satu cara untuk mengurangkan kanser payudara adalah dengan meminum air kacang soya. Selain mengatur fungsi reproduksi kandungan isoflavon dalam kacang soya dapat meningkatkan antioksida vitamin C dan E sehingga melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser seperti kanser paayudara.



Makan sedikit garam kemudian minum segelas air suam pada waktu pagi. Selain dapat menghindari penyakit, ia juga dapat membersihkan jantung dan paru-paru.

  1. Ambil secawan air didihan beras (sewaktu mendidih). Biarkan suam barulah diminum. Amalkan selalu sehingga rasa gatal atau kering pada tekak itu sembuh.
  2. Letakkan sedikit kapur sirih, dua titik minyak kayu putih di atas sehiris limau. Panggang dan perah airnya. Kemudian minum sekali sehari.
  3. Selesema pada musin hujan atau panas terik boleh diubati dengan cara membasahkan ubun-ubun kepala. Ulangi beberapa kali.
  4. Mandilah dengan air suam pada waktu petang dan elakkan mandi malam. Amalkan minum air halia seminggu sekali
note : mari bersama-sama kita amalkan petua diatas.

Roti cheese + sosej

malam tadi takder mood nak masak nasi..
mungkin sebab kesihatan yang tak mengizinkan kot..
mood masak dah beku bersama-sama penyakit yang datang.
bila takder mood nak masak sangat. 
ada roti gardenia, sosej dan cheesdale
aku pun mulalah buat roti cheese + sosej.
sakit-sakit pun perut mintak diisi jugak.. 
roti pun jadilah... yang penting perut kenyang.

inilah hasil roti aku.. 
roti ni aku bakar.. sebab aku konon taknak goreng
takut berminyak.. nanti klu berminyak batuk aku bertambah teruk pulak
resepinya :-

1 bungkus roti (ikut sukalah berapa banyak nak)
5 pcs sosej (dipotong nipis)
5 keping Cheesdale (dipotong kecil)
2 biji telur (klu tak cukup telur tambah ye)
3 sudu nestum @ serbuk roti (aku guna nestum anak aku... hehehe sedap jugak)

cara-caranya
1) penyekkan roti bagi nipis 
2) selepas roti dah nipis letakkan sosej dan cheesdale yang dah dipotong
3) gulungkan roti dan gaulkan bersama telur sampai rata.
4) bila roti dah rata bersama telur 
5) bila roti dah rata golekkan pula roti bersama nestum@serbuk roti.
6) bila dah siap bolehlah dibakar@digoreng.
7) siap boleh dihidang bersama teh O @ kopi O
 


Cheese Cake Recipe by Kak Ina Mail

korang tengok tajuk kat atas tu..
kali ni aku nak masukkan kisah masak aku..
petang semalam aku telah membakar..
bukan bakar sampah tau.. tapi membakar chease cake..
lagipun dah lama barang2 nak buat chease cake ni terperap 
dalam peti ais, Kak Ina Mail pun dah banyak kali bagi resepi kat aku..
tapi aku asik takder masa je nak buat.. jadi dengan semangatnya petang semalam..
aku telah membakar chease cake didalam oven..
mmglah dlm oven.. takkan nak buat bara apa pulak..

jadi sekarang aku nak tunjukkan kat korang hasil pembakaran aku semalam
tapi sebelum tu.. aku tunjukkan bahan2 yang perlu ada..
selebihnya klu korang nak tau lebih detail korang pergilah melawat ke blog KAK INA MAIL

ni antara barang  yang perlua ada..
chease, cream chease, biskut oreo, telur, gula kastor,tepung gandum, tepung jagung (takder dalam gambar pulak)
biskute oreo yang telah dimampatkan... 
pukul gula kastor, chease, telur, tepung gandum & tepeung jagung
last sekali masukkan whipping cream
dah sebati semua tu... masukkan dalam loyang 
kalau korang nak cantik kat atas dia.. korang amik 3 sudu campurkan bersama koko..
lepas tu tuang dln loyang tadi dan celorengkanlah.. 
celoreng yang aku buat ni tak cantik sgt.. tak expert lagi..
ginilah rupa bila dah siap dibakar... 
rasanya memang marvelous.. tu akulah yg kata..
org lain kata tak taulah.. hehehe
model chease cake..
kak ina saya pun ada model tau.. jangan mara..


apakah? mengapakah?

 aku yang tenggah tensiiiooooonnn ni...

citer nyer mcam ni.
apalah nak jadi dengan celcom 2/3 hani..
dari hari sabtu aku nak tengok bill asik tak boleh je..
2/3 kali aku antar mesej kat celcom..
setiap kali aku buat..
setiap kali tu jugak dapat mesej
YOUR MESSAGE UNSUCCESSFULLY DELIVERED
apakah masalahnyer..?
apakah yang terjadi dengan celcom ni..?
aku nak tengok dah berapa banyak aku guna je..
tu pun susah..
aku ni masalahnye dah terlupa password celcom kat internet..
tu yang nak tenggok guna sms.

 tenggok kakak celcom ni.. senyum je..
tapi aku yang tensiooooonnnnn.. 
duhai kakak apakah yang telah berlaku di celcom tu?
tenggah upgrade system ke?

korang ada yang masalah macam aku ke?
cube citer sape yang ada masalah sama dengan aku ni.
kot ada yang staff celcom tu cuba korek apakah yang berlaku
dengan celcom ni..

p/s : dengan celcom pun boleh tension..

Berita : Kembar Lima mati terbunuh.

Sungguh perit keadaanya..
dalam sekelip mata kembar lima mati terbunuh..
apalah nasib...

V


V


V


V


V


V


V


V


V


Kerana chease seketul.. habis kelima-lima mati terbunuh.
begitu sengsara..

p/s korang jangan marah dengan n3 aku ni ye...
i'm sorry..

Kenduri + Hari ibu

Dalam n3 breakfast aku..
aku ada citer yang aku nak pergi kenduri tahlil kat rumah kakak akukan..
huh.. memang penat kenduri tu..
macam-macam yang nak dimasak..
macam-mana menu ada..
dari pagi sampai ke malam makan jelah kejenyer...
non stop makan.. naik lengguh dah mulut ni asik mengunyah makanan..

kat bawah ni aku masukkan gambar ye..
korang layanlah.. aku dah penat nak type panjang2 ni.. 
jari lengguh dah ni.. hehehe

gambar ni aku tak tahulah kenapa diorang ni..
macam jejak kasih pulak terpisah diantara pili bomba.. hehehe

macam kanak-kanak riang.. apa yang dinanti pun tak pasti..
sesi mari membasuh ikan.. banyak ikan nak basuh tu 22 kilo..
sesi memasak pun dah bermula..
diantara orang kuat yang memasak pada hari tu..
termasuk aku sekalilah.. 
(abaikan kakak yang berkait batik tu ye.. 
tapi nampak macam perempuan melayu terakhir pulak kakak berkain batik tu ye..)
 Ikan keli menanti digoreng.. kene gaul dengan tepung supaya tak meletop2 masa digoreng.
(tapikan meletop jugak walaupun dah letak asam keping.. meletop pun tak kuat sanggatlah)

dah mula memasak menu yang utama.. nampak bersusun periuk tu.. 
macam2 ada
bubur kacang, telur masin.. yang lagi satu kuali tu aku tak ingat pulak..
pajeri nenas.. korang tengok siap berpayung tu masa memasak..
maklumlah hujan turun dengan lebatnya.. 
para hadirin yang lebih menyaksikan dari menolong.. tolong jugak.. tapi tolong tenggok
oklah tukan.. baru meriah majlis..
belah malam pulak.. antara air yang disajikan..
air jagung, air bandung cincau..
air barli dan air nenas.. sampai 4 jenis air..
tupun sepupu sponsor..
makanan yang disajikan pada tetamu

makanan lagi dari pandangan yang berbeza..
tetamu yang hadir.. beginilah rupanya.. meriah sungguh..
makanan pun tak membazir..
Sempena hari ibu.
kitorang telah membeli 2 biji kek.
untuk meyambut para2 ibu yang hadir..
tapi lebihnya budak2 yang makan... 
saje nak memeriahkan majlis.
ibu2 yang dirai.. tudung putih tu mak aku n tudung biru tu tuan rumah..
kakak aku yang sulung..
sesi suap menyuap.. tapi mak aku suap abah aku..
senyum je abah aku ni.. ke senyum malu..
abah pulak suap mak.. tapi abah asik tgk kamera je.. 

tu jelah citer aku pada hari ni..
memang syoklah kenduri pada hari tu..
walaupun badan penat ke hulu hilir..

Kasih abang

pagi-pagi lagi dah dapat email macam ni..
meleleh air mata aku tengok kasihnya abang terhadap adiknya..
dengan kedaifan hidup yang macam ni..
tak sanggup mata aku nak melihat..
huh.. kesusahan hidup masyarakat kita..
apelah nasib dengan masa depan dia..

Sedihkan dengan kehidupan kanak-kanak macam ni
dizaman yang serba maju dan canggih..

bila aku tenggok gambar ni aku terbayangkan dua anak bujang aku..
erm.. ntahlah tak tahu nak cakap dengan keadaan masa depan..


Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...