Showing posts with label tauladan. Show all posts
Showing posts with label tauladan. Show all posts

Hati tersentuh hanya kerana seorang suami yang cekal...

Salam...

Aku ni masa pregnant yang ketiga ni hati ni mudah sangat tersentuh.. Bak kata orang macam kaca, Pantang tertepis jatuh berkecai. Kononnya hancur teruslah... Ke aku sendiri yang tak pandai nak kawal emosi sejak pregnant ni.. Ke sebab unsur-unsur umur dah meningkat bak kata orang nak bermanja lebih.. hehehehehe

Tapi serius aku nak beritahu korang.. Bila aku dok menung sensorang mesti airmata nak mengalir je.. Kekadang kat opis depan computer pun nak meleleh airmata tanpa tahu apa benda yang aku sedihkan.. haish... mengada-ngada betul emosi masa pregnant ni.. Jangan nanti anak aku lahir nanti dia cepat jugak meleleh macam mama dia pregnantkan dia sudah... Haru nanti... 

Kenangan semasa Kak Fauziah masih sihat

Semasa kak Fauziah terlantar sakit.. Ya Allah semoga dipermudahkan segala urusan abg abil

Citer pasal emosi.. Last week Ex-bloger kita cikpah ada tinggalkan satu pesanan kat messages facebook aku.. Tidak berjanji dengan cikpah cuma memberitahu bila ada kelapangan akan aku buat satu entry dan dimasukkan link kisah abang abil yang bagi aku seorang Suami yang tabah, cekal dan sangat-sangat penyayang. Yang sanggup menjaga isterinya yang secara tiba-tiba susah nak bernafas dan dari pengesahan doctor yang hampir keseluruhan otak isterinya tidak berfungsi lagi... Aduhai mesti luluh perasaan Abg abil masa mendengar apa yang doctor jelaskan.. Aku yang membaca kisahnya pun tak henti-henti mengalir airmata masa membaca setiap bait penceritaan tu. 

Tak perlulah aku ceritakan panjang lebar mengenai cerita abg abil dan isterinya.. Takut pulak ada yang tersalah cerita.. Kalau korang rasa terpanggil nak membaca cerita ni.. Korang bolehlah klik kat Warkah Buat Isteri (Abil4fauziah)

Kepada abg abil semoga ketabahan abg abil dalam menjaga kak Fauziah dapat memberikan ikhtibar kepada para-para suami dan bakal suami diluar sana. Semoga dengan kisah ini kasih sayang diantara suami isteri akan bertambah lagi.

Hanya yang maha Esa saja yang dapat membalas segala perngorbanan yang telah abg abil berikan kepada kak Fauziah. Semoga Allah S.w.t memberikan kesihatan yang lebih baik untuk kak Fauziah dan juga abg abil bagi menjaga kak fauziah sepanjang masa.. Amin..

Kerana kau aku masih disini... huhuhu

Salam... 

Apa citer hari ni.. Mesti banyak citer menarik yang korang nak kongsikan kat blog memasingkan. Aku pernah nak citer kat korang bila kita nak tinggalkan anak kat pengasuh dalam 1 minggu hari sabtu dan ahad je kiter amik.  

aku ni ada dua citer nak kongsi dengan korang.Kalau rasa bosan boleh terus tekan X kat atas tu ye..

Situasi satu

Ni citer pasal pengasuh sebenarnya. aku kan hantar anak aku kat rumah orang,  pengasuh tu ada jugak jaga seorang lagi budak dalam umur 7 bulan. Mak budak ni pun tinggalkan sekali walker untuk anak dia. Dan dalam masa yang sama biasalah anak aku ni, Walaupun dah merasa naik walker tetap jugak teruja bila ada walker kat rumah pengasuh tu. bila dah teruja campur pulak dengan perebutan kecil yang menjadi besar. Patahlah walker tu, pengasuh tu jujurlah beritahu kepada mak budak ni yang walker tu patah anak aku buat. 

Tetapi reaksi yang pengasuh tu dapat adalah berbunyi macam ni " Yelak kak.... bukan baby yang naik, tapi budak besar yang naik.. tu yang patah" terus terkedu pengasuh tu. kononnya pengasuh tu salahlah sebab tak kawal budak2 besar dari naik walker tu. Herm... Kalau aku walker patah pun memanglah aku marah. Tapi benda nak jadi nak buat macam manakan. kes tu dah settle sebabkan aku dah gantikan dengan walker yang baru. Aku pun taknaklah benda ni berpanjangan kan tak elok pulak nanti bermasam muka. 

Tapi aku ingatkan sampai tahap tu je. Rupanya ada lagi kejadian yang lain, Sejak kes walker tu patah. Dua hari mak budak ni balik awal. Tetapi dia tak terus terjah masuk rumah. Kononnya dia perhatikan dari jauh dulu apa yang berlaku dalam rumah tu.Kiranya ni kes dah hilang kepercayaanlah. Mungkin dari walker patah kotlah anak dia boleh cedera kot.

Dan semalam tengah pengasuh ni dok lepak2 tengok TV tetiba mak budak ni balik tapi dari jauh pengasuh ni dah nampak macam terhendap-hendap je. sebab nak dari cermin dalam rumah. Bila mak budak ni masuk je dan nampak sedikit merah kat pipi anak dia. Mungkin terkena kuku kot terus dia tanya dalam nada yang tinggi " Kak... Nape pipi anak saya calar" pengasuh tu pun jawablah mungkin terkena kuku kot. sebab masa mandi tadi takder pulak. Tapi reaksi yang diberikan tu macamlah pengasuh tu dera anak dia pulak. anak aku ni dah 4 tahun diasuh oleh pengasuh tu. Memang pun ada calar-calar kat muka tapi tu sebab aku lupa potongkan kuku anak aku. atau anak aku ni lasak budak kan mana reti duduk diam. memang akan  calarlah. Kalau kita jaga sabtu ahad pun ada jugak jatuh-jatuh.

Dan selama 4 tahun pengasuh tu jaga anak aku. Setiap kali anak aku jatuh atau apa-apa yang berlaku kat anak aku. Tak pernah pulak pengasuh tu sorok dari aku. Tu kalau dia perasanlah.. Kalau dia terlepas pandang tu lainlahkan. dia pun ada jugak kerja yang nak dibuat kat rumah. Takkan 10 jam tu nak kelek anak kiter pulakkan.. 

Kita kalau dah suruh orang jaga kenalah bagi kepercayaan. Sebab tak bagi kepercayaan tulah yang berlaku benda yang tak sepatutnya. Orang nak jaga anak kita pun macam tak happy je. Bila tak happy banyaklah benda yang ada kat fikiran.

Situasi dua

Sebenarnya aku ni tak leh dengar citer kalau orang tu tinggalkan anak dia tanpa ada alasan yang munasabah. Alasan rumah pengasuh jauh sangat sebab tu kena amik seminggu sekali. Ko takleh ke cari pengasuh yang dekat sikit nak suruh asuh anak tu. Ni tidak dahlah tinggalkan seminggu sekali pehtu ko janji nak bagi sekian2 tapi tiba masai ko bagi kurang dari sekian2.
Kalau dapat pengasuh yang boleh lebih kurang dan tak berkira takperlah. mungkin pengasuh tu faham situasi macam manakan.. Kotlah duit tak cukup atau apa ke. Tapi macam mana pulak dapat pengasuh yang berkira. Yang kesiannya nanti budak tu, Dahlah tak tau apa-apa tapi diherdik macam2. Macamlah budak tu faham apa yang pengasuh tu marahkan.

Sebab apa aku nak luahkan kat sini. Sebab benda ni berlaku kat depan mata aku. Sebabkan mak budak ni bagi kurang dari sekian-sekian yang dijanjikan. Dari yang sekian-sekian tulah nak beli susu, pampers dan makan minum. Dan pengasuh tu mungkin rasa tak puas hati dan rasa tak berbaloi tapi yang terima akibatnya budak kecik yang tak tau apa-apa. Kesian tau budak kecik yang hanya tau menangis bila lapar dan ketawa bila gembira. Yang paling aku marah bila tang makan pun nak berkira dengan budak tu. Apalah sangat nasi sepingan untuk budak kecik yang berusia bawah tiga tahun.. Segengam beras pun tak sampai.

Mungkin kat depan ibubapa bebudak ni takkanlah pengasuh tu nak herdik  atau maki pulakkan. Mestilah layan budak tu dengan baik. Tapi kalau aku jadi pengasuh tu dan dalam hati ada rasa tak puas hati aku akan cakap kat  mak budak tu atau aku akan berhenti dari jaga budak tu. Yelah dari aku dok herdik, siang malam maki budak yang tak tau apa2 tu. Aku pun akan dapat dosa baiklah pulang je balik kat mak bapak dia.

kes kedua ni pulak macam mak bapak lepas tangan je. Susu, pampers makan minum anak2 boleh dikategorikan 100% pengasuh nak jaga. Tak bolehlah macam tu, Kena tanya apa yang tak cukup walaupun kekadang kita pun tak cukup nak bagi. Tapi kita kena utamakan benda yang penting dulu baru untuk diri sendiri. Barulah orang nak jaga anak kita dengan rasa gembirakan.

Note : Pengasuh situasi 1 dan situasi 2 adalah orang yang berbeza ye... 

amboi Uzair siap bersilang kaki ye... 

Apalah yang budak ni tahu pasal kehidupan ni. yang dia tau makan, minum dan main..
E.. eh.. Uzair dah pandai kalau aku kata aku sakit perut, Cecepat dia amik minyak dan sapu kat perut aku. Walaupun urutan dia tu taklah kuat, Tapi boleh jugak mengurangkan kesakitan kat perut aku tu.. Yelah anak akukan.. hehehe..

Panjang pulak bebelan aku hari ni...

Memerlukan udara segar untuk minda..

Salam...

Bujal dan cik ina do do cheng pasti tau dimanakah tempat ini..

Pertama kali aku tengok untie ni.. aku ingatkan dia nak tunggu orang..
Rupanya untie ni baca paper sambil hirup udara segar dari exos kenderaan.
Yang paling tak tahan kaki untie ni siap bertampal dengan koyok.. Sakit-sakit pun masih ada hati nak melepak kat tepi jalan ye.. sesuai betul suasana untie ni hirup udara segar..

ok. Dah habis 
Selamat cuci mata..


Bila? x tau nak letak tajuk..

Assalamualaikum warah matullahiwabarakatuh...

Sekadar renungan..



Psst : Mulai 28/8/11 hingga 4/9/11 aku akan bercuti dari dunia blog.. nak beraya sakan.. ops.. baru je tengok gambar kat atas.. dah sibok pasal rayakan.. hehehe..


Pahit itu manis

Hari ni Copy & paste From email.. menarik pulak untuk dikongsi bersama...

Pengalaman memiliki sesuatu yang berharga mungkin tidak ditempuh oleh semua orang. Kebetulan TUHAN memberikan sedikit kelebihan juga kekuatan kepada sesetengah orang untuk lebih berani. Maka mereka mempamerkan kekayaan dan juga keupayaan mereka.

Kita boleh mengatur langkah tersendiri agar terselamat. Atau kita mengikut jejak2 yang pernah diatur oleh mereka yang pernah selamat.

Kemungkinan kita jatuh kecil sekali.

Bagi saya guru terbaik manusia ialah pengalaman yang dilaluinya sendiri. Jika pengalaman itu tidak ditempuhnya maka pengalaman orang lain adalah yang terbaik untuknya mengambil ikhtibar dan pelajaran.

Orang dahulu telah tercebur ke dalam longkang itu, kita usah tercebur dalam longkang yang sama.

Namun, setelah kita miliki semua yang kita usahakan, kadang2 yang baru akan mengatasi yang lama. Rasa kasih, bangga dan gembira mengatasi perasaan yang sama dulunya. Dulu kita amat bangga, amat gembira dan amat kasih, tapi sekarang seolah2 tiada apa2.

Semua itu membuatkan kita termenung dan berfikir jauh. Bagaimana orang boleh membuang terus sesuatu yang telah berjasa dalam hidupnya.

Sesuatu itu mungkin benda dan mungkin juga manusia. Jika manusia mungkin ibu kandung, mungkin isteri, mungkin kekasih, mungkin kawan, mungkin saudara mara dan seterusnya. Mengapa manusia mudah sahaja bercerai dan berpatah arang? Apakah seorang suami yang pernah mengongsi hidupnya dengan seorang wanita yang dulunya bergelar isteri tidak dihimbaukan kenangan2 manis? Sebagaimana kita terkadang terkenang-kenangkan kenderaan2 yang pernah kita miliki?

Sungguh menghairankan, kita boleh ambil dan kita boleh buang begitu saja. Kita ambil dengan penuh gembira tetapi selesa membuang seolah2 dia tidak pernah berjasa dalam hidup kita. Aneh sungguh perasaan sesetengah kita. Manusia diibarat pampers, pakai dan buang.

Andainya boleh, pertahankanlah perhubungan kita sehingga akhir usia. Memamg bukan semua yg dimilikinya menjadi kesukaan kita, tetapi bukan semua yang ada pada kita juga istimewa buatnya. Kita sama2 berkongsi hidup untuk saling memberi dan menerima.”

Usah sangka kereta jenama paling mahal tidak memberi masaalah. Adakalanya meragam juga. Usah sangka orang yang serba kekurangan itu tidak membahagiakan, adakalanya dia lebih mengerti.

Usah sangka apa yang belum kita miliki janji pada kebahagian kita. Adakalanya setelah kita miliki itulah punca masalah kita. Jangan sangka semua yang cerah kekal cerah sampai bila2, adakalanya menjadi hitam dan menyusahkan.

Semuanya yang tidak mampu kita miliki bukan penyebab pada ketidakselesaan hidup kita. Adakalanya yang kita tidak mampu itulah asas kebahagiaan kita, lantaran jika kita mendapat bermakna bertambahlah masalah, menjadi penyakit dan semakin hilanglah kemerdekaan.

Selalu kita menyangka yang di tangan orang indah dan menawan; apa yang ditangan sendiri sentiasa kedam. Selalu kita meletakkan impian yang muluk2 pada kepunyaan orang sedangkan orang turut terliur dengan apa yang kita miliki.

Jangan mudah membuang tambah2 lagi jika ia bukan barang tapi ORANG.

Psst : aku tengah gigih nak transfer file ke file yang baru.. biasalah keje awal2 tahun nikan.. banyak file yang dah penuh..

10 tentang penyakit manusia

Copy & Paste dari email.. N3 autopublish ni.. 

Tahukah anda, kita sebagai manusia punya 10 penyakit yang sering menyerang kita? Antaranya :

1. MENYALAHKAN ORANG LAIN

Itu penyakit P dan K, iaitu Primitif dan Kekanak-kanakan. Menyalahkan orang lain adalah cara pemikiran orang primitif. Di pedalaman Afrika, kalau ada orang yang sakit, yang Dipikirkan adalah: Siapakah yang menyihirnya ? Selalu"siapa" Bukan"apa" penyebabnya. Bidang kedoktoran modern selalu mencari "apa" penyebabnya, bukan "siapa". Jadi kalau kita berpikir menyalahkan orang lain, itu sama dengan sikap primitif. Kekanak-kanakan. Kenapa ? Anak-anak selalu tidak pernah mahu disalahkan. Kalau ada piring yang jatuh," Adik itu yang salah", atau sebagainya.Kalau kita manusia yang berakal dan dewasa selalu akan mencari sebab terjadinya sesuatu.

2. MENYALAHKAN DIRI SENDIRI

Menyalahkan diri sendiri bahawa dirinya merasa tidak mampu. Anda pernah mengalaminya ? Kalau anda memberitahu tidak pernah, bererti anda bohong."Ah, orang itu boleh, orang itu kaya, orang itu dapat naik pangkat dan sebagainya, Lihat saya ini apa ?, wah saya tidak dapat jadi seperti dia. Dia punya ijazah, saya hanya diploma. Dia ada banyak waktu, saya sibuk, sudah pasti tidak boleh". Penyakit ini seperti kanser, bertambah besar, besar di dalam mental diri sehingga boleh mencapai "improper guilty feeling". Penyakit ini perlahan-lahan boleh membunuh kita. Merasa "inferior", kita tidak punya kemampuan. Kita sering membandingkan kejayaan orang lain dengan kekurangan kita, sehingga kejayaan orang lain dianggap Wajar kerana mereka mempunyai sesuatu kelebihan yang kita tidak punya.

3. TIDAK PUNYA GOAL / CITA-CITA

Kita sering terpaku dengan kesibukan kerja, tetapi arahnya tidak jelas. Sebaiknya kita selalu mempunyai target kerja dengan milestone. Buat target jangka panjang dan jangka pendek secara bertulis. Kalau "GOAL" kita hanya untuk "FUN", bagi mengisi waktu saja, hasilnya cuma biasa-biasa saja.

4. MEMPUNYAI "GOAL", TAPI SALAH MENCAPAINYA
Biasanya dialami oleh orang yang tidak "teachable". Goalnya salah, fokus kita juga salah, jalannya juga salah, arahnya juga salah. Ibarat seorang yang mahu kaya,lalu dia pergi merompak bank yang akhirnya di tangkap polis dan di penjarakan.

5. MENGAMBIL JALAN PINTAS, SHORT CUT
Kejayaan tidak pernah dicapai dengan jalan pintas. Jalan pintas tidak membawa orang ke kejayaan yang sebenarnya, "real success", kerana tidak mengikuti proses. Kalau kita menghindari proses, kejayaan yang di capai tidak sempurna.

6. MENGAMBIL JALAN TERLALU PANJANG, TERLALU SANTAI
Analoginya begini : Kapal terbang untuk membolehkannya take-off, harus mempunyai kecepatan minimum. Pesawat Boeing 737, untuk membuat take-off, memerlukan kecepatan minimum 300 km/jam. Jikalau kecepatan dia cuma 50 km/jam, manakan dapat untuk pesawat tersebut membuat take-off.

7. MENGABAIKAN HAL-HAL YANG KECIL
Dia mahunya yang besar-besar, yang hebar, tetapi ha-hal kecil tidak dilalukannya. Dia lupa bahawa struktur bangunan yang besar, pasti ada komponen yang kecilnya. Mahu saja yang hebat. Mengabaikan hal kecil saja tidak boleh, apatah lagi mengabaikan orang kecil.

8. TERLALU CEPAT MENYERAH
Jangan berhenti kerja pada masa percubaan 3 bulan. Bukan membuat kesalahan menjadikan seorang itu gagal tetapi berhenti pada tempat yang salah, jika kita membuat kesalahan, kita boleh memperbaikinya tetapi jika kita berhenti di tempat yang salah kita akan menyesal.

9. BAYANG-BAYANG MASA LALU
Kita selalu dipenuhi oleh memori kan? Apa yang kita lakukan, masuk memori kita, minimal sebagai pertimbangan kita untuk langkah kita berikutnya. Apalagi kalau kita pernah gagal, tidak berani untuk mencuba lagi. Ini berkaitan dengan penyakit nombor 3. Kegagalan sebagai akibat bayang-bayang masa lalu yang tidak terselesaikan dengan semestinya. Itu bayang-bayang negatif. Memori kita kadang- kadang sangat membatasi kita untuk maju ke depan. Kita kadang-kadang lupa bahawa hidup itu maju terus. "Waktu" itu terus berjalankan? Semuanya berjalan, hidup kita pun terus berjalan juga. berlari saja ke depan, kalaupun harus jatuh, pastikan jatuh ke depan. Orang yang berjaya, pasti pernah gagal. Itu memori negatif yang menghalangi kejayaan.

10. MENGHIPNOTIS DIRI DENGAN KEJAYAAN
Biasa disebut "Pseudo Success Syndrome". Kita dihipnotis dengan itu. Kita kalau pernah berjaya dengan kejayaan kecil, terus berhenti, tidak kemana-mana lagi. Sudah puas dengan kejayaan kecil tersebut. Napoleon pernah menyatakan: "Saat yang paling merbahaya datang bersama dengan kemenangan yang besar". Itu saat yang paling merbahaya, kerana orang lupa dan mabuk kemenangan. Jangan terjebak dengan goal-goal hasil yang kecil, kerana kita akan menembak sasaran yang besar, goal yang jauh. Jangan berpuas diri, jangan jadi sombong, terus takabur.

Psst : Silakan direnungkan mengenai benar atau tidaknya, semua terpulang pada pendapat masing2.

Ini sebenarnya kita suka?

 Salam..

Petang2 jumaat ni Copy & paste dari email

Kita sebenarnye lebih gembira menyambut 1hb Januari daripada 1 Muharram

Kita sebenarnye lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal

Kita sebenarnye lebih membesarkan hari Sabtu, Ahad daripada hari Jumaat

Kita sebenarnye lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan

Kita sebenarnye lebih suka lepak, tidur, tengok TV daripada sembahyang

Kita sebenarnye lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah

Kita sebenarnye lebih suka menyebut hello!.. hai!.. daripada Assalamua'llaikum

Kita sebenarnye lebih suka menyanyi dangdut daripada berwirid, bertahmid

Kita sebenarnye lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri

Kita sebenarnye lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama

Kita sebenarnye lebih suka ke konsert, karaoke daripada ceramah agama

Kita sebenarnye lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka

Kita sebenarnye lebih suka mencarut, @#!*@!! daripada menyebut MasyaAllah

Kita sebenarnye lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikkan

Kita sebenarnye lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dgn keimanan kita

Kita sebenarnye lebih cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat

TETAPI...

Kita sebenarnye lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka

Layakkah kita dengan Syurga milik Allah SWT???

Wallahualam.

"Hai Kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan sementara dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal. Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu.

Dan barangsiapa mengerjakan amalan yang saleh baik laki-laki maupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa dihisab."

(Surah Al Mu'min; ayat 39-40)

Psst : kekadang kita terlalu leka dengan apa yang kita suka..

Tip Mengambil Hati Bakal Mertua

 Salam...
Selamat pagi...
Hari ni Copy & paste dari email je ye... banyak keje menyusul ni..
bagus untuk yang bakal berumahtangga dan sudah berrumahtangga...

Gementar, gugup dan panik merupakan antara perasaan yang wujud dalam diri ketika berhadapan dengan bakal mertua. Kebiasaannya, ia didorong oleh perasaan negative yang bermain di fi kiran mengenai persepsi bakal mertua terhadap diri. Bagaimana cara untuk menjadi lebih tenang ketika berhadapan dengan mereka ? Ikuti panduan berikut.

Jangan takut
Kebanyakan bakal menantu sudah ketakutan sebelum bertemu calon mertua. Di fikiran mereka, bakal mertua pasti tidak akan dapat menerima kekurangan dirinya. Ini akan menyebabkan mereka menjadi kaku, sukar untuk melemparkan senyuman dan menjadi tidak tentu arah. Jadi, untuk mengelakkan perkara ini dari berlaku, hilangkan perasaan takut dan cuba untuk berfi kiran positif agar anda mampu bersikap seperti biasa dan lebih yakin untuk berkata-kata.

Jaga percakapan
Dalam percakapan, sebaiknya biarkan calon mertua yang mendominasi pembicaraan tetapi jika bakal mertua anda jenis pendiam, jangan anda pula turut mendiamkan diri. Tanyakan beberapa hal tentang hobi atau kegiatan si calon mertua sebagai cara beramah mesra.

Jadilah diri sendiri
Hal ini mungkin senang untuk dikatakan namun sulit untuk melakukannya. Disebabkan itulah kebanyakan orang cenderung berpura-pura dan menjadi ‘orang lain’ sewaktu berbicara mahupun berpenampilan. Semuanya kerana ingin dilihat baik di mata bakal mertua. Walhal, adalah lebih baik untuk menjadi diri sendiri untuk membolehkan anda berada dalam keadaan tenang.

Jangan lupa memuji
Dalam memuji, kamu jangan pernah berdusta atau mengatakan sesuatu secara berlebihan. Carilah hal-hal yang anda rasakan benar-benar layak dipuji. Seperti masakannya yang enak, keramahannya ataupun keadaan rumahnya yang bersih.

Jangan lupa tawarkan bantuan
Jangan lupa tawarkan bantuan untuk apa-apa perkara yang anda rasakan perlu, seperti ikut serta mengemas meja makan sebaik sahaja selesai makan malam di rumahnya. Harus diingat bahawa kerja tersebut bukan sahaja kerja perempuan. Seorang lelaki yang bertanggungjawab juga melakukannya.

‘Dress for success’
Ungkapan ‘jangan menilai orang dari penampilannya’ tidak wujud di sini. Walaupun perlu menjadi diri sendiri, perhatikanlah apa yang anda pakai. Walaupun anda jenis lelaki yang‘sempoi’ sekalipun, elakkan dari memakai seluar jeans dan kemeja-T yang lusoh dan kotor. Apatah lagi seluar jeans yang koyak sana sini. Jika ini berlaku, sudah pasti anda terkeluar dari senarai calon menantu mereka.

Jadilah sopan
Orang tua pasti suka anak muda yang sopan. Apapun kekurangan diri anda, ia cenderung terlindung dek sikap anda yang baik itu. Murahkan senyuman, ringankan mulut untuk mengucapkan terima kasih pada pujian atau tawaran, beri salam ketika datang dan pulang dan berjabat tangan tanda hormat pada orang tua.

Bersedia untuk menerima kritikan
Sudah jelas apa makna kalimat di atas. Calon mertua selalunya akan menolak anda dengan berbagai-bagai alasan. Sebagai usaha memenangi hati mereka, hormati apa jua pendirian mereka, namun dalam masa yang sama jangan berdendam atau membenci mereka kerana tanpa anda sedari, kebencian itu akan terpancar terus dari raut wajah dan cara percakapan anda. Ini akan mendalamkan lagi jurang pemisah antara anda dan mereka. Dalam masa yang sama, yakinlah bahawa suatu hari nanti mereka akan dapat menerima anda jua akhirnya, sama seperti anak mereka sendiri.

Psst : walaupun dah lama berumahtangga pun masih gementar kalau balik kerumah mertua... takut apa  yg aku lakukan salah dimata mertua...

Sebuah kehidupan


copy & paste dari email ye..

SATU pagi dalam perjalanan ke pejabat saya terpandang seorang wanita berusia awal 30-an bersama seorang anak lelakinya berusia kira-kira enam tahun sedang bersarapan di tepi jalan di bawah sebatang pokok yang ada pelantar.

Hari kedua mereka masih berada di situ. Tertanya-tanya juga saya apa yang dibuat mereka di situ. Naluri saya mendesak mendekati kedua-dua beranak itu untuk bertanya khabar.

Melayani gerak hati, akhirnya saya berpeluang berjumpa kedua-dua beranak tersebut semasa hendak ke kedai membeli barang.

Selepas memberi salam saya bertanya khabar. Sapaan saya disambut mesra oleh si ibu yang saya namakan K. Lima minit berbual, saya nampak K ramah dan boleh diajak berbicara panjang lebar. Namun saya tidak pula mengambil kesempatan kerana faham K sedang mencari rezeki.

Setelah memberitahu tujuan dan kenapa saya singgah, dia melemparkan senyuman dan mempelawa saya duduk di pelantar bawah pokok itu.

``Terima kasih kerana sudi singgah. Susah-susah sahaja. Setiap hari ini di sinilah saya dan dia (menunjuk ke arah anaknya) datang. Saya bekerja sebagai tukang sapu di kawasan ini. Dia ini tidak ada orang jaga di rumah. Saya bawa bersama, bimbang juga sebab ini kawasan baru,'' kata K.

Saya memandang wajah budak itu yang sedang mengeluarkan sebuah buku dan pensil warna daripada beg.

``Dia tidak sekolah lagi. Tapi rajin melukis. Itulah kerjanya setiap hari sementara menunggu saya selesai kerja. ..'' sambung K ramah.

Bertanya latar belakang K saya diberitahu dia berasal dari negeri Pantai Timur. K merantau ke Kuala Lumpur kerana mengikut suaminya yang bekerja.

Sayangnya setahun di KL suaminya hilang entah ke mana. Khabar yang sampai ke telinga mengatakan suaminya telah bernikah lain dan berpindah ke Melaka.

``Susah kak... mana ada duit. Nak balik perlukan duit, saya ada tiga anak yang sekolah. Malu pada keluarga pun ada, dulu mereka tahan saya jangan ikut suami, tapi saya degil, akhirnya ini yang berlaku.

``Sekarang saya ditinggalkan, terpaksa kerja untuk sara anak-anak. Tapi saya berjanji, apabila duit sudah mencukupi, saya akan balik kampung. Terpulanglah kepada keluarga, nak terima atau tidak,'' katanya.

Setiap hari kata K dia keluar rumah pukul 7 pagi. Kerjanya mungkin selesai sekitar 1 tengah hari. Balik rumah buat kerja rumah pula termasuk memasak untuk anak-anaknya yang balik dari sekolah.

``Hujung minggu saya ambil upah menggosok atau membersih rumah orang... dapatlah tambahan RM100 sebulan, cukup untuk membayar sewa rumah dan belanja sekolah budak-budak,'' tambahnya.

Saya bertanya K, tidakkah dia cuba mencari suaminya, sekurang-kurangnya untuk nafkah anak-anak.

``Buat apa nak cari kak, dia yang tinggalkan kita dan anak-anak. Bukan dia tidak tahu tanggungjawabnya. Tidak apalah, tanpa dia pun saya boleh hidup, sudah setahun kami hidup begini, asal dapat makan, pakai dan anak-anak pergi sekolah sudah mencukupi buat saya,'' jelas K sebak.

Saya merenung ke langit, panas terik kerana jam menunjukkan pukul 12.00 tengah hari. Tapi K macam tidak merasa panas yang membakar tubuhnya.

Hati saya tersentuh. menyedari K akan menyambung kerjanya. Saya juga meminta diri dan mengucapkan terima kasih kerana kesudian K melayani saya. Sambil menggenggam erat tangan saya K meminta saya berdoa untuk kehidupannya yang lebih baik. Saya menganggukkan kepala.

Dua minggu berlalu, setelah pertemuan kami, ketika saya melalui jalan yang sama Sabtu lalu, K dan anaknya tidak kelihatan. Saya singgah seketika bertanya rakan K yang sedang menyapu. Seperti tahu soalan saya, dia berkata, mereka sudah balik kampung.

Terdiam saya. Sedih ada, sebak pun ada. Saya menarik nafas lega setelah diberitahu seminggu selepas saya bertemu mereka, adik K datang membawa mereka balik dengan alasan tidak sampai hati melihat kakaknya bekerja sebagai tukang sapu. Akhirnya nasib K dan anak-anaknya terbela.

Iktibar yang mampu dikutip daripada kisah ini adalah bagaimana ketabahan seorang isteri meneruskan tanggungjawab yang ditinggalkan suami yang tidak bertanggungjawab.

Mengakhiri catatan, apa kata kita renungi bersama kata-kata ini sebagai panduan: ``Janganlah engkau berputus asa atas apa yang hilang daripadamu, dan tidak terlalu bahagia dengan apa yang datang kepadamu. Sesungguhnya kebahagiaan itu adalah apabila diselitkan dengan kesengsaraan.''


* tulah jika tiada kesengsaraan mungkin ramai yang alpa dan gagal memenuhi tuntutan dari yang maha esa, kesengsaran itu hanga dugaan samada kita sanggup atau tidak menempuhi ujian yang diberi oleh Allah s.w.t *

Hoi.. hoi... wah cantiknya bahasa

Artikel yang aku copy dari email...

Adoi, sedapnya bahasa memanggil orang tu kan, “hoi..hoi!!” Dalam movie Do Re Mi, Kata Do pada Mi yang bercakap kasar pada seorang lelaki bangsa Singh,
 
“Bahasa menunjukkan Bangsa tau”
 
Di sini, apa yang saya nampak ‘P.Ramlee’ maksudkan BANGSA adalah bukan bangsa Melayu, Cina, India mau pun Singh. Tetapi, maksud sebenar dia adalah sesiapa yang berbahasa dengan cara yang tidak elok, maka dia ini dari bangsa…
 
  • Bangsa kurang ajar - “Oi bodoh, kau ingat ini bapak kau punya?!”
  • Bangsa sombong - “Pakaian aku yang mahal je, tak main lah macam kau”
  • Bangsa suka menghina - “Taraf kau ni, nak glamor muka tak malu jangan perasan laa”
Haaa…ada berbagai-bagai bangsa lagi kalau nak kita fikirkan. Bangsa bodoh sombong, Bangsa pemalas, Bangsa  baran, Bangsa terlampau cerdik, Bangsa perasan bagus…
So, hakikatnya, BAHASA yang kita guna itulah yang menunjukkan BANGSA apakah kita ini. Cuba kita renungkan semula , apakah kita berada di dalam mana-mana bangsa yang perkatakan tadi? Hehe…harap-harapnya tak adalah. Sebab…kerana mulut badan binasa beb!
Mungkin selama ini ramai yang tidak sukakan kita, tapi kita tak sedar. Mungkin selama ini orang-orang disekeliling kita hanya berlakon baik berkawan dengan kita, hakikatnya semua membenci mulut kita, pernah anda terfikir? Malah kita pelik, mengapa kita susah memiliki kawan apatah lagi cinta. Ini mungkin kerana bahasa yang keluar dari mulut kita beb ;)
  • Ramai juga sesetengah orang yang begitu bangga dengan diri sendiri yang suka berterus-terang, “I ni cakap lepas je,  tahan lah ya.” - tapi bila kena kat dia, tak tahan pulak tu. Hmm rasanya tak ada masa orang lain nak tahan dengan mulut kita yang cakap tak berlapik tu…
BANYAK lagi cara untuk menegur dengan bersopan, Banyak lagi percakapan yang lebih mesra dalam memberi kritikan yang membangun. Sesungguhnya, ramai yang mahu berubah apabila mendapat teguran dengan lebih lemah lembut dan penuh kemesraan.
  • You see, dari percakapan kita, pertuturan dan cara bahasa yang kita gunakan itulah yang menunjukkan dalaman kita.
Apabila kita mengata, menghina, mengeji seseorang …kita terlupa melihat diri kita yang juga tida sempurna. Kita terlupa, jika diri kita pula yang dihina, dikeji… boleh tahan ke?
Saudara mara atau adik beradik kita pula yang kena bahasa yang kurang ajar…bagaimana?
Obviously, jika bahasa kita kotor, cara kita kasar, cakap tidak berlapik…dalaman kita juga begitu. So bagaimana kita nak memikat sebuah cinta? Or even to have good friends? Bagaimana orang ramai nak sukakan kita kalau bahasa kita menyakitkan hati orang? Malah langsung tak mesra? Suka mengkirtik saja… boleh belah la kan.
Semalam kita persoalkan tentang Personaliti diri. Yang mana katakan, jika kita mahu diri kita disukai ramai, jika kita mahu memiliki sebuah cinta sejati. Kita kena berubah! UBAH imej kita! Ubah cara, berpakaian, penampilan dan pertuturan, ubah yang menjadikan ramai orang sukakan kita!
  • You see, satu-satu personaliti yang terbaik merangkumi 3 perkara penting! Cara berpakaian, Corak penampilan dan Pandai bergaul.
  • Like I said, “First Impression, Last!” - maknanya, Pandang Pertama itulah yg akan diingati sampai bila-bila. - Dari jauh kita lihat cara penampilan dia…pakaiannya yang smart dan sopan. Lalu terdetik di hati… wow, lawanya or hensemnya dia…So dari cara berpakaian dan penampilan membuatkan seseorang tertarik pada kita dari jauh.
  • Kemudian apabila berdepan, cara pergaulan dan pertuturan serta bahasa yang kita gunakan yang menambat hati dia pula. Di sini faktor dalaman kita mempengaruhi kepandaian kita bertutur dan bergaul serta bijak mengambil hati kawan-kawan dan orang ramai. Dari sinilah ianya menjadi ukuran orang-orang di sekeliling kita, adakah kita boleh menjadi seorang yang mempunya Personaliti yang terbaik menarik dan diingati forever!

Kuasa Mutlak yang mesti difahami

Baca dan fahami betul-betul artikel di bawah ini. Ianya sangat penting bagi kita semua untuk memahami dan mengambil peringatan daripadanya. Jika perkara ini dapat kita fahami, insyaAllah hidup kita akan bahagia dunia akhirat. So, bacalah dengan dada yang lapang terbuka, dan fahami lah betul-betul perkara ini.

Mengenai 2 Kuasa Mutlak…

Hanya ada dua orang yang mempunyai kuasa ini. SUAMI dan IBU. Kuasa suami ke atas isteri dan kuasa ibu ke atas anak-anak. Kuasa Mutlak ini sungguh besar ertinya di sisi agama Islam sehingga seseorang itu akan dimurkai Allah sekiranya dia menyakiti hati dua golongan tadi.
Sebagai contoh; seorang isteri yang melukai hati suaminya walau sedikit akan berdosa besar (bukan dalam kes terkecuali). Begitu juga anak-anak terhadap ibunya.
Kalau isteri - bayangkan seorang isteri yang secara tidak sedar menyakiti hati suaminya dan tidak meminta maaf. Isteri tersebut akan terus berdosa dan sekiranya dia hamil, anak tersebut akan dikandung didalam badan yang berdosa.
Besar kemungkinan anak tersebut akan mendapat banyak sifat-sifat yang tidak baik dan seterusnya anak itu lahir dan membesar dan menjadi dewasa dan membawa sifat-sifat yang tidak elok itu ke dalam zuriatnya. Tambahan pula dalam keadaan berdosa bagaimana doa-doanya akan diterima Allah? Tanpa doa yang diterima, apalagi daya kita untuk mendapat kebahagiaan?
Kalau anak-anak - cukup senang untuk mendapat dosa. Terguris sahaja hati ibunya oleh kata-kata atau perbuatan, maka anak tersebut akan berdosa. Yang paling ditakuti dosa tersebut tidak disedarinya. Sekiranya anak tidak meminta ampun maka dosa tersebut akan terus dipikul. Kesannya, doa-doa anak tersebut tidak diterima Allah, ibadatnya tidak mendapat pahala, hidupnya akan tidak mendapat berkat dan lain-lain lagi. Akhirnya anak akan mendapat berbagai balasan dari Allah di bumi lagi.
Cerita - Kita sering ditakutkan oleh para ustaz tentang cerita bagaimana dua orang pemuda yang soleh mendapat seksaan Allah di zaman Nabi saw. Yang seorang sebab dia TAK SEDAR menyakiti ibunya apabila habuk yang disapu terkena ibunya TANPA DISEDARI.
Dan yang seorang lagi kerana TANPA DISEDARI, dia menyakiti hati ibunya kerana mengutamakan isterinya. Kedua-duanya diseksa oleh Allah sehingga Nabi saw memerintahkan kedua ibu tadi mengampunkan anak-anak mereka.
Ustaz kata cerita tersebut menyuruh kita sentiasa taat kepada ibu. Sebenarnya itu hanyalah setengah dari pengajaranya.
Ada lagi setengah - IBU mesti tahu kuasa yang diberi kepada mereka. Oleh itu IBU MESTI MENGAMPUNKAN ANAKNYA SETIAP MALAM, samada anaknya meminta atau tidak dan begitu juga dengan SUAMI MESTI MENGAMPUNKAN ISTERINYA SETIAP MALAM, samada isteri meminta atau tidak.
Cerita tersebut mengajar kita bahawa sebagai IBU kita mempunyai satu kelebihan yang besar keatas anak-anak kerana berdasarkan cerita itu tidak mungkin pemuda-pemuda tersebut sedar akan kesalahan mereka. Kalau
dah tak sedar, bagaimana pula ingin meminta ampun.
Seorang suami dan ibu MESTI tahu akan KUASA MUTLAK ini dan kuasa ini hendaklah dijaga dengan baik. Insya Allah bermula dari satu keluarga yang mana suami memaafkan isteri dan ibu memaafkan anak, maka lahirlah satu masyarakat yang mendapat berkat dari Allah, sentiasa di bawah lindunganNya dan menjadi umat Islam yang menghayati Islam.
Ingatlah, seorang ISTERI (wanita) mesti taat kepada SUAMInya (lelaki).
Manakala, si SUAMI (lelaki) mesti taat kepada IBUnya (wanita). Isteri akan menjadi ibu yang akan melahirkan anak yang akan menjadi suami (anak lelaki) dan juga isteri (anak perempuan) dan seterusnya mereka akan melahirkan pula bakal-bakal suami dan isteri. Jadi tidak ada yang ketinggalan. Semuanya akan merasa mempunyai KUASA MUTLAK. Tetapi yang penting bukanlah ‘mempunyai’ tetapi MESTI menggunakan dengan bijak.
** Tolong sebarkan artikel ini kepada seberapa ramai orang yang boleh, supaya semua orang faham perkara ini. Semoga kita sama-sama ambil pengajaran daripadanya.

pesen apa ni?

dari email..

korang bagitau ai ni pesen apa..

Peritnya Mencari Sesuap Nasi

seperti biasa copy paste dari email.. 

 pic from google

Mop di tangan kanan. Timba merah terisi air sabun di tangan kiri. Bau Fabuloso menyucuk hidung. Peluh terpercik pada wajah perempuan tua berbaju kurung saga.

Sudah dua hari aku lihat dia tekun mencuci dan mengemop lantai. Sejak Ketua Jabatan baru menghuni kerusi panas di bangunan yang aku tumpang ini, sudah dua tiga muka baru yang aku lihat.

Pekerja Am baru agaknya. Bisik aku pada diri. Sedikit pun tidak terluah pada bibir.

Pagi ini, aku jeling dari pintu pejabat yang terbuka sedikit.

Aku lihat dia tekun membongkok mengemop lantai. Seperti kekok dan perlu ditunjuk ajar. Mungkin sebelum ini dia tidak pernah bekerja seperti ini. Sekejap-sekejap dia berhenti.

Memegang pinggang. Mengetuk-ngetuk pinggangnya sambil mengaduh kecil.

2.15 petang. Ketika aku mahu ke surau membayar tunai suruhan Tuhan, aku terperasan kelibatnya dari jauh. Masih tekun dengan kerjanya mengemop lantai. Ketika itu, seorang lelaki lalu tanpa sedikit pun permisi. Lantai yang dimopnya kembali kotor dengan tanah merah. Dia tetap diam meneruskan kerja. Entah bagaimana kehendak Tuhan, lelaki itu tersandung timba terisi Fabuloso di tepi lorong. Basah kasut kilatnya. Marahnya tak bertepi. Maki hamun sesuka hati. Sedikitpun tidak ada hormat kepadanya.

Perempuan tua itu tetap tunduk sambil mulutnya tidak kering ucap maaf tanda akur itu mungkin kesalahannya. Masakan perempuan itu bersalah, mata ini menjadi saksi. Timba itu elok terletak di tepi. Bukan mengganggu jalannya.
Di tengah lorong aku berselisih dengan lelaki itu.

Assalamualaikum aku hulurkan. Biar amarahnya sejuk. Oh!

Mukanya tetap bernyala api marah. Sedikitpun dia tak menjawab salam. Aku ke hujung lorong. Melihat perempuan tua itu terkocoh-kocoh mengelap lantai. Yang basah seboleh-bolehnya dikeringkan. Aku sapa ramah. Soalan mudah, sudah makan ke belum. Berbahasa basi, sambil mataku menyulam matanya. Ada air jernih tergenang.

"Minta maaf, saya tumpang lalu, mak cik"

Sambil senyumku meleret tanda simpati. Aku harap hatinya berbunga-bunga.

"Lalulah nak. mak cik izinkan"

Bibirnya mula menguntum senyum. Hilang mendung wajah tuanya.

Aku juga manusia. Tahu peritnya mencari sesuap nasi.

Sedikitpun aku tidak pandang rendah kerjanya. Kerja itu halal. Tapi aku terkilan. Bilamana hormat sesama manusia (lebih-lebih lagi kepada warga tua daripada yang muda) seperti sudah hilang.

Macam2 berlaku di bulan ramadhan..

 gambar sekadar hiasan.

bulan ramadhan macam ni.. macam2 kisah kat berita kita dengar
kisah pergi pub dan minum minuman keraslah.. kisah si anak dara, mak dara, suami orang dan teruna
di tangkap khalwat lah... macam2 kan..

bila dengar, tengok dan baca citer macam ni
aku mula teringat kisah realiti yang benar2 terjadi kat depan mata aku..
dan juga berlaku masa bulan ramadhan
masa ni aku belum berkahwin lagi dan menetap di hostel yang pihak syarikat berikan

pada satu hari kitorang baru balik keje lepas tu ada jiran sebelah bagitau
ada seorang member serumah ada bawak budak lelaki balik rumah masa kitorang pergi kerja
yelah budak ni keje shift malam.. yang lain sume keje normal.. dalam rumah ni dia sorang je keje shift..
mulanya kitorang taknaklah percayakan.. sebab kat rumah dia ok je..
disebabkan kitorang tak percaya.. kitorang suruh kakak tu call kalau budak tu bawak lagi budak
lelaki balik rumah masa kitorang dah pergi keje.

nak menjadikan citer ni..
kebetulan masa tu hari jumaat bulan puasa kakak tu pun call lah kitorang
yang mengatakan budak tu bawak lelaki tu balik rumah..
dan masa tu jugak aku dan beberapa member aku tak pose
jadi kitorang pun baliklah rumah tu...

bila aku sampai rumah je aku terus buka grill dan pintu..
aku masuk je aku terus nampak kasut lelaki..
aku pun buat terus masuk rumah.. tapi hati tak tenteram..
aku dgn member aku berdiskusilah... nak buat macam mana ni...
tgk dalam rumah takder lelaki.. munkin dalam bilik kot..
bilik tu bukan bilik kitorang... nasib baik ada member lagi sorang yang dok
bilik tu ada kunci.. kitorang pun suruh dia masuk bilik tu pura2 nak g amik barang..
dia pun masuklah tengok sekeliling bilik tak der lelaki jugak
budak pempuan tu tgh baring kat katil pura2 tido kot..

kitorang pun tak puas hati kitorang call budak2 lelaki yang dok hostel lelaki lak..
untuk siasat apa yang berlaku kat dalam bilik tu..
kitorang takder kekuatan nak siasat sebenarnya.. kang siasat tak pasal kene tumbuk lak
dengan dak lelaki tu...

jadi datanglah segerombolan dak2 lelaki yang kitorang call tadi..
datang, tanya kitorang.. kitorang suruh masuk bilik tengok..
sekali tetiba dak pompuan tu bangun macam tak bagilah masuk bilik tu...
aku dah kecut perut.. aku ni scary sikit benda2 macam ni...
tapi dalam scary tu sebenarnya aku tengah melantak maggi... malu aku tgh makan dak2 lelaki tgh selongkar bilik..
seb baik aku pompuan ada alasan..
lepas diorang selongkar rupanya dak lelaki tu dok nyorok dalam almari baju
alah almari baju yang kain tu yang ada zip tu..
patutlah member aku masuk mula2 tak nampak rupanya menyorok dalam almari tu..
lepas dah jumpa budak lelaki tu.. dak lelaki tu terus kene pukul dengna dak2 lelaki tadi
aku tengok kesian pun ada, marah pun ada kat budak tu..
tapi nak buat macam mana dia buat benda tak elokkan...
aku tgk lembik jugaklah budak tu..
last2 budak2 tu kene tazkirah dengan ada sorang abang..
ntah apa benda ntah diorang diskus.. akhirnya dia kata nak kawen dengan dak pompuan tu..

tak sampai seminggu lepas tu budak pompuan tu pun benti keje.. katanya balik kampung
tapi kahwin ke tidak dgn dak lelaki tu aku tak taulah... sampai sekarang tak tau berita diorang..
harap2lah diorang berkahwin..

note : aku bukan nak mengaibkan orang.. tapi ni nak jadikan iktibar kat diri aku sendirilah..
dan jadikan pengajaran dan ingatan kepada diri kita sendiri.. 





Airmata keinsafan..

copy paste dari email lagik.... 

Kenapakah begitu susah untuk aku mengubah diri ini agar menjadi insan berguna pada mata Ilahi?

Kenapa begitu sukar diri ini untuk menerima segala kebenaran yang diajarkan padaku?

Begitu hitamkah hati ku ini?

Begitu menggunungkah dosa diri ini?

Layakkah aku untuk meminta ampunanMu ya Allah?

Masih adakah ruang untuk hidayahMu bertapak dalam ruangan hati hitam ini ya Allah?

Kenapa begitu susah diri ini untuk mengalirkan air mata apabila disebut nama yang Maha Esa…?

Kenapa begitu berat air mata ini untuk mengalir mendengar nama Rasulullah s.a.w?

kenapa begitu jauh diri ini jika dibanding dengan para pejuang Islam yg lain?

Aku jua muslim yang sama-sama ingin melihat kebangkitan Islam….

Aku jua muslim yang bersama-sama melawan arus jahiliyah..

Tapi diri ini tetap ku rasakan masih sungguh jauh untuk menghampiri gerbang syurga-Mu ya Allah……

Tapi aku tidak sanggup dengan siksaan api neraka-Mu...

Ya Allah……

Hinanya diri ku ini ya Allah…

Kotornya diri ku ini ya Allah…

Jijiknya diri ku ini ya Allah…

Berilah hidayah padaku ya Allah…

Janganlah Kau tinggalkan aku walau sesaat…

Pimpinlah aku dalam setiap detik perbuatanku…

Aku tidak sanggup jika Kau berpaling dari memandang diri ini…

Tidak sanggup ya Allah….

Segala-galanya aku berserah pada Mu…

Aku tidak apat membayangkan diriku tanpa pimpinan-Mu ya Allah…

Aku tidak sanggup menjadi sehina-hina manusia pada pandangan-Mu…

Astaghfirullahalazim…

Ampunilah aku dalam setiap kejahilan dan kelekaanku….

Hanya pada Engkau aku bergantung dan mengharap segala-galanya….

Air mata membasahi pipi….

Adakah ini air mata keinsafan???

Ini adalah air mata kehinaan yang melanda diri ini…

Diri ini sedih dengan apa yg telah hambaMu ini lakukan….

Aku ingin meminta sesuatu dari Mu..

Tapi aku sungguh malu padaMu ya Allah..

Aku teringat perjuangan Hassan Al-Banna..

Aku sangat mengagumi perjuangan beliau…

Aku mengagumi perjuangan Syed Qutub…

Tapi ya Allah…aku malu ya Allah untuk menyatakannya…

Masih layakkah diri ini menyebut nama Hassan Al-Banna?

Nama syed Qutub?

Masih tersisakah pejuang sepertinya untuk diri ini….

Malunya aku ya Allah dengan permintaan ini...

Aku tidak layak memikirkan tentangnya..

Wanita seperti manakah yang Kau pilihkan untuk mereka…?

Wanita yang bagaimanakah yang telah Kau pilih untuk melahirkan mereka?

Semestinya seperti Zainab Al-Ghazali dan mereka yang seangkatan dengan beliau…

Aku ingin sekiranya boleh mendampingi orang-orang sekaliber mereka.

Seorang yang hidupnya semata-mata untuk Allah.

Mereka tak tergoda rayuan harta dan benda apalagi wanita.

Aku ingin sekiranya boleh menjadi seorang ibu bagi mujahid-mujahid seperti Hassan Al-Banna.

Masih tersisakah mujahid seperti Al-Banna untukku ya Allah…?

Layakkah diri ini untuk menjadi peniup semangatnya?

Aku sungguh malu menyatakannya ya Allah…

Sungguh hina diri ini…sungguh kotor diri ini…

Sungguh lemah diri ini untuk mujahid seperti mereka…

Air mata ini jika dialirkan hingga titisan terakhir,
namun ia masih tidak mencukupi untuk menyatakan rasa bersalah dengan dosa-dosa diri ini yang menggunung tinggi...

Ya Allah…..

Pimpinlah daku…

Janganlah Kau tinggalkan aku walau sesaat cuma
Aku tidak sanggup dibiarkan dlm lumpur dosa2 hina….

Ampunilah aku ya Allah….

Astaghfirullahalazim…

Astaghfirullahalazim…

Astaghfirullahalazim…

Apabila suami ketagih chatting di internet


Dah beberapa hari ni asyik citer copy paste dari email je kan.. tak per copy paste tu pun info yang berguna untuk kita.. sebenarnya nak buat n3 makanan pagi ni.. tapi tak maulah.. petang2 sikit nanti baru aku keluarkan ye...
kesian kat kawan2 yang berpuasa.. 

korang bacalah artikel ni ye... 

Keluhan seorang isteri kepada rakan-rakannya dalam sebuah forum maya, “Saya dah tak tahu nak luahkan kepada siapa. Sudah terbuku dalam hati saya ini, saya terlalu tertekan sekarang, tambahan pula saya sedang hamil hampir tujuh bulan. Nak bercerita dengan rakan-rakan, saya malu. Mata saya dah puas menangis.
Hari ini pergi keja dengan mata naik sembab. Nak buat keja sudah tak larat. TENSION!
Masalah saya ini mulanya pada cuti 1 Mei yang lepas. kami tak dapat balik ke kampung, sebab belanja bulan ni ‘tak lepas’. Jadi, kononnya hendak kurangkan kebosanannya, suami saya pun pinjam laptop dan broadband kawan dia. Disebabkan dia baru nak berjinak dengan komputer, dia minta saya buatkan emel dia dan saya pun buatlah untuknya. Lepas itu dia ternampak Yahoo Messenger (YM) pada desktop, dia pun ingin mencuba dan saya pun ajarlah dia menggunakannya. Malam itu juga dia berchatting.
Memang saya kira saya ni bodohlah mengajar dia bab ini. Saya tak tahu dia tidur pukul berapa pada malam itu. Esoknya dia online, malamnya dia online. Saya onlinelah juga, tapi tidaklah sampai setengah jam. Pengenalan diri saya ialah wanita yang sudah berkahwin. Tetapi yang menaikkan darah marah saya ialah dia mengaku masih bujang. Semasa saya belek-belek “history” chattersnya, saya terbaca jawapan bila ditanya statusnya, dia menipu sebagai belum berkahwin. Malam kedua pun dia online sampai ke pagi, saya tak tahu dia tidur jam berapa sebab dia tidur di luar ruang tamu lagi. Hari ketiga saya memang bermasam muka dengan dia, kurang bercakap dengan dia.
Bila emosi sudah tak terkawal saya meninggikan suara, “Buat apa chat sampai ke pagi?” Saya ni tunggul ke? Betapa kecewanya saya, dia tetap juga online. Bermula malam itu, kami selalu bertengkar. Kesimpulan yang dia buat ialah saya tak percayakan dia. Memang saya tak percayakan dia. Apa yang dia buat chatting sampai ke pagi. Saya tahu sangatlah orang kat YM tu, semuanya tak boleh dipercayai. Saya dah berterus terang yang saya tak suka dia ber-YM. Dia masih berdegil juga. Saya sudah tak tahan begini. Berilah nasihat untuk saya.”

Dijawab oleh teman mayanya, “Pertama sekali saya minta awak beristighfar banyak-banyak, tenangkan hati dan jangan salahkan diri sendiri sebab ajar suami YM tu. Kalau awak tidak ajar pun, dia tetap akan belajar juga dengan orang lain. Nampaknya suami awak tu dah terkena 'renjatan budaya'. Ibarat budak yang baru pandai naik basikal, dia akan terus kayuh puas-puas sampailah dia jemu dan tak hairan dah dengan basikal tu. Bezanya, basikal ni hanya melibatkan dirinya seorang, manakala YM ni melibatkan ramai orang. Saya mengharapkan awak dapat duduk semeja dan berbincang elok-elok dengan suami tu. Ingatkan dia tentang tanggungjawab dan baby yang bakal dilahirkan nanti. Jangan sesekali mencabarnya sebab lelaki pantang dicabar. Saya harapkan awak bertawakal dan banyakkan berdoa, solat sunat dan mengaji. Ia menyejukkan rumahtangga dan hati yg 'panas' itu.”

Disambut oleh teman yang lain, “Betul macam fayla cakap, orang yg baru nak kenal YM ni, akan menjadi macam cempera. Kalau nasihat pun dia akan buat juga. Sebab benda ini baru baginya. Memang dia nak explore lebih-lebih. Cuma apa yg dirisaukan, bila berchatting nak sorokkan status kahwin, akan jadi sesuatu yg tak elok satu hari nanti. Maaf bukan nak menakutkan. Banyak kes macam ni yg akhirnya rumahtangga berterabur. Akhir-akhirnya lafaz talak. Pergi cari kenalan YM tu, rupanya kenalan YM tu penipu juga sebenarnya. Nak berbalik kat bekas isteri, hati dah hancur. Tak mahu terima dia lagi. Siapa yg rugi? Harap-harap masih awal lagi. Mama bagi nasihat, dunia YM ni dunia PENIPU BESAR!!! Cukup PENIPU BESAR!, selama 11 tahun saya kenali YM, memang dah kenal dan tahu cara orang yg nak chat. Sama ada penipu atau pun tidak, cukup-cukup masak dgn YM ni. Hati-hatilah. Sebelum terjadi apa-apa. Cepat-cepatlah elakkan. Kalau YM dgn kawan-kawan opis yg memang kita dah kenal tu lain kira. Ini mula chatting dgn orang yg memang kita tak kenal. Macam-macam nanti akan keluar. Tambahan pula kalau sudah boleh tengok webcam..LINGKUP!! Nanti macam-macam aksi yg akan tertunjuk, nauzubilah. Banyak-banyakkan sembahyang sunat dan berdoa pada Allah. Semoga ditarik balik kelalaian yg singgah di hati suami sekarang ni.”

Itulah keluahan dan kerisauan daripada pengalaman yang dihadapi oleh isteri-isteri apabila suaminya terjebak dengan ketagihan berchatting ini. Telah menjadi satu wabak penyakit pula dewasa ini terutama sekali kepada generasi sekarang yang kehidupannya didedahkan dengan kemudahan teknologi komunikasi yang serba canggih.

Kemudahan berchatting ini adalah satu teknologi komunikasi baru yang amat mudah, murah dan jangkauannya tanpa sempadan. Batasan yang sebenar ialah ketukan jari-jemari kita di atas papan kekunci itu. Dari sudut pengurusan maklumat, teknologi ini memang banyak kebaikannya. Malah ada organisasi-organisasi perniagaan dan awam menggunakannya secara rasmi sebagai wadah komunikasi mereka. Arahan dan maklumat dua hala antara pihak pengurusan dengan warga kerjanya amat berkesan, tepat dan pantas. Pastinya organisasi ini ada menetapkan peraturan dan adab-adab penggunaannya supaya urusan mereka bersistem, lebih cekap dan menjimatkan kos pengurusan mereka.

Apabila teknologi ini dibawa ke dalam rumah, perlulah kita fikirkan juga peraturan-peraturan penggunaannya sebagaimana di pejabat. Kita boleh menerima pakai adab agama kita menerima tetamu yang bertandang dan bersembang di rumah kita atau budaya kita bertandang ke rumah orang lain. Pastinya tidak manis dan tidak wajar kita bersembang dengan anak dara atau janda atau isteri orang tanpa ditemani oleh muhrimnya di rumah itu. Biasanya kita ditemani muhrimnya. Begitu juga waktu-waktu kita bersembang. Pastinya ada waktu-waktu tertentu supaya aurat atau waktu-waktu berehat tidak terganggu, seperti tidak bertandang selepas waktu isyak melainkan dijemput oleh tuan rumah.

Oleh itu, bagi mereka yang telah menggunakan kemudahan chatting di rumah, eloklah berbincang sesama suami isteri agar membuat satu peraturan di rumah seperti mana kita menerima tetamu atau kita berkunjung ke rumah kawan-kawan untuk bersembang. Sebagai contoh, pastikan waktu berchatting ialah antara jam 9 hingga 11 malam sahaja. Pastikan mereka yang diajak chat itu orang yang dikenali secara peribadi dan kita sama-sama mengetahuinya. Tidak salah kalau bersama-sama chat dengan orang itu agar tidak timbul fitnah antara suami isteri. Kalau ada orang baru ingin berkenalan, sama ada sama jantina atau tidak, eloklah minta kebenaran pasangan untuk menerima salam perkenalan itu.

Untuk makluman pembaca, saya mengambil catatan ini daripada penulis di alam siber yang menyatakan sebab mengapa lelaki boleh ketagih berchatting hingga lupa anak dan isteri di dalam rumahnya sendiri.

1. Mudah dapat "bersembang" dengan wanita (mungkin asli atau tipuan) hingga menyebabkan mindanya bertambah aktif semula dan bermotivasi untuk dirinya.
2. Kalau "wanita" yang dia chat itu melayan dan dia pula dapat "menguasai" perbualan mereka, maka dirinya terasa puas, seakan-akan tersangat macho. Tinggilah hormon testosteronnya.
3. Kalau "wanita" yang dia chat itu "tewas" dalam "pangkuannya" secara online, dan dia pula pandai menggunakan teks ungkapan memberahikan "wanita" yang dia ayat itu, ini lebih memachokan dia dan menyebabkan dirinya terasa kembali "muda".
4. Kalau niat suami ini ber-YM untuk mencari "wanita" sunyi (memang ada) dan menjadikan "wanita" ini bahan melepaskan gian seksnya dan dia berhasil, memang dia akan menjadi ketagih dan amat berbahaya untuk dirinya dan rumahtangganya.

Bagaimana cara untuk membantu suami ini kembali berpijak di bumi yang nyata?

1. Suami tadi disibukkan atau menyibukkan dirinya dengan aktiviti luar dengan masyarakat agar mindanya dapat dipenuhi dengan memikirkan aktiviti luar itu. Otak lelaki monotrek, oleh itu jika dia fikir satu perkara, maka itulah yang dia fikirkan. Kalau dia fikir nak YM, maka YM-lah yang dia fikirkan. Kalau dia memancing di laut.. maka memancing sajalah yang dia fikirkan sampai berjam-jam. Tiada apa-apa yang lain yang dia fikirkan.
2. Selain daripada aktiviti masyarakat, fikirkan juga aktiviti di rumah bersama anak dan isteri pada waktu malam yang boleh mengalahkan tarikan chatting YM itu.
3. Tidak salah kalau isteri juga duduk bersamanya berchatting dengan chatters, pujuk dia untuk chat bersama dan letakkan ID chatters dengan nama "Suamisteri" atau "kamiberduani" atau "pasanganbahagia" atau "mamadanpapa" dan sebagainya.
4. Buatkan jadual berchatting untuk keluarga seperti contoh: Chatting keluarga jam 10 pm - 11 pm untuk malam Isnin hingga Khamis sahaja. Malam Jumaat, malam Sabtu dan malam Ahad khas untuk keluarga (isteri dan anak-anak). NO CHATTING.

note : baguskan panduan yang diberi kat atas ni...

10 perkara memeranjatkan di dalam suatu perkahwinan

 copy paste

tadi masa aku buka email dapat tetiba aku tengok tajuk.. apakah yang memeranjatkan di alam perkhawinan..
rupanya ada 10 perkara yang memeranjatkan didalam perkahwinan.. kalau korang nak tau teruskanlah membaca artikel ni ye..

1. Berkahwin tidak bermakna anda tidak akan keseorangan lagi.

"Saya dan suami baru sahaja mengikuti kaunseling. Tiada apa-apa yang drastik cuma kami dapat rasakan bahawa kami semakin berjauhan dari segi emosi dan  fizikal. Jiwa semakin terasa keseorangan. Nasib baik kami berdua cepat sedar dan sanggup mendapatkan bantuan daripada mengambil tindakan yang bertentangan. "

2. Berkahwin tidak bermakna anda akan berasa menyintai atau dicintai setiap hari.

"Kebahagiaan dalam perkahwinan tidak berlaku sekelip mata kerana masalah tentu akan timbul. Ada masalah besar dan ada yang kecil. Kadangkala anda akan  merasakan diri sudah tidak dicintai." Amat penting bagi masing-masing mengucapkan perasaan cinta dan mencintai.

3. Anda masih perlu menghangatkan suasana.

"Kami suami isteri mempunyai kerjaya yang sangat sibuk dan jarang dapat meluangkan masa bersama. Untuk mengelakkan perasaan seperti teman sebilik sahaja, kami cuba terapkan kebiasaan untuk memeluk antara satu sama lain dan bercerita setiap malam sebelum melelapkan mata."

4. Perkahwinan adalah sesuatu yang menyeronokkan.

"Saya dan isteri amat menyenangi kehadiran masing-masing. Kami gemar bergelak ketawa bersama, bergurau dan mengusik. Setiap hari ada sahaja SMS yang dihantar... kadang kala lawak jenaka dan ada juga mesej berunsur seks nakal."
5. Lazimnya salah seorang akan lebih banyak berkorban.

"Mana ada yang seratus peratus adil pembahagiannya. Selalunya isteri akan lebih banyak berkorban terutamanya dari segi kerjaya. Kadang-kala ada yang terpaksa melepaskan kenaikan pangkat kerana tidak ingin rumahtangga kucar-kacir. "

6. Pasangan anda akan berubah mengikut masa.

Anda harus menerima kenyataan bahawa masing-masing akan berubah mengikut masa. Kadang-kalanya dari segi perangai, rupa paras , bentuk badan dan hobi. Tiada orang yang akan kekal sama seperti mana mula-mula berkenalan dahulu.
7. Anda tidak semestinya akan bersetuju dalam semua perkara.

Suami akan tetap mahu menggunakan wang bonus untuk membesarkan garaj manakala isteri inginkan sofa baru. Terimalah hakikat bahawa masing-masing ada keinginan yang berbeza. Yang penting tolak ansur-mungkin bonus tahun ini mengikut kehendak isteri manakala bonus tahun depan untuk suami pula.
8. Semakin lama berkahwin semakin bahagia.

Pasangan yang memahami kehendak masing-masing dan mengamalkan tolak ansur dalam kebanyakan perkara sepanjang mereka berkahwin, lazimnya akan berjaya melawan badai atau apa-apa masalah. Mereka inilah yang dapat menikmati kemanisan berumahtangga. Sememangnya pasangan ini adalah "soulmate" masing-masing.
9. Hubungan seks ada turun naiknya.

Kadang kala sangat berkesan dan ada kalanya tidak begitu memberangsangkan. Masing-masing seharusnya menerima bahawa ianya bergantung kepada "mood" dan keadaan sekeliling.

10. Perasaan Ego yang berlebihan adalah amat berbahaya.

Apabila perselisihan terjadi, masing-masing menjadi begitu sensitif dan mementingkan ego. Jika terlampau mengikut ego, anda mungkin akan memanjangkan masalah yang kecil. Elakkan daripada menyimpan perasaan marah terlalu lama kerana pasangan anda mungkin akan berubah hati.
 
Sanggupkah anda?

Kadangkala dalam sibuk kita menguruskan kerja dan rumahtangga kita terlupa yang kita harus mendahulukan pasangan kita... harap artikel ni dapat memberi manfaat kepada kita

Rebah, tewas - Digoda anak sendiri

copy paste kisah pengajaran dari email. bapa yang malang tewas digoda anak sendiri kerana bersifat dendam dengan ibubapa.
ibubapa kalau marah kat kita harus ke kita berdendam... erm.. cetek betul pemikiran bukan ke marah tu tandanya ibubapa tu sayang kat kita
korang bacalah sampai habis.

sungguhnya kita semua mempunyai anak-anak gadis. Mereka lah yang paling susah untuk di jaga. Sungguh memalukan... Baca la...
MUJIB (bukan nama sebenar) semakin gusar. Anak gadisnya, Julie (bukan nama sebenar) sering pulang lewat ke rumah. Dia juga sudah tidak berminat untuk belajar sehingga memaksa Mujib menghentikannya daripada sekolah. Puas dia menegur dan memarahi anaknya itu tetapi ia berlalu bagaikan mencurah air di daun keladi, masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. Lebih membimbangkan, apabila beberapa orang rakan sekerjanya memberitahu yang mereka pernah terserempak dengan Julie di salah sebuah pusat hiburan di Bukit Bintang. Menurut mereka, pakaian Julie ketika itu sangat seksi dan sedang berpelukan dengan lelaki bukan Melayu. Walaupun jauh di sudut hatinya Mujib tidak mahu mempercayai kata rakan-rakannya itu, tetapi dia sedar sesuatu harus dilakukan, bak kata pepatah kalau tidak ada angin, mana mungkin pohon bergoyang.
Oleh kerana tidak mahu membuat tuduhan melulu, Mujib mengambil keputusan untuk menyiasat sendiri pergerakan anak gadisnya itu. Dia akhirnya akur. Sesuatu harus dibuat sebelum nasi menjadi bubur. Suatu malam ketika sedang menonton televisyen di rumah bersama isterinya, Mujib tercium bau wangi. Ketika itu dia melihat Julie sudah siap bersolek dan berpakaian seolah-olah hendak pergi berpesta. Setelah ditanya berkali-kali, akhirnya Julie mengaku hendak keluar berjalan-jalan bersama teman lelakinya. Apalagi mengamuksakanlah Mujib! Dimakinya Julie semahu-mahunya.
Nasib baiklah isterinya cepat meredakan suasana, kalau tidak sudah pasti pipi Julie melekat dengan penampar sulung Mujib
  "Sejak itulah dia memasang dendam terhadap saya,'' kata Mujib kepada penulis.
Menurutnya, selepas insiden itu perangai Julie tiba-tiba berubah menjadi baik dan tidak lagi berani keluar malam. Sebagai bapa, katanya, siapa yang tidak gembira dengan perubahan itu. Namun yang agak menghairankannya ialah Julie semakin manja dengannya. Bahkan adakalanya Julie yang berumur 15 tahun itu tidak segan silu tidur di atas ribanya, mengurut kakinya dan pernah satu ketika membelai-belai rambutnya.  Pun begitu Mujib dan isterinya langsung tidak menaruh sebarang syak wasangka terhadap kelakuan anak mereka.  Sehinggalah pada suatu hari sewaktu Mujib hanya tinggal berdua dengan anaknya itu di rumah mereka. Ketika itu isterinya sudah keluar ke pejabat.
Tiba-tiba Mujib terdengar suara sayup-sayup memanggil namanya.
  "Abah, masuk kejap dalam bilik,'' kata Julie.
Mujib yang tidak menyangka sebarang keburukan akan berlaku, terus ke bilik Julie. Alangkah terperanjat Mujib sewaktu masuk ke dalam bilik tersebut, kerana anak perempuannya itu hanya memakai coli dan seluar ketat berwarna hitam. Belum sempat dia berkata apa-apa, tiba-tiba Julie merangkul tubuh dan mencium bibirnya dengan rakus. Serentak dengan itu juga Julie melondehkan seluarnya dan berlakulah perbuatan terkutuk antara bapa dan anak kandung sendiri. "Walaupun ia merupakan dosa besar tetapi iman saya ketika itu terlalu lemah, saya tewas dengan nafsu sendiri sehingga tidak mampu membezakan yang mana baik dan yang mana buruk.Yang menghairankan saya, sewaktu tengah `bersama' tiba-tiba ada suara halus yang berbisik di telinga, ia seolah-olah memberitahu yang saya sudah jauh terpesong.
 "Saya yang terkejut dengan suara itu terus menolak tubuh Julie dan menyarungkan semula pakaian saya.  Dalam erti kata lain "kejadian" itu berlaku tidak sampai tiga minit,'' katanya. Menurut Mujib, anak gadisnya ketika itu hanya ketawa manja melihat kelakuannya, malah sempat merengek agar `permainan' yang terhenti itu disambung semula. Dia bagaimanapun tidak menghiraukan pujukan Julie dan terus keluar dari rumah. Semuanya berjalan seperti biasa selepas hari itu seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku. Bagaimanapun ketika dia pulang kerja pada suatu malam, isterinya tiba-tiba menangis sambil memberitahu yang Julie mengaku telah mengandung tiga bulan, dan menuduh dia sebagai orang yang bertanggung jawab ke atas perbuatan terkutuk itu.
  "Akhirnya baru saya tahu yang Julie sebenarnya sudah memasang perangkap untuk mengenakan saya, setelah teman lelakinya bertindak meninggalkannya."
  "Julie yang memang berdendam dengan saya merasakan inilah saat terbaik untuk membalas dendam kesumatnya itu.
Pun begitu saya yang paling bersalah dalam hal ini, saya sepatutnya melindungi Julie ke jalan yang benar dan bukannya tewas dalam perangkapnya,'' kata Mujib. Setelah dihadapkan ke mahkamah, dia terus mengaku salah dan dikenakan penjara selama 10 tahun dan 12 sebatan. Dia yang baru menjalani hukuman penjara selama dua tahun itu bagaimana pun kini sedang merayu kepada mahkamah agar hukuman sebat itu dikurangkan seminimum mungkin. Ujarnya, dia mungkin tidak mampu menahan azab sebatan itu kerana usianya kini sudah mencecah 49 tahun. Dia turut menasihatkan ibu bapa supaya meluangkan lebih masa dengan anak-anak dan pada masa yang sama jangan terlalu memberikan kebebasan kepada mereka.
  "Saya terlalu menyesal dengan kejadian ini tetapi ia sudah tidak berguna lagi."
  "Saya juga tidak tahu adakah dosa saya akan diampunkan kerana binatang sendiri pun tidak sanggup menodai anaknya sendiri."
 Kepada Julie, abah minta maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki di atas apa yang berlaku ini,'' katanya.
 Sebelum kami menamatkan perbualan penulis ada bertanyakan isterinya tetapi Mujib berkata:
  "Baru-baru ini dia ada menghantar surat untuk bercerai...saya belum memikirkannya tetapi saya tahu lambat laun saya terpaksa juga melepaskannya.''

p/s : tak tau nak salahkan siapa dalam hal macam ni.. kedua2nya salah..

nanti jam 10.00 nak balik pulau indah, klang dah...

Kisah wanita

Suami bercinta tanda benci isteri
herm.. aku dapat artikel ni dari email.. saje nak berkongsi dengan korang
nak setuju pun tak boleh setuju pun tak boleh dgn artikel ni..
kekadang kita ni wanita banyak yang kita fikirkan..
mungkin sebab pendapat yang berbeza.. 
kalau korang baca artikel ni walaupun dah pernah dapat kat email
apakah pendapat korang tentang artikel ni

Wanita yang didalam dilema

KEBANYAKAN wanita yang menghadapi masalah rumah tangga memang tak makan nasihat. Itu pandangan saya, namun jangan pula pembaca anggap saya sombong dan takbur. Tapi itulah kenyataan dan pandangan saya terhadap beberapa wanita keliling saya yang sanggup menganiaya diri sendiri, semata-mata kerana terlalu sayang suami, dan takut bergelar ibu tunggal.

''Mereka rela hidup menderita, sanggup biarkan anak-anak dalam ketakutan daripada diceraikan. Lebih teruk mereka sanggup korbankan masa depan sendiri kerana takut diri jadi umpatan masyarakat.' ' Demikian cerita Salina dalam emelnya.

''Di pejabat saya jadi tempat teman-teman meluahkan isi hati begitu juga kalau di rumah tak kira saudara mara mahupun jiran tetangga. Ramai yang suka bercerita pada saya. Bukan seorang, tetapi lebih dari dua belah tangan.

''Pernah saya dapat panggilan ugutan suami tiga kawan baik saya. Mereka maki hamun dan doakan rumahtangga saya hancur. Saya tak marah, sebab memang saya dah bercerai kerana mahu mengubah hidup.

''Kawan saya ada yang menderita, suami kaki judi, kaki pukul dan kaki perempuan. Bila saya nasihatkan supaya bertindak, mereka takut. Takut bergelar janda.

Tanggung

''Saya tak takut bergelar ibu tunggal daripada tanggung dosa mengumpat keji dan memburukkan suami pada orang. Memaki hamun suami di belakang, bila berdepan menikus. Apa guna ikut cakap suami, tapi dalam hati membenci. Hidup berpura-pura tak ada gunanya. Muka tak ceria hidup selalu menderita.

''Saya bercerai ketika kami sama-sama berusia 40an tahun. Memang awalnya menderita, tetapi sekarang saya rasa lega. Hidup saya semakin tenang, anak-anak ceria, mereka dapat belajar dengan aman, kini dua anak dah masuk universiti, tinggal seorang sekolah menengah. Saya rasa mereka suka saya bercerai daripada tengok kami sering bergaduh.

''Teman baik saya Su terpaksa berhenti kerja kerana ikut cakap suami yang asyik gila bercinta. Kata suaminya dia bercinta lagi kerana tak dapat layanan isteri, jadi kalau nak rumahtangga harmoni Su kena berhenti kerja.

''Sekarang apa dah jadi, suami ceraikan juga kerana nak kahwin lagi. Suami kahwin dengan wanita yang berkerja dan berpendapatan tinggi. Bekas suaminya nak cari lubuk emas nak hidup senang. Jadi betul tak saya cakap perempuan memang bodoh?

''Sekarang Su terpaksa cari kerja lain dengan pendapatan lebih kecil. Anak-anak pula sudah biasa hidup senang. Mereka tak faham pengorbanan ibunya. Mereka mahu hidup selesa bukan derita.

''Pendek kata, siapa rugi? Sudahlah tak berduit kerana dah berhenti kerja, suami ceraikan pula. Suami kita kalau dia bercinta lagi itu tandanya dia tak sukakan isterinya lagi, jadi biarkan dia bina hidup baru mengikut coraknya sendiri.

''Rakan saya Zan pula sanggup berhutang bank kerana nak tolong suami bisnes, bila suami dah senang bisnes berjaya, dia kena cerai, sebab ada kekasih yang menunggu. Waktu itu suami kata: ''Sampai di sini sahaja jodoh kita, awak jangan takut saya akan tanggung anak-anak, saya akan bagi nafkah anak, saya akan bayar balik hutang awak di bank.'' Tapi bila dah nikah baru, nafkah anak entah mana, hutang tanggung sendiri. Waktu itu menangis air mata darah pun tak guna lagi.

''Saya pernah nasihatkan Zan jangan pinjam bank nanti susah, biarlah suami berusaha cari duit. Tapi Zan tak sampai hati, bila suami mendesak, akhirnya tak pasal-pasal bayar hutang bank, bekas suami enjoy dengan isteri baru.

''Dua kes cerai kawan baik saya menjadi igauan dan mimpi ngeri saya. Saya amat kesal kerana mereka tak ikut nasihat saya, bila dah susah barulah mereka kesal, tapi untuk apa nasi dah jadi bubur. Tanggunglah sendiri.

''Sebab itulah saya nasihatkan anak perempuan sulung saya belajar rajin-rajin, bila dah bekerja nanti jangan lupa simpan duit. Jangan bagi tahu suami bila kahwin nanti jumlah simpanan, sebab suami tak akan tahu menabung, sebaliknya dia akan tumpang sekaki menghabiskan duit simpanan anda.

''Saya tak kesal jadi ibu tunggal setelah 20 tahun berkahwin, sebaliknya ia membawa rahmat. Saya dapat beli rumah sendiri yang selesa, anak-anak saya berjaya dalam pelajaran dan saya ada simpanan hari tua, berbanding semasa berkahwin dahulu sentiasa korek lubang, tutup lubang dan berhutang keliling pinggang.

''Kini hidup bapa mereka taklah sebaik mana, biarpun berpangkat, tetapi tak berharta, masih menyewa rumah, isteri pula VSS terpaksa diberhentikan kerja, lebih malang anak-anak masih bersekolah rendah dan di tadika.

''Takkan kerana suami buat maksiat kita nak ikut sama, nasihat dan ingatkan dia. Kalau dia dah ada kekasih lain, biarkan. Jangan sesekali paksa suami sayangkan kita, kalau dia tak suka. Ingat, bila suami dah ada cinta lain, bermakna dia tak sayangkan anda lagi, jadi biarkan dia kahwin lagi.'' Demikian cerita Salina yang kecewa dengan kawan-kawan yang tak mendengar nasihatnya.

p/s : walauapapun yang terjadi terpulang kepada wanita itu sendiri.. berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.. hanya empunya badan yang tahu berapa peritnya jika perkara yang tidak diingini berlaku.. Wallahualam.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...