Salam...
Sabtu lepas teringin nak makan nasi lemak.. Simpton berselera selepas berpuasa selama 4 hari dari isnin hingga khamis. Bila teringin nak makan nasi lemak tu.. teringat pula sambal ikan bilis pak mertua ku... Sambal ikan bilis bersantan... Sebenarnya 1st time aku makan sambal ikan bilis bersantan ni.. tu pun hasil airtangan pak mertua ku... pergh.. memang sedaplah sambal dia.. Sebelum ni aku memang tak pernah makan sambal bilis bersantan ni.. bila 1st time makan terus rasa suka.. hehehe..
Bila dah suke tu yang teringin sangat tu... Bila search kat internet memang dah ramai orang share resepi sambal ikan bilis ni.. Aku je yang tak pernah buat lagi... tu yang hari sabtu tu aku cuba buat.. lagi pula hari sabtu tu aku dah bangun awal.. teruslah aku masak nasi lemak untuk hari sabtu tu.. sekali jugak buat sambal ikan bilis bersantan ni... punyalah awal aku buat saraapan jam 7 pagi dah siap terhidang atas meja...
Selalu kalau tak sambung tido lepas subuh.. jam 8.30 ke 9 pagi tak siap lagi sarapan hehehe..
SAMBAL TUMIS IKAN BILIS BERSANTAN
ni kat bawah aku sharekan resepi nya..
Bahan-bahan
5 sudu besar cili kisar
*1 labu bawang besar
*5 ulas bawang putih
2 labu bawang besar - hiris halus
Segenggam ikan bilis
1/4 cawan santan kotak
Asam jawa sebesar ibu jari/ sekeping asam keping
1 sudu besar gula
garam secukup rasa
Cara-caranya
1. Kisarkan bahan-bahan yang bertanda *, Panaskan minyak dan tumis bawang besar yang diracik halus hingga kekuningan.
2. Masukkan bahan-bahan yang dikisar halus tadi dan tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan larutan air asam jawa/asam keping, garam dan gula serta ikan bilis. kacau rata. biarkan merenih seketika.
4. kemudian masukkan santan pekat, kacau hingga sebati. kecilkan api dan biar sambal masak hingga pecah minyak.
5. bila dah rasa semua dah ok... bolehlah dihidangkan dengan nasi lemak... yummy..
dan bolehlah makan dengan nasi lemak panas-panas...
terus terlupa diet.. hahaha
oklah...
selamat mencuba ye..
Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~
uihhh sedap nya bahaya tengok ni dah lah tengak misi diet kehkehkehkeh
ReplyDeleteunik la sukatan utk santan tu... 1/5 cawan
ReplyDeleteBiasa jumpa 1/4 atau 1/2 je. .. hihihi
hahaha... tertekan 1/5... nasib ada yang perasan... huhu
Delete