Lemak sotong buncis

Salam...

hehehe.... makanan lagi... harap korang-korang tak jemulah ye... orang berpuasa memang macam ni.... asik fikir menu apa nak buat untuk berbuka nanti.. lelagi pulak kengkawan dan kekakak opis suka bagi idea menu untuk berbuka... mencurah-curahlah idea untuk menu berbuka puasa tukan...

Ni minggu lepasnya menu berbuka puasa... dapat idea dari kakak opis ni.. dia soh buat menu masak lemak sotong kacang buncis untuk menu buka puasa aku... Aku pun dah kering idea.. dapat je idea ni terus balik keje pergi kedai acheh beli sotong dan buncis... masak lemak senang jekan... cuma nak kene selalu kacau kuah tu supaya tak pecah minyak... kalau dah pecah minyak tak sedap dah kan.

Sampai je rumah apa lagi.. terus bersilat lah kat dapur.. padahal senang jekan...

Masak lemak sotong yang pekat likat dan sedap hingga menjilat jari... amboi.. puji diri sendiri lak...
dan puji juga kat kakak yang bagi aku cara-cara nak masak lemak sotong ni.... selalu aku masak kuah mesti cair je.... ni bila aku ikut step yang dia bagi.. memang menjadilah kuah dia.. pekat dan likat...

seperti biasa tetap juga nak bagi resepi ni kat korang.. hahaha
Bahan-bahan untuk dua orang makan.
3 ekor sotong sederhana besar
5 biji cili padi
1 batang serai
1 cawan santan pekat.

cara-caranya
1. Sotong digaul dengan serbuk kunyit dan diketepikan.
2. Tumiskan cili padi dan serai sampai wangi.
3. Selepas itu masukkan sotong dan kacau dalam 1 minit. Kemudian tuangkan santan dan kacau rata lagi. 
4. Masukkan kacang buncis, cili merah. Perasakan dengan garam dan gula. Setelah cukup rasanya,dan kuah telah mendidih, bolehlah ditutup api.
5. bolehlah dihidangkan.

korang kalau nak masak lemak sotong tu.. masa mula nak masakkan cili tu.. letak air sikit je... bila cili dah masak baru masukkan santan pekat... kacau perlahan kuah tu supaya tak pecah minyak. agak-agak dah 3 kali mendidih kuah tu.. tutup api...  ye..

selamat mencuba ye...

sekian


Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

1 comment:

Terima kasih kepada Blogger yang komen di blog RK. Tunggukan kunjungan balas dan comment dari RK di blog korang ye. Nak Reply comment disini RK takut tak sempat je.

@}------LOL to all comentar------{@

Nota Penting!
Pada yang nak letak Iklan. Tolong letak d ShoutboX atau bayar RK RM o.5o per comment boleh? boleh jugak beli cekedis ~ ahaks~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...