Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Bun sosej..

Salam...


Semalam aura kerajinan aku untuk anak-anak bawa bekal ke sekolah membuak-buak sangat... Balik keje semalam terus sukat-sukat bahan-bahan untuk menguli dan terus masuk dalam mixer.. sambil tu aku pun masak untuk makan malam.. ha.. bolehkan buat dua keje dalam satu masa... Bila makan malam pun dah siap.. sambil tu bolehlah biarkan doh tu mengembang dalam masa 1 atau 2 jam...

dah settle makan malam dengan keluarga dalam jam 9 malam aku pun mulalah mendeko-deko doh yang dah kembang tu.. kikiki.. deko-deko ye... hasilnya macam gambar kat bawahlah... jangan pandang rupanya.. yang penting rasanya yang enak.. hahaha.. poyolah puji diri sendiri..


Ada dua jenis roti sosej bun..
satu bersos dan bermayonis...
satu jenis lagi kosong.. 
kene ikut selera bebudaklah ye.. ada yang tak suka sos.. ada yang suka kosong je.



dah siap bakar.. hehehe...
teruk betul rupa roti ni... 
takperlah nak makan anak beranak je kan.. tak jamu kat orang pun..
kalau utk jamu kat orang lain nanti buat cecantik sikit..

kat bawah aku bagi resepi roti ni ye...


Roti lembut gebu

Bahan:

500 g tepung roti @ tepung gandum @ tepung hight protien
1 biji telur
3/4 cawan gula kastor
1 sudu besar susu tepung
2 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar marjerin
1 sudu besar shortening
1 peket mauripan (11g)
Sedikit bijan / cheddar cheese / gula

~ campurkan susu pekat manis + telur + yis dan tambah air, jadikan 300 ml semua sekali - ketepikan

~ sebiji kuning telur + 1sudu fresh milk/susu cair - bancuhan ini untuk di sapu atas bun sebelum di bakar, boleh tambah susu jika bancuhan nampak pekat

Cara :

- Dalam satu mangkuk besar masukkan tepung, susu tepung, gula, masukkan adunan 300ml air tadi dan gaul hingga sebati
- Masukkan marjerin dan shortening, uli lagi hingga adunan lembut, licin serta elastik
- Perapkan doh sehingga naik sekali ganda (perap lebih kurang 1 jam hingga 1 1/2jam) 
- bila adunan sudah naik, uli dan tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin.
- Ambil sedikit dan buat doh kecil-kecil, timbang 50gm setiap satu doh kecil itu. susun dalam loyang yang telah di oles dengan sedikit marjerin (jangan susun rapat-rapat, jarakkan sikit, nanti doh kecil tadi akan membesar)
- jika nak buat roti yang ada sosej atau cheese, boleh timbang berat doh dalam 30gm hingga 40gm (kalo nak besar lagi pun boleh, nanti roti tu jadi besar kebabom lar..hihihii ..)
- setelah siap di bentuk, perap lagi 1/2 jam atau hingga doh besar sakali ganda, sapukan bancuhan kuning telur ke atas doh kecil tadi, taburkan sedikit bijan (boleh juga tabur gula atau cheddar cheese, tapi cheese tu tak yah banyak sangat, jadi pizza pulak nanti..keh keh keh..)
- Bakar dalam oven dengan suhu 180c selama 20 minit atau hingga masak, dengan api atas bawah
- setelah roti masak, keluarkan dari oven, sapu dengan sedikit marjerin/ butter untuk menggelakkan bun kita menjadi kering.
- Kaedah lain menggunakan Bread Maschine boleh set kan macam biasa untuk buat doh.
- jika mahu membuat pizza, boleh guna adunan yang sama tapi kurangkan kuantiti gula

#cubalah resepi ni.. memang terbaiklah..


Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

mencari sinar kebahagian...

Salam... 

Wahahaha.. tajuk macam nak bagi motivasi jekan.. Padahal isi dalam lari jauh dari tajuk asalkan.. saje je nak bagi korang tertanya-tanya.. pehtu mesti laju nak tekan tajuk ni kan.. erk... laju ke? macamlah tajuk tu best sangatkan.. sure aku ni dah mula syok sendiri nikan.... Korang kalau nak cari tajuk motivasi macam ni silalah search kat google ye.. mungkin banyak tajuk macam ni ada kat sana.. atau mungkin jugak tak der kot... kalau takder sila cari pakar motivasi sendiri ye.. hehehe.. jangan marah.
Yang benonya nak citer pasal kerajinan aku malam tadi.. hehehe.. tu yang rasa bahagia je pagi nikan.. Kebetulan mood rajin aku sampai tahap yang tak boleh nak dikatakan lagilah.. aku pun apa lagi lepas je masak, teruslah kemas satu rumah, tukar cadar katil bagaikan... lepas je siap masak dan kemas pergh.. malam tu tido dengan tak nyenyak pulak.. huhuhu.. bahagia dapat sakit badan pulak.. kekeke... aku rasa nak beli Tiger Balm Plaster yang macam iklan nuffnang kat tepi sidebar aku tulah.. Agaknya2 lega tak?

Sambung balik citer rajin aku nikan.. apa lagi kalau blog ni tak citer anak2, jalan2, dan mestilah citer pasal masak2 dan makan2 pulakkan. Malam tadi mood datang nak masak pindang ikan terubuk. Ikan peberet aku tu walaupun ikan tu banyak tulang.. Nak tengok sifat sabar aku masa aku makan ikan terubuklah.. memang tertib macam anak dara sunti tau... keluar segala sifat sopan dan santun.. terserlah keayuannya.. hahaha.. sila jangan percaya ye... tapi sifat sabar tu adalah.. yang lelain tu aku tokok tambah je.

Nilah pindang ikan terubuk aku... 
resepi senang je.. tapi time rajin memang senangkan.. time malas tu yang masalah.. hehehe.
~ 1 ekor ikan terubuk (dipotong keping ye)
~ 5 ulas bawang merah
~ 2 ulas bawang putih
~ 1 inci halia
~ 1 batang serai (di ketuk)
~ 2 tangkai cili kering (dipotong2 saja)
* ni bahan special ye.. aku suka letak ketumbar kalau masak pindang tapi aku terlupa ketumbar kat rumah aku dah habis. jadinya ada sup bunjut adabi tu. aku koyakkan kain dia.. tumbuk rempah tu semua dengan bawang merah, putih dan halia.
~ Garam dan serbuk perasa secukup rasa
~ asam jawa yang dah dibancuh dengan air.
~ Dan tambah 5/6 batang bendi. 

Tumis bahan tumbuk, bila dah garing masukkan air. tunggu sampai air mendidih masukkan ikan, Bila ikan dah separuh masak masukkan bendi, Last sekali masukkan air asam, garam dan serbuk perasa.. bolehlah dihidangkan.. siap.

Ikan segan bersama sambal tumis kentang.. Sebab apa segan, sebab dia berselimut disebalik kentang tu.. hehehe.. tu yang nama dia Ikan Segan.. Malu tu nak tunjukkan rupa dia yang sebenar.. 

 Macam biasa mesti ada ikan goreng bersimpang siur ni.. kalau tak der tak lengkap rasanya hidangan aku.. Ikan goreng ni khas untuk anak2 aku lah.. makan ikan goreng berkuahkan pindang memang bertambah2lah.. terlupa lak nak amik gambar diorang kegembiraan makan semalam..

 Tada............. lengkaplah sudah hidangan makan malam tadi.. dah selamat pun masuk dalam perut... memang kenyanglah.. ingat nak puasa nasi sebulan.. tapi tak dapek doh.. totap gak hadap nasi sepingan... mano leh tahan perut den.. tengok lauk macam nikan.. walaupun simple sajo....

Ok.. babai.. sambung balik buat kojo den.. kang banyak tertanguh kono potong lak bonus den hujung bulan ni...

Kek orange beryogurt....

Salam... 

Kali ni aku bersiaran dengan kek orang beryogurt ye.. Resepi asal dari kak ina do do cheng. Tapi kak ina guna lemon aku tukar guna orange. Sebab orange je yang ada kat rumah aku.  

Terus kepada cerita utama ye. maksudnya bersama cerita bergambarlah senang sikit nak citer tol tak?

Ni kek pertama yang dibakar masa hari ahad lepas. Tapikan.. huhuhu.. aku terguna api atas pulak.. habis rentung kat atas.. tapi kat bawah tak masak lagi.. bau dah semerbak satu rumah.. Dahlah masa tu ada tetamu.. Nasiblah tetamu tu kakak aku je.. Kalau orang lain adoiiiiii... maluew wei.. hehehe..

Hasilnya selepas rentung.. Tapi bila aku hidang je kat depan.. Terus kena serbu macam ikan piranha.. rentung2 pun tetap orang terujakan.. Yelah kek panas2 ni bila minum petang dengan air teh o.. Memang kenalah. lagi2 fresh je dari oven.. memang menariklah... 

Tengah2 putar adunan yang kedua.. Tetiba pulak datang lagi kakak aku lagi sorang.. Bak kata orang memang langkah kananlah.. Rezeki menanti untuk dia kot.. Mungkin sebab tu jugak aku rasa nak buat lagi satu adunankan.. 

Kek yang kedua.. Merekah pulak... Terlebih tepung rasanya.. Nasiblah tak rentung macam yang pertama tadi... 

Yang kedua ni pun tak sempat nak simpan untuk esok dan nak bawa ke opis.. Macam Piranha jugaklah.. Laju je tinggal habuk kat dalam dulang tu.. huhuhu.. Tapi takperlah.. Dah rezeki diorangkan.. Nanti ada masa nanti aku buat lagilah..

Bahan-bahan sama je macam yang kak ina buat. Cuma aku tukar orang je.

oklah ni aku bagi ikut versi adunan aku ye..
Butter - 250g
Gula - 200 g
* putarkan sehingga betul2 sebati
6 biji telur
* dimasukkan selepas butter dan gula tu sebati
*pukul telur sehingga lembut dan sebati.
Tepung gandum @ tepung naik sendiri - 250g - 300g
* masukkan sedikit demi sedikit tepung kedalam adunan tadi.
 1 cup plain yogurt
Masukkan kedalam adunan tepung tadi.
Orange@lemon - disagat kulitnya 
orange@lemon - diambil jusnya
*masukkan orange@ lemon kedalam adunan tepung tadi.
Perasa limau, Vanilla, Baking powder untuk bahan tambahan.

Bila semua bahan diatas dah dipukul dengan sebati, Masukkan kedalam loyang yang sesuai dan bolehlah dibakar dengan suhu 150-180 celcius ye.
Selamat mencuba resepi ini.

Ok itu saja.. bai

Psst : Tak faham dengan manusia yang suka sampai menyampai ni... Lepas tu orang yang menerima cerita tu boleh pulak percaya 100%.. Cubalah selidik dulu sebelum menuding jari ke arah orang lain. 

Lagi satu tak faham jugak dengan orang yang nak tutup kesalahan sendiri tapi sanggup cari kesalahan orang lain walaupun hanya sebesar zarah.

perut aku pun ko nak bedal... macam2lah..

salam..

Selamat berhujung minggu.. bestnyer sape yang dok keje kat selangor syoklah cuti panjang sampai tiga hari. Sempena hari jadi Sultan Selangor.. Tu termasuk akulah ye.. Kepada yang bercuti panjang masa nilah peluang nak balik kampung pada yang ada anak yang nak bersekolah. mesti sibuk nak cari keperluan untuk buka sekolah nanti. Tiga hari masa yang ada  ni silap2 semua dah lengkapkan.. Tiba masa tinggal nak masuk sekolah je. Senang kerja..

Seperti biasa tajuk kat atas takder kaitan dengan jalan cerita. Saje nak bikin gempak kan.. Walau hakikatnya tajuk tu memang tak gempak mana pun. Bak ada satu komen kat shoutbox aku sebelum ni.. "isi menarik, tapi sayang macam entry syok sendiri je". sebabnya aku kurang promote blog ni. pergh... sekali baca memang bernanah telinga.. pedih ulu hati dibuatnya... waima pun blog aku ni syok sendiri ada kacau dia ke.. pelikkan kat situ.. herm... macam-macam ragam orang nikan.. kita tak kacau dia pulak kacau kita.. apeda....

oklah yang benar.nya dari tadi aku nak upload gambar tapi tak lepas-lepaslah.. almaklumlah sekarang kat kampung. tak dapat lain tenet yang sewajarnya... tu yang payah nak upload gambar. tapi takper sebelum aku publish entry ni.. akan ku usahakan jugak untuk upload gambar kat entry ni.. jangan cepat putus asakan.. hehehehe


masak lemak rebung + pucuk paku..
Resepi aku kena blajar dengan mak mertua aku.. aku tak pernah makan gulai rebung ni.. ni pun 1st time aku rasa dan tolong kacau kuah atas dapur.. hehehe.. kacau kuah tu penting tau.. jangan pandang remeh... leka sikit boleh bertaik minyak santan tu nanti...

tapi masa aku tengok mak mertua aku masak tadi caranya sama je macam masak lemak biasa.
yang aku nampaklah ye.. mak mertua aku masukkan 4 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih, seinci halia dan juga 10 biji cili api. tu untuk di blender/ ditumbuk. untuk kuah santan dalan senagkuk sederhana. yang lelain atau lebih dikenali bahan penting rebung, perut lembu dan juga garam dan serbuk perasa dan jugak sedikit serbuk kunyit..

ni jugak note untuk aku buat rujukan nanti.. manalah tau teringin nak masak jugak.


ni pulak sup daging... mak mertua ku jugak yang masak.. hehehe... nampak no pemalehnya kan.. semuanya mak mertua yang masakkan.. habis apa yang aku buat.. herm.. nanti kejap lagi aku kasi tunjuk ye.. bukan aku taknak masak.. kang aku masak tak menepati citarasa pak mertua aku.. susah pulakkan.. biarlah aku masak yang simple2 je.. mak mertua aku masak mana yang pak mertua aku makanlahkan.. airtanggan isteri untuk suami.. hehehe.. alasan..

ni pun aku kena take note jugak.. bahan-bahan yang aku nampak tadi.. seinci halia, bawang merah 5 ulas, bawang puteh 3 ulas, mak mertua aku tak guna rempah sup~@ sup bunjut. Tapi mak mertua aku guna rempah sup soto... herm.. rasa not bad jugaklah.. memang sedapkan.. orang yang masakkan apapun sedapkan. lepas tu mak mertua aku masukkan bunga lawang sikit dengan bunga cengkih.. dan bahan sampingan kentang, gaun sup/daun bawang.. dah empuk jom kita makan... hehehe

tengok tak bermakna aku tak masak tapi aku tak pandang cara-cara mak mertua aku masak.. penting tu tau.. lelagi kalau en. suami pun suka cara masakan maknya.. hehehe.. harus belajar ye.. jangan nak tunjuk pandai pulak... tak elok tu..

akhirnya sekali... hahahaha.. nak gelak besau ni.. apa lagi air tangan akulah kan.. keh... keh.. keh.. klakau je.

hahaha... sambung gelak lagi ye... ni jelah yang aku masak.. ikan goreng.. senang tak keje aku.. nampak je senang tau.. korang ingat amik dari freeze terus goreng... no... no... no... kena siang tau.. sampai luka2 tangan aku ni.. tapi takper benda tu dah biasa.. luka2 sikit tu biasalahkan... saiful mastercheff pun luka gak masak masakkan..

oklah.. dah habis uploadlah.. sebenarnya ada banyak gambar lain lagi.. sambal belacanlah.. ikan masak karilah.. tapi sebab tenet sengal aku stop kat sinilah.. nanti kalau aku rajin aku update pulak dambar sambal belacan.. ye... mesti korang teruja punyerkan...

psst : yang benonya aku belum makan lagilah... aku makan dulu ye... babai.


Kejinya mimpi malam tadi.. haish....

Salam.

Dah berapa hari kita masuk ke December kan.  Dan Tak lama lagi kita nak masuk tahun baru.. Pergh banyaknya memori dalam tahun 2011 ni. Antaranya 1st time dapat jumpa blogger dan banyak lagilah. Korang pun mesti ada jugak memori dalam tahun 2011 nikan. erk.. belum sampai penghujung aku dah sibuk-sibuk citer pasal memori 2011.. Apelaa.. nampak sangat tak sabar nak masuk 2012.

Oklah.. sebelum aku membebel dengan lebih panjang baiklah aku berhenti takat ni je.. Simpan bebel tu untuk entry esok-esok.. kang takder modal pulak.

Bahan tumisan.. Bawang merah, putih, halia dan rempah kari.

Masukkan ayam yang dah dicuci bersih.

Masukkan santan.. Dan gaul sehingga sebati.

Dan akhirnya kari ayam yang dah siap dimasak. Bolehlah makan.
Resepi yang lebih detail ada kat bawah ye.. Kalau berkenan silalah cuba resepi ni.. Tapi kari ayam senang jekan.. pejam mata je.. takyah nak tengok resepi pun

Kari Ayam

 Bahan-bahannya
  1. 1 ekor ayam-potong 16
  2. 6 ulas bawang merah-tumbuk
  3. 4 ulas bawang putih-tumbuk
  4. 1/2 biji bawang merah-tumbuk
  5. 1 1/2 inci halia -tumbuk
  6. 5 sudu besar rempah kari daging
  7. 1 kiub ayam
  8. 400gm santan pekat
  9. 300ml air-terpulang pada kepekatan yang di kehendaki
  10. garam secukupnya
  11. sedikit air asam jawa
Bahan Tumisan
  1. 2 tangkai daun kari,
  2. 1 biji bawang besar-dihiris panjang
  3. 1 biji bawang putih - dihiris
  4. 2 biji bawang kecil
  5. 2 bunga lawang, 4 bunga cengkih, 3 biji buah pelaga dan 1 btg kayu manis
  6. minyak untuk menumis
Cara-caranya
1. Panaskan minyak dan masukkan semua bahan tumis sampai layu dah naik bau.
2. Masukkan bahan tumbuk dan tumis lagi sehingga layu. Kemudian masukkan rempah kari dan kacau sekejap lalu masukkan 1/2 cawan air dan perlahankan api.
3. Biarkan kari masak sehingga naik minyak.
4. Bila kari dah masak baru masukkan ayam, Tunggu sehingga ayam separuh masak.
5. Masukkan santan pekat bersama air dan biarkan sehingga mendidih.
6. Biarkan sampai ayam sudah betul-betul lembut dan masak
7. Rasa garam dan masukkan sedikit air asam dan padamkan api.
8. Boleh dihidang bersama nasi panas atau pun bersama roti.

Hidangan lengkap untuk tengahari sabtu. Sebenarnya bukan tengahari pun.. Sebabnya aku mula masak jam 3.40 petang. Balik je dari rumah kakak aku, Terus aku masak sebab ada orang yang kat rumah harus diisi perutnya.. Aku yelah mesti dah kenyang kat rumah kakak aku.. Yang kat rumah mestilah laparkan. Kang terbang pulak periuk belanga kat rumah aku.. hehehe.. walaupun tak pernah terbang. Tapi janganlah terjadi adegan terbang - terbang tu.. Sayang tau nak beli barang tu semua bukannya murah.. lelagi zaman sekarang ni.. haru.. nak beli yang baru..

Oklah.. penatlah membebel.. nantilah kita sambung membebel.

Psst: Bengang betul dengan mimpi malam tadi.. Tetiba mimpi dapat payslip bonus.. Tengok angka boleh tahan.. Boleh buat downpayment exora.. huhuhuhu.. tapi mimpi je.. jangan harap... hahaha... tapikan... tapikan.. aku nak korang doakan kot-kotlah mimpi aku dapat jadi kenyataan.. hahaha.. over melampaukan.. 
 
Opss... Selamat mencuba resepi yang aku bagi ni.. semoga berjaya.. ya.. ya... ya... 

Ingat cukup ke tiga kali tambah...

Salam... 

Last week balik je dari rumah abang aku. sampai je rumah dok lah lepak-lepak tengok TV. Tengah2 dok nonton TV tetiba perut rasa lapar pulak.. Masa tu dalam jam 5 petanglah.. Nak keluar cari kuih-muih terasa malas pulakkan.  

Tapi perut tetap jugak beriang-ria berbunyi menjerit-jerit minta diisi. Last2 dah tak leh nak tahan lapar dah. Buka peti sejuk jumpa sayur sikit, telur dalam 10 biji.. ingat nak goreng sayur dengan telur dada je.. sekali tak boleh tahan sebab takder benda yang pedas pulak.. tu yang terus terfikir masak sambal ikan bilis.. Lauk ni semua main campak-campak je masak.. Maklumlah dah gigil-gigil lutut menahan lapar.. Nasib tak rebah je...
Telur dadar 
caranya senang sajakan.. takkan tak tau masak telur dadar pulakkan. 
Ni aku guna 3 biji telur, Mayonis (konon nak bagi gebu), Daun bawang, 1 labu bawang besar, daun sup, cili padi dan sedikit garam.

sayur ni aku masak cincai je tau..
tumis bawang sampai kekunigan. masukkan air, masukkan sayur pehtu tuang kicap je.. senang.. anak aku pun suker...
Sambal ikan bilis berlinang minyak.. hahaha.. suka2 je aku bagi nama.. 
nampak minyak kat tepi2 tu.. sesuailah kot nama dia..
Ni lagilah cincai.. blender semua cili padi + cili besar, 5 labu bawang merah dan 1 ulas bawang putih
tumis semua bahan. masukkan air asam, tambah gula dan garam.. bila dah naik minyak angkat.
curahkan hasil tumisan tadi diatas ikan bilis yang dah digoreng..

Tiga sekawan.. tapi hasilnya lebur semua dalam perut aku..

Tulah walaupun dah melantak 3 kali tambah kat rumah abang aku.. Balik rumah tetap lapar lagikan.. Niat nak gantung kuali tu kira tak jadilah.. Sebab balik tu tetap kena masak jugak.. Takkan malam nak melapar pulakkan.. Padahal yang 3 kali tambah tu untuk makan tengahari..


Daging masak kicap..

Salam... 

dan salam tengahari. Dah lunch ke korang? 

Just nak tepek resepi daging masak kicap aku ni. Sebenarnya niat asal nak buat beef steak. Daging pun dah siap perap. Bayangkan dari hari isnin aku perap. Malam tadi baru aku masak, Tapi bukan masak beef steak. Lain yang dirancang lain yang aku buat. Tu yang terjadi Daging masak kicap versi dah berperap dengan segala jenis herba..
Nilah daging masak kicap aku.. Padat dengan lada hitam. Kalau dalam pantang ni elok jugak makan dengan menu ni... mesti sedap je badan angin pun laju je keluar.

Tanpa kita berlengah lagi.. (wahahaha... ayat macam nak bagi speech untuk AIM malam karang je.. poyo) aku nak bagi resepi kat korang.. Budget masak macam bagus jekan siap nak share resepi ngan korang.. Salin tau.. Tak salin aku babab kang.. Kalau malas salin korang print je.. hahaha

Untuk perapan..

Bahan-bahannya
  1. 1 @ 1/2 kilo Daging (tak kesahlah batang pinang ke, tetel ke yang penting daging.. nak tukar ayam pun boleh.. ikut apa korang naklahkan)
  2. 5 biji bawang putih dicincang halus
  3. 1/2 sudu italian herb
  4. 1/2 sudu serbuk paprika
  5. 1/2 sudu rosemary
  6. 1 sudu jintan manis
  7. 1 sudu jintan putih
  8. 1 sudu serbuk ketumbar
  9. 1 sudu minyak zaitun (Tak letak pun takper, Tapi masa perap hari tu aku dah letakkan.. jadinya adalah dalam resepi ni)
  10. 1 kiub ayam ( tu pun aku saje je letak)
  11. Garam, gula & ajinomoto secukup rasa (pandai2lah korang budget gula tu.. kalau aku, aku rasa sikit untuk tahu rasanya kena atau tak)

* Semua bahan diatas korang gaulkan sekali ye. Dah siap gaul bolehlah diperap selama 2 jam atau ikut kerajinan koranglah.. Kalau tak sabar time tu pun boleh je masak.. 

(aiks... ni dah macam nak bagi resepi untuk steak pulakkan.. Herm... takperlah kira kategori resepi 2/1.. senang gitu)

ok kat bawah ni pulak. resepi untuk daging masak kicap. 

Bahan-bahannya
  • 1 @ 1/2 kilo daging yang diperap tadi
  • 3 ulas Bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 sudu serbuk ketumbar
  • 1 sudu jintan manis
  • 1 sudu jintan putih
  • Sedikit bunga lawang, cengkih, kayu manis
  • lada hitam (Kalau nak letak cili api pun boleh, Tapi sebab aku kata masakan ni sesuai untuk org dalam pantang. Jadinya aku tak letak cili api.)
  • 3 sudu besar kicap manis (kalau kurang sila tambah)
  • Garam @ ajinomoto secukup rasa
Cara-caranya.
  • Tumbuk/kisar/hiris bawang merah, bawang putih dan halia.
  • Panaskan sedikit minyak.
  • Masukkan kayu manis, cengkih dan bunga lawang. Tumis sehingga naik bau.
  • Kemudian, masukkn bawang2 dan halia yang telah di tumbuk/kisar/hiris. Tumis sehingga layu.
  • masukkan serbuk ketumbar, jintan manis dan jintan putih (tumis sehingga sebati)
  • Masukkan daging yang telah di diperap
  • Masukkan kicap 
  • Masak sehingga daging betul2 lembut
  • Tambahkn ajinomot & garam secukup rasa. Jangan terlalu banyak sebab kicap dah masin.
  • Sedia untuk di hidangkan.
Ok.. Selamat mencuba dan menjamu selera.

Babai...

merisik kabar yang jauh mata..

 Salam..

Dua hari cuti dua hari jugaklah blog berehatkan.. bukan apa hari cuti adalah untuk familykan. Tapi kalau ada terlebih masa tetap jugak mengadap blog ni.. Tapi selalu BW jelah tanpa tinggalkan jejak. huhuhu...

citer seterusnya aku nak tepek Udang masak masam manis.

Udang masak masam manis

400 gm udang (saiz sederhana)
1 inci halia - dititik
4 biji bawang putih - dititik
2 biji cili merah - di belah dua setiap satu
1 biji bawang besar -dihiris bulat
1/2 cawan sos cili
1/2 cawan sos tomato
2 camb sos tiram
2 inci nenas - di potong dadu (aku guna nenas dalam tin je.
1 batang carrot - dihiris 
1 biji tomato - belah
4 1/2 cawan air garam & gula secukup rasa
@}--- kalau korang nak tambah sayur lain macam kobos bunga, brokoli pun boleh tambah jugak.. suka hati kiterlahkan, kiter yang nak makankan... lagi banyak lagi meriah dan lagilah kenyang perut tu.. ---{@


Cara-cara

Udang dibersihkan dan dibuang belakang. Tumis halia, bawang putih & cili merah hingga naik bau. Masukkan sos cili, sos tomato & sos tiram. Kacau sebentar dengan bahan tumisan & kemudian cepat² masukkan air & carrot. Biarkan hingga carrot empuk & kemudian masukkan udang,bawang, tomato & serbuk lada hitam. sementara menunggu udang masak, perasakan hidangan dengan garam & gula. Sukatan saya x dapat nyatakan disini coz main agak² saje tapi pastikan gula tu x menenggelamkan rase masam n sebaliknya.

 Ikan gerut paberet aku.. digoreng je
Masakan aku ni kalau takder ikan goreng memang taksah, Rasa tak lengkap kalau takder ikan goreng.

OKlah selamat menjamu selera.. nak g masuk seminar Halal untuk satu hari ni.. Malam karang kalau ada kesempatan aku BW blog korang ye.

ok.. dah habis...

Mee Udang

Salam..
ni sebab malam tadi aku masak mee udang.. malas nak tepek lagi, aku keluarkan jelah n3 lama.. huhuhu..

aku selalu dengar mee udang kuala sepetang je
sampai kecur aku tenggok mee udang kuala sepetang tu
jadi kali ni aku nak masak mee udang versi aku lak

nama mee ni.. Mee Udang Esah....
sebab resepi dia aku main belasah je.. hehehe

korang layan gambar pemprosesan mee udang ni ye
antara bahan-bahan yang diperlukan ye..



Cili kering, Bawang putih, Bawang merah dan Udang kering (dikisar)
biasa orang guna belacan, tapi kat rumah aku takder belacan aku ganti udang kering je.. 
lagi pure mee udang tu.. hehehe
Tahu - digoreng dahulu ye (sebagai hiasan je jika suka)

bahan yang aku rasa penting jugak dalam masakan ni..
sos tiram, sos cili dan sos tomato

Udang ikut banyak mana korang sukalah.. lagi banyak lagi best.. puas tekak makan udang nanti..
Fishball saje je aku masukkan nak biar nampak meriah.. klu korang nak lagi meriah
boleh ikut cara aku.. hehehe
ke korang ada lagi idea untuk meriahkan mee udang ni.. bagi tau aku ye..

Mee kunig dan sayur sawi - dicelur ye..
ada orang masukkan je sayur sawi tu dalam kuah mee udang.
tapi aku tak suka.. nanti sayur tu lebam pulak..

kat bawah ni pulak cara2 menumis kuah mee udang ye..

bila minyak dah panas, masukkan semua sekali bahan yang dikisar tadi..
tumis bahan yang dikisar sampai naik minyak dan bau ye.. 
kira sampai masaklah cili tu..

 bila dah nai minyak masukkan sos cili, sos tiram dan sos tamato
anggaran sos tu semua dalam 2 sudu ye..
kalau rasa kurang pandai2lah korang tambah.. hehehe

 bila dah masukkan semua bahan tadi.. dan baha tu pun dah naik minyak n bau..
bolehlah masukkan air.. air agak2 koranglah ye.. sebab kene ikut jugak kepekatan kuah tu..
tapi kuah mee udang ni tak pekat pun.. 

bila kuah dah mengelegak baru masukkan udang dan fishball tadi..
tunggu dalam 5 minit @ kuah mengelegak semula
baru matikan api dapur... 

bila dah siap kuah.. 
bolehlah dihidangkan kepada tetamu korang..
tapi malam tadi rumah aku memang ada tetamu pun.. 
untuk lebih sedap.. letak bawang goreng dan daun sup..
ok.. sedia untuk dimakan...

itu saje kelas memasak hari ni ye kawan2..
sharing is caring.. betul ke ni ayat dia..
bantailah.. hehehehe

sebab makan mee udang malam tadi.. gini dah jadi rupa aku..
saje nak enterprem satu n3 ni.. hehehe

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...