Rezki Hari Ni


Tengah dok buat keje.. datanglah pulak kak ina bawa buah ceri fresh dibawakan khas oleh supplier... biasa makan ceri yg atas kek je.. tak sama rasa dgn buah ceri yg fresh ni..
sekali makan tak boleh nak berhenti... tgklah aku ni rasa nak sampai ke telinga senyuman aku ni dek kerana penangan buah ceri ni.. memang sedap... tulah rezki untuk petang ini...
harap2 supplier tu rajin2lah bawa lagi buah ceri hehehe... (gambar ni aku copy paste dari blog kak ina.. hehehe) walaupun kat blog dia dah tertampal notice DO NOT COPY.. sorry ye kak ina

Kek Tunang Adik Ipar Aku


Muffin Chocalate

Cupcakes Tunang

Salam Semua... dah lama rasanya aku tak update... bukan tak nak update cuma kurang kesempatan je... almaklumlah tak lama lagi akukan dah nak bersalin.. jadi sume keje yg ada klu boleh aku kene siapkan hari2lah... Aku takut nanti aku bersalin berlambak pulak keje yg ditinggalkan... sian kak noor lak nanti.. dahlah keje dia pun banyak...
Ok... pergi pada tajuk yg asal.. aku nak citer pasal Cupcakes N Muffin kat atas ni... Cupcakes N Muffin kat atas ni aku order kat nazeha... http://cforcupcakes.blogspot.com/(Thanks zeha coz buat kek yg cantik ni zeha saya siap promote ni... nanti bolehlah dapat discount) i like.... hehehe..
Cupcakes N Muffin ni aku beli untuk hantaran tunang adik ipar aku... almaklumlah aku ni bukan menantu yg rajin menolong.. hehehe... so aku bawa buah tanggan jelah untuk belah laki aku...
takderlah terasa sgt aku ni tak menolong.. hehehe... lagipun nak tolong apa pun bukan masak sendiri.. belah laki aku pakai Catering je... Jadi menantu dia yg memanglah pemalas ni lagilah goyang kaki.. hihihi... Jadi konon2 kek yg aku bawa tu bolehlah menutup tahap kemalasan aku ni.. aku rasalah... tak tahulah bagi diorang... hehehe... apa yg penting adalah jugak aku menolong apa yg patut.. oklah setakat ni jelah update aku hari ni... nanti aku nak update gambar majlis tunang adik ipar aku lak.. aku tak sempat nak upload gambar dalam pc lagi... bukan tak sempat biasa keje upload gambar dlm pc ni laki aku je yg buat.. aku ni malas sikit.. hehehe.. ok babai..

10 RAMUAN UBAT PENCUCI DOSA

Hassan Basri telah bercerita bahawa suatu hari dia bersama seorang pemuda ahli ibadah berkeliling melalui jalan-jalan kecil dan beberapa pekan di negeri Basrah.

Tiba-tiba ia bertemu dengan seorang tabib yang sedang duduk diatas sebuah kerusi, di hadapannya ada beberapa orang lelaki, perempuan dan kanak-kanak yang sedang memegang botol berisi air di tangan mereka. Setiap orang meminta tabib itu menyebutkan ramuan ubat bagi penyakit masing-masing.

Hasan Basri mara ke depan tabib itu dan berkata:
Tuan tabib! Adakah tuan mempunyai ubat yang boleh mencuci dosa, serta menyembuhkan penyakit hati?".

Berkata Tabib itu: "Ya, saya ada".

Lalu pemuda itu berkata: "Berilah pada saya".

Berkata Tabib itu: "Ambillah dari saya sebagai ramuannya sebanyak 10 perkara iaitu:

1. Ambil oleh mu akar kayu fakir dan akar kayu tawaduk
2.campurkan dengan pencuci kotoran perut bernama taubat.
3.Lalu masukkan semua ke dalam lesung redha
4.giling sampai halus dengan pengetam Qanaah.
5.Kemudian masukkan ke dalam periuk taqwa
6.tuangkan ke dalamnya air hayak (malu).
7.Lalu didihkan dengan api mahabbah (cinta).
8.Selepas itu pindahkan dia ke dalam mangkuk syukur
9.kipaskan dengan kipas angin rajak (harapan).
10.Kemudian minumlah dia dengan sudu pujian.

Jika engkau perbuat semua itu, maka dia bermanfaat bagimu, untuk melindungi dirimu dari semua penyakit serta bala di dunia dan di akhirat".

yang baik jadikan iktibar..

"Ya Rabb kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan setelah engkau beri petunjuk kepada kami." (Ali Imran : 250)

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...