sehari sebelum raya lagi

Salam....
Semalam godek-godek camaera sekali ada lagi gambar selingan sebelum hari raya.. kena abadikan ni.. kenangan masa sehari sebelum raya.. Banyak preparation last minit yang berlaku.. 

Biar sajalah gambar yang bercerita.. korang imagine sendiri ye.


 Kat dapur inilah yang terjadi.. ada yang kupas bawang.. potong daging.. siang ayam tukang tengok pun ada jugak... 
Korang abaikan cara sopan yang berlaku dalam ni ye... almaklumlah memasing size besar.. kalau dok bersila mau jauh nak memotong daging dengan ayam tu.. tak sampai pulak tangan... 

ni anak buah aku... sesi mengecat pulak.. dapur rumah mak aku ni tak siap lagi.. tu yang semua balik memasing dapat tugas... kalau tak dok belengkar jelah...

 Ni pulak kejadian kat ruang tamu.. adik aku tengah pasang langsir tingkap.. 
Cantik pulak tudung adik aku ni.. ada bunga pinky-pinky lagi.. hahahaha..

Dan tak kurang jugak yang melepak kat depan rumah.. penat kot basuh bilik air masa tu.. sebab kena arahan paksaan dari aku.. Keluarga aku ni tak kira ko lelaki ke perempuan ke.. Asal boleh buat ko buat jangan je kerja tu... mesti bekerjasama.. barulah selesa..

Ok.. nilah gambar terakhir sehari sebelum raya.. nanti aku citer tentang pagi raya pulak ya.. Jom buat keje dulu.. dah siap keje baru aku sambung balik cerita.

Mari kepasar basah

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..

Malas giler aku nak update blog ni.. Mood berhari raya tu manjang je ada. Tapi bila buka blog dan nak update  terus pangkah buat benda lain pulak. 

Tak boleh jadi ni.. orang lain kemain meriah lagi update citer raya. Bukan aku taknak update cuma gambar banyak kat dalam camera belum sempat lagi nak update. Kerja mengupload gambar dalam pc ni kerja en. Suami aku. aku adalah sangat malas nak upload..


Ni pun mana yang ada dalam henpon je aku masukkan dalam n3 ni.. Citer ni masa sehari lagi nak raya. Awal pagi dah kepasar. Takut lambat nanti ayam dan daging semua dah habis.. masalah.. takder pulak rendang di pagi raya yang indah.

Aku pergi berempat beradik.. Biasalah aku kalau pergi maknanya jadi tukang angkut barang basahlah. Kakak2 aku tu tukang pilih dan bayar.. begitulah kaedahnya bila jadi adik nikan. kena menurut perintah orang yang lebih tua.. aku kan muda lagi.. wah.. ada ayat perasan kat situ.. hehehe

meh kita tengok keadaan pasar basah di Tanjong karang. Memang ramai giler. Kalau naik kete driver mesti tunggu kat dalam kete. tak boleh keluar sebab takder parking langsung. 

Nilah pasar tanjong karang... kereta adalah padat.. parking dalam kawasan pasar adalah ditutup. sebab peniaga semua amik park tu untuk letak meja barang-barang niaga diorang

masa ni belum padat lagi.. tapi kalau lewat sikit mesti berlaga bahu kat dalam pasar ni.. dah sampai tahap pasar malam pulak.

Kat gerai nilah kitorang beli daging.. Mula2 beli 3 kilo.. pehtu bincang2 lagi dengan kakak aku. tambah lagi sekilo jadi 4 kilo... pehtu tak puas hati lagi.. bincang2 lagi.. terus jadi 5 kilo.. teruk betul pentamak nikan... sekali terus ke 5 kilo.. nasib yang 5 kilo tu terus berpuas hati.. kalau tak haruslah tambah lagi..

Banyak lagi yang kitorang shopping kat pasar ni.. Wah tak boleh blah shopping kat pasar basah... hehehe.. Tapi aku tak amik gambar semua pun.. kang feliks pulak orang kat pasar tu.. apehal ko dek oiii.. sibuk nak snap2 pic kat pasar ni.. Terus aku cancelkan niat nak jadi mamarazzi.. 

Malamnya pulak lepas berbuka je kitorang terus terjah pasar isnin tanjong karang. Sepatutnya pasar ni pasar pagi tapi sebabkan hari raya.. diorang terus buka sampai malam.. pergh memang meriahlah pasar pada hari tu.. adalah terselisih bahu dengan member.. tapi member dah tak kenal akulah.. nampak no tombam mendadak.. tu yang diorang tak kenal.. huhuhuhu.. sedey...

ni Gerai feeko.. aku pun tak pernah beli bendalah ni.. anak buah akulah yang ajak rasa bendalah ni.. dia kata selalu dah beli kat pasar klang sana.. aku pun cubalah rasa. lagi2 anak buah aku yang blanje kan.. harus...

Abang ni tengah membuat persediaan.. persediaanlah sangatkan.. padahal ntah apa yang dia cari kat bawah tu..

Dah siap ice belnd Feeko.. Straw adalah cucuk sendiri.. aku sukalah dengan pemegang cawan ni.. takderlah tangan tu sejuk pegang tang cawan tu.. sebab ada plastic macam tangkai... sesuai untuk aku yang tak tahan sejuk ni...

Korang tengok kat blakang tu.. macam2 ada orang jual.. songkoklah.. t'shitlah.. macam2 lagilah.. duit je kena tebal dalam poket.. tak tebal rembat je apa yang termampu...

Tukang blanje... yang tengah sedut Feeko blend.. Tima kasih nanti ko blanje ucu lagi ye.. semoga murah rezeki...

ok.. dah habis citer sampai hujung ramadhan.. nanti citer raya pulak menyusul.. tapi tak tahu bila nak menyusul.. ikut mood aku ye...

bila habis ramadhan

Assalammualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Alhamdulillah... Dah selamat kembali memulakan rutin harian. Bermula sudah tugas aku pada minggu ini sambil melakukan tugas di selit pulak dengan blogging. Tak boleh nak dipisahkan.

Hari pertama bekerja untuk minggu ni jadinya ada perkara yang utama harus didahulukan. Kat bawah ni haruslah gambar aku buat tatapan korang yang rindu kat aku.. hehehe.. ada ke yang rindu ni.. rindulah ye..

1st raya... muka nampak kecik sikit..

2nd Raya dah mula nampak hasil nampaknya pipi gebu itu..
semalam.. raya ke 6.. nampak tak hasil pipi gebu aku tu.. selambak.. baru 6 hari.. kalau sebulan.. yang 5 kilo turun masa bulan pose akan berdouble naik ke 10 kilo.. adoi... penat berdiet ni..

Psst : ada ke yang masih bercuti-cuti raya ni..

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...