orang dah tak heran.. tapi aku baru nak merasa..

Salam.. 

Musim tak sihat sekarang ni.. Ramai yang kena selsema dan batuk bagai.. Harus kena jaga kesihatan.. Musim denggi pun ada jugak.. Adik beradik aku je dah tiga orang kena dalam bulan ni. Hish.. risau.. Mana tak risau tetiap pagi kena amik darah kat klinik kesihatan yang berdekatan. Kalau tak turun kena lagi pergi klinik.

Ni citer pasal orang dah tak heran ni.. Sebenarnya pasal limau je. Maklumlah raya cinakan banyaklah pemberian dari tokei2 cina bagi kat customer diorang kan.. Huhuhu.. aku ni nama je keje kat purchasing tapi payahnya nak dapat limau ni.. huk.. huk.. tak semestinya purchasing tapi tokei2 tu kenalkan.. diorang kenal dengan orang yang deal dengan diorang je.. 

Tapi hari ni adalah jugak rejeki nak dapat limau. Tupun bos kakinadodocheng yang bagi.. tapi kira bos aku jugaklahkan.. ater satu tempat keje.. hehehe..

Dapatlah limau dua biji.. Aku dengar limau ni sebagai lambang kekayaan.. hehehe.. betul ker?

ni lak citer hari isnin.. adik aku teringin makan nasi arab.. Sekali bila pergi aku dah salah tempat dah.. tak jumpa pulak restoran nasi arab kat sana. tapi bila on the way nak balik rumah baru perasan restoran nasi arab tu.. herm.. geram... sebabnya aku pun tak dapat nak makan nasi arab tu. tapi adik aku kata sabtu ni tetap nak terjah jugak.. aku pun peliklah.. patutnya aku yang mengidam.. tapi ni adik aku pulak lebih dari aku.. haish....
Sebab tak jumpa nasi arab kitorang layan nasi bariani JM Bariani House.. Nasib sedap..

Minuman malam tu.. air limau ais, milo ais dan guava ais.. hehehe.. 
Gambar adalah kelabu asap sebab nak dapatkan kesan mistik kat situ.. mistiklah sangatkan...

 Nasi beriani.. makan macam tu je pun sedap.. tu akulah.. tak lalu nak makan yang berkuah ni.. hadoi.. tekak dalam mood ngengada... kekadang malas nak layan..

Dalam menu tulis ayam masak merah.. Tapi yang sampai ayam kari.. Herm.. bedal jelah malas nak tanya bagai kat waiters tu.. Ke memang gini rupa ayam masak merah kat sini.. Tapi nasib baik isi ayam tu sedap dah lembut... 

Ok tu je.. citer hari ni.. Esok2 tak tau lagilah.. Maklumlah mood tengah swing je.. tak tahu nak gapai yang mana satu.. yang rajin ke atau yang malas.

Cassia Nilam

Salam... 

citer ni sepatutnya keluar last week lagi.. Tapi sebab malas ya amat nak update blog. hari ni baru rasa nak keluarkan..  Biasalahkan kalau angin malas ni datang memang susah nak tolak.. Makin kuat menghimpit lagi adalah. tu yang kejap ada kejap takder.. macam chipsmore lak kan.

Last week, Anak buah aku ajak pergi giant kat meru sana. Hajat nak makan ayam penyet. Pastu anak buah aku kata makan kat Cafe Cassia Nilam ni sedap. jadinya dari nak kearah kiri terus belok kekanan.. Dekorasi dalam tu kira boleh tahan cantiklah. Tenteramlah kalau melepak kat situkan.. Takderlah bosan.

Kaunter pembayaran..

Menu yang ada... 

 Order popia goreng.. Tapi yang sampai dimsum goreng ni... alasan.. popia goreng hancur tak dapat nak hidangkan.

 Minuman malam tu.. teh tarik dengan milo ais.

 Fries untuk budak dua orang tu.. tapi mama, mak sedara ngan kak sedara dia jugak yang bedal.. ater bebudak asyik beno berkejaran.. 

 Chicken chop aku.. oklah.. 50-50.. bolehlah kenyang perut kalau lapar sangat.. Ada lagi yang order yang lain tapi aku tak sempat nak snap.. sebab aku lapo sangat.. jadinya makanan orang lain aku dah tak peduli.. Ni pun aku dah sound diorang.. Korang jangan nak usik makanan aku ye.. sebab aku lapar sangat ni.. kat opis hari ni aku tak makan tau.. bahana malas nak tapau kat kantin. Nasib diorang menurut perintah orang lapo ni..

 Bebudak yang asyik beno nak main.. padahal main turun naik kerusi je pun.. Uzrei mata dah jadi maam edward cullen dah.. seram aku.. hehehe

Psst : sejak dua menjak ni perut asik minta diisi je... hadoi... bila dah isi tak lalu lak...


hohoho... lamanya tak update..

Salam... 

Lama betul aku tak update blog.. aku rasa nilah kali pertama aku susah betul nak update blog.. padahal draft tu dah terbentang depan mata.. tapi bila nak cuba buat ayat.. terus terbehenti. ntah apa masalahnya pun aku tak tahu. nak kata malas.. takderlah pulak.. tetiba dalam hati herm... kalau macam nilah keadaan kene tutuplah blog nikan... dari suram dan terus suram... 

Biasalah kalau tahun baru mesti orang sibuk uruskan dengan anak2 nak bersekolahkan.. aku pun tak kecuali jugak.. Walaupun hanya masuk sekolah tadika je.. tapi penat jugaklah.. memacam nak uruskan. tapi nasib baik senang je dengan uzrei ni.. Kalau uzair pening jugak kepala aku, mana nak layan karenah uzair yang anak mak tu.. semuanya nak celah ketiak aku je... hish.. risau.. nasib lagi dua tahun baru uzair nak sekolah.. 

 Ni gambar 1st day semalam.. Otw nak ke tadika dia.. masih pakai baju biasa je.. 2/3 minggu lagi baru dapat baju seragam kot.. tengoklah nanti.. kalau aku rajin nanti aku updatelah kalau dah dapat baju seragam tu. Masa ni aku nak amik gambar dia.. tapi uzrei tak bagi. malu katanya.. macam-macamlah..

Setiap khamis pulak kena pakai kasut sekolah macam ni. sebab ada sukan cikgu kata. Masa aku tengah kapur kasut ni.. teringat pulak zaman aku sekolah dulu.. 

Haish.. kalau korang tahu mesti kata aku ni pemalas ya amat.. tapi sebenarnya aku tak bagi kasut tu cepat rosak tau.. petuanya aku hanya basuh tapak dalam kasut tu dan lap kasut tu dengan kain bersih hingga tanggal kesan kapur yang lama.. bila dah kering baru aku kapur balik semula.. percayalah kasut tu memang akan lambat koyak dah boleh pakai pada tahun berikutnya.. Tapi pastikan kaki korang bukan jenis yang berbaulah... hehehe.. kalau berbau mau pitam dibuatnya. dan kesannya.. duit untuk beli kasut aku dapat jimatkan.. hehehe... Ni petua aku yang buat sendiri takder sapa-sapa bagikan.. Senang citer petua orang malas tapi memberi kesan yang sangat bermanfaat kepada aku..


Psst : apa pulak kenangan zaman sekolah korang?

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...