Hukum Minuman Yang Dimasuki Semut

Soalan:
Bangkai semut yang masuk dalam minuman, apa hukumnya meminum air tersebut?

Jawapan:
Semut adalah binatang yang tidak mengalir darahnya. Bangkai semut adalah najis yang dimaafkan. Namun, masuk semut pada minuman itu, hukumnya ada 2 keadaan:

1) Semut masuk dalam keadaan sudah mati

Semut itu sudah menjadi bangkai tetapi jika masuk atas ikhtiar manusia, seperti memasukkan gula yang ada bangkai semut, maka air itu najis, tidak boleh diminum. Kalau masuk bukan ikhtiar manusia, contoh seperti ditiup angin selagi tidak mengubah sifat air, maka boleh diminum dengan syarat membuang dulu bangkai semut itu.

2) Semut masuk dalam keadaan hidup

Jika semut itu mati sendiri di dalam air, atas sebab ikhtiar manusia, maka air itu najis dan tidak boleh diminum. Ini boleh berlaku kerana air itu ditapis atau memasukkan gula yang ada semut, atau memasukkan air yang di dalam cawan mengandungi semut. Jika bukan dengan ikhtiar manusia, seperti ia masuk dengan sendirinya atau ditiup angin, maka tidak najis dan boleh diminum dengan syarat bangkai semut itu dibuang dahulu.

Peralatan Insulin

Yang ni alat untuk cek BSP aku... ni aku pinjam kat kakak opis aku ni..


Ni aku nak tunjuk kat kengkawan peralatan untuk insulin aku..
nilah pen untuk suntik kat badan aku... canggihkan.. mula2 aku ingat suntik pakai jarum yg selalu nurse guna tu... tapi tetiba pakar farmasi datang bawak 2 boxes yg ada bekas mcm cermin mata... ingat nak bagi cermin mata free rupanya nak bagi pen insulin.. 2 boxes ni satu untuk injection malam n satu lagi utk injection siang... bagi memudahkan pengunaan sbb insulin mlm n siang berbeza nama ubat dia... klu satu pen je takkan setiap kali nak guna asik nak tukar je.. lama2 rosak pulak... tapi jarum untuk suntikan ni HTAR bagi satu je.. kenelah aku beli kat farmasi rm 0.50 satu... nasib baik satu jarum tu boleh guna 3 kali.. senang je guna pen ni.. tak sampai sehari nak blajar.. cuma kene faham cara nak guna jelah... mula nak cucuk kat badan aku.. aku takut jugaklah.. yelah ingatkan sakit rupanya tak sakit pun, sakit lagi masa amik darah kat jari.. pen ni HTAR bagi pinjam sampai aku bersalin je... lepas salin 2 minggu aku kene pulangkan balik.. yelah nak simpan pun buat apa...

5 hari di Wad 2B HTAR (20-24/5/2009)


Nilah AKU orang yg tgh tahap keboringan di HTAR pakai baju pink tu... selalu tgk org pakai je klu g melawat kat spital.. ni sekali aku pulak yg kene pakai... panas gile baju ni... walaupun angin kuat tetap panas... Nilah dugaan yg aku alami untuk anak kedua ni...









Ni pulak bahan bacaan bagi menghilangkan boring aku kat HTAR... kekadang aku main game yg ada kat h'set je..



nilah keadaan katil aku... pegh putih salju...














ni tag untuk makanan diet aku (Diabetic Diet)
seksa gila diet kat spital ni... sarapan pagi makan roti high fiber letak planta sikit yg keras mcm span (Span pun lagi lembut dari roti ni) tapi gambar roti aku tak teringat pulak nak amik... pehtu dia bagi air teh susu yg rasa mcm air rempah periuk utk org dalam pantang tu... (belum bersalin aku dah praktik minum air rempah tapi versi teh.. hehehe). lepas tu aku kena tahan lapar dari jam 8.30 pg sampai jam 12.30 untuk tgu makan tenggah hari lak... makan utk tgh hari pulak.. nasi setengah senduk, ayam @ ikan seketul, sayur mesti ada 2 jenis (mesti habiskan) dan buah tembikai susu @ merah..
tulah menu makan tgh hari aku... hari2 tau... perit.. klu boleh elakkan.. pehtu kene tahan lapar lagi sampai jam 3/4 petang... minum petang pulak HTAR bagi biskut Hwa Tai 3 keping dgn air kopi pahit secawan.. pehtu menu terakhir sekali ialah untuk makan malam.. lebih kurang je mcm menu tgh hari nasi setengah senduk, ayam @ ikan seketul, sayur mesti ada 2 jenis (mesti habiskan) dan buah tembikai susu @ merah.. tulah yg dirotatekan hari... sampai lah hari terakhir aku kat spital 24/5/09 ahad... harap takderlah kali kedua aku masuk wad sbb kencing manis lagi... satu penyeksaan yg tak dapat dilupakan..



nilah no katil aku masa kat HTAR
pehtu bersama dgn barang2 yg aku angkut dari rumah..
kipas je.. takde makanan pun atas kabinet aku ni..
aku dok HTAR semata makan makanan yg diorang bagi je..
klu aku tak ikut apa yg diorang bagi.. sampai ke hari ni aku
tak keluar wad lagi.. tension gila dok ni... rasa nak menangis pun ada... Beg biru ni pulak adalah beg pen insulin aku..
pihak farmasi HTAR bagi pinjam sampai bersalin nanti...
jadi doctor sendiri aku kat rumah.. aku ni dah kene suntik insulan sbb doc kata aku punya gula dah lebih walaupun bacaan paling tinggi 7.0.. so aku redho jelah suntik diri sendiri.. yg penting anak aku sihat bila lahir nanti..

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...