jalan sana sini...

Salam.. 

Maaf tajuk takder kaitan ye..
Semalam langsung aku tak update.. ntahlah malas pulak.. ntah2 aku nak dapat ABC kot.. tu yang malas nak buat entry kot.. 

herm.. pagi2 dah tengok blog resepi nak cari idea untuk masak petang nanti... tapi nampaknya dah nampak idea dari blog kak ina do do cheng. Dah lama tak masak kacang botor ni.. tengok blog dia rasa teringin pulak...

Ok.. aku nak pergi seru mood ni..


Semalam yang ke Lapan

Salam...

Sekarang ni bila nak menjelang petang je mesti aku keluarkan menu berbukakan.. Kotlah bagi idea untuk korang buat persediaan petang nantikan. Otak aku pun dah tepu jugak ni nak memikirkan apa nak masak untuk berbuka nanti. Jalan-jalan blog kengkawan ada yang masak ikan siakap steam.. Timbul idea petang ni nak cari ikan siakap pulak. 

Semalam menu utama berbuka aku meehoon. Bukan aku yang masak tapi adik aku yang masak. Sedap cukup rasa semuanya... Ni ayat nak bodek sebab harap2 mood memasak adik aku naik mencanak. relaks sikit kakak diakan.. 

Meh nak tayang meehoon adik aku masak.. sempoi je almaklumlah orang bujang yang masak. Tapi aku kalau bab goreng meehoon dengan mee ni memang faillah. Kalau jenis yang berkuah Insya Allah aku bolehlah masak.

Meehoon goreng sempoi hanya bersayurkan daun kucai je.. Togei tak mau letak sebab aku tak suke.. mesti kena ikut cakap orang yang nak makankan.

Tomyam isi ayam bersama sayur aku yang masak.. (wah siap nak bagitau pulakkan sape tukang masak).. Apesal aku nak letak tajuk panjang-panjang lak ni.. adoi... menjejeh air liur aku tengok tomyam ni...

Dan makanan sampingan yang dibeli kat bazar ramadhan.. 

Satay 20 cucuk.. tapi tak cukup pulak. sebab yang paling banyak bedal anak bujang aku yang tak berpuasa. tapi makan macam orang berpuasa... 

Dan kuah kacang untuk satay.. Nilah satay yang terbaik aku makan setakat ni.. Setiap kali Raya aku mesti order kat kakak satay ni. (suka2 hati aku je bagi nama dia kakak satay.. nama dia kak bie)

Psst : Semalam aku buat air bandung soda.. tapi kenapa rasa dia tak sama macam yang aku minum macam orang lain buat.. sape ada resepi untuk buat bandung soda tolong bagi kat aku ye.. TQ..

Hidup = 3 hari + 2 nafas

Salam..

Untuk renungan kita bersama pagi ini.

"HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI: 
Semalam ~ Sudah menjadi sejarah. 
Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan. 
Esok ~ Hari yang belum pasti. 

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua. 

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS: 
Nafas Naik. 
Nafas Turun. 

Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya. 

Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini. 

HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN : 
Hidup dalam keredhaan Allah. 
Hidup dalam kemurkaan Allah.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT : 
Kekal di dalam neraka. 
Kekal di dalam syurga. 

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN. Rukun Iman itu pula ada 6 dan apabila hilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia. 

Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT. 
Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan puncaknya adalah SOLAT ... 
Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat, umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang, tetapi tidak mempunyai boarding pass. 

Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem ... 
apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai pada penerimanya ... lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian.

Ada 2 penyelesaian dalam kes ini : Dia mungkin didenda ... atau, suratnya masuk tong sampah. Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita ... 

Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati~Nya setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang ... lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan kita redha dan Allah meredhai. 

Semoga kita semua berbahagia + sejahtera senantiasa ... di dunia jua di akhirat kelak serta di dalam rahmat Allah s.w.t.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...