aPpY BiRThdAy UZrEi DaNIaL 3

Hari ni genap Uzrei Danial 3 tahun.
Tak sedar pejam celik dah besar anak mama..
mama harap uzrei akan jadi anak yg soleh
dan berjaya dalam didunia dan akhirat.
Amin..

Anakku,
Bila mama boleh memilih
Apakah mama berbadan langsing atau berbadan besar kerana mengandungmu
Maka mama akan memilih mengandungmu
Kerana dalam mengandungmu mama merasakan keajaiban dan kebesaran Allah
Sembilan bulan nak, engkau hidup di perut mama
Engkau ikut kemanapun mama pergi
Engkau ikut merasakan ketika jantung mama berdetak kerana kebahagiaan
Engkau menendang rahim mama ketika engkau merasa tidak nyaman,
kerana mama kecewa dan berurai air mata
Anakku,
Bila mama boleh memilih apakah mama harus operasi caesar,
atau mama harus berjuang melahirkanmu
Maka mama memilih berjuang melahirkanmu
Kerana menunggu dari jam ke jam, minit ke minit kelahiranmu
Adalah seperti menunggu antrian memasuki salah satu pintu syurga
Kerana kedahsyatan perjuanganmu untuk mencari jalan keluar ke dunia
Sangat mama rasakan
Dan saat itulah kebesaran Allah menyelimuti kita berdua
Malaikat tersenyum diantara peluh dan erangan rasa sakit ,
Yang tak pernah bisa mama ceritakan kepada siapa pun
Dan ketika engkau hadir, tangismu memecah dunia
Saat itulah… saat paling membahagiakan
Segala sakit & derita sirna melihat dirimu yang merah,
Mendengarkan papamu mengumandangkan azan,
Kalimat syahadat kebesaran Allah dan penetapan hati tentang
junjungan kita Rasulullah di telinga mungilmu
Anakku,
Bila mama boleh memilih apakah mama berdada indah, atau harus bangun
tengah malam untuk menyusuimu,
maka ibu memilih menyusuimu,
Kerana dengan menyusuimu mama telah membekali hidupmu dengan
titisan² dan tegukan² yang sangat berharga
Merasakan kehangatan bibir dan badanmu didada mama dalam kantuk mama,
Adalah sebuah rasa luar biasa yang orang lain tidak bisa rasakan
Anakku,
Bila mama boleh memilih duduk berlama-lama di ruang rapat
Atau duduk di lantai menemanimu menempelkan puzzle
Maka mama memilih bermain puzzle denganmu
Tetapi anakku
Hidup memang pilihan
Jika dengan pilihan mama , engkau merasa sepi dan merana
Maka maafkanlah nak
Maafkan mama….Maafkan mama
Percayalah nak, mama sedang menyempurnakan puzzle kehidupan kita ,
agar tidak ada satu kepingpun bahagian puzzle kehidupan kita yang hilang
Percayalah nak
Sepi dan ranamu adalah sebahagian duka mama
Percayalah nak
Engkau adalah selalu menjadi belahan nyawa mama

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kepada Blogger yang komen di blog RK. Tunggukan kunjungan balas dan comment dari RK di blog korang ye. Nak Reply comment disini RK takut tak sempat je.

@}------LOL to all comentar------{@

Nota Penting!
Pada yang nak letak Iklan. Tolong letak d ShoutboX atau bayar RK RM o.5o per comment boleh? boleh jugak beli cekedis ~ ahaks~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...