Tips bagaimana nak hapuskan cicak di rumah. Saya akan cuba bantu sebab hapuskan cicak tu perkara bagus. Dalam agama pun digalakkan kita hapuskan cicak sebenarnya.
Comel lak cicak ni..
Dipetik dari KITAB NAILUL AUTHAR Himpunan Hadith-Hadith Hukum Jilid 6:
i. Dari Sa’id bin Abi Waqqash: Sesungguhnya Nabi saw menyuruh membunuh cicak dan ia menyebutnya binatang kecil penyeleweng (HR Ahmad dan Muslim).
ii. Dari Ummu Syarik ra: sesungguhnya Nabi saw menyuruh membunuh cicak-cicak (HR Ahmad, Bukhari dan Muslim)
iii. Bukhari menambah: Nabi saw bersabda: Dan cicak itu pernah meniup (api yang membakar) Nabi Ibrahim as
iv. Dari Abi Hurairah ra, ia berkata: Rasulullah saw bersabda: “ Siapa yang membunuh cicak pada pukulannya yang pertama ditulis seratus kebaikan sedang pada pukulan yang kedua dan yang ketiga kurang dari itu. “ (HR Ahmad dan Muslim)
PENJELASAN
Syarith (Imam Syaukani)) rahimahullah berkata: perkataan “Nabi saw menyuruh membunuh cicak “ itu, disebut “ fuwaisiq “ (binatang kecil penyeleweng) lantara sukanya mengganggu (manusia). Perkataan “ dan ia yang meniup (api yang membakar) Nabi Ibrahim as “ itu, memang sudah menjadi tabiat binatang ini yang suka memusuhi manusia.
Manakala membunuh cicak kalau boleh hendaklah dengan cara yang terus dapat membunuh cicak tersebut supaya binatang tersebut tidak terseksa akibat kesakitan. (Kepada yang lebih a’rif, harap tlg perbetulkan jika ada kesilapan… Wallahua’lam.)
Cicak, najisnya, telurnya, dan bangkainya boleh memudaratkan manusia. Ada yang kaitkan sakit sopak dengan bangkai atau telur cicak dalam kolam air mandi atau air minum. Tak taulah betul atau tidak.
Ada yang kaitkan cicak dengan keracunan salmonella. Malahan ada yang kaitkan cicak dengan tumor, kerana cicak boleh terkena serangan tumor ( benjolan-benjolan ). Pun tak tau kesahihannya.
Yang tanpa syak ialah ke mana saja cicak merayap, ia akan menyebarkan virus dan kotoran yang tersangkut pada kaki, badan dan ekornya. Banyak tempat cicak merayap, termasuklah tandas, bawah meja, belakang kabinet, celah sinki, bawah peti ais, siling, dan dinding.
Cicak juga ada sikap jahat ( dengki ). Situlah tempat sujud solat witir , situlah jadi tempat favorite dia berak. Jika situ tempat kita belajar, situlah yang dipilih jadi jamban terbukanya.
Jika situ tempat letak makanan dan minuman, situ juga tempat dia bom dari atas.
Sekarang kedapatan spray untuk menghindari cicak daripada menghuni rumah, agak berkesan kerana saya pernah menggunakannya. Tapi pastikan jangan spray di atas sahaja, kerana selepas itu, cicak-cicak di rumah saya berjalan di atas lantai sama macam kami sekeluarga. Agaknya gayat dah bergayut kat atas syiling.
Kenapa ada cicak di rumah?
Sebenarnya kita kena soal diri kita sendiri sebab kita sudahpun tahu jawapannya. Saya tolong sikit-sikit kalau ada yang tidak pasti. MAKANAN CICAK IALAH SERANGGA. Lagi banyak serangga lagi banyak cicak. Sikit serangga sikit cicak. Walaupun sekarang -apa yang pernah saya terserempak- ada cicak yang sudah pandai makan nasi, tapi masih lagi feberet dia makan serangga, sebab nasi putih tak enak dimakan begitu sahaja, berbeza dengan serangga.
cicak betul ni.. geli.
TIP (1)
Kalau nak hapuskan cicak, hapuskan serangga dulu. Cicak akan lari ke tempat lain sebab takda rezeki kat rumah kita.
Kenapa ada serangga di rumah?
Soalan ini juga boleh dijawab senang oleh kita sendiri. Dari sampah, saki-baki makanan yang tidak dibersihkan, lantai kotor, makanan mentah tidak ditutup rapi, sarang serangga, highway serangga seperti dahan pokok dari pohon rimbun, tempat lembab dan sebagainya.
Makanan favorite cicak ialah SEMUT, ANAI-ANAI, LALAT dan kalau time KELKATU keluar sarang, mereka akan berpesta makan sampai cirit-birit.
TIP (2)
Kalau nak hapuskan cicak, JAGA KERSIHAN RUMAH supaya kurangkan serangga.
Orang-orang yang beriman suka menjaga kebersihan.
Bahan apa yang cicak takut atau tak suka?
1. Cicak tidak suka dengan campuran air dan lada merah. Dia tak tahan pijau. Lari….!!!
TIP (3)
Tumbuk 2 biji lada merah atau 4 -5 cili padi. Bancuh dengan air. Masuk dalam Botol Spray. Spray kat tempat mana banyak semut atau selalu nampak cicak dok berdiskusi dalam group atau menyorok.
JAUHI DARI KANAK-KANAK. Jangan ter-spray mata sendiri atau terhidu air spray.
BAHAYA. JANGAN LALAI.
2. Cicak tak suka dengan kulit telur ayam. Dia alergik dengan mineral kulit telor.
TIP (4)
Basuh dan keringkan dalam 2 atau 3 hari. Pecahkan kecil-kecil jadi saiz duit 5 sen atau seposen. Lekatkan berapat-rapat pada kadbod dengan gam. Letak kat mana-mana yang nak elak cicak berkunjung. JAUHI DARI KANAK-KANAK.
3. Cicak tak suka pada serbok borik acid. Dia mati tergolek kalau degil dan lalu jugak.
TIP (5)
Kebersihan halaman rumah juga boleh mengurangkan cicak dari masuk ke dalam rumah. Laluan terbaik cicak-cicak ini ialah melompat dari daun ke atas bumbung dan seterusnya melalui tingkap atau bawah pintu balconi.
Cicak suka menyorok di bawah daun dan pada dahan-dahan pokok. Perlu pendekkan rumput, daun-daun, dahan-dahan pokok. Selepas menebas, taburkan serbok borik acid di kawasan yang rimbun menghala ke rumah.
JAUHI DARI KANAK-KANAK. BAHAYA.
4. Cicak takut dengan kucing. Kucing biasanya bermain-main dengan cicak dan menjadi makanan side-dishnya.
TIP (6)
Kalau larat jaga kucing takpalah. AMARAN : Pastikan kucing selalu bersih dari kutu. Kutu boleh beranak-pinak setelah kenyang hisap darah. Jika kutu kucing tersebut berasal dari kutu anjing, lagilah risiko tinggi menjadi sarang kutu di dalam rumah. PENAT berminggu-minggu nak hapuskan kutu pulak. Sendiri fikir dan buat keputusan.
Akhirkata
Kurang dan banyaknya cicak di rumah berkait rapat dengan kurang atau banyaknya serangga di rumah. Kurang atau banyaknya serangga di rumah, berkait rapat dengan sikap penghuni terhadap kebersihan rumah dan halamannya.
info berguna utk dikongsi bersama.. bersama2 kita membanteras
Akk jd pembunuh mlm td Kebaya..puas ati akk..aku jolok ngan btg mop...jatuh kelantai aku hayun nagn penyapu...amik ko...3 kali hayun..Mati ko cicak,..mmg akk anti betul ngan binatang ni...
ReplyDeletetips yg bagus ni..masalahnya dee nmpk cicak dh lari jauh seribu batu..sbb geli..hehehe..
ReplyDeleteTQ sharing this good info.. :)
ReplyDeletebunuh cicak dapat pahala ngan rumah pun terjamin bersih... :)
ReplyDeletepatotlahh kat umah susah nak jupe cicak..
ReplyDeletedah kene geget ngan kucing...
uhukk
kalau cicakman nak kene bunug gak ker ? hehehehehe
ReplyDeletegiler comel ciciak biru tuh..sib baik umah mak lisa xde cicak..kat kampung banyak..
ReplyDeletenak nak bunuh cicak.dapat pahala.cicak jahat cicak jahat.
ReplyDeleteakak tau, binatang yg paling lieya geli cicak laa salah satunye....no 2 katak..lembik2 ni....hiiiiiiiiiiiii.....bace cite akak ni pun lieya geli geleman....gambar cicak tu cepat2 lieya scroll...sebab geli huhuhu
ReplyDeletebenci cicak! eeeeeewwww..
ReplyDeletetp memanglah, kucing suka makan cicak..padan muka cicak..ekekekkeke
aishah tengkiu for da info...sgt berguna n akn di praktikkan...hehehe
ReplyDeletenmpak nau umh byk cicak kan
kena cuba nih....hehehehe
ReplyDeleteByknye info.umah saya mmg byk cicak.geram btl suka berak bersepah2,tima kash untk info ni.
ReplyDelete