1.10

Salam..

Citer pasal catuan air lagi.. bila kawasan rumah pun terbabit dicatu.. mulalah mengelabah nak mencari tong.. nak beli tong air di kedai hardware sekarang ni dah tak guna dah.. kedai-kedai memang akan amik kesempatan kot.. atau dah memang rege tong air memang macam tu.. 

Sebelum ni aku beli tong air kat satu company ni.. memang murah dapat harga staff RM17 sahaja. 

Nilah tong airnya...masa tu tak terfikir sangat pasal catuan air ni..
memang beli satu untuk stanby.. Bila kawasan catuan ni dah diperluaskan..
terasa macam rugi je hari tu beli satu tong je.. kalau ada dua tong dah cantik dah..
Bila terfikir nak ada tong kedua.. Tanyalah balik kat member yang boleh beli harga ni dengan harga staff.
sekali member pun takut nak bagitau kat aku.
rupanya company tu dah tak bagi staff diorang beli guna harga staff..
sebab ada staff yang ambil kesempatan.. beli banyak dan kaut keuntungan yang banyak..
kesian pada staff lain yang tak terlibat..
bila tanya nak beli harga kilang.. berganda-ganda pulak harga dia.. huhuhu
RM42.80 tu pun hanya dapat diskaun RM6. 
Kalau tak harga asal kilang RM48.60.

memang taklah aku nak belikan.. hehehe...

Tengah buat keje kat opis.
Tetiba ada member bagitau yang bos nak jual drum lama.
cuma kene basuh dengan sabun dan clorox lah..
untuk langkah keselamatan..
tapi drum ni pun gunanya untuk bahan makanan haiwan.
Tanya member..
Sekali dia kata harga hanya RM1.10..
Sebab tu lah aku letak tajuk rm1.10.
memang murah gilalah.. tapi leceh sikitlah kene cuci bagai.. tapi bukan susah pun nak cucikan..

nilah tong yang berharga RM1.10.
Taklah besar macam tong rm17.00 tu..
tapi kalau 3 tong ni dah sama banyak isi airnya dengan tong yang rm17 tu..
Dalam tu sebenarnya bersih je..
cuma luar jelah berhabuk..

Ha... dari beli yang rm42.80 tu..
baiklah aku beli tong ni... tebal pun tebal..
harap boleh simpan lama.. senang nanti nak kenduri kendara..
simpan beras pun cantik gak ni..
macam orang dodulu lak simpan beras tong drum ni..
aku suke je simpan dalam ni... hehehe..

oklah..

sekian..

babai.


Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

 

7 comments:

  1. dari Rm17 ke Rm42?
    fuhh..
    jauh betul beza harga tue..

    ReplyDelete
  2. OK la sebab tong tu digunakan utk isi makanan haiwan...Ada pihak yg recycle tong dram color biru...yg mmg diguna isi chemical product...so mmg high risk guna walaupun kita cuci berkali kali

    ReplyDelete
  3. perghhhh memang terasa beza rege tu sis....
    sib baik ada tong drum ni...
    sangat2 murah and berbaloi....

    ReplyDelete
  4. bagus betul tong ni susah nak cari tau...

    ReplyDelete
  5. masa ni la dia org nak buat untung kan.

    ReplyDelete

Terima kasih kepada Blogger yang komen di blog RK. Tunggukan kunjungan balas dan comment dari RK di blog korang ye. Nak Reply comment disini RK takut tak sempat je.

@}------LOL to all comentar------{@

Nota Penting!
Pada yang nak letak Iklan. Tolong letak d ShoutboX atau bayar RK RM o.5o per comment boleh? boleh jugak beli cekedis ~ ahaks~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...