Hadiah buat kami..

salam...

Alhamdulillah aku dah selamat melahirkan seorang puteri pada 28/8/2014. Jatuh pada hari ulangtahun perkahwinan aku dan en.  suami.  Inilah hadiah terindah pada kami dalam tahun ni.  Kiranya ni hadiah anibeseri kamilah..

Walaupun sepanjang pregnant tertanya-tanya gegirl ke boboy..  tapi masa beli barang² baby mmg beli warna yang selamat je..  hehe..  cuma hari² akhir shopping je aku beli botol susu warna pink.  Alhamdulillah..  memang naluri ibu tu sentiasa betullahkan..  Akhirnya memang gegirllah baby yang ke empat ni.

Bersalinkan dia memang senang.  walaupun dijangka induce melalui jalan bawah.  tapi masuk je ward 27/8/14 tu aku dah rasa sakit dari pinggang.  tapi dalam 2 ke 3 jam sekali..  walaupun tak kuat sakitnya tapi kalan dah buka 3cm.  terus doctor tak jadi masuk ubat.

28/8/14 labour room dah call ward suruh bawa aku masuk untuk bersalin.  Dalam jam 10.30 pagi tu nurse tolak masuk ward dan terus masukkan ubat kat tangan tu.  aku tak ingat pulak apa nama ubat tu.  mula memang tak rasa sakit sangat..  bila nurse tengok mesin CTG.  bila dia tgk contraction macam 1 kali dalam 29 minit terus dia tambah dose.. masa tu terus sakit dalam 5 minit sekali..  dalam jam 12.20 aku dah cakap kat doctor aku dah sedia nak teran.  dalam nasa 15 minit akhirnya lahirlah anak perempuan aku Ulfah Delisha.

Alhamdulillah memang dipermudahkan bersalin berkat doa ahli keluarga dan rakan². Terima kasih kepada semua yang mendoakan aku.

hadiah terindah
Ulfah Delisha Binti Mohd Azhari
28/8/2014



Untuk Arwah mak الفاتح ~
Sariah binti Lanu~

 

8 comments:

  1. wahhh congratulations...
    bila nampak gambar family akak yang pakai semua merah baru nak terhegeh2 approve fb friends..aekkekkeke sory lembab respond!

    saya dah tukar link, jemput ya ;)

    http://bitttravel.blogspot.com
    http://bittbeauty.blogspot.com
    http://bittdoubleis.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. adoii maaf...pasal fb tu tadi salah orang hahahhhaa adoiii parah...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah... berairmata pulak mata kakak ni Sya. Sukanya kakak tengok. Tembam macam abang-abangnya juga. Untunglah anak dara ni ada 3 abang jadi body-guard dia

    Tahniah dari kakak dan Selamat berpantang dik!

    ReplyDelete
  4. Salam perkenalan....Tahniah RK...comel baby tue..


    btw,saya ada tag RK untuk LIEBSTER AWARD..Kalau berkesempatan jom join..

    http://www.akuseorangsu.blogspot.com/2014/09/liebster-award.html

    ReplyDelete
  5. Tahniah RK. Gegirl jugak akhirnya :)

    ReplyDelete

Terima kasih kepada Blogger yang komen di blog RK. Tunggukan kunjungan balas dan comment dari RK di blog korang ye. Nak Reply comment disini RK takut tak sempat je.

@}------LOL to all comentar------{@

Nota Penting!
Pada yang nak letak Iklan. Tolong letak d ShoutboX atau bayar RK RM o.5o per comment boleh? boleh jugak beli cekedis ~ ahaks~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...