Salam...
Bertimpa-timpa dugaan yang datang.. alhamdulillah.. itulah ujian yang telah Allah s.w.t. berikan kat aku dalam bulan ni... Memang penat dan letih rasanya.. tapi tulah kena redha dengan ujian tu untuk kita bermuhasabah diri. Mungkin ada perkara yang aku terlepas pandang sebelum ni.. Dengan dugaan yang diberikan ni.. taklah jauh aku tersasar dari landasan.. Insya Allah.
Kan sebelum ni abang aku patah tulang belakang.. Alhamdulillah dah boleh jalan sikit2 dengan bantuan lumbar belt back pain tu.
Lepas abang aku patah tulang belakang tu. Abah aku pulak masuk hospital sebab ada darah beku kat kaki. Alhamdulillah sekarang dah boleh jalan.. Tapi kaki still bengkak lagi.
Lepas dah abah aku masuk spital tak sampai sehari anak sulong aku pulak kaki retak balik mengaji.. huhu.... Katanya main-main ngan kawan.. maybe berlari-lari kot.. tu yang terpeleot kakinya. Mulanya aku ingat terseliuh biasa je... Tapi pelik gak sampai dia tak boleh berjalan... Sudahnya kakak aku soh bawa pergi spital.. Sekali xray kaki apa lagi ada sikit retak kat kakinya...
Muka menahan sakit...
masa tu aku ingat dia main2 je.. sebab taknak pergi sekolah..
huhuhu
Dah siap berbungkus dah kakinya...
Masa ni dah lepas 2 minggu..
plaster tu pun dah boleh buka..
lepas buka doctor soh xray..
alhamdulillah.. dah ok kakinya
nasib tak serius sangat.
Tak sampai beberapa hari..
anak dara aku pulak masuk spital..
demam dan ceri beri sampai lembik dah..
selalu aktif je main.. tapi malam sebelum masuk spital tu.
Ulfah memang flat gile.... pastu asyik meragam je..
yelah perut tak sihatkan...
Dua hari kat spital...
Alhamdulillah sekarang dah sihat..
melasak pulak.. hehehe..
melasaklah nak.. jangan lembik2 lagi ye
Gambar pagi ni kat rumah pengasuh aka kakak aku.
tengah bersantai tgk kucing kat luar rumah.
Lepas ulfah dah sihat.. Isnin lepas Usyair Darwisy demam.
panas sangat sampai 40.4c suhunya..
dah jelum ngan air pun panas lagi...
rupanya ada bengkak kat tekak dia...
tapi hari ni alhamdulillah dah sihat jugak..
Sekian
babai.
Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~