Homemadelah...

Salam...

Cuti hari minggu memang melepak je kat rumah.. malas nak kemana-mana.. Jadi kalau tak kemana-mana tu.. dalam kepala fikir asyik nak masak jelahkan... Lepas tu mata ni tengok pulak FB kawan-kawan. Bila tengok kawan buat homemade burger.. Terus idea tu datangkan.. nak bagi anak-anak seronok makan.. yelah asyik makan nasi je.. bagi kelainan pulakkan... Kite buat burger sendiri.. hehehe...

Gigih aku menguli tepung nak buat roti burger sendiri.. bukan aku yang ulilah.. mixer yang uli.. kalau aku yang uli nanti.. mau jadi makcik sado aku ni.. haha.. takkan lah baru sekali menguli dah jadi makcik sado lakkan.. nampak nau nak auta korangkan...

dah siap uli tepung untuk buat roti.. kite gaul-gaul lak daging cincang dengan bahan yang bersesuaian untuk buat patty dia.. lepas dah siap semua tu....


Tadaa.... inilah hasilnya... homemade burger dari aku.. rupa buruk jekan.. tapi rasa boleh tahanlah.. cuma kurang garam... tu kakak aku katalah.. kalau kat tekak aku.. dah secukup rasa dah.. yelah dengan mayo, cheese dan sos cili.. tu dah cukup perasa dah bagi aku.. tapi kakak aku kata patty tu kurang garam sikit.. 

Salad aku taknak timbunkan dalam burger... sebab nak amik gambar tak berapa cantik.. hahaha
letak tepi macam ulam makan nasi pun okkan.. :)

tu tak per lepas ni boleh aku boleh perbaiki lagi....
yang penting rasanya sama... dan bahan-bahan yang tak diraguikan...

oklah.. 
sekian..

babai...


Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

Alhamdulillah... Rezeki Mertua menunaikan Ibadah Haji tahun ni

Salam....

Alhamdulillah... Akhirnya mak dan abah mertua aku dapat menunaikan haji pada tahun ni.. Walaupun mak mertua sepatutnya dapat pergi pada tahun 2017. Tapi sebab abah mertua aku dapat pada tahun ni jadinya buat surat rayuan untuk mak mertua aku juga. Rezeki ada untuk mak mertua rayuan pun diluluskan.. Alhamdulillah...

Malam tadi kitorang hantar mak mertua ke Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya. Sampai pun tepat-tepat waktu maghrib. Waktu naik bas dalam jam 1.30 pagi.. jadinya kite menunggulah dulu sebelum waktu berlepas. hihihi... boleh abadikan sekali kenangan kan..

aku pun last pergi ke Kompleks TH tu tahun 2003 masa tu hantar abah dan Arwah mak aku. Berbeza betul keadaan dulu dengan sekarang... Dulu rasa macam sesak sangat.. Tapi kali ni tak rasa sesak sangatlah.. ok gak lagilah.. anak-anak masih boleh berlari-lari.. hehehe

Semoga mak dan abah mendapat Haji yang Mabrur.
Semoga mak dan abah diberikan kesihatan yang sihat sepanjang menunaikan ibadah kat sana nanti.

Kami anak-anak dan menantu sentiasa mendoakan mak dan abah diberikan kesihatan yang sihat sepanjang menunaikan ibadah kat sana nanti.

Sekian..



Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

Moga lebih sihat....

Salam....

Selepas baca beberapa testimoni.. Aku pun teruja jugak nak test detox tea ni.. Maklumlah umur dah mendikit ni.. toksin dalam badan pun dah banyak terkumpul... 

Sebenarnya tea ni baru je sampai hari ni.. hehehe.. hari ni jugak baru pertama kali nak minum.. kesan nye aku tak tahu lagilahkan.. setiap badan tu penerimaan nyer berbeza-beza.. harap kesan yang baiklah.. kikiki...

 aku beli dua jenis ni... ada banyak lagi flavour.
korang nak tahu detail boleh masuk kat link blog aku bagi kat bawah ni ye..



aku try tea dandelion burdock ni...

khas

infusion detox water ni bagus untuk detox organ penting macam hati,hempedu,buah pinggang.

Kalau ada masalah kulit macam ezcema atau ruam-ruam or jerawat memang bagus amal infusion water ni.

bagus utk hati, rendahkan kandungan gula dalam darah dan amat- amat bagus utk  buah pinggang , hati, pundi hempedu dan radang masalah usus. Ia menggalakkan rembesan hempedu, dan merangsang hati, pankreas , limpa dan pundi hempedu. Akar dandelion adalah baik untuk membantu dengan batu karang , penyakit kuning, ketagihan arak , hepatitis dan terutamanya pembesaran hati dan limpa.

Infusion water ni rasa seakan-akan air ribena.
Sedap.

Ingredients: Apple Pomace, Hibiscus, Sweet Blackberry Leaves, Flavourings (Grapefruit & Blackcurrant), Citric Acid, Chicory Root Roasted, Burdock Root (3%), Hawthorn Leaves with Flowers (3%), Dandelion Root (2%), Ginseng, Rosehip, Blackcurrant Fibres. 

aku copy ayat SafiyyahOsman je...

ok.. babai..


Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...