Showing posts with label nostalgic. Show all posts
Showing posts with label nostalgic. Show all posts

Sejarah Puasa

tajuk kat atas tak boleh blahkan..
korang mesti ingat aku nak citer salah-silah tentang puasakan
tak ni aku nak citer tragedi yang terjadi kat diri aku masa bulan puasa
tragedi ni dah lama dah.. masa ni aku form 1
aku ni start merasa cuti puasa ni masa form 2
jadi masa form 1 tu aku boleh puasa penuh sebulan
nak dijadikan cerita.. masa tu nak dekat raya dah..
mak & kakak2 aku sibuklah nak buat kuih raya
aku ni pulak sibuk nak menolong..
masa sibuk2 menolong tu, kakak aku suruh aku buka 
penutup tin planta tu.. tutup tu kalau nak buka kan mesti 
pakai alat pembuka tin tu..
aku pun gigihlah membuka tin tu..
bila dah siap masa aku nak angkat tin tu bagi kat kakak aku
tetiba jari aku terkene penutup tin yang ada tajam2 bekas dibuka tu
lukalah tangan aku dan darah tak berhenti2 keluar
lepas tu kakak aku pun bersuara..
"tu puasa dah batal tu.. g minum air cepat"
aku pun tersenyum simpul sambil jawab manja
"sebenarnya orang memang tak puasa, tadi orang dah minum air tebu dalam peti ais"
kakak aku dengan muka sengeh lebar
"oh.. pandai ko berlakon ye.. konon mcm org puasa je muka.. monyok semacam
rupanya memang tak puasa.. ye
sambil luku kepala aku.. huhuhu

hikmah disebalik tangan luka kerana kene bekas bukaan tin adalah aku tak payah susah2 nak curi2 minum air kat peti ais.. hahahaha
dengan selambanya aku boleh minum terang-terangan.. tapi yang tak best kene bebel dgn mak n kakak aku satu hari..
hidangan puasa pada hari tu aku yang kene buat.. huhuhu.. letih oooo.. tapi tak per berbakti demi keluarga..
wah ayat penyedap hati..

lebih kurang macam nilah pembuka tin aku

Note : lain kali kalau tak puasa jangan sorok ye.. kang tak pasal2 dapat luka yang macam aku dapat..
tapi mungkin versi lainlah..

Kisah seram : apa tu....?

 
Kejadian ini terjadi pada 15 tahun yang lalu. Saya dan lima orang kawan saya telah pergi memancing di Punggol Track 22. Masa kami tiba di sana, jam sudah menunjukkan pukul enam petang.

Sedang kami menyediakan barang2 pancing dan memasang khemah, salah seorang dari kami telah ternampak sebuah pondok kecil yang buruk terletak di hujung tak jauh dari khemah kami. Kami semua hairan kerana sejak kami sampai, kami semua tak perasan pun ada pondok di situ.

Kawan saya yang bernama Aziz memberi cadangan untuk pergi ke pondok itu bersama2. Jadi setelah siap kami memasang khemah, masa tu kalau tak silap hampir waktu Maghrib, kami pun menuju ke pondok itu. Setelah sampai di pondok itu, Aziz tanpa memberi salam telah membuka pintu pondok itu dengan perlahan2.

Suasana di dalam pondok itu sungguh gelap gelita. Tiba2 kami berenam ternampak sebuah imbasan putih melintas di dalam pondok itu. Kami terkejut lalu berlari menuju ke khemah kami. Kami tertanya2 antara satu sama lain apa benda yang kami lihat tadi. Namun tiada jawapan jadi kami semua cuba melupakannya dan terus memulakan untuk memancing. Lagi pun air laut sudah mula pasang.

Setelah satu jam memancing, kami tunggu punya tunggu, ikan tak timbul2. Suasana pun semakin suram. Dalam keadaan suram dan membosankan itu, Din terjumpa seutas tali. Tali itu kami ikat di dahan sebuah pokok dan kami gunakan untuk bergayut. Kami pun bergilir2 bergayut di tali itu sebelum terjun ke laut. Bila giliran Zam pula, tiba2 tali itu putus dan Zam terus jatuh ke dalam laut.

Aidil dan Aziz yang menunggu giliran mereka sedang berdiri dekat pokok itu pun terkejut. Lalu mereka melihat ke atas pokok itu dan muka mereka mula berubah pucat sebelum mereka berlari masuk ke dalam khemah. Mereka kelihatan takut.

Saya, Zam, Rashid dan Din pun naik ke darat dan pergi mendapatkan mereka dan bertanya apa yang sudah terjadi namun mereka cuma mendiamkan diri dan tidak ingin berkata apa2. Tiba2 bulu roma kami berdiri dan kami mula rasa tidak sedap hati. Kami juga segera masuk ke dalam khemah.

Untuk menenangkan keadaan kami berenam pun mula bermain kad. Sepanjang kami bermain kad itu kami telah diganggu oleh bermacam2 bunyi di luar khemah kami.

Kami terdengar bunyi seperti tapak orang berlari ke hulu ke hilir di luar khemah kami, bunyi suara angsa dan juga suara anjing menyalak. Seram betul suasana pada saat itu tapi kami tetap teruskan juga bermain kad tanpa mempedulikan suara2 itu. Sedang kami bermain kad, Aziz menjenguk keluar khemah melalui tingkap khemah itu. Lama juga dia menjenguk luar jadi saya pun menegurnya. “Hoi bro! Apa yang kau tengok kat luar tu, Giliran kau lah.” Dengan perlahan2 dia menoleh ke arah kami dan menunding jarinya ke arah luar tingkap itu.

Kami berlima terdiam sekejap dan terkejut apabila melihat muka Aziz mula berubah pucat. Dengan tak berlengah lagi saya dan dua orang kawan saya pun menjenguk ke luar tingkap itu. Dua lagi kawan saya cuba menenangkan Aziz. Akhirnya Aziz berkata dengan terketar2 yang dia nampak "KAKAK" di luar tadi. Kami semua tergamam. Aidil pun menyampuk yang tadi dia ada ternampak kain putih dengan kuku panjang di atas pokok tadi sebelum dia dan Aziz lari masuk ke khemah tadi.

Zam pun mula menasihatkan kami semua kalau apa2 terjadi terus lari keluar menuju ke tepi jalan raya. Sejurus kemudian kami terdengar suara "KAKAK" itu menggilai.

Apa lagi dengan pantas kami semua lari keluar khemah itu dan terus menuju ke arah jalan raya. Sampai saja di sana kami semua termengah2 dan baru kami perasan yang Aziz tidak ada bersama kami. Kami mula bimbang dan tidak tahu apa yang harus kami buat.

Zam pun menelefon abang Aziz dan menceritakan apa yang telah terjadi. Abangnya menyuruh kami semua masuk ke dalam semula dan membawa Aziz keluar dari tempat itu secepat mungkin. Dia akan segera datang untuk mendapatkan kami semua nanti.

Kalau boleh kami semua tak mahu masuk semula. Kalau boleh nak tunggu sampai pagi baru pergi mendapatkan Aziz. Tapi kerana ini amanah abangnya dan Aziz adalah kawan baik kami jadi kami semua pun sepakat untuk mendapatkannya walau hakikatnya kami semua berasa takut. Dengan bersenjatakan ranting kayu, batu, pisau lipat dan apa2 yang dapat kami capai kami semua mula bergerak.

Sampai saja di khemah kami, kami mendapati Aziz sedang pengsan di dalam khemah. Saya dan tiga orang kawan saya mengangkat Aziz keluar sementara satu lagi kawan saya mendapatkan beg2 kami. Barang2 yang lain seperti joran dan khemah terpaksa ditinggalkan kerana terlalu takut. Sedang kami berjalan keluar sambil mengangkat Aziz kami terdengar lagi suara "KAKAK" menggilai. Saya dan Zam ternampak sesusuk lembaga berbaju putih, berambut panjang dan bermata merah berdiri di bawah sebuah pokok sambil memandang ke arah kami. Apa lagi suasana pun menjadi kelam kabut.

Kami dengan segera pun berlari dengan pantas sambil membaca ayat2 suci yang kami tahu. Dan kami juga mendapati yang Aziz semakin berat dan perjalanan keluar kami semakin jauh. Walaumacamanapun akhirnya kami sampai juga di luar. Kami meletakkan Aziz ke bawah dan kami pun berehat di tepi jalan raya itu.

Semua hanya mendiamkan diri saja. Mungkin kerana terlalu takut dan terkejut dengan apa yang sudah terjadi. Lima minit kemudian, abang Aziz pun sampai dengan lorinya dan membawa kami balik ke rumahnya. Kami pun menceritakan sekali lagi apa yang terjadi pada abang Aziz. Tiga jam berlalu namun Aziz masih belum sedarkan diri. Akhirnya dalam sekitar pukul lapan pagi, Aziz mula sedarkan diri. Namun keadaannya sungguh berbeza. Dia asyik memandang ke siling rumah tanpa mengatakan apa2. Ahli keluarganya dan kami semua berasa sangat bimbang.

Pada waktu tengahari bapanya membawa seorang nenek datang ke rumah untuk melihat keadaan Aziz. Nenek itu mengatakan yang Aziz telah ternampak wajah "KAKAK" itu yang sebenar dari jarak dekat. Aziz terlalu terkejut dan takut dan dia juga terlalu lemah semangat sebab itu keadaannya begitu. Sedang nenek itu menerangkan pada kami semua tiba2 Aziz mula kaku.

Aziz telah meninggalkan dunia. Memang sukar untuk percaya tapi ia betul2 terjadi. Kami sangat sedih dengan kehilangan seorang kawan baik. Semenjak itu kami berjanji tidak akan kembali ke tempat itu lagi. Walaupun perkara ini sudah lama berlalu namun ia masih menghantui kami semua. Sekian dan terima kasih.

Gigi Terlebih

tajuk kat atas pasal gigi terlebihkan..
maksud sebenarnya aku bukan pasal ada gigi yang banyak 
tapi maksud sebenarnya ialah gigi terlebih kedepan.. bahasa kasarnya jongganglah ye
aku buat citer ni bukan nak aibkan orang2 yang gigi terlebih ni..
tapi aku ada citer disebalik gigi terlebih ni.. 
masa tu aku form 3.. aku ada seorang kawan yang gigi terlebih..
masa tukan budak2 aku pun pergi bagi soalan bodoh kat dia..
lepas tu dia pun jawab dengan jawapan yang masuk @ tak masuk akal jugaklah..

dialognye mcm ni..
aku - timah aku nak tanya ko satu soalan boleh tak
timah - tanyalah..
aku - apesal gigi ko boleh jadi macam tu ye (jonggang)
timah - ko nak tau citer ke?
aku - aku dah tanya mestilah nak tau..
timah - meh aku citer ye.. 
aku - dengar dengan teliti citer dia sampai habis..

korang nak tau apa timah tu citer.. 
timah kata masa dia kecik2 dia suka main kat tangga rumah dia
satu hari dia terjatuh tangga dan terus gigi dia tersangkut kat tangga..
aku yang dengar citer dia mengekek2 ketawa sebab tak tahan..
boleh pulak gigi dia tersangkut kat tangga tu
dan menyebabkan gigi dia jadi terlebih..
begitulah citer dia..
aku pun satu sengal macam takder soalan lain nak bagi kat dia..
tanyalah naper dia cantik ke atau apa pun..
boleh pulak aku tanya pasal gigi dia..
hampeh tul esah ni kan..

 lebih kurang berginilah gigi terlebih tu..

dan lebih kurang ginilah jugak rupa tangga rumah dia..


kalau koranglah.. korang rasa logik tak citer timah tu..
aku sampai sekarang terfikir2 apa yang dia ceritakan kat aku ni..
erm.........??????????? confius aku tau
sape yang ada cerita yang serupa meh kita share sama2

Note : kepada yg bertanya samada citer ni betul atau tak.. citer ni adalah betul..
betul sbb timah yang citer kat aku.. tapi kalau timah tu tipu aku tak taulah..
tapi secara logiknya aku rasa timah ni tipu aku kot..
hahahahaha.. sian aku.. sbb aku kan tanya dia soalan sengal..

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...