Salah tarikh

Salam...
n3 tak bergambar ye.. sekadar penceritaan..

Hari ni aku nak citer sikit berkenaan tersalah tarikh... hari jumaat malam aku dah bergegas balik ke kampung tak jauh mana pun.. tanjong karang je.. kira kampung jugaklah walaupun dalam selangor lagikan...  balik pun bersebab.. kak ngah aku yang bertanggungjawab memberi ubat kepada mak aku setiap pagi dan malam pergi ke kenduri belah suami dia kat jengka, pahang.. jadi aku dan adik aku kenalah ambik alih tugas tu.. maklumlah mak aku ni tak pandai membaca.. tapi tang kira duit tu fuh.. kalah aku tau... memang terror...  nanti tersalah makan ubat lak... 

bila kitorang balik ingat nak dok melepak jelah kat rumah.. tapi mak aku kata hari sabtu ada kenduri cukur jambul kat rumah sepupu aku.. aku pun kata oklah.. esok kita pergi... 

bila tiba esoknya.. aku yang takder baju kurung ni menyelongkarlah almari kot ada tersimpan baju kurung lama aku kat dalam tu.. jadinyer terjumpa selai baju kurung warna pink.. dah bersiap segala bagai.. bergegaslah kitorang ke rumah sepupu aku tu... nasib baiklah dekat je rumah sepupu tu.. tak lama lepas tu sampailah kitorang di depan rumah sepupu tu..

nak tau apa jadi... khemah pun masih menyembah bumi.. huhuhu.. kenduri tu sebenarnya hari ahad bukan hari sabtu.. tapi disebabkan mak aku terlupa tarikh dia kata kenduri tu hari sabtu... jam 10 kitorang dah sampai.. ingatkan datang untuk makan kenduri jelah.. tapi kenalah buat keja apa yang patutkan.. tulah dasar datang nak makan je tak memasal kena tolong hiris serai... habis jugaklah separuh kerja memotong bawang segala bagai... 
Tapi takper walaupun dah berpeluh membuat kerja merewang tu.. tapi tetap dapat habuan makan jugak.. sepupu aku masak kari ayam dan ikan keli goreng.. tapi yang paling superb sambal belacanlah.. memang sedap plus pedas... bila perut kitorang kenyang.. kitorang pun bergerak balik.. tapi tak terus balik melencong lak ke SG. Besar.. nak bershopping kain pasang... tapi apa yg dicari tak berkenan dihati...

Psst : kalau tersalah tarikh tapi hari tu adalah hari merewang ok lg.. kalau terawal seminggu haru... teguk air kosong jelah...

Naper kita miskin, Bu?

Baca kisah kat bawah ni aku teringat satu dialog yang pernah aku dengar sebelum ni.. ada sorang budak tu tanya mama dia.. "mama, naper saya dilahirkan dalam keluarga susah?, kalau kaya kan senang tak payah nak tunggu ada duit baru beli barang yang kita nak... " sampai terkedu mama dia dengar anak dia cakap macam tu.. padahal umur baru je nak masuk darjah 5... tapi jauh betul pemikiran diakan.. mungkin dia tengok apa yang kawan2 dia nak senang je dapat.. tapi dia nak kene tunggu hujung bulan baru boleh dapat.. tupun selepas semua hutang dilangsaikan.. klu ada balance dapatlah klu takder kene tunggu hujung bulan lain pulak..

Apa itu miskin, bu? Budak-budak lain di taman kata kita miskin. Benarkah itu, bu?" tanya si anak.

“Tidak, kita tidak miskin, Aiko,” jawab ibunya.

“Apakah kemiskinan itu?” Aiko, si anak, bertanya lagi.


“Miskin berarti tidak mempunyai se suatu apapun untuk diberikan kepada orang lain.”

Aiko agak terkejut. Oh! Tapi kita memerlukan semua barang yang kita punya, apakah yang dapat kita berikan” katanya menyelidik.

“Kau ingat makcik penjual kuih yang menjaja keliling kampung ke sini minggu lepas? Kita memberinya sebahagian dari makanan kita kepadanya. Kemudian dia datang semula ke sini. Kita berikan dia tempat tidur, kerana dia tidak ada tempat untuk menginap malam itu?

“Rumah kita pun jadi sempitkan?” jawab Aiko. Tapi si ibu tidak mengaku kalah “Kan kita selalu memberikan sebahagian dari sayuran kita kepada keluarga Watari, bukan?” katanya.

“Ibulah yang memberinya. Hanya saya seorang yang miskin. Saya tidak punya apa-apa untuk diberikan kepada orang lain.”

Si ibu tersenyum dan memberikan pandangan pada anaknya. “Oh! engkau pun ada sesuatu. Setiap orang mempunyai sesuatu untuk diberikan kepada orang lain. Fikirkanlah hal itu dan kau akan menemukan sesuatu.”

Tidak lama kemudian, si anak mendapatkan jawapannya. “Bu! Saya mempunyai sesuatu untuk saya berikan. Saya dapat memberikan cerita-cerita saya kepada teman saya. Saya dapat memberikan kepada mereka cerita-cerita dongeng yang saya dengar dan baca di sekolah.”

“Sudah semestinya! Kerana kau pandai bercerita, seperti bapamu juga. Setiap orang senang mendengar cerita.”

“Saya akan memberikan cerita kepada mereka, sekarang ini juga!” kata Aiko.
Dialog itu terdapat dalam buku kumpulan kisah-kisah inspirasi Aiko and Her Cousin Kenichi. Dialog antara ibu dan anak itu, meneguhkan sebuah kesedaran besar, bahawa setiap kita boleh memberi. Ini lebih dari sekadar sebuah kesedaran sosial. Tapi kesedaran untuk menjadikan hidup ini lebih bererti kerana dapat membahagiakan orang orang lain

psst : kalaulah semua anak faham dengan masalah faham kesusahan yang dialami macam dalam cerpen ni kat mudah nak menangani setiap pertanyaan anak2.. 

Kenet dan ain

Salam..

Sepatutnya aku wish tepat jam 12 malam tadi.. tapi memandangkan tu dah lewat sangat.. kira oklah ye.. aku wish jam 12 tgh hari ni.. janji masih lagi bertarikh 12.12.10... 

oklah kepada kedua2 anak buah aku.. dikesempatan ini aku nak wish kat korang selamat hari lahir pada hari ni yang ke 26(ain) dan 27(kenet)..

nah amik choclate ni.. nanti bahagi2 kan ye..

kepada kenet - semoga bertemu jodoh yang baik.. berjaya dalam kerjaya dan kehidupan..

kepada ain - semoga menjadi isteri dan bakal mama yang saling menjaga harta dan maruah suami dan juga menjaga anak yang bakal lahir menjadi anak yang soleh@solehah.. amin... 

korang nak hadiah tak? tunggu cheaque nuffnang keluar ye.. ntah bila... huhuhu

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...