Salah tarikh

Salam...
n3 tak bergambar ye.. sekadar penceritaan..

Hari ni aku nak citer sikit berkenaan tersalah tarikh... hari jumaat malam aku dah bergegas balik ke kampung tak jauh mana pun.. tanjong karang je.. kira kampung jugaklah walaupun dalam selangor lagikan...  balik pun bersebab.. kak ngah aku yang bertanggungjawab memberi ubat kepada mak aku setiap pagi dan malam pergi ke kenduri belah suami dia kat jengka, pahang.. jadi aku dan adik aku kenalah ambik alih tugas tu.. maklumlah mak aku ni tak pandai membaca.. tapi tang kira duit tu fuh.. kalah aku tau... memang terror...  nanti tersalah makan ubat lak... 

bila kitorang balik ingat nak dok melepak jelah kat rumah.. tapi mak aku kata hari sabtu ada kenduri cukur jambul kat rumah sepupu aku.. aku pun kata oklah.. esok kita pergi... 

bila tiba esoknya.. aku yang takder baju kurung ni menyelongkarlah almari kot ada tersimpan baju kurung lama aku kat dalam tu.. jadinyer terjumpa selai baju kurung warna pink.. dah bersiap segala bagai.. bergegaslah kitorang ke rumah sepupu aku tu... nasib baiklah dekat je rumah sepupu tu.. tak lama lepas tu sampailah kitorang di depan rumah sepupu tu..

nak tau apa jadi... khemah pun masih menyembah bumi.. huhuhu.. kenduri tu sebenarnya hari ahad bukan hari sabtu.. tapi disebabkan mak aku terlupa tarikh dia kata kenduri tu hari sabtu... jam 10 kitorang dah sampai.. ingatkan datang untuk makan kenduri jelah.. tapi kenalah buat keja apa yang patutkan.. tulah dasar datang nak makan je tak memasal kena tolong hiris serai... habis jugaklah separuh kerja memotong bawang segala bagai... 
Tapi takper walaupun dah berpeluh membuat kerja merewang tu.. tapi tetap dapat habuan makan jugak.. sepupu aku masak kari ayam dan ikan keli goreng.. tapi yang paling superb sambal belacanlah.. memang sedap plus pedas... bila perut kitorang kenyang.. kitorang pun bergerak balik.. tapi tak terus balik melencong lak ke SG. Besar.. nak bershopping kain pasang... tapi apa yg dicari tak berkenan dihati...

Psst : kalau tersalah tarikh tapi hari tu adalah hari merewang ok lg.. kalau terawal seminggu haru... teguk air kosong jelah...

11 comments:

  1. Hmm.nasib baik laa..dpt gak makan ekk.. Sedap tuh..makan plak ramai2 kan.. :)

    ReplyDelete
  2. tersalah tarikh tapi umah sedara takpe...kompom ada makan. klu rumah org yg tak rapat...mau patah balik.hahahahaha

    ReplyDelete
  3. esoknya datang ke tak...? mahu ulang baju sama sebab tak bawak baju... heeeee

    ReplyDelete
  4. hahaha nasib salah tarikh lum majlis..buatnya salah tarikh lepas majlis..xmemasal kena gosok periuk kak.. heheheh

    ReplyDelete
  5. takpe tolong tuh dapat pahala
    dapat tapau lauk tak
    haha

    ReplyDelete
  6. huhu..pernah terjadi kat Lisa..malu siut..dah la dtg bawak hadiah..siap ckp saje dtg awal sbb esok x leh dtg...cover beb cover

    ReplyDelete
  7. Uitt...malu gak tu. nasib baek dpt cover dgn buat2 kerja amal. Hahaha.

    ReplyDelete
  8. xpun gi majlis lepas dah settle..lagi haru..hahaha..

    ReplyDelete
  9. Tak pelah dah tak de rezeki.tolong potong serai pun dapat pahala.Tak pernah pulak terjadi cam tu.

    ReplyDelete
  10. best nye rewang kenduri... lama dah tak rewang-rewang ni... ade setengah org tak paham rewang tu ape... ;p

    ReplyDelete
  11. hehhehe camno boleh salah tarikh tu ;]

    ReplyDelete

Terima kasih kepada Blogger yang komen di blog RK. Tunggukan kunjungan balas dan comment dari RK di blog korang ye. Nak Reply comment disini RK takut tak sempat je.

@}------LOL to all comentar------{@

Nota Penting!
Pada yang nak letak Iklan. Tolong letak d ShoutboX atau bayar RK RM o.5o per comment boleh? boleh jugak beli cekedis ~ ahaks~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...