Salam...
Selamat pagi...
Hari ni Copy & paste dari email je ye... banyak keje menyusul ni..
bagus untuk yang bakal berumahtangga dan sudah berrumahtangga...
Gementar, gugup dan panik merupakan antara perasaan yang wujud dalam diri ketika berhadapan dengan bakal mertua. Kebiasaannya, ia didorong oleh perasaan negative yang bermain di fi kiran mengenai persepsi bakal mertua terhadap diri. Bagaimana cara untuk menjadi lebih tenang ketika berhadapan dengan mereka ? Ikuti panduan berikut.
Jangan takut
Kebanyakan bakal menantu sudah ketakutan sebelum bertemu calon mertua. Di fikiran mereka, bakal mertua pasti tidak akan dapat menerima kekurangan dirinya. Ini akan menyebabkan mereka menjadi kaku, sukar untuk melemparkan senyuman dan menjadi tidak tentu arah. Jadi, untuk mengelakkan perkara ini dari berlaku, hilangkan perasaan takut dan cuba untuk berfi kiran positif agar anda mampu bersikap seperti biasa dan lebih yakin untuk berkata-kata.
Jaga percakapan
Dalam percakapan, sebaiknya biarkan calon mertua yang mendominasi pembicaraan tetapi jika bakal mertua anda jenis pendiam, jangan anda pula turut mendiamkan diri. Tanyakan beberapa hal tentang hobi atau kegiatan si calon mertua sebagai cara beramah mesra.
Jadilah diri sendiri
Hal ini mungkin senang untuk dikatakan namun sulit untuk melakukannya. Disebabkan itulah kebanyakan orang cenderung berpura-pura dan menjadi ‘orang lain’ sewaktu berbicara mahupun berpenampilan. Semuanya kerana ingin dilihat baik di mata bakal mertua. Walhal, adalah lebih baik untuk menjadi diri sendiri untuk membolehkan anda berada dalam keadaan tenang.
Jangan lupa memuji
Dalam memuji, kamu jangan pernah berdusta atau mengatakan sesuatu secara berlebihan. Carilah hal-hal yang anda rasakan benar-benar layak dipuji. Seperti masakannya yang enak, keramahannya ataupun keadaan rumahnya yang bersih.
Jangan lupa tawarkan bantuan
Jangan lupa tawarkan bantuan untuk apa-apa perkara yang anda rasakan perlu, seperti ikut serta mengemas meja makan sebaik sahaja selesai makan malam di rumahnya. Harus diingat bahawa kerja tersebut bukan sahaja kerja perempuan. Seorang lelaki yang bertanggungjawab juga melakukannya.
‘Dress for success’
Ungkapan ‘jangan menilai orang dari penampilannya’ tidak wujud di sini. Walaupun perlu menjadi diri sendiri, perhatikanlah apa yang anda pakai. Walaupun anda jenis lelaki yang‘sempoi’ sekalipun, elakkan dari memakai seluar jeans dan kemeja-T yang lusoh dan kotor. Apatah lagi seluar jeans yang koyak sana sini. Jika ini berlaku, sudah pasti anda terkeluar dari senarai calon menantu mereka.
Jadilah sopan
Orang tua pasti suka anak muda yang sopan. Apapun kekurangan diri anda, ia cenderung terlindung dek sikap anda yang baik itu. Murahkan senyuman, ringankan mulut untuk mengucapkan terima kasih pada pujian atau tawaran, beri salam ketika datang dan pulang dan berjabat tangan tanda hormat pada orang tua.
Bersedia untuk menerima kritikan
Sudah jelas apa makna kalimat di atas. Calon mertua selalunya akan menolak anda dengan berbagai-bagai alasan. Sebagai usaha memenangi hati mereka, hormati apa jua pendirian mereka, namun dalam masa yang sama jangan berdendam atau membenci mereka kerana tanpa anda sedari, kebencian itu akan terpancar terus dari raut wajah dan cara percakapan anda. Ini akan mendalamkan lagi jurang pemisah antara anda dan mereka. Dalam masa yang sama, yakinlah bahawa suatu hari nanti mereka akan dapat menerima anda jua akhirnya, sama seperti anak mereka sendiri.

Psst : walaupun dah lama berumahtangga pun masih gementar kalau balik kerumah mertua... takut apa yg aku lakukan salah dimata mertua...
masa sukar bersama kuarga mertua dah berlalu...tahniah utk diri sniri sbb tabah melalui nya..hehee
ReplyDeleteanggap Mak Mertua mcm mak sendiri... insyaAllah ok...
ReplyDeletewow tips yg bagus ni kak....lieya so far alhamdulillah ngan mertua baik sgt2...ye laa anggap die mcm mak kite, maka sume akan berjalan lancar......
ReplyDeletethanks kak share tips nie
nie tips yg berguna nie...
ReplyDeleteme syukur takat nie lah, hubungan w'ouls baik sgt2...
Takutnye nak berdepan ngan keluarga mertua...macam2 perkara boleh berlaku nanti. Huhuhu
ReplyDeleteaku ngn mil mmg ngam macam kawan.. tapi walau camtu pun kene sentiasa respect dan berjaga jaga jugak ..mana lah tau tersalah laku kan.
ReplyDeletefieza 79 - alhamdulillah
ReplyDeleteejamaria - mmg harus anggap mcm tu..
lieya - tulah akak pun baik jugak.. tapi masih berhati2 takut tersilap kata.. nanti tersentap pulak.. huhuhu
rasp - sy pun syukur sis.. harap mcm mana buat kat mak sendiri macam tu jugak kat mertua..
oasis - jgn takut.. mmg kena hadapi.. tp lelaki biasanya mudah...
cik pah - aku taklah mcm kawan.. tapi masih baik alhamdulillah.. takut tersalah kata je.. maklumlah hati mak ni sensitive...
Mak Mentua dah tiada lg...huhu..tp masa bersama dulu dia baik ngan akk Kebaya...
ReplyDeletesaya xde lagi mak mertua
ReplyDeletehehe
tapi info ni boleh di ambil sebagai panduan
thanx kak (>_<)
eye nee - tulah selalu terbaca kat forum.. kata mak mertua macam2lah.. tapi alhamdulillah mak mertua layan sama je dgn biras yg lain..
ReplyDeletelya - bagus tau tips ni.. tak der mak mertua tak per.. yang penting persediaan tu ada..
ai laik topik kawen2 laik dis kak..ahahaha..
ReplyDeletejgn jd mcm menantu kakak sy..MIL belikan baju utk anak dia..x penah dipakai..belikan carseat rega RM200++ dia kata murah..dia xnak..dia ckp ngan kakak sy (MIL dia)..dia benci dgn adik iparnya..tp kakak sy diam je..sylah tempat dia mengadu..sib baik sy ni byk sabar..kalo perempuan tu adik ipar sy..dah lama sy tampar mulut dia..sorry kak..aku lepas geram kt sini..ini menantu hantu yg x reti appreciate MIL baik..
ReplyDeletekak ana dh xde mertua...kurang sket hati yng nak dijaga
ReplyDeleteyeyay akak menantu kesayangan, semua tu ada pada ku.khe khe
ReplyDeletehuhu....takut pak bila baca...cari tips pun sebab si dia tetiba suh amik hati mama dia...hehe
ReplyDelete