Umairah

Copy & paste ye..

mari kita menambah minat membaca ye..Selamat membaca..
Keadaan sayu menyulubungi keluarga umaira dan iqram.
Sebentar tadi majlis pengebumian arwah iqram baru sahaja selesai.
Sehingga kini umairah masih lagi di ICU bertarung nyawa.
Siapa sangka semalam baru sahaja mereka bergelak ketawa
tetapi hari ini..
kemalangan jalanraya yang melibatkan umairah dan iqram sangat mengejutkan keluarga mereka.
Umairah sudah tidak sedarkan diri di tempat kejadian.
Iqram sudah tidak bermaya,dia hanya mampu melihat kekasih hatinya itu tersadai seperti orang yang tidak bernyawa.
Setibanya di hospital,umairah masih tidak sedarkan diri dan iqram sedang nazak kerana keadaannya sungguh kritikal.
Semua yang ada di situ menangisinya.
Sebelum iqram pergi menghadap ilahi sempat dia meminta untuk berjumpa dengan sahabat baik umairah,Ifzan.
"Aku serahkan umaira pada kau,berjanjilah kau akan menjaganya seperti mana aku menjaganya dahulu.Dia adalah permata yang tidak ternilai.Kau pimpinlah dia.
"kata iqram tersekat-sekat,mengalir airmata ifzan mendengarnya.
"Aku berjanji pada kau iqram.Akan aku tunaikan amanah yang kau kirimkan."Ifzan tunduk.
"Ibu,ayah."iqram memanggil ibubapanya.
"ya iqram."ibunya bersuara perlahan menahan airmatanya dari jatuh.
"Janji pada iqram ibu tidak akan mensia-siakan umairah.Jaga lah dia sepertimana ibu dan ayah menjaga iqram.
Biarkan iqram hidup didalam dirinya."suara iqram semakin perlahan.
"Ibu dan ayah janji nak."Ayahnya bersuara.Tidak mampu lagi dibendung airmatanya dari jatuh.
"Ampunkan dosa iqram,halalkan makan minum iqram selama ini.."suara iqram semakin perlahan dan tersekat-sekat.
Melihat keadaan iqram yang semakin nazak.Ayahnya lantas mengajar Iqram mengucap perlahan-lahan.
Alhamdulillah Iqram mampu mengucap dan dia pergi dalam keadaan yang tenang.Sejurus iqram pergi menghadap
sang pencipta.Tiba-tiba mesin yang diletakkan disebelah umairah berbunyi dan menunjukkan tanda umaira sudah tiada.
Semua yang berada di situ menjadi sayu.Doktor segera melihat keadaan umairah.Selang beberapa jam selepas itu,
doktor tersebut keluar dengan muka yang sayu.
"Macam mana dengan keadaan umairah,doktor?"suara ibu umairah bergetar-getar.
"Keadaan dia sangat kritikal saat ini.Umairah sangat lemah kerana jantung dia tidak lagi berfungsi pada ketika ini.Dia hanya bergantung kepada oksigen yang
 kami bekalkan tetapi sekiranya umairah tidak lagi mampu untuk terus bertarung dia pasti
akan pergi."ibu umaira dan iqram sudah menagis teresak-esak
"Doktor boleh kita bincang sekejap."suara bapa iqram tenang.
"Baiklah,sila ikut saya."Bapa iqram mengekori doktor tersebut.
Perbincangan antara doktor tersebut sudah pun selesai.Siapapun tidak mengetahuinya sampailah bapa iqram berbincang dengan semua.Bapa iqram yang
 mesra dipanggil cik mat itu mahu mendermakan jantung iqram kepada umairah.
"Ini adalah amanah yang diberikan arwah iqram.Dia mahu hidup didalam diri umairah."terang cik mat tenang.
Hasil perbincangan itu semuanya bersetuju dan mereka mendoakan agar umairah terselamat walaupun doktor telah menerangkan hanya sepuluh peratus sahaja
 peluang umairah untuk hidup selepas pembedahan tersebut namun mereka tetap berdoa agar umairah selamat.
Sudah 6jam berlalu namun tiada sebarang tanda bahawa pembedahan akan berakhir.
Semuanya kelihatan sayu.Ifzan kelihatan sedih.Dia sepatutnya menjadi insan yang paling bahagia apabila gadis idaman hatinya kini akan menjadi miliknya,namun dia
 tidak merasakannya.Perasaannya sedih apabila melihat dua hati yang terpaksa berpisah kerana ajal yang menanti.Hatinya sebak melihat kesungguhan cinta iqram terhadap
 umairah.

Setelah 10jam berlalu,barulah doktor muncul dimuka pintu bilik pembedahan tersebut.Segera mereka menyerbu doktor tersebut untuk mengetahui keadaan umairah.Namun
 jawapan yang diterima hampa.
Pembedahan telahpun berjaya namun masih tiada tindak balas dari umairah.Umairah perlu bertarung dengan nyawanya sendiri.Dia memerlukan semangat berjuang untuk
terus hidup.
Sayu hati apabila melihat sekujut tubuh yang pucat terlantar di atas katil.
'Ya allah janganlah kau seksa umairah.'bisik ibunya perlahan.
Dia tidak sanggup melihat anaknya sebegitu.Dia lebih rela membiarkan anaknya pergi daripada terus terseksa seperti itu.
Cik ina,ibu iqram menenangkan ibu umairah.
Majlis pengebumian arwah iqram sedang dijalankan dan umairah masih bertarung nyawa di hospital.
Suasana sayu pada malam itu.Semua orang menangisi pemergian iqram.
Cik ina tidak kuat untuk menghadapi dugaan ini,namun demi anak yang dikasihi itu dia gagahkan dirinya.
Dia perlu kuat untuk melaksanakan amanah arwah yang menginginkannya menjaga umairah.
2 minggu sudah berlalu,setiap detik mereka menuntut harapan agar mira sedar dari lenanya yang panjang itu.
Doa sering terungkap di bibir orang-orang yang mengasihi dirinya itu.
Keajaiban akhirnya muncul jua,umairah akhirnya menyedarkan diri namun keadaannya terlalu lemah.
"Umairah,buka mata sayang."perlahan ibunya bersuara.Umaira mendengar namun sukar untuknya membuka mata.
Dia terlalu lemah.Sebaik sahaja doktor memeriksa keadaan umairah.Doktor meminta agar biarkan umairah berehat dahulu.
Keadaan umaira sudahpun kembali stabil.Sejak dia sedar dia tidak banyak bercakap dan asyik bertanyakan iqram.
Demi tidak mahu kesihatan umairah terjejas,mereka terpaksa berbohong kepada umairah bahawa iqram sedang bekerja di luar daerah.
"Cik ina,iqram kat mana?kenapa dia masih tak balik-balik lagi?"soalan umaira itu membuat cik ina tergamam.
"Nanti dia balik lah."suara cik ina perlahan.
Disuatu petang.Ifzan datang melawat umaira selepas habis waktu bekerja.Seperti biasa umaira pasti akan bertanyakan kepada semua orang tentang iqram.
"If,kenapa iqram tak balik-balik lagi?dia tak ingat dekat aku ke?dia tahu ke tak aku masuk hospital?"soalan demi soalan mira ajukan pada ifzan.
"Dia sibuk dengan kerja,nanti kerja dia da selesai dia balik lah umaira."suara ifzan menahan sebak melihat umaira sebegitu.
"Kenapa dengan semua orang ni hah?Bila aku tanya pasal iqram,semua cakap itulah,inilah tapi sampai sekarang tak juga balik!"suara umairah sedikit meninggi.
Semua yang mendengar teriakan umairah itu segera meluru ke arahnya.Kelihatan Umaira sedang menangis teresak-esak.
"Kenapa ni sayang?"ibunya bersuara perlahan sambil memeluk bahunya.
"Mak,iqram mana mak?umairah da lama tunggu dia.Kenapa dia tak pernah datang tengok umairah kat sini?"suara umairah sayu.Semua yang melihatnya menjadi hiba.
"Cik mat rasa inilah masa yang sesuai untuk bagitahu umairah tentang kebenarannya."suara cik mat tenang.
"Kebenaran apa?"
"Tapi umairah mesti redha ya."Umairah tidak menjawab sebaliknya dia hanya menunggu cik mat meneruskan sahaja percakapannya.Jantungnya mula berdegup kencang.
"Iqram sudah tiada lagi dalam dunia ni.Dia sudah pergi menghadap ilahi."Sebaik sahaja mira mendengar perkataan itu,dia terus menangis semahu-mahunya.
Semua yang berada di situ turut menangis.Umairah seperti tidak dapat menerima pemergian iqram.
Semalamam umairah tidak dapat melelapkan matanya.Ifzan sudah hampir putus asa memujuk umairah.
"Umairah.."Ifzan memanggilnya perlahan.Umaira hanya memandangnya sekilas.
"Dengarlah apa yang aku ingin cakapkan."Umaira berpura-pura tidak mendengar.
"Sebelum arwah pergi dia menyuruh aku menjaga kau sepertimana dia menjaga kau sebelum ini.Bagi dia kau adalah permata yang terlampau bernilai,kau terlampau berharga
untuknya.Dia terlalu menyanyangi kau umairah.Permintaan terakhirnya
adalah untuk sentiasa hidup dengan kau dan alhamdulillah permintaan terakhirnya menjadi kenyataan."umairah memandang ifzan dengan airmata yang mengalir di pipi.
"Dia sudah tiada lagi ifzan."suaranya bergetar menahan sebak.
"Dia sentiasa dengan kau umaira,jantung yang berdegup bersama tubuh kau itu adalah dia."Ifzan bersuara perlahan.
Umairah terkejut mendengarnya.Dia memandang ifzan.
"benarkah?"suaranya perlahan
"ya,kau redha kan lah pemergian dia umairah.Kasihanilah dia."Umaira sudah menagis teresak-esak di sisi ifzan.
Umaira merenung sayu kubur arwah iqram.
'terlalu besar pengorbanan kau sayangku.kenapa kau pergi meninggalkan aku?aku akan menyayangi serta mencintaimu sepanjang hayatku.'hati umaira berkata-kata.
Kini umairah sudah redha dengan pemergian kekasih hatinya itu.Dia tahu dia harus bangkit menjadi seorang yang kuat kerna iqram pasti tidak akan suka melihatnya terus bersedih.
Lantas dia membuka buku baru dan melupakan kisah lama namun iqram akan tetap abadi di dalam hatinya.
Sudah 3 tahun berlalu,kini Umairah sudah berjaya membuka butik untuk pakaian muslimah.Bertapa susahnya dia bangkit untuk menjadi seorang yang kuat akhirnya dia berjaya.
Ifzan sudah 2 tahun berada di Mesir menyambung pengajiannya.Ikatan petunangan sudah diikat 2 tahun yang lalu sebelum ifzan berangkat ke mesir.Sudah 2 tahun Umairah tidak
 pernah bertemu dengan Ifzan hanya sekadar berhubung melalui email dan handphone sahaja.
Pagi yang sungguh indah,umairah baru sahaja sampai di butiknya.
Seperti biasa dia akan memastikan butiknya dalam keadaan yang bersih sebelum dibuka kepada umum.Sementara menunggu pembantunya tiba dia sengaja mengemas mejanya.
Baru Umaira perasan ada sejambak bunga ros serta terselit sekeping kertas yang kecil di atas meja.Umairah agak pelik.Dia membelek-belek bunga itu lalu membaca kertas yang
 terselit itu.
'Aku terlalu merindukan senyumanmu gadisku,umaira.'Umaira membaca perlahan.
"Siapa yang bagi bunga ni?"umaira berbicara sendirian.
"saya."mira terkejut sebaik sahaja mendengar suara lelaki.
"Ifzan!"Umairah seperti tidak percaya ifzan berada didepan matanya
"Assalammualaikum."Suara ifzan tenang.
"Waalaikumsalam.."Umairah menjawab ringkas.
"Bagaimana kehidupan umairah disini?Adakah semuanya baik-baik sahaja?"Ifzan merenung gadis berpurdah di depannya itu.
"Alhamdulillah,Baik sahaja.Bagaimana kamu ifzan?Adakah semuanya baik-baik sahaja?"umairah memandang ifzan dengan sepasang matanya yang cantik itu.
"Alhamdulillah,semuanya berjalan lancar,syukur."
Malam itu,Ifzan mengajak umairah makan malam dirumahnya.Tapi umairah menolak dengan cara yang baik.
Rupanya ifzan ada hajat menjemput Umairah kerumahnya.Keesokkan harinya,ifzan sendiri bertemu umairah untuk menyatakan hasratnya,dia ingin melangsungkan majlis pernikahan
 secepatnya.Hasrat Ifzan itu disambut baik oleh Umaira.
Setelah perbincangan demi perbincangan dilaksanakan akhirnya kata putus diterima.Ifzan dan Umaira akan di satukan tidak lama lagi.
Hari bahagia sudahpun tiba,Umaira merasa berdebar-debar menantikan detiknya menjadi seorang isteri.
Tiba-tiba perasaannya sayu,Umairah teringatkan Iqram.Jauh di sudut hatinya dia masih menyanyangi iqram namun dia ikhlas terhadap ifzan.Dia ikhlas untuk menjadi isteri ifzan.
"Umairah sudah kau bersiap anakku?"Ibunya memeluk anaknya itu.
"Sudah mak."suara umairah perlahan menahan sebak di dada.
"Ingatlah umairah selepas kau menjadi isteri orang.kau mesti patuh pada arahannya."
"Insyaallah mak,umairah berjanji akan melaksanakannya sebaik mungkin mak."
Tiba-tiba terdengar suara cik ina memanggilnya.
"umairah..umairah.."
"ya ibu."Umairah tersenyum memandang ibu angkat yang paling disayanginya itu.
"cantiknya anak ibu ni."kata cik ina sambil memeluk umairah rehat.
"Semua sedang menunggu umairah diluar,cepatlah."
Cik jamilah dan cik ina memimpin umairah yang ayu berpakaian jubah putih serta berpurdah itu.
Tidak sampai beberapa minit,umairah sudah pun bergelar isteri yang sah kepada ifzan.
Ifzan sungguh gembira kerana akhirnya mereka disatukan juga.
Lantas tangan ifzan dikucup perlahan dan dahi umaira disentuh syahdu.
Umairah merasa janggal untuk membuka tudung serta purdanya dihadapan suaminya itu.
Namun perlahan-lahan dia membukanya,ifzan hanya merenung umairah.Tidak disangka gadis idamannya itu kini miliknya yang sah.Rambut umairah yang lembut beralun itu
dilepaskan.Wajah isterinya yang ayu itu dipandang lama.
Sudah lama tidak melihat wajah umairah sejak  dia memakai purdah 3tahun yang lalu..Hanya sepasang matanya lah menjadi santapan apabila bertemu.
"Umairah.."suara ifzan tenang memanggil isterinya.
"Ya ifzan."
"mari lah kesini."Umaira melangkah kaki perlahan ke arah ifzan.Lalu ifzan menarik tangan umairah lembut duduk di sisinya.
"cantiknya umairah."ifzan bersuara lembut sambil mengusap rambut umairah.Umairah tertunduk malu.
Lalu dihadiahkan kucupan mesra di pipi isterinya itu.Lantas umairah membalas kucupan itu dengan sebuah pelukan kasih dan sayangnya kepada ifzan.Hangat sungguh pelukan itu.
Sudah 5 bulan perkahwinan Umaira dan ifzan,kini umairah sedang mengandung 3 bulan.Tidak sabar rasanya dia ingin bergelar seorang ibu.Setiap hari diusap perutnya tanpa jemu.
Ifzan juga begitu.Tidak sabar menanti detik untuk menjadi seorang bapa.
Mereka sabar menunggu detik itu.
Kesihatan umaira semakin tidak menentu apabila kandungannya melewati 8bulan terakhir.
Ifzan menjadi sangat khuathir melihat keadaan isterinya yang tersayang itu.Dia terlalu lemah.
Sehinggalah dia mengadu pada ifzan perutnya sangat sakit.Lalu ifzan membawanya ke hospital.
Sekali lagi umairah dimasukkan ke hospital.Ahli keluarga sudah berpusu-pusu datang ke hospital.Mereka bimbang sekiranya berlaku apa-apa kepada umairah dan bayinya.
Mereka menunggu doktor itu keluar dengan sabar dan apabila doktor tersebut keluar mereka segera mendapatkan doktor tersebut.
"Saya mintak maaf,tapi sebelum tu siapa suaminya?"Ifzan segera melangkah ke hadapan.
"ya saya."suara ifzan sayu.
"Isteri awak dalam keadaan yang tenat,sebaiknya biarlah awak ada disisinya sekarang."doktor itu terus melangkah serta diikuti dengan ifzan.
Sebaik sahaja ifzan melangkah kedalam wad,dia melihat keadaan umairah yang sangat pucat.Umairah tersangat lemah namun dia tetap berusaha untuk bersalinkan
anaknya secara normal,dia mahu merasai nikmatnya seorang wanita melahirkan anak.
Lantas dia meluru ke arah umairah,dia menggenggam erat tangan isterinya.Umairah meneran sekuatnya.
Tidak sanggup ifzan melihat umairah sebegitu.Airmata mula membasahi pipinya.Kalimah allah tidak putus dimulutnya.
Menitis airmata umairah menahan sakitnya yang teramat itu.Dengan linangan airmata di pipi ifzan menitipkan ayat-ayat suci al-quran di telinga isterinya.Akhirnya,bayi perempuan
yang comel itu selamat dilahirkan.Berjujuran airmata ifzan dan umairah.
Namun,keadaan umairah kembali kritikal.
Dalam nada suara yang perlahan umairah bersuara,wajahnya yang pucat itu membuatkan semua yang ada di sisinya ketika itu menjadi sayu dan hiba.
"abang ifzan,jaga anak kita sebaik yang mungkin.Jadikan dia anak yang solehah.Umairah nak minta ampun dan maaf pada abang..halalkan makan minum umairah
selama ini."Ifzan mengenggam erat tangan isterinya itu.
"ya sayang,abang janji pada umairah.Abang ampunkan segala salah silap umairah.."ifzan sudah tidak mampu berkata-kata lagi.
Dia terlalu sebak.
"Mak,abah.Umaira mintak ampun dan maaf.Halalkan makan minum umairah."suaranya semakin perlahan.
"ya sayang..."ibunya juga tidak mampu untuk berkata-kata.Namun didalam hati mereka,telah diampunkan segalanya.
Seorang doktor perempuan masuk sambil mengendong bayi perempuan.Lantas ifzan mengambil bayi itu dan mengazankannya disebelah umairah.Menitis airmata umairah.
Dia tahu sudah tiba saatnya untuk dia pergi.Sayu suara ifzan mengazankan bayi kecil itu.Sesudah di azankan,ifzan menghulurkan bayi itu kepada umaira lalu dikucup
umaira perlahan dan lama.
Mungkin terlalu hiba untuk meninggalkan bayinya.
Keadaan umairah sedang nazak,perlahan ifzan memimpin isterinya mengucap.Syukur ke hadrat ilahi tidak sukar umairah mengucapkan kalimah allah ketika di akhir
nyawanya dan umairah pergi menghadap ilahi dengan tenang.
Terlalu sukar untuk ifzan menerima pemergian isterinya namun dia berusaha meredhakan pemergian itu.
Semuanya menagis teresak-esak.Hiba dan sayu dengan pemergian wanita yang bernama umairah.
Sudah 2 minggu umairah pergi.Ifzan merenung kubur isterinya sayu.Hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa dia merindui isterinya itu.Namun dia redha kerana dia tahu
Allah lebih tahu  apa yang terbaik.Kini dia perlu berjuang untuk membesarkan anaknya yang kecik itu dengan baik

Psst : dah habis baca.. menarik tak?

11 comments:

  1. thanks kak share satu cerpin yg menarik jugak pagi2 nieh.....

    ReplyDelete
  2. akak ke yg tulis..menarik gak..

    ReplyDelete
  3. huh... naik juling gak nak menghabiskannya.. hehehe

    menarik citer ni. menusuk jiwa gitu.

    ReplyDelete
  4. Ecah, akak tengah sibuk.Lagi satu, ko tahukan kak tengah bergaduh ngan israel tu.nanti ko cuba beritahu kisahnya, masa makan nanti.

    ReplyDelete
  5. eh,..ni sape yg tulis ni? serius menarik. kalau u yg tulis,..nanti try la hantar kat mana2 megazine atau paper ke? ada bakat tau.

    ReplyDelete
  6. jahatlah ko nih..buat aku nangis pagi pagi nih.. sedeh tau.. ini cerita benar ker ? tapi mmg sedeh lah..

    ReplyDelete
  7. dah lama x bc cerpen....sedih plak..hu3x..

    ReplyDelete
  8. Umairah .. maksud Bahasa melayu 'si pipi merah' ;]

    ReplyDelete
  9. sahutlah kempen untuk menderma organ...bagi membantu mereka yang memerlukan....

    bestlah citer nie...

    ReplyDelete

Terima kasih kepada Blogger yang komen di blog RK. Tunggukan kunjungan balas dan comment dari RK di blog korang ye. Nak Reply comment disini RK takut tak sempat je.

@}------LOL to all comentar------{@

Nota Penting!
Pada yang nak letak Iklan. Tolong letak d ShoutboX atau bayar RK RM o.5o per comment boleh? boleh jugak beli cekedis ~ ahaks~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...