Sepetang di klinik

Salam...

ni aku nak citer kisah sepetang di klinik kesihatan Port Klang. kan hari isnin aku balik awal dari keje sebab nak uzair tak sihat2 lagi selama 4 hari demam.. sampai kat klinik takderlah ramai sangat.. aku dapatlah no 1076 dari 1053 adalah lebih 20 orang yang sedang menunggu rawatan sebelum aku.. sambil2 menunggu giliran aku untuk dipanggil ke bilik doctor aku pun duduklah ditempat yang disediakan... 

Tiba2 aku dengar budak menangis.. sambil tu aku nampak mak dia bawak masuk bilik doctor.. maklumlah budakkan mesti ada yang trauma bila masuk bilik doctor ni.. diorang ingat nak kena amik darah je atau apa yang sewaktu dengannyalah... bila dah habis check kat bilik doctor tu masa keluar pun budak tu menangis.. masa menangis tu dia gapaikan tangan suruh mak dia dukung kot.. tapi boleh pulak mak dia lempang anak dia depan orang dan blah macam tu je pergi kat kereta... masa budak tu tengah menangis ni semua orang dah dok pandang dia je.. yelah dah mak dia tinggalkan macam tu jekan.. mesti orang pelik tgk budak tu menangis.. bila dah semua orang pandang budak tu bertambah kuat lagi menangis dan sampai terkencing2 dah.. kesian pulak aku tengok.. 
tapi tak lama lepas tu mak budak tu datang balik agaknya dia tunggu anak dia tak datang2 lagi kat kereta tu yang dia patah balik.. tapi bila tengok anak dia terkencing2 tak pasal2 dia kene mop lantai klinik tu.. tulah suka2 hati je nak ikut perasaan panas baran tu.. tak memasal kene jadi cleaner kejap kat klinik tu... muka mencuka je.. jangan dia sambung marah anak dia kat dalam kereta dah lah.. risau aku

yang sisuami pulak masuk je klinik terus tanya.. "tak siap lagi ke? dah lama ni.." padahal datang tu sama je dengan aku.. tapi tak boleh pulak nak bersabar... bukan lama mana pun nak check.. kalau pergi klinik bayar pun belum tentu ko dilayan dulu.. dah nama klinik kerajaan sabar je lah dulu.. jangan nak pentingkan diri sendiri pulak.. ramai lagi orang yang sakit kronik yang hendak dilayan.. 
erm.. yang aku marah kat situasi ni.. kenapa si emak tu nak marah anak yang menangis tu.. padahal umur anak tu aku rasa dalam lingkungan 1-2 tahun je... sabarlah sikit dengan karenah anak tu.. budak2 manalah faham kalau ko lempang macam tu .. dia cuma tau menangis je mana dia faham ko tengah marah.. sengal betullah.. Yang si suami pulak.. ko taukan anak ko sakit.. ko memerlukan rawatankan kat klinik tu.. ko boleh hormat sikit tak cara orang kat klinik tu keje.. dah cukup cepatlah tu diorang buat keje... ko ingat ko sorang je ke nak cepat... geram betul aku...
Psst : sekadar meluahkan apa yang terbuku kat hati aku... kalau suami isteri ni ada baca pun lagi bagus...

16 comments:

  1. laki ni kadang tak boleh sabar.nak anak tahu, kalau nak jaga anak , semua nak beban kat bahu perempuan.Sebab tu kadang-kadang, akak bab bawak hospital atau shopping suka pergi ngan anak je. lelaki ni kalau bab nak layan keranah anak tak penyabar sangat. Nak buat cam mana , dah tebiat dorang cam tu.

    ReplyDelete
  2. mak dia tensen kot, tapi yg paling mahal, respon suami dia tu la. dah klinik kerajaan, mesti le ramai org, mcm mana pulak la nak cepat...hisyk.

    ReplyDelete
  3. betol tu...tak patot la si mak tu buat anak tu gitu...ingat kan dh besor bdk tu 4-5 tahun ke...sguh tak berbaloi..bdk tu tktau pape kan...hurmm

    kalu nk cpt g klinik swasta je kan..hehe tk tensenn..

    ReplyDelete
  4. kenapa le di tampar anak tu???
    for me... kalo takat anak2 umur 1 - 2 tahun tu... ada lah sebab dia nangis...

    bow-doh banget le.. anak sekecik tu nak di tampar sebab dia nangis...

    sib baik iols tak de kat situ
    kalo tak.. iols gi sound baik punya kat mak yg bow-doh itewww!

    and the father also lah
    kalo ko cepat... buat klinik sendiri lahhhhh!
    bengong punya manusia lah camni...

    ReplyDelete
  5. Aduhai ada gak mak bapak yg gitu yer..tak sabar ngan anak sendiri.. Kalau saya pun geram gak nengoknya.. kesian kat budak tuh dah laa sakit.. ikss.. sabo je laa..

    ReplyDelete
  6. eh!! mesti mak budak tu mental! kesian budak tu..sedih la pulak baca N3 nih..tsks!

    ReplyDelete
  7. huhuhuhu...... kesian budak tu

    ReplyDelete
  8. kak ina - samalah kita bawa diri sendiri dgn anak2 kadang2 lagi senang

    nia - tulah respon sisuami paling mahal..

    fieza79 - kecik lagi budaknya.. klinik swasta pun tak tentu cepatnya lagi

    miloais - tulah mmg bow-dowh sangat...

    rinna - tulah pasal.. dahlah sakit mak pak buat pangai mcm tu pulak

    MDT - mmg sengal.. saya pun sedih ni.. sbb tak tahan tu yg buat n3..

    Ena - mmg kesian sgt..

    ReplyDelete
  9. sian budak tu..tak pasal pasal kene pelempang.. sedehh

    ReplyDelete
  10. eii..sy pun penah nampak jugak..ada budak ni sandar je pintu pagar tp sbb pintu tu berbunyi..bapaknyer leh pulak terus cubit anak dia..rsnyer kuat gakla..sbb budak nangis n bapak dia cubit lg..aduhaii sedey btl tgk..diorg ni mcm xde perasaan pulak kan

    ReplyDelete
  11. teruk juga pasangan itu kan.saya pulak jadi geram baca.kesian anak kecil tu, usia dlm 1-2 thn lagi, sepatutnya mak dia dukung.ada ke patut emak dia tinggal mcm tu je.si ayah pula tak reti nak bersabar..kena dia sakit waktu dia tua nanti anak dia buat camtu baru padan muka dia.

    ReplyDelete
  12. klu nak cepat gie klinik bayar...tupun ko kena tunggu jugakkan....ciannyer budak tu...dah kena lempang dah...baby tu tak pakai diapers ker sampai terkencing2...

    ReplyDelete
  13. akak penah jumpa ibu yg macam ni, tp kat skolah, anak dia ckit punya dasat menangis, ibu ni mmg jenis yg keras hati, turunkan anak dia, trus drive dengan lajunya, tinggal anak tepi jln. gerammmm akak tgk, parents lain pun menyumpah tindakan ibu tu, spesis apa pun akak tak tau la ibu cam ni.

    ReplyDelete
  14. Menyampah aku kat mak budak tu..kannn..tetiba jer aku menyampah...anak tu akal pon belum 100% terbentuk..ko yg akal dah terbentuk 200% tu pon tak leh nak pikir...marase jd kliner jap..yg en suami pon sengal gak...nak cepat kalu pi private klinik la Bang...

    ReplyDelete

Terima kasih kepada Blogger yang komen di blog RK. Tunggukan kunjungan balas dan comment dari RK di blog korang ye. Nak Reply comment disini RK takut tak sempat je.

@}------LOL to all comentar------{@

Nota Penting!
Pada yang nak letak Iklan. Tolong letak d ShoutboX atau bayar RK RM o.5o per comment boleh? boleh jugak beli cekedis ~ ahaks~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...