Matahari pun kena charge pengunaan...

 copy n paste from email..

lepas ni aku, korang dan korang semua kene bayar charge guna matahari pulak ye... pelik aku dengan manusia sekarang.. harap takderlah terjadi kat orang2 kat malaysia.. ada pulak daftar pemilikanan untuk alam ni.. macam diorang pulak yang mencipta Matahari dan segala alam ni.. sengal betullah..  

Cuba korang baca Artikel kat bawah ni.. mengarut sungguh

MADRID - Seorang wanita dari Galicia , Sepanyol, Angeles Duran (gambar) menyatakan matahari secara rasminya sudah menjadi miliknya, lapor sebuah akhbar semalam.

Menurut Duran yang berusia 49 tahun, dia mendaftarkan namanya sebagai pemilik matahari di sebuah pejabat notari awam tempatan.

Pejabat notari awam bertanggungjawab mengesahkan sesuatu perjanjian yang dibuat.

Dokumen yang dikeluarkan pejabat itu mengisytiharkan bahawa Duran merupakan pemilik matahari iaitu bintang yang terletak di pusat sistem suria dengan jarak dari Bumi kira-kira 149,600,000 kilometer.

Menurut wanita itu kepada akhbar El Mundo, dia mengambil langkah mendaftarkan namanya sebagai pemilik matahari pada September lalu.

Duran berkata, dia mendaftarkan namanya itu selepas membaca artikel bahawa seorang lelaki Amerika Syarikat telah mendaftarkan namanya sebagai pemilik bulan dan kebanyakan planet di dalam sistem suria.

Dia menjelaskan, terdapat satu perjanjian antarabangsa yang menyatakan bahawa tidak ada mana-mana negara boleh mengaku menjadi pemilik bintang atau planet.

Namun, perjanjian itu tidak menyatakan bahawa mana-mana individu tidak boleh menjadi pemilik bintang atau matahari.
Duran menyatakan, dia kini mahu mengenakan caj kepada setiap orang yang menggunakan matahari.

Menurutnya, dia akan memberikan separuh daripada hasil kutipannya itu kepada kerajaan Sepanyol, 20 peratus untuk dana pencen, 10 peratus bagi tujuan penyelidikan dan 10 peratus untuk menamatkan kebuluran dunia manakala 10 peratus lagi menjadi miliknya. - Agensi

9 comments:

  1. diorang ni mental ke sengal ke bangang?maybe xde pegangan agama kot

    ReplyDelete
  2. abislah jaafar onn..xleh boh bunga matahari byk2..kt umah dia dah..eh..bunga matahari x eh..hahaha..

    ReplyDelete
  3. hahaaahha tergelak aku baca komen k.dee..wakkakakaka...

    ReplyDelete
  4. Betul dee, jafar on kan suka bunga matahari, lapas ni dia kena tukar bunga tahi ayamlah.khe khe

    ReplyDelete
  5. mengom... akak nak jadi pemilik petir la klu gitu... senang nak panah org2 tak betul cam diorg tu ;p

    ReplyDelete
  6. ade jugak orang macam nie....huhuhu

    ReplyDelete
  7. gila kah org nie...kalu gitu saya mau daftar udara sbgi milik saya...ehehhehe....

    ReplyDelete
  8. Dee Dah Teshasul daaa....aku nak amik bintang pulak la jd hak milik kekal...jgn risau bintang ada berjuta....hehehe...makin maju dunia makin mundur pulak akal penghuninya...

    ReplyDelete

Terima kasih kepada Blogger yang komen di blog RK. Tunggukan kunjungan balas dan comment dari RK di blog korang ye. Nak Reply comment disini RK takut tak sempat je.

@}------LOL to all comentar------{@

Nota Penting!
Pada yang nak letak Iklan. Tolong letak d ShoutboX atau bayar RK RM o.5o per comment boleh? boleh jugak beli cekedis ~ ahaks~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...